My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 18 August 2013

Istikharah

Assalammualaikum..

Apakah yang dimaksudkan dengan istikharah?

Istikharah ialah memohon atau meminta yang baik dan ia dilakukan apabila seseorang itu tidak pasti dalam membuat keputusan memilih sesuatu atau meninggalkan sesuatu. Contohnya mempunyai dua pilihan yang sama baik, tetapi harus memilih hanya satu.

Secara praktikalnya istikharah bererti meminta pertolongan Allah untuk memilih beberapa kemungkinan dan kemungkinan itu berada pada tahap harus dalam syariat dan tidak diketahui mana yang terbaik, dilakukan atau ditinggalkan. Istikharah merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang yang beriman.

Kesalahan dalam istikharah :

1. Tiada ilmu tentang solat istikharah
2. Langsung tidak melaksanakan solat istikharah dalam membuat keputusan yang diragui dan keliru.
3. Hanya menunggu mimpi atau petanda yang aneh tanpa mempertimbangkan petanda yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketenangan emosi dan kemantapan hati.
4. Hati sudah ada kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelum istikharah.
5. Menyalahkan takdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini berlaku selepas istikharah.

Istikharah  cara yang betul

1. Mengakui kesalahan dan bertaubat
2. Bersih dalam pilihan
3. Mimpi gerak hati dan pandangan
4. Mengulangi istikharah

(Jika mahu keterangan lebih terperinci, sila rujuk Majalah Solusi Isu #42 halaman 23)

Sumber : Majalah Solusi Isu #42 halaman 21,22 dan 23
Diterjemahkan dengan gaya tersendiri oleh Puteri Airyn

3 comments:

Unknown said...

bersih dalam pilihan tu yg susah kan..sebab biasanya hati mcm dh berat ke satu arah baru orang nk buat istikharah :)

Unknown said...

Betul tu.. Tapi kalau nak dapat kepastian..kena berkorbanlah.. Pilihan Allah melalui istikharahkan adalah lebih tepat..

Tetamu Istimewa said...

Saya pernah tulis cerpen yang bertajuk Istikharah dalam Cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer