My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 28 September 2013

Cerita : Kisah Erin Dulu-dulu (Part 1)

Assalammualaikum..

Erin nak cerita tentang bezanya kisah hidup Erin dulu-dulu dan kisah hidup Erin yang sekarang..

Masa Erin kecil-kecil dulu hidup kami sekeluarga susah sangat. Tak ada kenderaan. Nak pergi mana-mana pun jalan kaki saja. Kalau dapat pergi Hankyu Jaya tu. Kira best yang teramat dah sebab tak selalu masuk pasaraya. Itu pun Erin jalan-jalan saja tak mintak apa. Mama dari awal lagi dah pesan kat Erin jangan mintak apa-apa.. So, tengok-tengok saja. Nak tahu waktu tu umur Erin berapa, baru usia 3 atau 4 tahun. Masa tu dah boleh fikir Mama dan Abah bukan orang kaya. Apa yang ada Erin pakai saja. Baju bersalin pun bila time raya. Masa tu baru merasa pakai baju baru. Percaya tak you all, masa Erin kecil-kecil, tak pernah merasa pakai 'pampers'.. Mama bagi Erin pakai lampin kain tu jer. Bab makan pula, kami suka makan singgan ikan. Kalau tak hari-hari makan nasi dengan telur dadar saja. Satu lauk pun dah cukup untuk kenyang.

Rumah Erin pula tak ada kusyen.. Kami duduk atas lantai je.. Sejuk tau.. Tapi tak apa sebab dah biasa. sejak Erin lahir, Erin dah diajar tidur dalam bilik seorang diri. Memang rasa takut masa tu. Tapi bilik Erin sebelah bilik Mama dan Abah. Bila menangis pada waktu malam, Mama akan datang jenguk Erin. Tapi Erin ni budak baik.. Jarang nak nangis.. Kalau nangis pun senyap-senyap saja sebab malu tak orang dengar.

Paling best masa Erin kecil-kecil dulu.. Erin ada kawan..Kawan tu nama dia bear.. Hehe.. Tu patung kesayangan Erin.. Semua suka duka Erin cerita pada bear..Dulu Erin ni suka nakal-nakal sikit.. Kalau Mama marah mesti nangis dan cari bear.. Erin suka sembunyi dalam celahan kain baju yang Mama gantung kat dalam bilik. Sembunyi untuk sedih bila kena marah.. Normalkan..

Nilah bear tu.. Sampai sekarang Erin still simpan lagi tau

Minum botol susu? Seriusly Erin tak pernah.. Erin minum susu dalam cawan sejak kecil lagi.. Mama dan Abah nak ajar Erin berdikari. Kiranya senang nak tinggalkan Erin untuk dijaga oleh siapa pun sebab tak gaduh nak bawa botol susu.

Selalu bila tiba time nak raya.. Erin dengan Mama akan balik dengan bas. Seronok masa tu dapat naik bas.. Abah pula jarang ikut kami balik kampung..

Itu je kot cerita Kisah Erin dulu-dulu untuk kali ni.. Nanti ada masa cerita lagi yer..

Mana Lebih Kreatif?

Assalammualaikum..

Dalam kehidupan kita seharian, kita melihat banyak perkara yang telah diinovasikan.. Ia adalah cetusan daripada idea yang kreatif.

Okay, Erin bukan nak cakap pasal pembaharuan yang dilakukan oleh Negara.. Tetapi ia melihat kepada kumpulan yang lebih kreatif dan mampu melakukan inovasi.


Antara golongan kaya dan golongan miskin yang manakah lebih kreatif?

Jika soalan ini diajukan kepada Erin..Mesti jawapannya golongan miskin kerana mereka tidak berkemampuan. Dengan ini mereka mencipta atau mengubah sesuatu benda itu mengikut keperluan mereka.

Golongan kaya dan berada pula, apa yang mereka mahu tak payah bersusah..Hanya order dan beli..Tidak perlu berfikir bagaimana cara. Tetapi golongan miskin memikirkan berbagai cara untuk hidup..

Thursday, 26 September 2013

Motivasi : Positive Your Mind


Assalammualaikum..


Kadang kala kita hairan dengan segelintir manusia yang hanya sedikit cuma perkara tetapi dihebohnya sedunia.. Bahan yang sekecil kuman dipersenda-sendakan.. Maka terjadilah hal pulau memulau.. Buli membuli.. Tepi ketepi..

Dimanakah memikiran terbuka kita?? Ini kerana taraf sosial yang rendah dan kurangnya membaca serta mendalami ilmu psikologi.. Dalam dunia ini kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima sikap-sikap ini. Bagi menjadikan jiwa kita tenang. Belajarlah untuk memaafkan. Mencontohi sifat Nabi Muhammad adalah jalan yang paling terbaik. 

Ada segelintir yang mengatakan sebegini " Kita ni bukan Nabi..Memanglah rasa nak marah.." Cubalah berfikir secara matang.. Umur bukan lagi belasan tahun yer.. Ada yang sudah mencecah angka 30, 40,50 tahun tapi masih tak dapat membeza antara yang perlu dan yang tidak perlu.. Usah kita berdebat mengatakan kita betul dan orang lain salah.. Pokok pangkalnya muhassabah diri tanpa menunding jari ke arah orang lain.. Sebelum menjaga sikap orang lain..Kita perlu selami diri kita dahulu.. Adakah kita cukup sempurna untuk berkata akan sifat dan sikap orang lain??

Berfikiran terbuka yang Erin maksudkan adalah berfikiran positif dan menerima keadaan sekeliling dengan minda yang terbuka.. Dan selalulah bertanya kepada diri sendiri..Kenapa dan mengapa kita berada dalam situasi ini.. Kenapa kita perlu berhadapan dengan ragam-ragam manusia lain.. Ini kerana Allah SWT lebih mengetahui dan kita tiada hak untuk menilai kerja Allah SWT.. Perbaikilah diri kita masing-masing.. InsyaAllah kita dapat menerima keadaan macam mana sekali pun..

Belajar minta maaf dan belajar memaafkan..Kerana Allah SWT lebih mengetahui...!!

Oleh : Puteri Airyn Sept 2013

Hikmah Bersabar

Assalammualaikum


Setiap kita harus punyai sikap sabar
Sabar itu pahit tapi akhirnya manis
Sabar itu pengubat jiwa
Pahit-pahit ubat, akhirnya menyembuhkan

Jalan paling mudah untuk pupukkan sifat sabar ini ialah dengan beristifar
Beristifar mengingati Allah
InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah senang dan tenang..
Bersabarlah duhai sayang..

Anugerah

 Assalammualaikum


Pernah tak you all berfikir atau terfikir untuk jadi macam-macam.. I means jadi pelbagai watak.. Sekejap jadi orang kaya, sekejap jadi ahli agama, sekejap jadi ahli korporat dan sekejap jadi student.. Kadang-kala jadi orang susah atau miskin..Sekejap jadi ibu atau ayah..Sekejap jadi kakak, sekejap jadi adik..Dan macam-macam lagi..

Hmm.. Kalau nak jadi seorang penulis cerpen, novel, skrip atau pelakon.. You all mesti menjiwai watak-watak ini.. Daya kuasa imaginasi mesti kuat.. Sebenarnya ini adalah sebuah anugerah.. Seperti yang dikatakan atau dimaksudkan.. Gunalah segala anugerah itu ke jalan kebaikan..Nescaya kita mampu menjadi seorang khalifah.. Manusia dikurniakan akal fikiran serta kebolehan yang tersendiri.. Begitu uniknya makhluk ciptaan Allah SWT..

Wednesday, 25 September 2013

Sajak : Bayangan



Jika Engkau bukan Aku
Jika Aku bukan Engkau
Sebenarnya engkau adalah aku
Dan aku sebenarnya engkau

Apa kau lakukan berkaitan diriku
Apa aku lakukan semua melibatkan kau
Jika aku terpesong
Kau juga terpesong

Aku cuba berlari dan menghindari
Tapi kau tetap mengikuti
Kemana aku pergi
Kau tetap mengiringi

Segalanya melibatkan kita berdua
Dulu aku muda dan kau juga muda
Kini aku tua dan kau juga tua
Benarkah kita akan bersama selamanya?

Puteri Airyn Sept 2013

Jangan Persendakan CPR

Assalammualaikum..

Haa.. sebut je CPR.. Otak blue terus kau.. Eh, tak tahu ke yang CPR tu bukan bahan mainan atau sekadar gurauan yang macam selalu kita persendakan itu..Tanpa CPR.. banyak nyawa yang hilang melayang.. Sebenarnya peluang untuk dia hidup masih ada.. Tetapi malangnya nasib apabila orang di sekelilingnya hanya mampu melihat dia pengsan tanpa melakukan CPR. Kenapa?? Kalau ada pun yang cuba buat CPR, Tapi tak menjadi kerana kurangnya ilmu tentang bagaimana melakukan pertolongan cemas ini dengan kaedah yang betul..

Menerusi gambar di atas yang menunjukkan langkah-langkah yang perlu ada ketika kita melakukan pertolongan cemas CPR. Cuma yang perlu diubah ialah nombor telefon kecemasan di Malaysia ialah 999. Jangan ambil mudah yer.. Mungkin kita salah seorang yang dapat menyelamatkan nyawa seseorang..

Setelah hembus nafas sebanyak 2 kali.. Kita perlu tekan dada mangsa sebanyak 30 kali tanpa henti. Sebelum menekan dibahagian dada mangsa, kita perlu mencari rangka terakhir sebelum perut dan tekan ditengah-tangah. Jari jemari kita digenggam seperti rajah di atas dan tangan hendaklah diluruskan kepada 90 darjah. Setelah cukup 30 kali memberi tekanan kepada jantung, sekiranya mangsa masih belum sedar. Sila ulang hembus sebanyak 2 kali ke mulut mangsa. Semasa menghembus, kita perlulah memicit hidung mangsa di bahagian paling lembut supaya hembusan kita tidak keluar melalui hidung mangsa.

Okaylah itu sedikit sebanyak yang Erin dapat terang tetang bantuan kecemasan berkaitan CPR ni.. Setiap orang harus mengetahui cara dan kaedah CPR dengan betul bagi membantu mangsa sementara menunggu ambulan datang.

Sebenarnya tadi baru saja habis dengar taklimat berkaitan bantuan kecemasan ni dari wakil PBSM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Teruja juga untuk Erin ceburi bidang sukarela PBSM suatu hari nanti..Minat ni..!!

Tuesday, 24 September 2013

Kesihatan : Kanser Serviks

Assalammualaikum..

Ni merupakan entri kedua yang berkisarkan perihal Sakit Puan.. Hmm.. Tetiba dah rasa macam doktor pulak kan.. Nak buat macam mana.. Minat sains di bangku sekolah lagi.. Tetapi tersilap masuk bidang perakaunan.. Maka inilah jadinya.. Bekerja pula bidang pentadbiran.. Wah.. Tersasar jauh dari minatku ini.. Apa boleh buat ini semua sudah ketentuan takdir.. Kita hanya merancang.. Yang menentukan adalah Yang Maha Kuasa..

Apa itu kanser?

Kanser merupakan sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Terdapat sekelompok sel kanser yang disebut sebagai tumor dan jika tidak dirawat, tumor ini akan membesar dan merebak ke anggota badan yang lain. Bagi wanita pula, kanser yang paling famous amous ialah kanser payudara dan kanser serviks.

Apa itu serviks?

Serviks adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina (alat sulit perempuan)

Tanda-tanda awal kanser serviks.
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Apa yang menyebabkan berlakunya kanser serviks ini?
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
p/s : Untuk maklumat lanjut sila rujuk website seperti di bawah ni yer..
http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=54

Kalau Erin Kaya

Assalammualaikum..

Hmm.. Bila Erin nak kaya ni??
Best per jadi kaya..

Bila aku kaya..Hari-hari makan kau aku belanja..
Tak payah kerja.. Hari-hari aku pi shopping saja..
Hahaha..



Kesihatan : Fibroid

Assalammualaikum.. Ha.. Hari ni nak share perkara yang agak serius tentang kesihatan wanita.. Jom baca artikel yang Erin jumpa semasa search di google ni..Bagi yang perempuan..baca sampai habis tau.. yang lelaki pun tak salah untuk ambil tahu.. Info berguna kita kongsi bersama..

Gambar google

KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan. 

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound. 

“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. 

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya. 

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. 

Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa. 

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya. Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang. 

“"Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya. 

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor. 

Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya. 

“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya. 

Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang. 

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid. 

“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid. 

“"Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya. 

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu. 

Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan. 

“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya. 

Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan. 

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah. 

“Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya. 

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter. 

“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya. 

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada. 

Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.
Sumber :  Utusan Melayu (M) Bhd2/6/2013


Trafik Blog Pada 24 Sept 2013

Assalammualaikum..

Erin nak cakap wow boleh tak?? Hehe.. Terkejut tengok trafik blog puteriairyn pada hari ni sehingga pukul 7.30 petang.. 214..Hamboi-hamboi.. tak pernah trafik tinggi macam ni..Thanks yer you all, sebab sudi view blog Erin yang tak seberapa ni.. Huhuhu.. Nuffnag.. Hmm.. Ada sehinggit je kot.. Hehehe.. Apa pun.. syukur..  

Telemovie : Bunga-bunga Jodoh

Assalammualaikum...

Alahai malam ni banyak pulak entri yang erin terbitkan..
Ni last Entri for tonight..

Tadi baru je selesai tengok Telemovie bertajuk "Bunga-bunga Jodoh"
Wow..!! Super dupper best kot cerita ni..
Romantik, sweet.. dan apa-apa aje yang sewaktu dengannya..!!

So, dengan cerdasnya jari-jemari Erin ni search youtube untuk dapatkan sedikit sedutan tentang telemovie ni untuk tatapan you all yang Erin kasihi ni..
Erin memang suka lakonan Aiman dan Fathiya..
Gandingan yang mantap gituu.. Sama cantik dan sama padan..


Monday, 23 September 2013

Video : This Is 200 Calories

Assalammualaikum..

When we talk about healthy.. Mesti terbayang ayat ni "An Apple A Day"
Wow.. Now, no need to discuss about apple..But we need to discuss about 200 Calories..
Yeay.. Jom view this video..!!

Cara Pemakanan Rasulullah SAW

Assalammualaikum..



Hey..Erin ada jumpa fakta ni..Berkaitan cara pemakanan Rasulullah SAW..Jom baca..!!

Cara pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW ialah tidak meminum susu ketika makan daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak minum susu dengan ikan atau ayam, tidak makan ikan bersama telur dan daun salad selain melarang meminum susu bersama cuka.

Rasulullah SAW menasihati umatnya tidak memakan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.

Dari sudut saintifiknya, buah adalah sejenis makanan mudah cerna dan membantu penghadaman makanan berat lain. Jika kita terus makan buah selepas makan nasi ataupun memakannya bersama makanan lain, buah akan terperangkap dalam perut. 

Hal ini akan mengakibatkan proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Apabila penghasilan tenaga tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan menghasilkan asid laktik dan menyebabkan perut sakit serta mengakibatkan otot perut menjadi lemah.

Di samping itu, Islam turut memberi cadangan pemakanan yang baik untuk kesihatan seperti kurma dan madu. Madu mempunyai khasiat setanding kurma. Kita juga disarankan supaya meminumnya pada setiap hari seperti yang diamalkan Rasulullah SAW. 

Sumber : BH 23 Sept 2013
Gambar : Google search


Video : The Science of Love

Sajak : Ku Hayati Keindahannya

 Assalammualaikum...


Kabus hening sejuk rasanya
Aku terbungkam melihat alam ciptaanNya
Naluriku teruja akan keindahannya
Tanpa aku ragu, di sinilah destinasinya

Burung-burung berkicau riang pecahkan suasana sepi
Terbang ke sana terbang ke mari
Sekejap-sekejap hinggap di dahan tinggi
Kemudian mereka terbang lagi

Pepohon nan hijau cantikkan pandangan
Berseri indah bunga di setiap jambangan
Kupu-kupu pula kulihat beterbangan
Menghisap madu bunga sebagai hidangan

Puteri Airyn Sept 2013

Berita : AES Bantu Pantau jenayah


Sabak Bernam: Polis akan menggunakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di seluruh negara untuk mengesan dan menangani kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kedudukan kamera AES yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik termasuk di lampu isyarat persimpangan, boleh digunakan untuk mengesan kegiatan jenayah. 

“Polis akan menggunakan kamera AES yang dipasang di jalan dan lebuh raya tertentu untuk mengesan jenayah,” katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Amanita Peringkat Kontinjen Selangor, di sini semalam. 


Beliau berkata demikian sebagai mengulas peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pengurusan dan penguatkuasaan AES yang kini diserahkan kepada PDRM.

Khalid berkata, polis yakin kemudahan itu dapat membantu usaha membasmi pelbagai jenayah terutama dalam mengukuhkan Operasi Cantas (Ops Cantas) membabitkan kumpulan kongsi gelap.

10,000 ditahan

“Tikus (penjenayah) mungkin lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan tikus,” katanya mengulas mengenai operasi berkenaan yang menyaksikan lebih 10,000 orang ditahan. 

Terdahulu ketika merasmikan program Amanita atau ‘Peace Lady’, beliau berkata, anggota Amanita akan menjelajah ke kampung baru seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai bentuk bantuan yang boleh diberikan dalam memerangi pelbagai jenayah.


P/S : Bawa kenderaan laju-laju pun merupakan jenayah juga.. Jika berlaku kemalangan..tambahan mengorbankan nyawa.. Tu dah kira macam membunuh.. Maka berhati-hatilah ketika memandu.. Pilihan ditangan kita..Mahu yang kebaikan atau keburukan??

Sumber : BH 23 Sept 2013

Video : About Cat

Aku Gemuk !!!


Assalammualaikum



Kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati 60 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dikategorikan sebagai berat berlebihan. Keseluruhannya, Malaysia kini menduduki tangga keenam di Asia dengan kadar obesiti tertinggi di kalangan dewasa. 

Sumber : BH 23 September 2013

Aish.. Macam mana tak dikategorikan sebagai obes..Masa bulan puasa..Macam-macam jenis juadah makanan ada dijual di bazar Ramadan.. Tak kurang juga dengan kenduri berbuka puasa. Makan memakan ni dah jadi macam pesta bagi rakyat di Malaysia ni. Makanan yang tak habis pula dibuang begitu saja. mananya tak buang jika perut sendiri pun dah terik dan tak mampu lagi nak terima. Tu belum masuk lagi waktu hari raya..MasyaAllah rezeki terima makanan.. Yang manis ada, yang masam ada dan yang berlemak lagi lah ada..Pokok pangkalnya kita terima semua makanan itu dengan redha tanpa memikirkan kemudaratan di masa hadapan. Sudahlah makannya banyak, bersukan dan senaman..Jangan nak haraplah..Itulah kita..!!

Cuba tanya doktor di Hospital kaum mana yang banyak penyakit.. Wah, jawapan yang pasti mestilah kaum melayu.. Eh kenapa yer..Persoalan??

Allah SWT berfirman: “Dan makanlah dan minumlah, jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan." (Surah al-A’raaf, ayat 31)

Apa yang sudah termaktub di dalam al-Quran Nur Kareem jangan kita sangkalkan lagi.. Sudah terang lagi bersuluh..Perkara yang baik sukar diikuti.. Bak kata pepatah seperti mencurah air ke daun keladi.. 

Haaa..hebat tak Erin berfalsafah.. Erin ni tulis je lebih, sebenarnya diri ini juga sering dilanda kemalasan yang teramat. Lagi tergoda dengan bisikan syaitan nirrajim.. Nauzubillah..Bila berat menjangkau ke suatu paras yang agak merunsingkan. Maka kenalah fikirkan alternatifnya. Dulu rajin benar Erin ke gimnasium, ke kolam renang tak pun berjalan laju di Taman Jubli. 

Soal makan pula memang akan menjadi peserta nombor satu.. Mahunya tak jadi nombor satu.. Pantang diajak makan pasti Erin lah orang yang paling teruja.. Nasi lemak memang kegemaran. Sekali makan adalah dua bungkus..Ish.. 

Di Pejabat pula ada penyaman udara.. Lemak pun tak terbakar tapi berkumpul menjadi lemak tepu.. Oh My God..!! Berjalannya rasa malas sebab selalu duduk di hadapan komputer.. Memang ada fakta yang mengatakan jika kita banyak duduk perut akan buncit..Apa?? Buncit?? Oh My God..!!

Apa yang perlu dilakukan ialah...

Baca Bismillah ketika hendak makan..
Kurangkan makan nasi..
Kurangkan duduk lama-lama mengadap komputer..
Seminggu tiga kali beriadah..
Kurangkan makanan manis dan berlemak..
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..
Banyak makan buah-buahan..
Rehat secukupnya..
Kurangkan minuman berkafein..

Eerrr..Apa lagi yer?? kalau you all ada cadangan untuk kembalikan berat badan yang idea.. Silalah kongsi bersama yer.. 

Sunday, 22 September 2013

Sajak : Sepetang Di Muara

Assalammualaikum


Kini aku jejak kembali di Muara ini
Segala kenangan aku imbau kembali
Derasnya engkau bercerita masih terngiang-ngian lagi
Gelak tawa mu yang penuh seri

Sepetang aku meratap Muara
Muara yang penuh dengan cerita kita
Engkau dan aku memang suka bercerita rahsia
Supaya tidak ada orang yang tahu al kisahnya

Suatu hari ku lihat kau begitu gembira
Pergi ke laut dan beri aku suatu berita
Berita itu ialah berita lara
Aku menderita juga sengsara

Bertahun aku menanti kau pulang
Sampai orang bicara aku hilang kewarasan
Menangis aku bukan kepalang
Kerana jasad dan tubuhmu telah hilang

Kisah duka di Muara kukuh dalam ingatan
Dek kerana kau hilang di lautan
Mungkin lautan itu menelanmu tanpa alasan 
Yang tinggal hanya rinduku tanpa batasan

Puteri Airyn Sept 2013

SEGMEN :: JOM FOLLOW by Kataubaid

Assalammualaikum

Hai you all jom join SEGMEN :: JOM FOLLOW by Kataubaid. Sambil bersegmen sambil tambah kawan-kawan kan..Entahlah tetiba Erin ni rajin pulak nak bersegmen..


Kalau nak join just klik gambar di atas ni yer..!!

Segmen Bloglist Izzri Idris

Assalammualaikum

Hai semua jom joint Segmen Bloglist Izzri Idris ni.. Jom support rakan-rakan blogger..

Kalau nak join just klik gambar tu..

Psikologi : Tak Salah Merendah Diri

Assalammualaikum..


Cara dan sikap menunjukkan sebahagian daripada psikologi yang ada pada diri kita..Pernah anda merasa diri anda hebat?? Ya..!!! Kadang kala kita kena fikir bukan apa yang kita ada.. Tetapi fikirlah apa yang orang lain tak ada.. Apa yang kita ada tidak semestinya orang lain miliki dan apa yang kita tak ada tak semestinya orang lain tidak miliki.. 

Sikap mendabik dada tak kala melihat kelemahan dan kekurangan orang lain.. Itu sudah memadai yang menunjukkan keriyakan diri kita. Sentiasa muhasabah diri adalah jalan terbaik menyedari diri ini adalah hamba Allah yang serba kekurangan. 

Jika dianugerahkan kita sesuatu kepakaran. Ucapkanlah Alhamdulillah dan gunalah ia ke jalan kebaikkan.. Jangan sekali mengatakan "Aku boleh lakukan segalanya dan aku ada banyak kelebihan yang engkau tak ada" .. Sedarlah diri bahawa itu semua kepunyaan Allah S.W.T.. Dan pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula.. Dengan ungkapan "Menyusur ular di bawah akar , tidak akan hilang bisanya".. Kita tidak usah bimbang.. Walaupun kita bersikap rendah diri, kita masih berilmu, melainkan terlumpuhnya otak dan hilangnya segala anggota badan.. Bersyukurlah.. Dan berwassatiahlah dalam segala perkara..

Sekian catatan tentang psikologi, ragam dan sikap manusia, di ulas dan dikupas demi suatu kesedaran bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer