My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 7 October 2017

Sample Susu Sustagen Untuk Uwais Al Qarni


Assalammualaikum..
Hai you alls.. buat apa pagi-pagi ni..??
Hujung minggu ni buat apa lagi kalau tak uruskan keluarga kan..
Al maklum lah hari cuti ..

Ni nak tunjuk sample susu sustagen yang Erin dapat..
Sekali bagi 3 paket.. berbaloi jugak join club ni..


Berbaloi lagi bila disertakan voucer discount sebanyak RM5 (3 keping)
Tapi susu sustegen ni untuk setahun dan ke atas.. 
Uwais baru nak masuk 8 bulan.. so tak valid lagi nak bagi susu ni..
Kena tunggu bulan Februari tahun depan baru umur Uwais setahun..

Erin tengok macam menarik juga susu Sustagen ni..
Sekarang ni Uwais minum susu Ducth Baby dan susu kambing Habib..

Okaylah sekian..
Thanks tau sebab you alls sudi terjah dan baca blog PuteriAiryn ni..
love you alls..

Thursday 28 September 2017

Perlindungan untuk anakku


Assalamualaikum..hai..pe kabar semua?

Haa..ni kad perlindungan untuk anak Erin..
Seawal umur dia 2 bulan Erin dah langgan plan takaful ni..
Nak tahu tak..plan ni cover sekali dengan penjaga.. iaitu ibu dan bapa..

Plan yang Erin ambil untuk Uwais ni RM185 setiap bulan..
Erin tahu semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak..
Cuma kena ikut kemampuan.. Untung sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga yang serba berada..

Yang kurang berada..InshaAllah.. Allah sentiasa lindungi kamu..

Sekian..wsalam..

Wednesday 27 September 2017

Doll Skin Dual Powder ST


Assalammualaikum..
Hai.. Erin suka guna ST powder ni..
Memang cantik.. dah la ada glitter lagi..

Keluaran ST jenis Doll Skin ni memang kegemaran Erin dari dulu lagi..
Dari zaman tak kahwin lagi..
So tak boleh nak kata apa dah la..
Sebab dah minat..Tapi nak jadi consultan imej or make up tu tak layak lagi..
So korang tak payah lah dok mengomel time baca entri ni yer..
Hehe.. saja je update blog berkaitan produk yang Erin guna..

Kot kot you all tak tau nak pilih powder mana yang nak tempek kat muka..
Boleh lah beli powder Doll Skin ST ni..

Sekian.. terima kasih sebab sudi baca..😊😊😊

Tuesday 26 September 2017

Masak Kicap Ayam Style Puteri


Assalammualaikum..
 Hai..jom masak simple dimple punya masakan..
hanya 30 minit saja..

Resepinya..

Bahan-bahan mentah :

Ayam (potong kecil-kecil)
Ubi Kentang 2 biji (potong melintang bulat-bulat)
Kicap 1 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa
Limau nipis sehiris atau asam gelugur 1 keping
Daun bawang/ daun sup

Bahan dihiris :

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Cili hijau 6 biji
Cili Merah 1 biji

Cara-caranya:

Masukkan minyak
Goreng ayam dan ketang sehingga separuh garing
Angkat ayam dan kentang ke dalam pinggan
Tinggalkan sedikit minyak ke dalam kuali
Masukan bawang besar, bawang putih, halia,
cili merah dan cili hijau ke dalam kuali dan tumiskan hingga naik bau
masukan ayam dan ubi kentang
perahkan limau nipis/ asam gelugur ke dalam ramuan
Masukan kicap, garam dan gula
Masukan daun bawang dan daun sup
gaul sehingga masak..

Sekian.. senangkan.....




Anak Ibu Sayang

 

Assalammualaikum..
hai you alls..
Ni gambar terbaru anak Erin..
Saja snap gambaq dia tengan lena..
Nyenyak kan dia tidur..
Buah hati ibu ni..LOVE YOU ANAK...

Monday 7 August 2017

Cosmoderm BB Cream dan Good Virtues Co. Brightening Day Cream

Assalammualaikum..

Hai you alls..Buat apa tu? Dah breakfast ke belum? 
Ish, Erin ni asyik tanya tentang breakfast je kan..
Ye lah breakfast tu penting untuk kesihatan..

Sama juga dengan wajah kita yang perlu nampak energy pada setiap hari..
No more kusam-kusam yer sayang..

So, hari ni..
Erin nak buat review sikit tentang produk yang Erin baru gunakan ni..
Tengok okay je..grap terus..
Tak sangka pulak, hasilnya begitu terpukau..wow gitu..

Kebiasaannya Erin akan cuci muka dengan sabun colagen Dynas,
Tetapi semalam baru cuba pencuci muka jenama Cosmoderm Active G.
Memang terbaik, wangi dan best bila apply kat muka..

Then bila muka dah bersih, Erin akan pakai Brightening Day Cream
keluaran Good Virtues Co.
Day Cream ni ada SPF 30 PA+++UVA/UVB Defence dan..
ada kandungan Organic Black Seed Oil..
Haa..menarikanday cream ni..


Yang menarik lagi tentang day cream ni.. Ia adalah HALAL dan tak ada sebarang kandungan lemak haiwan..

Selepas memakai day cream..
Erin akan pakai BB cream jenama Cosmoderm with vit E. Nature Pink
Memang terbaik BB Cream ni..Bila apply kat muka rasa flawless gilers..hehe




So, inilah produk kecantikan yang Erin akan pakai setiap hari..
Yer ..Penampilan itu amat penting kepada wanita bekerja seperti Erin ni..
Tak nak muka nampak kusam..Apa yang penting kedua-dua produk ini made in Malaysia dan HALAL..


Ops jangan lupa..Bila apply BB cream ni.. Gunakanlah
Foundation Blended ni yer



Sunday 30 July 2017

Wow Menariknya Percutian di Ixora Hotel Penang !!

Assalammualaikum.. 

Hai you all..Dah sarapan ke belum?
Hari ni Erin nak publish artikel berkaitan Ixora Hotel Penang..
Jom lapangkan masa untuk baca artikel ni..

Mana tau you all berminat untuk booking percutian nanti..

 Picture credit by google

Kalau pergi ke utara tak singgah Pulau Pinang memang tersangatlah rugi okay! Korang nak tahu tak sebab apa??

sebab di Penang ni banyak sangat tempat-tempat yang menarik yang boleh korang lawati seperti pantai-pantai yang terdapat di sekitar Penang ni, pusat membeli belah yang terkenal di sekitar penang dan makanan yang sering menjadi tarikan para pelancong untuk datang ke sini iaitu nasi kandar dan pasemborr…Uishhh rugi sangat tau kalau korang datang ke Penang tak cuba makan nasi kandar and pasemborr.. orang cakap tak lengkap la kalau datang Penang tak cuba semua tuhh!!Errmm sedapnyaaa!! Bukan tu sahaja, kat sini juga korang boleh melihat keindahan alam semula jadi dan keindahan Bandaraya Pulau Penang dari Bukit Bendera…Bestnya u ollss!!



Picture credit by google

Kalau seharian berjalan kat Penang tuh mana sempat u ollss.. Apa kata u olls bermalam jer di Penang..Alaaa bukan selalu kan datang ke tempat orang.. Nama pon bercuti..mestila kena bermalam..hahaha! Pasal hotel korang tak perlu risau sebab Erin nak share dengan korang sebuah hotel yang sangat memuaskan dan yang penting harga yang ditawarkan tersangatlah pergghh!! Murah okay!!...nama hotel tersebut ialah Ixora Hotel..Hotel ni terletak berhampiran dengan mall yang terkenal di Penang iaitu Megamall Penang iaitu sejauh 5 minit kalau berjalan kaki dari hotel ni.. Ia juga berdekatan dengan pekan Georgetown dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas iaitu dengan jarak 40 minit memandu dari Ixora Hotel... So korang tak perlu risau la..sebab hotel ni memang tereletak di tempat yang sangat strategik..

Picture credit by google

Mesti u olss nak tahu kan keistimewaan or kelebihan hotel ni.. okay sini Erin nak cerita kat u ollss.. Ixora Hotel ni sebenarnya sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang…Walaupun ia bertaraf 4 bintang, hotel ni juga menawarkan harga yang sangat berbaloi..pendek kata orang yang biasa pon mampu untuk tinggal di hotel ni sebab harga yang ditawarkan sangat rendah…Terdapat 8 jenis pilihan bilik yang boleh korang pilih mengikut bajet yang korang. Setiap bilik yang ditawarkan di sini mempunyai daya tarikan yang tersendiri taw…Harga pon lain-lain yer korang..hehehe..Bilik yang ditawarkan di sini sangat selesa, luas serta dinding yang dihiasi dengan warna-warna hangat dimana dapat la korang relax kan minda korang tuhh dari kesibukan kota…ceewwaahh..hahahaha…Bukan tu sahaja, ia juga dilengkapi dengan telefon Handy, TV kabel/satelit skrin rata dan ruang tempat duduk untuk korang bersantai-santai di dalam bilik. Meja kerja dan alat pengering rambut juga disediakan di dalam semua bilik di hotel ni taw... Memang sangat berbaloi la dengan harga yang ditawarkan.

Picture credit by google

Antara fasiliti yang terdapat di sini ialah kolam renang dan pusat kesihatan..so korang boleh la beriadah dan manjakan diri korang di tempat aku sebutkan ni…Terdapat juga khidmat concierge, ruang untuk menyimpan bagasi, perkhidmatan dobi dan cucian kering, kemudahan untuk mesyuarat mahupun jamuan, bilik bebas meroko untuk mereka yang merokok, lif, penyaman udara dan banyak lagi… Yang pentingnya u olls, kakitangan yang kerja di Ixora Hotel ni bertutur dalam empat bahasa taw iaitu bahasa cina, melayu, india dan inggeris..So mudah la korang nak berkomunikasi dengan staff di sini.. untu pengetahuan korang..Ixora hotel ni terletak berhampiran dengan tempat-tempat yang menarik antaranya ialah Sunway Carnival Mall, Wonderfood Museum, Batu Feringhi, Padang Kota, Komtar, Straits Quay, Rainbow Skywalk di Komtar, Bukit Bendera dan banyak lagi.. Bukan selalu dapat bercuti Pualau Pinang kan..apa salahnya korang menggunakan masa yang ada ni untuk tawaf satu penang ni..hahahhaa!!


Picture credit by google

Okay itulah antara keistimewaan Ixora Hotel yang dapat Erin kongsikan bersama korang..Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh la survey di laman web Traveloka, di situ korang boleh baca antara komen-komen yang ditinggalkan oleh penginap yang pernah menginap di hotel tersebut..Yang pastinya mereka yang pernah bermalam di hotel ini sangat berpuas hati dengan Ixora hotel dari segi harga, servis, dan fasiliti yang ditawarkan di sini..


Wednesday 26 July 2017

The Cruises - Menghadapi Hidangan Lazat

Assalammualaikum..hai..
Semalam kan gaji baru masuk..
Mesti you all yang kerja gov happy 
sebab gaji yang dinanti sekian lama baru masuk bank..

Lama ker?? Haha..yer lah raya sakan lah katakan..
Duit pun mengalir deras bak air terjun gitu..

So semalam Erin teringin sangat nak makan makanan ala-ala westen gitu..
Malas nak makan nasi or roti..
Then Erin pun ajak hubby pi Aman Central..
Teringat dulu pernah pi makan dengan abah dan mama di Restoran THE CRUISES..
Sedap makanan westen di situ..



Maka Erin ajak hubby pi situ..
Sekali sekala nak belanja hubby..
Selalu hubby je yang belanja makan.. Kali ni biar wife plak..


Banyak menu yang sedap-sedap di situ.. sampai rambang mata nak pilih yang mana..
Then hubby ternampak menu combo.. Intersting lah menu tu..
Gabungan ikan kambing dan ayam.. ada potato fries dan mixes salad..
Yang best ada promotion air free..cuma yang air free tu ada 3 pilihan saja..
Seperti biasa air kegemaran Erin dan hubby ialah ice lemon tea..




Ops jangan kata Erin tak pantang.. ni pun sekali sekala je.. 
Memang terbaiklah menu yang kami pilih..
Daging kambing yang di grill memang juicy sangat..

Isi ikan yang digoreng ala-ala nugget tu memang sedap dan rasa segar..
Kenyang sampai ke malam..

Sekian..Thanks sudi baca.. 😀😀😀

Monday 17 July 2017

Sayang Anak Ibu


Assalammulaikum..
Alahai.. lamanya Erin tak update blog ni kan.. 
berhabuk bersawang bagai..
Ada follower yg dah unfollow paaa..

Now Erin nak perkenalkan my lovely prince
Muhammad Uwais Al Qarni Bin Mohd Akasyah..
Tak sangka tahun lepas Erin bergelar seorang isteri..
Tahun ni naik pangkat lagi..bergelar seorang ibu..


Tak terbayang rasanya boleh dapat zuriat sendiri..
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmatnya
Putera kesayangan Erin ni dah berusia 5 bulan hari ni..

Tanggal 17 Februari 2017 (Jumaat) lahirlah Uwais ke dunia ni..
Teringat kembali saat melahir Uwais..
Tidak terasa teruk..Malah terasa tenang sekali..
Sampai saat akhir nak bersalin pun, Erin sempat ke pejabat..
Dan buat kerja seperti biasa..Bila terasa kontraksi 10 minit sekali tu.. 
baru Erin call husband untuk bawa ke Hospital..

Tepat jam 12.36 pagi Jumaat.. lahirlah Uwais..
Ramai orang cakap muka Uwais ni mirip Baba dia (husband)
Yerlah dah anaknya..mestilah muka ikut babanya..hehe..


Okaylah inilah sedikit  coretan perkenalan putera sulung Erin kepada you all..
Sekian.. 😙😙😙😙

Monday 6 February 2017

Fenomena Pau Cendawan


Assalammualaikum..
Hai you alls.. lamanya Erin tak menulis di blog ni kan..
Saja je nak publish tentang pau cendawan..
Zaman dulu-dulu pau 'just' warna putih je,
perasa pula..kaya dan kacang merah

Pau cendawan ni perasa cendawan plus ayam..
sedap jugalah..First time Erin rasa  semasa pergi ke SkyCab Langkawi..
Harga RM4 sebiji.. Mahal.. tapi puas hatilah sebab bahan intinya banyak

Yang 'picture' pau cendawan di atas ni.. Erin beli yang 'frozen'
Balik rumah..terus kukus...
Mula-mula 'hubby' tak berani nak makan..
Tapi Erin cakap sedap..
So, dia pun cuba makan.. Then dia pun kata sedap..

Okaylah sekian coretan Erin kali ni..
Next time ada masa tulis lagi di sini..

SEKIAN..terima kasih kerana sudi membaca.  ☺☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer