My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 19 August 2013

Sana Sini Situ Open House

Assalammualaikum..

Hari ni dah masuk 12 Syawal..Kita masih lagi dalam mood raya..Dari 1 Syawal sehinggalah 6 Syawal.. Memang time tu agak kritikal mencari kedai yang dibuka.Mungkin Tauke kedai makan berpuasa sunat enam..Atau dia imagine tak ramai customer yang akan berkunjung kedai..Ye lah kan banyak open house dan ramai yang berpuasa sunat enam..

 Ni picture meat ball Pizza Hut (Niesa belanja sebab susah nak cari kedai makan pada awal Syawal)

Tapi waktu tu jemputan ke jamuan hari raya masih tahap slow di jabatan-jabatan kerajaan atau agensi swasta. Setelah seminggu berhari raya.. Mulalah terima undangan ke jamuan hari raya tu..Haaa.. Apa lagi makan dan makanlah yer.. First undangan yang Erin pergi ialah anjuran Biro Angkasa..Best juga makanan yang dipersembahan..Ada satey..macam wajib je setiap open house yang Erin pergi..Yang wajib adalah  tidak lain dan tidak bukan ialah ketupat dan rendang. Selain tu ada nasi tomato, dan kuih-kuih raya..

Semua menu jamuan raya di Biro Angkasa

Pada hari khamis ni pula Jabatan Erin akan adakan jamuan hari raya di Padang Terap.. Haa..jauh tak kami berjamuan? Sebenarnya Jabatan yang Erin kerja sekarang ni menjaga 2 daerah iaitu Kota Setar dan daerah Padang Terap. Maka, boss (Tuan Jurutera Daerah) telah memilih untuk mengadakan jamuan raya di Padang Terap. Jamuan ni terbuka untuk semua kakitangan JKR Kota Setar / Padang Terap sahaja. Kira bukan terbuka untuk orang awam. Tujuan jamuan ini diadakan setiap tahun ialah untuk mengeratkan tali siratulrahim antara kakitangan.

Setiap unit perlu memilih jenis juadah yang akan diadakan pada hari tu. Dan kami telah sepakat memilih puding, kek, agar-agar sebagai juadah di kios kami nanti. Erin memang cadang nak buat puding tiffer..Tapi ada cadangan lain nak buat agar-agar puding koktail. Selalu Erin buat samosa je kan..Erin memang suka bab kulinari ni..masak memasak.. hehe.. ikut Mama Erin yang memang suka masak dan masakan dia sedap-sedap pula tu..

 Ketupat yang masih berbaki di rumah..Sampai ke hari ni pun masih ada dalam peti sejuk..
Bila nak makan baru kukus atau rebus

Okay..Selain jemputan ke rumah terbuka hari raya.. Ada juga jemputan undangan perkahwinan..Wah, syawal-syawal ni pakat kahwin belaka yer.. Nanti anniversary pun setiap kali syawal yer..Erin ada terima beberapa undangan perkahwinan..Tapi Erin tak Pergi semuanya sebab kadang-kadang tu ada tugas yang perlu disiapkan.. Kadang-kadang tu pula Erin puasa sunat enam.. Ye lah, kalau tak buat puasa sunat enam rasa rugi pula kan..

Itu je yang Erin nak cerita sana sini situ open house.. you all yang buat open house tu tak nak jemput Erin ke? (Perasannya.. ada ke orang yang jemput Erin??Erin ni siapalah kat sini kan kan..-Sedih uh..)

11 comments:

Unknown said...

tak tahan bila tengok ketupat daun palas tu..erm..tak pernah jemu..heheh

shazillahsani.com said...

wahhh...confirm naik berat badan...heee..^^

Anonymous said...

singgah balas kunjungan dan folo..:)

Miku Hatsune Chan said...

singgah, blogwalking support :) :D :)

Unknown said...

sedapnya.. jadi lapar hoho.. :D :)
selamat sore .

norhasnizakhalid said...

ni nak carik lemang lah jap lagi.. terliur tengok pic ni..

Fais-SKA said...

bila raya je..pasti rzeki kita murah =) bnyak betul jemputan ke rumah terbuka..mkan smpai cekik..he3

Tetamu Istimewa said...

Baru je balik dari rumah terbuka.

PCL said...

wah.. putri keja gov eh, JKR ?...sama lah kita ...kenyang dgn jemputan open house.

Unknown said...

Pakciklie pun JKR jugak yer? Tapi Erin staff state yang dipinjam oleh Jabatan Federal (JKR)

Mizz Aiza said...

masih dalam mood raya sekarang ni.. aiza kalau ke mana2 rumah terbuka mesti cati sate ayam je.. hehe.. kesukaan aiza tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer