My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 13 September 2013

Wow Banyaknya Ikan!!!

Assalammualaikum..

"Wow banyaknya ikan kat sini, mama..Besar-besar gitu.."
Mama pula leka saja memberi makan pada ikan-ikan tu..
You all nak tahu tak lokasi ni.. Hmm..
Ni tempat yang Erin dan family selalu pergi waktu petang-petang pada hari cuti..
Taman Tasik Jubli Emas..Hilang stress tengok ikan-ikan koi berenang-renang..
Kat sini ada juga kuda untuk ditunggangi..
Haa.. Nak naik kuda.. Jom datang beramai-ramai ke Taman Tasik Jubli Emas ni..

Erin suka panggil ikan tu macam ni.. "Meaw, meaw,meaw.. " Hehe macam panggil kucing pulak kan..Kadang-kadang panggil macam ni.."Kruk,kruk,kruk.." Apa daa..macam panggil ayam pulak.. Hehe..


Wah..Banyaknya ikan.. kalau tangkap ni boleh masak sweet sour..yeah..!! Melompat-lompat ikan tu bila diberi makan.. Selalunya kami akan bagi ikan tu makan pallet (Betul tak ejaan ni) Bila ada roti yang expired pun kami bagi makan kat ikan tu.. Ikan-ikan koi yang besar-besar ni demand skit.. Depa ni nak makan roti je.. Amboi..demand yer hang ikan..Ikan kat sini bahaya juga.. Kenapa?? Haa.. cuba you all letak tangan dalam kolam tu.. Nanti depa gigit.. Erin tengok ikan-ikan ni macam kebulur je, walaupun beratus orang pelawat datang ke sini dan beri makan.. Mungkin dah tradisi ikan ni macam ni kot.. Apa boleh buat.. Lahap dengan pantasnya apabila roti dilempar ke dalam kolam tu..


Haaa.. besar-besar baq hang ikan-ikan ni.. Kadang-kadang seram tengok.. Hehe.. Nasib ikan-ikan koi ni semuanya colourful.. Sekian itu je cerita Erin tentang tempat yang selalu Erin dan family bersiar-siar di petang hari.. Untuk makluman you all Taman ni dibuka pada pukul 6 pagi sehingga 9 pagi.. Kemudian dibuka semula jam 4 petang -8 malam.. Taman ni dijaga dengan baik dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah atau UPEN (Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Kedah)

9 comments:

Nory Zoulkefle said...

banyakknya ikan...
besau-besau plak tu...
ni kalau kucing tengokk ni, sendawa besar dia..hehe

Shark Kay said...

ikan koi ni mmg besar,
nk makan mmg xdek selera ler..
hehe..
tgk beso cmtu pn ngeri jugak.

ANIM said...

Tak pernah jejak sini lg..tak tau..huhu

pha is said...

kat tasik dalam usm ni pun ada banyak ikan gak. kalau boring, beli roti, baling dalam tasik. jap gi penuh ikan datang..

Ida Syuhada said...

Yang duduk kat tepi tasik tu pun habyak juga heehe

puteri airyn said...

Memang ramai yang berkunjung kat tasik ni.. Tambah-tambah hari cuti.. Kenyanglah si ikan-ikan tu.. :-)

Aku Penghibur said...

wow besar,, goreng pun sodap tu :)tpi dh goreng x mkn hehehe

Tetamu Istimewa said...

Seronoknya. Tak pernah pergi lagi. Tengok ikan macam ni, tenang rasanya.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sesekali keluar dengan family ke tempat macam ni memang seronok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers