My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 22 July 2013

Kinabalu (Episod 2)

Assalammualaikum..

Entri ni adalah sambungan kepada entri bulan Jun iaitu Kinabalu (Episod 1) ..Cerita lama yang masih segar dalam ingatan.. gilos tak ingat.. Ingat sonang ko Eden nok daki Gunung tu haa...So, publish dulu picture kejayaanku.. Yeay.. Erin berjaya tawan Kinabalu..beb..Tawanan kali kedua sebab dah pernah tawan gunung ni seusia 5 tahun.. Ada percaya??

Yeah..Tak sangka gitu.. Ye lah Erin kan sifatnya lemah lembut.. haha..lemah lah sangat dan lembut lah sangat..Perempuan melayu terakhir..(Perasan sangat-sangat)
* Okay tak yah cerita panjang-panjang sebab picture tu pun dah boleh cerita ke'happy' an Erin kan..
Nak tawan gunung yang tesergam indah ni bukan semudah A,B,C or 1,2,3.. Sebab kami memerlukan 3 bulan untuk mencari stamina.. Pergi Gym (Workout) Swimming dan Joging..Mental pulak kena mantap beb...Kinabalu ni memang mencabar.. Kalau tak percaya..Pi daki sendiri..Mau tau lah..9 jam berjalan..Tak da jalan turun naik.. semuanya jalan naik yang mencuram..
Ni lah trek yang kami lalui..(Sorry Aini..Kak Erin pinjam picture U..Sebab masa tu Erin berlengan pendek..nampak aurat..Hehe)
Masing-masing dah letih walaupun baru pertengahan jalan.. Jauh lagi.. Setiap perhentian.. nak ubat hati.. kami pun bergambar..Snap je..
Haa...mak ai..besou nyer ekau wahai ulat or lipan.. entah tak pasti..Bahaya-bahaya..
Ni kenalan Erin.. Sedang mendaki tetiba nampak adik ni.. dia orang Sabah bah.. ikut geng abang dia mendaki.. Tapi disebabkan keletihan..Abang dia dan geng abang dia telah tinggal dia di separuh jalan..Comey kan adik ni.. Baru form 4 time tu..
Berjaya Erin snap picture yang sangat cantik ni.. SubhanaAllah ciptaan Allah..
Jangan tak tau.. Gunung Kinabalu ni banyak gaung yer..Tersalah langkah..tergolek lah ekau..So, be careful..
Akhir sekali nak jugak publish picture Erin time umur 5 tahun mendaki Gunung Kinabalu ni..Hehehe..Kuatnya Erin walaupun masa tu tecik agi..


10 comments:

Nory Zoulkefle said...

bestnya dapat mendaki gunung kinabalu...
nory, sabah pon tak jejak kaki lagi...heheh

Unknown said...

Bila sampai kat puncak tu memang best.. Tapi time nak mendaki tu memelukan kudrat yang banyak.. huhu Erin pun tak larat.. Nanti klau ada peluang boleh lah Nory pi sana.. Sabah tempat yang cantik.. :-)

norhasnizakhalid said...

kalah lah mama bab panjat memanjat ni..

Mizz Aiza said...

tahniah erin.. usaha tangga kejayaan.. teringin juga nak mendaki gunung kinabalu.. tapi rasanya dengan stamina aiza sekarang susah nak pergi kot.. hihi..

Unknown said...

Mama.. best tau aktiviti lasak ni.. :-) mencabar.. dapat suatu kepuasan..

Unknown said...

TQ Aiza..Kalau selalu praktis..joging..workout kat gym.. InsyaAllah semua mampu mendaki gunung kinabalu.. yang penting kekuatan mental jugak.. :-)

Anonymous said...

sy asal sane pun blom penah jejak gunung ni.tahniah kak erin!

Unknown said...

Owh caahaya asal sabah.. Nanti ada peluang pi lah mendaki gunung kinabalu.. view kat atas puncak tu cantik tau..

Aida Ismail said...

Tak sanggup nak daki gunung. P daki bukit pun dah termengah-mengah. Hehe~

Unknown said...

Kak Erin pun penat gak daki gunung tu.. Tapi dah minat.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer