My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 21 August 2013

Masa Bilakah Kancil Bertukar Jadi Cik Bab*

Assalammualaikum..

Adakah pulak si kancil yang comel tu bertukar jadi cik Bab* kan..(Nak sebut nama binatang tu pun segan)
Ni al kisahnya..

Pada suatu hari (lama dah ni tapi baru nak cerita) Erin teman mak cik Erin pergi sebuah pasaraya..Tetiba ..Sila rujuk diolog kami yer..

Makcik :Erin, cik nak tanya ni (Erin just panggil Makcik tu dengan panggilan cik saja).. Masa bilakah kancil bertukar jadi Bab*?

Dalam hatiku..'Apa punya soalan ni..Kancil,kancil lah..mana boleh tukar jadi cik Bab* pulak..

Erin : Entah.. (Sambil menjungkitkan bahu)

Makcik : Sat lagi aku tunjuk kat hang..tu pun  kalau terjumpa..

Lagilah Erin pening apa yang cuba disampaikan oleh Makcik..Dalam dok berfikir tu.. Tetiba..

Makcik : Ha..tudia aku dah cakap dah.. Ni lah masanya kancil bertukar jadi cik Bab* tu!!

Erin : hahahahaha.. (gelak panjang rasa nak pecah perut) 

You all nak tahu tak apa yang dimaksudkan dengan kancil bertukar jadi cik Bab*? You all pernah round-round tempat parking kereta tak? Bila nampak macam tempat tu kosong, maka kita pun pederaslah kereta.. Tetapi bila sampai tempat parking yang dianggap kosong itu, sebenarnya tidak kosong.. Tetapi dihuni oleh sebuah kancil, mungkin juga si kelisa atau si viva(bukan diva yer)

Sekian al kisah kancil bertukar jadi si Bab* 
p/s: Jangan sebut nama Bab* banyak-banyak kali nanti kena sepak mulut terus jadi herot petot.. Hehe

8 comments:

Norhasniza Khalid said...

hihihi.. sabar je lah

sha (chirp chirp) said...

haha. ingtkan ape td. dorng patutnya parking ke blkg sket.

akmaL said...

hahaha..terbatuk2 kancil kat dalam hutan tu korg ngate dia :P

SecretOfShaila said...

hahaha...macam2kan...sabar je la..^^

mirza syazwina said...

heheee ^__^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

haha.. nasib baik..

S.K.A said...

he3 biasa la 2..pnh juga kena..tp kawal lg la bahasa ni :)

puteri airyn said...

Biasalah..bila marah dan geram.. macam-macam bahasa kluarkan.. hehe.. nak buat macam mana.. dah kancil tu ikut taya kereta yang parking sebelah dia tu.. kereta sebelah tu kereta bonetnya panjang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers