My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 14 September 2013

Katakan TIDAK Kepada Rasuah

Assalammualaikum

Uish bagusnya kucing ni.. Siapa tuan dia ek?? hehehe..
(Ni kucing kat pasar yang Erin jumpa)
Tengok ler Kucing ni tak ambil rasuah ooo..

The simple thing yang kita nampak berkaitan amalan rasuah ini adalah memberi dan menerima. Tetapi kesannya kepada amalan rasuah ini melibatkan penindasan kepada banyak pihak dan kesannya boleh membawa kepada kemudaratan yang amat dasyat. Kemudaratan ini terkesan kepada masyarakat, ekonomi negara dan juga sosial..

Jom baca sikit tentang definisi rasuah ni..

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Dari segi definisinya sendiri sudah menggambarkan tentang keburukan pengamalam rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. 

p/s : Oleh itu, janganlah memberi dan juga janganlah menerima jika ia boleh menyebabkan penindasan kepada orang lain demi kepentingan sendiri. Lihat gambar kucing di atas, walaupun disogok dengan ikan yang besar, ia masih mampu mempertahankan imannya.. Ingat..!! Iman adalah mutiara..!!

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Pemberi dan penerima rasuah boleh dikenakan tindakan.

Niena Reen said...

hmm memang tak bagus menerima rasuah ni. usaha lah sikit untuk kaya. biar berkat harta. giteww. hehe.

Cik Mun said...

betul..katakan tidak pada rasuah..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

katakan tidak kepada rasuah.. walau semiskin mana pun kita bersyukurlah dengan rezeki yang halal.. masa kerja dulu pun aiza tak terkecuali dengan dugaan ni, alhamdulillah aiza tolak walaupun hati tamak.. mana ada orang yang nak tolak duit yang banyak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers