My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 11 September 2013

Hati-hati, Perihal Rebet Telefon RM200

Asssalammualaikum..

Hai you all..Hari ni ada isu panas skit yang Erin nak kongsikan di sini..

Kejadian semalam 10/9/2013

Semalam, Erin jalan-jalan, ronda-ronda Bangunan City Plaza yang bersebelahan dengan ICT Kedah tu..
Jalan punya jalan, ronda punya ronda..Berhenti kejap kat kedai telefon tangan.. Tengok ada tulis rebet telefon RM 200.. Cuma tambah lagi RM99 sahaja..

Dalam Hati dok terfikir juga..Murah giler telefon ni..So, beranikan diri untuk tanya..

Erin : Tauke telefon apa yang guna rebet tu? Just kena tambah RM99 je ke?
Tauke : Ni telefon buatan Malaysia.. (Sambil menunjukkan telefon yang dinyatakan)
Erin : (Pegang telefon sambil membelek-belek) Ada android telefon ni?
Tauke : Ya lah, yang guna rebet semuanya ada adnroid..

Dah nama pun nak bagi golongan muda rakyat Malaysia ni celik IT.. Mestilah ada applikasi adroid kan.. Apalah Erin ni..Buat-buat tak faham pulak..Tengok muka Tauke tu pun dah cuak..Dia cuak, Erin plak blur.. Hahaha..

Sebenarnya Erin belum pun guna rebet RM200 tu.. Dalam hati ada juga pasang niat nak beli telefon yang canggih skit kat adik yang belajar kat Matrikulasi tu.. Al maklumlah kan.. itu je satu-satunya adik yang Erin ada..(Kalau ada yang nak jadi adik angkat Erin lepas ni..Boleh isi borang yer.. Hehe)

Belek punya belek.. Tengok fungsi dia pun okay..Macam nak sama dengan Xperia Erin juga la fungsinya.. Nice sangat.. Harga sebenarnya ialah RM299.. Patutlah RM99 je yang kena tambahnya..

Kemudian Erin buka dompet, Tengok dalam tu ada RM150..Ah, lepas duit ni jika nak beli telefon berkenaan. Maka, dengan otak seminit Erin ni.. Keputusan untuk membeli telah pun digubal..Haa.. tak rancang pun semua ni.. Tapi Allah Maha Menentukan.. So, bagi Tauke tu pinjam sekejap IC Erin untuk dia register rebet secara on-line.

Tauke tu kata nak register kena ambil masa skit.. So, dia suruh Erin jalan-jalan dulu kat City Plaza ni.. Bila dah siap dalam 1 jam macam tu, Erin boleh tuntut telefon tersebut..Maka, Erin pun meninggalkan benda yang paling penting itu dok dengan Tauke tu sekejap.. Haha, jadi pendatang asing jap sebab tak da IC..

Dah cukup 1 jam.. Erin pun datang semula ke kedai telefon tu.. Tauke tu cakap semuanya dah siap.. Okay..Erin pun suruh dia pasang kad sim dan kad memori yang ada dalam telefon Samsung Corbi tu ke telefon yang baru dibeli tu.. Untuk makluman you all telefon yang baru dibeli tu boleh masuk 2 kad sim.. Adoilah bertuah adik ku itu kan.. Dapat telefon baru guna kakak punya rebet..

Bila semuanya dah okay..Tanpa check semua fungsi, Erin pun pulang ke pejabat..waktu tu rush skit sebab dah nak pukul 2 petang.. Karang masuk lambat..susah pulak kan..

Di pejabat barulah Erin nak check segalanya.. Dalam kad memori Erin banyak lagu.. Bila on applikasi muzik..Haa... jem tang butang sound.. Tak boleh nak kuat suara.. butang perlahan okay je.. Adoi..Ni lah telefon Malaysia.. Telefon luar negara pun ada juga yang jem nya.. Cuba sokong skit produk buatan negara sendiri ni.. Semangat patriotik bukan main lagi..MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA..!! Tapi telefonnya buatan negara lain..

Kemudian dengan perasaan yang tak berapa nak best dan risau jika lambat maklum kepada tauke kedai tu.. Seribu langkah lagi berjalan semula ke Bangunan City Plaza.. Sesampainya di kedai tu..Kelihatan Tauke tu sedang pegang salinan IC Erin.. Dari belakang Erin nampak dia on-line website register Tune Talk.. Dengan selamba badaknya Erin pun tanya dia..

Erin : Hey you buat apa dengan salinan IC i tu?

Tauke tu diam je..Lepas tu dia tanya Erin kenapa datang semula.. Lalu Erin tunjukkan telefon yang baru dibeli tu.. Erin cakap telefon tu rosak, jem dekat butang sound untuk kuatkan suara.. Dia check telefon tu, kemudian dia tukarkan yang baru.. Ish.. kenapalah dia tak check awal-awal..penat haa eden ni berjalan dari pejabat.. Walaupun tak jauh tapi lenguh jugak kaki ni..Kali ni Erin suruh dia check betul-betul..Sebab tak larat dah nak ulang alik.. Ingat Erin ni rajin sangat ke?? Haa.. Kan dah bebel-bebel dalam hati..

Erin tak terfikir lagi berkaitan Tauke tu on-line Tune Talk tu guna IC Erin tu untuk apa.. Waktu tu Mungkin Erin  teruja sangat dengan telefon baru tu kot..sebab tu tak fikir apa-apa lagi dah..

Nilah telefon yang baru dibeli tu..dan juga kad sim yang baru Erin perolehi tadi

Kejadian Hari Ini 11/9/2013

Hari ni Erin buat kerja macam biasa..Tiba pukul 1 petang dah waktu rehat.. Erin tanya Nisa, samaada nak keluar atau tak.. Nisa tanya kami nak kemana?? Hari pun hujan..Tetiba Erin rasa macam nak keluar jalan-jalan juga walaupun tak ada arah tujuan..Nisa okay je.. Maka kami berdua meredah hujan..Tapi guna payung lah..

Kami pergi jalan-jalan dan window shopping kat kedai-kedai telefon yang berada di sekitar City Plaza..Tetiba kaki Erin Erin terhenti di depan kios yang pamerkan tablet Ninetology..Wah..teruja lah.. Tanya harga RM600+++.. Kira okay lah kan sebab duo qore.. Kira boleh letak kad sim broadband kat dalam tablet tu..Bagi pendapat Erin , jenama Ninetology agak bagus jugak lah.. So, support lah skit produk buatan Malaysia kan kan..

Sambil dok sembang dengan pekerja kedai telefon tu.. Erin pun tanyalah..Kat sini tak ada rebet ke? Pekerja tu cakap ada..Tapi kena beli sekali dengan kad sim yang baru.. sebab pakej..Memang wajib belilah kad sim.. Kalau Tauke kedai nak tipu.. dia takkan bagilah kad sim tu.. Tapi sebagai pengguna dan pembeli..kena tahulah hak kita.. Tergamam sekejap.. Baru Erin teringat kejadian semalam.. Patutlah Tauke tu on-line Tune Talk tu sambil pegang salinan IC Erin.. Tapi tak bagi pun kad sim tu..

Erin pun bagi tahu kat pekerja tu yang Erin dah guna rebet tu..Tapi beli telefon kat kios yang berhadapan kedai kasut tu..Dengan hati yang kurang tenang Erin ajak Nisa teman sebagai saksi.. Erin nak minta kad sim yang guna IC Erin tu.. Erin takut ada pihak yang tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan ke atas salah guna IC Erin tu.. Biar sesal dulu pendapata..Jangan dah kena baru nak sedar..dan sesal kemudian tiada gunanya..

Akhirnya Erin dapat kad sim Tune Talk tu..Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah lebih tahu segalanya ..Dan Allah telah gerakkan hati Erin untuk tahu kebenarannya..InsyaAllah lepas ni Erin akan berhati-hati ketika membeli..Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berikanlah perlindungan kepadaku...

Sekian cerita yang penuh ikhtibar.. Jika you all ada cerita berkaitan rebet telefon RM200 ni.. jom la kongsi dengan Erin.. Kesudian you all meloretkan komentar di blog ni amatlah Erin hargai..Thanks so much..!!!

p/s : Segala info  berkaitan rebet telefon pintar 3G kepada belia ni..You all boleh rujuk laman web ini.. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/14865-pendaftaran-rebet-telefon-pintar-3g-rm200.html

19 comments:

kacang buncis said...

xpakai pown rebat lagi...hehhee smpai bila eh

puteri airyn said...

Pekerja kedai telefon tu cakap..rebet dibuka semula 3 hb hari tu.. sebab tak cukup kuota.. Pergi lah beli sementara masih boleh guna rebet tu..

syana mizwateva said...

xckup umur nk isi rebate..huhu

Shark Kay said...

nk isi borang jd adik angkat bleh.
hehehe..
shark x pakai lg..
nk selamat kene tebus rebet tu kt kdai telefon dan pengedar seperti Digi/maxis dan celcom,
jgn beli kt kdai2 kios.

puteri airyn said...

Syana - Tak pe.. ke depan kerajaan buat lagi kot rebet ni..kena tunggu bagi cecah umur 21 dulu.. :-)

Shark - Nak jadi adik angkat kak Erin boleh je.. hehe.. Tu lah, Kak Erin pun tak tau macam mana cara nak beli telefon ni.. Tengok tawaran macam menarik je kat kedai tu harga telefon setelah rebet dapat RM99.. So, terus buat keputusan seminit..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza pun tak guna lagi rebat rm200 tu.. awal tahun hari tu dah registered&expired pun.. kena renew balik la kot kalau nak guna..

Tetamu Istimewa said...

Satu pengajaran kepada kami semua.

puteri airyn said...

Aiza register sendiri yer?? Kalau beli nanti make sure tauke kedai tu bagi sekali dengan kad sim tau..tak nak guna pun tak pe kad sim tu.. sebab kad tu register guna IC kita..

Cikgu Helmi.. Kak Erin kongsi cerita ni supaya orang lain lebih berhati-hati.. peniaga sekarang ni..nampak kita cuai dan tak da pengetahuan tentang produk yang depa jual..mula lah nak ambil kesempatan..

Aku Penghibur said...

ohh baru tahu kalau guna rebate dapat sim card sekali.. thanks sharing :)

S.K.A said...

owhhh bru thu..alhamdulillah kak..nsb baik sedar =) xptt btol la dia tipu demi kpntingan dri sndri..terima kasing sharing kak..

p/s...borang tu nk ambil kt mn?? he3..

Nurul Faiz said...

CF tak guna lagi rebet tu. baru je survey hp. huhu. tak tahu nak beli yg mana satu. kebetulan sungguh masa Erin sampai ke kedai tu tauke kedai tgh online guna ic Erin kan. Allah maha berkuasa.

zakirasli .. said...

Oh, blh dpt kad sim bila beli gna rebat. tk tahu pulak :D

Akmal Halim said...

sy xmintak pun rebat ni lagi..cam best je dapat 200 free ..hee :P

PeRdU cINta said...

kalau niat kita baik..insyaAllah Allah akan bantu kita.. :)

puteri airyn said...

Baru Erin tahu.. ramai yang tak tahu bahawa bila kita guna rebet RM200 tu kita berhak dapat kad sim..Erin harap you all dapat sebarkan perkara ini kepada kawan-kawan atau sedara mara tentang hal ni yer..

Fais S.K.A - borang apa?? Borang jadi adik angkat ke?? Hehehe..Kalau nak jadi adik angkat tengok lah nanti kak Erin buat segment kat blog ni suatu hari nanti.. :-)

Aefa Aerisya said...

time kasih bg info berguna ni.. aefa tak guna lagi rebet tu.. :)

Diya Hanun said...

huhuu..diya xnak pun guna rebet tu..sbb byk sgt nombor lah,..hehe

pha is said...

fuh.. detainya cerita.. heheh..

x pakai lagi pun rebate tu.. hmm..

SecretOfShaila said...

bahaya jugak yer...hishhh...suke tipu orang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers