My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 5 September 2013

Sinopsis CinTa JaNNaH

Assalammualaikum..

Hoho..siapa tengok darama ni.. Angkat tangan..setiap pukul 7 malam TV3..
Adoilah romantiknya cerita ni.. Sweetnya.. Hehe..

 
Jom baca sinopsis tentang cerita ni..

Mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.

Adakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Apakah cinta bakal berputik antara mereka berdua?  Saksikan drama bersiri baru, Cinta Jannah menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 14 Ogos 2013 hanya di TV3..

Alahai.. comey sungguh Nelly, macho sungguh Airel..
Setiap malam..Dok layan cerita ni saja.. Hehe..

 p/s : Sumber : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=744732

14 comments:

Cik Mun said...

sweet je dorang ni..

Ummu Amar said...

nelydia..comel!uqasha kakak dia kan?a bit confuse..:)

Ummu Amar said...

nelydia..comel!uqasha kakak dia kan?a bit confuse..:)

permatabiru said...

best cerita nie..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza tak ikut cerita ni..

Cik YuYu said...

yuyu tgk citer nih ! best gk ... kdg2 buat yuyu senyum sowang2 ... hihi

Norhasniza Khalid said...

mama juga tak follow cite ni erin, mama bz bila time tu.. hihi

✿ pink velvet ✿ said...

suke sgttt tgk cite ni.. tp x layan live.. tgk kat tonton je tiap2 ari, huhu! heronyer encem sgt, hehe!

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Macam sweet jer cerita nih...belum sempat tgk lagi..huhuu...

Tetamu Istimewa said...

Saya tengok cerita ni. Penulis skrip merupakan kawan saya. Tapi, taklah rapat sangat. Kenal di UPM dan satu kolej dengannya dulu.

puteri airyn said...

Ye ke penulis cerita ni kawan cikgu.. pandainya dia karang jalan ceritanya.. sangat menarik.. :-)

Sam Banjamin said...

nelydia senrose... ayunya wajahnye... hihihi...

Kin Naz said...

selalu follow citer ni..

puteri airyn said...

Best kan cerita ni.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers