My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday 16 January 2013

CeNDaWaN oH La cEnDaWaN...

Selepas hujan turun cendawan pun mula membiak.. cendawan selepas hujan di hutan tropika.. Aish.. apalah erin dok merapu ni kan? Sebenarnya nak cerita yang erin memang suka makan snack cendawan goreng ni.. Hmm..sodap..!! Cicah sos cili?? lagi le terangkat.. Ha terangkat apa?? Apa-apa je lah.. hehehe..Kepada penggemar CENDAWAN GORENG.. senang je nak masak menu ni.. simple, cepat dan enak.. Elok lah di sediakan pada waktu-waktu petang..Tapi jangan makan banyak sangat..!! Kang mengundang penyakit KANSER plak..sebab menu ni agak berminyak.. KOLESTROL tu beb..!! [Minah bebel ni.. tak habis-habis, bebel dan bebel kot blog dia (Erin) ] keh, keh.. jom cerita macam manalah nak sediakan menu ni..Jom,Jom,Jom...


 Firstly..Bahan-bahannya mestilah cendawan kan..kalau tak der cendawan goreng, nanti tak jadilah cendawan goreng kan..

Then pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan pukul telus itu, ala-ala sebati je..perlukan tepung serbaguna atau tepung goreng ayam.. kalau suka pedas, beli lah yang jenis pedas.. ada je jual kt kedai.. erin plak cari je tepung tu kat TESCO..mudah..situ One Stop Center..macam-macam ada..!!

Panaskan kuali dan tuang minyak half kuali.. bila minyak dah panas.. (Peraturan Memasak)celup cendawan yg telah dibasuh bersih tadi ke dalam telur dan kemudian celup plak ke dalam tepung (tepung tu tak yah bancuh dengan air keh..) then masuk kan satu persatu ke dalam kuali.,.Goreng hingga garing..ulang peraturan memasak tu sampai selesai.. Keh, selamat mencuba yop.. kasi makan kat budak-budak gerenti suka punya.. Cayok cayok.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer