My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 22 November 2013

Monolog : Cerita Dari Mulut Ke Mulut

Assalammualaikum..


Menjadi bahan cerita bukan lagi omongan kosong..
Cerita yang dicanang penuh simbolik..
Kadang kala ada pula terselit unsur dusta..
Yang mana satu betul susah pula untuk ditentukan..

Kerana fakta kadang kala berubah jadi auta..
Kerana ramai sangat yang memperkatakannya..
Dari cerita terus jadi sandiwara..
Dari sandiwara terbit pula drama..

Situasi semakin tegang dek kerana cerita..
Bagai mesej berangkai akhirnya terurai..
Jika terurai elok tak apa..
Tapi lain yang awal..Lain pula yang akhirnya..

P/s : Usah kita menokok tambah cerita yang asal.. Kerana ramai sangat penyampainya.. Akhirnya yang sekecil kuman terus menjadi selebar lautan.. 

Wednesday, 20 November 2013

Cabaran Gunung Angsi Negeri Sembilan (Part 2)

Assalammualaikum

Okay kita sambung lagi cerita tentang pengalaman yang berharga buat semua peserta Kem Gunung Angsi 2013 ni..

Pada awal pagi kami bersolat subuh secara berimam dan ada sedikit kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMA Darussaadah..



Usai solat subuh dan juga tazkirah dari ustaz.. kami mempersiapkan diri dan peralatan untuk mendaki Gunung Angsi.. Masing-masing membawa beg sandang dan bepakaian sukan yang lengkap. Kami bertolak dari Kem Pusako ke Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 6.30 pagi.. Kiranya ayam pun tak habis kokok, kami dah bergerak dengan menaiki bas.. Dalam hati dup dap dup dap tak sabar nak hadapi cabaran Gunung Angsi ni..Meski pun telah dimaklumkan bahawa Gunung ni merupakan tempat yang dikunjungi oleh orang awam untuk beriadah.. Wah aktif juga ye orang-orang di Negeri ni..Kalau kat Alor Setar kami joging kat Taman Rimba je.. Tak pun pergi ke Jitra untuk mendaki Bukit Malau atau Gunung Jerai..Tu pun dah penat.. 


Sebelum memulakan pendakian kami diberi sedikit taklimat berkaitan pendakian nanti.. Semua pakat beri perhatian. Yelah ada diantara peserta yang kali pertama mendaki gunung.. Sebelum ni tak pernah joint mana-mana aktiviti seperti ni..Taklimat disampaikan oleh Jurulatih-jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kedah iaitu Tuan Azman dan Tuan Rosli.


Sebelum pendakian bermula, senaman ringan dilakukan bagi merengankan otot supaya tidak berlaku kekejangan semasa mendaki.Senaman ringan ini diketuai oleh Cik Noorhayati iaitu merupakan seorang pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim..Cik Yati ni merupakan mak saudara Erin sebelah Mama..Kiranya Cik Yati ni sebahagian daripada jurulatih Erin Adventure..



Kami telah meminta bantuan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah sebagai jurupandu dalam pendakian ini.. Mereka (Jabatan Pertahanan Awam) yang mahir dari segi selok belok tentang hutan di gunung tersebut. Seramai 3 orang kakitangan JPAM yang turut serta iaitu terdiri dari 2 orang lelaki dan seorang wanita. 


Setelah semua otot diregangkan.. Kami membaca doa selamat semoga pendakian kami berjalan lancar.. Smooth gitu.. kalau boleh tak mau berlaku segala mala petaka.. Ye lah dalam hutan kan macam-macam boleh berlaku.. Nauzubillah..


Pendakian bermula pada jam 8.45 pagi dengan melangkah anak-anak tangga.. Naik tangga tu pun dah mengah.. Macam manalah nak teruskan 825 meter tinggi ni.. Sabo je lah dik.. Semua perserta ni adik-adik dari form 2 sehinggalah ke form 4.. Walaupun ada yang kali pertama ikut aktiviti seperti ni, mereka kelihatan sangat bersemangat.. Cayok cayok cayok.. :-) Kira pas dah nak digelar komando pun.. hehe..


Ayuh langkah melangkah kita hingga ke puncak Angsi.. Lu Lari Wa Langsi.. Aish.. apa pula yang Erin mereben meraban ni kan.. 


Wah bersemangan gitu ye ampa semua.. sikit pun tak nampak penat.. Ye lah muda-muda lagi kan..



Berhenti seketika bersama Kit Kat.. Apa daaa kit kat pulak dah.. Sebenarnya ni berhenti berehat sekejap.. yelah asyik jalan dan jalan je..Kaki pun lenguh, bahu pun dah mula rasa sakit.. Nasib baik ada Si Yoko Yoko kan..


Walaupun nampak agak letih.. Tapi depa ni masih boleh senyum dan ceria lagi tau.. Cayalah adik-adik ni..


Haaa.. siap buat peace lagi tu.. ceria sungguh aih..ye lah masa mendaki ni kena enjoy kan.. stress-stress tak mau yer.. Jom kita enjoy.. sambil melangkah apa kata kita nyanyi-nyanyi tak pun kita berzikir ke.. bagus jugak kan..


Yeah.. Alhamdulillah, jam 11.30 pagi kami dah sampai pun puncak Gunung Angsi.. Wah Angsi, Wa sudah tawan Lu lah.. Amcam, ada kuat tak?? Hehehe..Lu manyak cabar wooo.. Kasi semua badan Wa penat dan letih..

Sesampainya di puncak, kami diberi taklimat lagi oleh Tuan Azman.. Kami juga dinasihatkan tidak membuang sampah sesuka hati. Sisa makan yang dibekalkan, harus dibawa turun bersama. Sebelum mendaki kami telah dibekalkan dengan sebungkus nasi berlaukan ayam dan sayur, sebiji epal, air mineral dan 2 bungkus roti planta..Wah banyak juga ye bekalan.. Sampai tak larat nak makan..


Ni lah simbol puncak Angsi.. Macam tanda roket pun ada.. Jom lah naik roket ke bulan.. Mungkin kot itu maksudnya.. (Eh, roket roket, bulan bulan jangan sebut ar, nanti depa pikiaq kot lain pulak) hehehe..


Berehat di puncak angsi sambil menikmati bekalan yang dibawa.. Wah, time lapar semuanya sedap kan... Habis semua yang dibekal tu dimakan dengan enak sekali..Ada yang ambil kesempatan untuk melelapkan mata sekejap sambil merasai udara di puncak tersebut.


Saat yang paling mencabar ialah waktu turun dari puncak Gunung Angsi.. Kenapa Erin cakap macam tu? Sebab masa mendaki kami guna laluan di Bukit Putus.. Tapi waktu turun, kami gunakan laluan Air Terjun Kak Lang.. Wah mencabar tak terhingga.. dah la laluan agak basah dan licin.. kena hati-hati woooo.. salah langkah, boleh terpeliot kaki..So, be carefull


Nak turun pun rasa seksa kan..ye lah sebab laluan ni sangat mencabar.. Kalau dari awal mendaki ikut laluan ni.. sah sah dah ada yang pancit lebih awal.. Silap hari bulan Erin pun pancit sekali.. Hehe..


Ni lah calon calon pemimpin yang beribawa.. sambil turun dari gunung ni, depa dok kutip sampah.. anak siapalah depa-depa ni kan.. bagus sungguh..


Adoi lah, kena turun pakai tali pulak dah.. Macam mana mau turun ni.. Kena turun mengundur.. huhu, tak nampak kaki lah..


Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. Bantu membantu itu amalan yang mulia.. So, depa sedang membantu rakan-rakan untuk turun dari gunung ni..Hati-hati ye, nanti jatuh.. :-)


Haaa.. mencabar tak tengok gambar ni?? Seram....


Acewah Encik Tajudin selaku wakil PPD sempat bergaya ketika turun menggunakan tali.. Nampak relaks je kan..


Ni pula aksi kakitangan JPAM.. Ni laluan yang lagi satu.. kami tak turun ikut laluan ni.. sebab agak merbahaya..



Dah penat turun dengan tali, kami pun berehat sebentar untuk kumpul tenaga..


Laluan Kak Lang ni menyebabkan kami terpaksa mengharungi beberapa laluan air terjun.. Habislah lencun kasut yang dipakai.. Yelah redah air kan, mestilah basah kasut..


Tuan Pengetua SMA Darussaadah juga turut serta dalam XPDC ni..Beliau berumur 67 tahun.. Wah hebatlah ustaz..


Haa.. ayuh rendam kaki beramai-ramai...Ni bukan setakat kasut je yang basah.. sekali dengan seluar pun basah..


Orang yang paling last turun ialah Erin, Abah, Pak Cik Driver Bas dan 2 orang kakitangan JPAM.. Maunya tak last.. kaki Erin sakit kot gara-gara pakai kasut mendaki milik abah.. Rasanya kasut tu tak sesuai kot untuk Erin.. Nak tahu tak kedua-dua buku lali kaki Erin bengkak dan lebam.. Huhu.. Sakitnya tak payah nak ceritalah kan.. Teramat sangat..Tu pun Erin gagahi juga sebab jika lambat turun nanti kami terperangkap dalam hujan.. Dimaklumkan bahawa amat berbahaya jika berada di kawasan hutan ketika hujan.. Ia dapat mengundang mala petaka kerana bimbang air dari atas gunung akan turun dengan deras dan membawa balak yang tumbang di atas ke bawah.. Scary betul bila tahu tentang tu.. Hanya Allah saja yang tahu perasaan Erin waktu tu.. Dah lah kaki sakit, terpaksa berjalan jugak.. Dibibir ni tak henti-henti berzikir.. Dan akhirnya sampai juga Erin di Ulu Bendul a.k.a Kaki Gunung Angsi pada jam 5.00 petang..Alhamdulillah Syukur..


Setelah sampai, kami diberi taklimat lagi oleh Tuan Azman..Semua dah nampak macam letih kan.. Tapi dan lagi makan ais krim seringgi yang dijual di Ulu Bendul tu kan.. Nyaman je tekak bila rasa ais krim..


Pada keesokkan paginya dah nak pulang ke Kedah.. Masing-masing rasa sedih saja..Rasanya tak puas lagi dengan aktiviti sebegini kan.. InsyaAllah pada masa hadapan kalau ada rezeki kita pi lagi noh...


Para peserta memberi fokus dengan taklimat yang diberikan oleh Cikgu Wan Ramli 


Encik Kudus selaku wakil jurulatih Kem Pusako memberi ucapan terakhir kepada para peserta.. 


Bergambar beramai-ramai di Kem Pusako sebagai tanda kenang-kenangan..Kem Pusako dan Gunung Angsi akan menjadi kenangan terindah buat kami semua.. Terima Kasih di atas layanan terbaik yang diberikan kepada kami sepanjang berada di situ..

Sessi mencoretkan kenangan di Kem Pusako..Ramai juga peserta yang tinggalkan tanda tangan di board putih yang terdapat di dewan Kem Pusako Negeri Sembilan.


Beginilah suasana sebelum kami meninggalkan kem tersebut.. Waduh waduh rasa sedih aih.. sabar-sabar.. Sob sob.. menitis air mata.. 



Sebelum bertolak kami membaca doa selamat semoga perjalanan kami selamat dan dirahmati Allah..

Dalam perjalanan pulang sempat kami singgah di Alamanda.. Cuci-cuci mata di situ.. Dan beli cenderahati untuk dibawa pulang.. Kemudian kami menyusur ke Masjid Besi untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar.. Destinasi terakhir sebelum bas bergerak ke Alor Setar Kedah, ialah PICC.. Kami berhenti di situ untuk bergambar sekejap.


Ni geng peserta perempuan..


Ni pula geng peserta lelaki..


Masa pi tu kena time raya depavali.. hehe..

Okaylah itu saja coretan yang panjang lebar tentang pengalaman mendaki Gunung Angsi 2013 ni.. Pada mulanya Erin bercadang untuk tulis sampai part 3.. Tetapi akhirnya jadi part 2 yang panjang berjela ni.. harap you all happy membaca coretan ini.. Kepada adik-adik peserta KGA.. Jadikanlah ini pengalaman yang berharga dan selamat maju jaya serta study elok-elok ye.. Biar study sampai masuk University.. InsyaAllah kak Erin doakan..

Monday, 18 November 2013

Wah..Ada Cekodok N Kepok Lekor Lah

Assalammualaikum..

Malaysia ni memang meriah dengan pelbagai cucur kan.. Ada yang sebut jemput.. Ada pula yang sebut cekodok..Paling Erin suka makan cekodok durian.. memang terbaik kot.. Nilah kuih muih yang sempat disediakan di pejabat Erin semperna Majlis Perpisahan budak praktikum hari tu.. 

Lama dah gambar-gambar ni.. baru sekarang teringat nak upload kat blog.. Antara cucur, cekodok dan kuih muih dalam gambar tu yang mana you all suka.. Meh lah kita story mory kat sini..

Berselera aih tengok cucur-cucur ni... Terliur tak.. Hehehehe... :-)

Sunday, 17 November 2013

Jom Cuba Nour Ain

Assalammualaikum..

Hai you all... Erin ni sepi-sepi kejap dari menulis entri di blog ni sebab nak tumpu pada kerjaya.. Bila balik kerja dah letih dan tak da mood nak tulis entri.. Sebenarnya dalam kepala ni rancang nak tulis macam-macam kat blog ni.. Tapi apa kan daya.. Mood tak ada.. Nak menulis entri pun nak kena ada mood jugak ke?? Of couse lah kan.. Hehehe..

Tup tup.. Keluar pulak gambar toner dan sabun pencuci Nour Ain ni kan.. Saja lah letak gambar ni.. Nak habaq yang Erin sekarang ni guna sabun Nour Ain ni tau.. Wah semakin berseri-seri gituu.. (Haha, puji diri sendiri kot).. Tapi memang betul pun..


Ni lah al kisahnya.. Pada suatu hari, Erin pergi melawat mak kawan Erin kat hospital swasta di Alor Setar ni.. Mak kawan Erin pun buat pemedahan kecil di saluran jantung.. Alhamdulillah dah sihat pun mak kawan Erin tu.. Masa pergi melawat, Erin teruja sangat tengok muka makcik (Mak kawan Erin tu).. Licin cantik dan berseri.. Rahsianya makcik guna produk Nour Ain ni lah.. So, Erin pun nak cuba jugalah.. Produk Nour Ain ni dijamin halal tau.. Bila pakai di muka bau wangi saja.. hehe.. Harga sabun ni pun murah RM14 sekotak.. Kira mampu milik.. Boleh tahan selama 3 bulan yer...

p/s : Mak cik yang Erin maksudkan tu Mak Nisa lah..Hehe.. Sory noh Erin tolong promote sat kat blog ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer