My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday 13 December 2012

JODOH...!!

Haaa....cakap lagi pasal jodoh..
Hmm..Apa?? Buat don't know je..buat bodo je...Ish..tak boleh, tak boleh..
Usaha kena usaha.. Usaha pulak jangan la sampai tersalah anggap..Kita perempuan, jaga adab beb..(Muslimah gitu..hehe)
DOA itu senjata orang mukmin yang terbaik kan..?? Maka berdoa lah..
Kalau Allah tak makhbul tu.. mau tahu sendiri lah yer..!! Sebab mesti ada something yang tak kena dengan kita..Maka MUHASABAH yang utama.. JANGAN langgar perintah ALLAH..(Al-Maklumlah baru je baca buku berkaitan jodoh..Cewaaaahhh...malu lew i..hehehe)

Apapun dalam hati tetap ada CINTA.. Biar lah selagi belum jumpa jodoh kita tu kita CINTAI ALLAH sepenuh hati.. Sebab CINTA kita yang hakiki adalah kepada ALLAH..

Jangan lew dok sedih-sedih yer duhai hati.. sebab JODOH, REZEKI, AJAL dan MAUT tu telah tertulis..Hanya Allah yang tahu segalanya..(Sedih pulak, sedih pulak..haaaruuuu...!!!)


TeNgOk LeW OwAnG Tu SeNtUH LoVe ^_^

Wednesday 12 December 2012

CREPE CREPE CREPE..DOYAN,CHOCO,BERRY

Crepe crepe crepe.. orang cakap sedap.. betul ke ni..tapi kawan 'offfice' ni pun selalu bagi erin rasa crepe ni..wow..!! not bad..tapi erin rasa macam erin tak suka je crepe ni.. siap salah sebut lagi.. nak tahu tak erin sebut apa kat makanan tu.. erin sebut CRAB.. hehehe.. kawan erin pun nak gelak.. What ever lah kan.,. janji bunyi macam nak sama.. Popular sungguh aih makanan tu.. lagi Famous dari selebrity.. kikiki...(Gelak comey) Jap jap erin nak 'upload picture' CREPE tu tau.. Ada macam-macam kaler.. macam mana depa buat eh?? Erin tengok macam susah jugak.. erin tak pandai bab-bab kuih muih ni.. makan tau leeeerrrr... Hmmmm.....


Haaa...!!! Amacam menarik tak?? Mestilah kan kaler nya macam-macam.. tapi isi sama je.. letak CHOCOLATE..tapi erin tak suka sangat.. lagi suka letak STRAWBERRY..ada jugak tanya kawan cara-cara nak buat.. Memang susah aih.. lagi senang order pastu kasi kepingan RM kan kan.. ^_^ K lah setakat itu saja nak crita pasal ke 'Famousan' Crepe ni..Kalau korang rajin, search la google cara-cara nak buat CREPE ni.. buat, buat..jangan tak buat.. ^_6

Monday 10 September 2012

Jamuan Hari Raya JKR KS/PT


Dah lama rasanya erin tak update blog kesayangan erin ni kan..Bukan tak mau update..Tapi mood tak adalah nak update, sebab tu blog ni dah bersawang..What ever sekarang mood nak update blog dah okay sikit..16 September 2012 bersamaan dengan hari Khamis, Pejabat JKR Kota Setar / Padang Terap telah mengadakan Jamuan Hari Raya..Cewah, macam ayat skema pulak erin ni kan..Best jugak pada hari tu.. Tapi sayangnya hari tu hujan lebat..Nasib gerai tu di bawah khemah..Kalau tak, sure lah erin dah basahkan..

Raya sana raya sini..Open house punya lah banyak berderet-deret..Tapi erin tak pi semuanya sebab erin qada puasa dan ambik puasa 6.. Asyik makan-makan je, badan pun nak kena jaga jugak kan.. Lagi pun kalau lambat-lambat ganti puasa, nanti mood pemalas tu mai pulak..Dekat-dekat nak raya tahun depan baru terhegeh-hegeh nak ganti..So, better ganti sekarang ni kan pastu buat puasa sunat sekali..Kira 2 in 1 lah kan..

Oops..!! Dah melalut bab puasa pulak kan..So, continue balik cerita bab Jamuan Raya JKR KS/PT yang agak best..Macam mana lah erin tak rasa best, kawan-kawan kat sini dah macam saudara walaupun erin baru je kerja kat sini..(Tempat kerja lama erin pun best jugak, rindu pada semua staff SUK..4 tahun kan kt Wisma Darulaman, mana boleh erin lupa..huhuhu..)

Haaa..apa? Bab juadah?? Of couse lah ada lemang dan ketupat (Makanan wajib ada time raya-raya ni kan..) Menu yang lain tu biasalah ada laksa, nasi tomato, satay ayam, buah-buahan tempatan, pelbagai jenis kek, puding dan ais kacang..Haaa...siap ada karaoke lagi tau..Tapi erin tak nyanyilah sabab bagi peluang kat staff lain nak tunjukkan bakat..Cewaahhh..hihihi...

Nak tau tak erin jaga gerai apa?? Tu.. nampak tak girl yang comel yang dok tepi sekali pakai baju pink sedang sibuk susun kek..Tu lah erin..Biasalah girl-girl kan, sampai baju raya pun colour pink..Sebenarnya baju raya erin ada 4 pasang semuanya untuk tahun ni..(ada colour purple, pink, merah dan biru gelap)..

After berkenyang-kenyangan menjamu selera di jamuan tersebut, Erin pi beraya di Wisma Darulaman pulak..Kebetulan Bahagian Sumber Manusia SUK pun adakan jamuan raya..So, apa lagi dari Daerah Pokok Sena..Erin beransur ke Wisma Darulaman..Wah..!! makan lagi..tujuan pi sana bukan sekadar nak menjamu selesa saja..Tapi niat dihati nak jumpa kawan-kawan lama..Rindu kat depa tau..Erin seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama kat sana, terubat segala kerinduan..Selama 30 minit kat BSM..Erin pun pulang ke Office JKR KS/PT..So, tamatlah aktiviti beraya pada hari itu.. Letih betul..!! Tapi Best..!!

Wednesday 15 February 2012

Bawang Putih Rempah Yang Mempunyai Banyak Khasiat

Apakah gambarajah di atas? Apa dia?? Oh bawang putih...Ya benar, inilah bawang putih? Nak tahu tak yang bawang putih ni mengandungi 150 manfaat kepada kesihatan. Antaranya termasuklah mencegah pembentukan kolesterol, mengurangkan kerosakan hati akibat kadmium dan melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Penyelidik mendedahkan allicin dalam bawang putih yang dihadamkan oleh tubuh menghasilkan asid sulfenik, kompaun yang bertindak balas pantas dengan radikal bebas berbanding mana-mana kompaun yang diketahui setakat ini . Ia adalah satu sebab, bawang putih disenaraikan sebagai sumber awek muda yang harus diambil.

Selain itu, bawang putih memiliki tiga kali ganda kuasa menentang jangkitan bakteria, virus dan kulat. Ia bukan efektif membunuh bakteria rintang antibiotik termasuk MRSA tetapi juga melawan serangan yis, virus dan parasit.

Bawang putih juga mampu meningkatkan pengaliran darah terutamanya ke bahagian jantung. Oleh yang demikian ia mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau strok dan juga menentang pembentukan plak dalam arteri dan mencegah kolesterol daripada teroksida.

Kalau kena cara pengambilannya, bawang putih berupaya meningkatkan perlindungan terhadap kanser payudara, kolon, ovari, prostat dan esofagus. Dalam satu kajian, lebih kerap responden mengambil sayuran daripada keluarga allium, terutamanya bawang putih dan bawang, lebih rendah risiko mereka untuk diserang kanser.

Bukan itu saja, allicin dalam bawang putih juga berkuasa dalam membantu menurunkan berat badan, sebagaimana penemuan yang dilakukan ke atas tikus yang diberi diet kaya fruktosa -yang menyebabkan peningkatan berat badan pada manusia. Tikus yang diberi diet kaya fruktosa meningkat berat badan. Situasi sebaliknya berlakukepada tikus yang dibekalkan suplemen bawang putih.

Apakah cara terbaikuntuk mengambil bawang putih? Dalam kebanyakan kes, makanan daripada sumber asli merupakan cara terbaik daripada mengambil suplemen. Lazimnya, bawang putih perlu diketuk atau dicincang bagi meransangkan proses menukarkan allicin kepada bahan yang bermanfaat. Sebaik dipotong, bahan aktifnya akan hilang 'kuasa' dan hilang dalam tempoh sejam.

Jadi cara terbaik untuk mengambil bawang putih ialah makan seulas-ulas, dicincang atau diketuk, kemudian tunggu selama beberapa minit untuk membolehkan tindak balas berlaku sebelum menikmatinya.

(Majalah iSihat Feb 2012)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer