My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 8 February 2011

Bagaimana Lelaki dan Wanita Saling Jatuh Cinta?



Puncak definisi menarik yang adalah apabila timbul perasaan cinta pada insan yang dilihat menarik. Atas memenuhi fitrah manusia supaya mencintai dan dicintai, manusia berusaha menjadi menarik untuk menjadikan keperluan tersebut diperolehi dan dipenuhi. Kita semua mengakui jodoh adalah ketentuan Tuhan dan Tuhan juga lah yang menggerakkan hati seseorang supaya jatuh cinta pada seseorang. Namun cinta ada pintu-pintunya. Bukalah pintu itu kelak cinta pasti diperolehi..

Cinta yang berbalas adalah ubat yang paling mujarab
kepada seseorang insan di dalam hidupnya

Bagaimana Chemistry Seseorang Berfungsi?

"Saya bertemu ribuan wanita sepanjang
kehidupan saya. Tetapi
pelik apabila saya betemu dengannya,
tiba-tiba sahaja jantung saya kuat berdegung dan
saya tergamam melihatnya. Saya sendiri tidak tahu
apakah yang sedang terjadi pada diri saya."


Adakah itu dinamakan cinta pandang pertama? Dari mata turun ke hati? Tangannya yang berpeluh, secara tiba-tiba menjadi berdebar dan bermacam-macam lagi. Tahukah anda bahawa ini dikenali sebagai 'biochamistry'

Pintu-pintu cinta : Bermula menjadi menarik dan kemudian memperoleh cinta, mungkin ini merupakan satu pengalaman yang menyoronokkan. Apabila seseorang jatuh cinta dan memperoleh cinta, dia sebenar-benarnya telah membuka cinta pada hati seorang yang lain melalui pintu yang tertentu.

Pintu itu mungkin kecantikan wajah, kelembutan pekerti, kepetahan bercakap, kecerdasan fikiran, kesamaan nilai dan sebagainya. Cinta terus menjadi misteri selagi mana manusia masih bergerak dan hidup di muka bumi ini. Carilah pintu yang kita tetapkan dan bertawakallah.

Monday, 7 February 2011

Mendaki Gunung Jerai


Assalammualaikum..

Hai you all..Nak tahu tak apa aktiviti yang menarik pada tahun 2011 ni..?? Pastilah aktiviti yang mencabar..pada 15 Januari 2011..Pasukan bakal pendaki Program Amal Kinabalu telah membuat latihan intensif di Gunung Jerai..Trek yang dilalui sepanjang 11 kilometer..Wah penat sih...sebab berjalan kaki..Tapi pengalaman cukup bermakna..Pada pukul 9.00 pagi bertolak then sampai di Taman Rekreasi Gunung Jerai pada pukul 2.00 petang..Para peserta cukup sporting dan bersemangat..Iyelah ini kan latihan untuk mendaki Kinabalu...Selepas ni ada beberapa lagi latihan sebelum para peserta bersedia untuk menghadapi cabaran Kinabalu pada June 2011 ni..tak sabar rasanya diri ini..Ok ;-) 

Sekian, wasalam...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer