My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 24 October 2013

Meroyan


Assalammualaikum.

Aish.. asal tak puas hati dengan wanita je mesti nak cakap wanita tu meroyan kan.. Jangan hanya tahu berbicara saja tentang itu.. Tahukah apa itu meroyan?? Kalau nak tahu, jom baca info di bawah ni..


Apa itu Meroyan?

Meroyan merupakan salah satu penyakit psikologi atau gangguan mental yang serius. Ia bermula  dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita itu bersalin.

Namun ianya berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan.

Biasanya, ia dialami oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi. Purata anggaran hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.

Biasanya pesakit ini akan mengalami masalah murung dan sugul. Mereka akan merasa rendah diri dan sering rasa terancam seperti ada orang lain yang ingin mencederakan mereka dan bayi mereka.

Dalam istilah perubatan, penyakit meroyan ini dikenali sebagai ‘peuperal psikosis’ atau ‘postpartum psikosis’.

Apakah punca terjadinya Meroyan?

Menurut seorang pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur, secara biologinya wanita lebih mudah terdedah dan mengalami kemurungan walaupun mereka tidak hamil.

Menjawab kepada persoalan punca berlakunya penyakit ini ialah disebabkan semasa kehamilan, paras hormon wanita meningkat pada paras yang tinggi. Dan selepas melahirkan anak, hormon progestron dan estrogen menurun dengan mendadak.

Ada sesetengah wanita yang sensertif kepada perubahan hormon ini, lalu menyebabkan mereka mengalami rasa sugul dan kemurungan.

16 comments:

TelingaBulat said...

sesetengah owg jadikan perkataan meroyan mcm xdepape je..sebenarnyee meroyan ni mcm2 jenis.btw tq kak airen atas pengkongsian ni ;)

Fizalinolie said...

Fiza setuju dengan TelingaBulat. Tapi... Na'uzubillah. Biarlah dijauhkan penyakit meroyan. Takut dengar :)

Fais-SKA said...

owhhh..meroyang ni sejenis penyakit ke rupanya..igtkn meroyan ni kluar jenjalan..

puteri airyn said...

yang keluar jejalan tu namanya meronggeng.. Haha..apalah Fais ni..

Lieya Von Jay said...

bahaya penyakit meroyan ni. kalo meroyan dalam blog tak pa lagii hehehe

Norhasniza Khalid said...

jika tak dapat control perasaan, memang meroyan jadiknya.

pha is said...

org tua2 cerita, bahaya meroyan ni.. ada yg sampai boleh bunuh anak..

wanariahamiza said...

Sekarang, orang yang tak mengandung dan melahirkan pun, meroyan tak tentu fasal. Kurang didikan barangkali. :)

Nory Zoulkefle said...

huhu...mintak dijauhkan lah...
sejak pregnant ni cuba jauhkan diri dari stress...dalam pantang nanti pon hrap berjalan lancar...amiinnnn

PeRdU cINta said...

pengalaman sendiri belum lagi tapi pengalaman tengok orang lain ada..kesian..sedih pun ye juga..biasanya belaku dalam pantang..sakit bersalin tak reda lagi..dugaan Allah sukar dijangkakan..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

teringat zaman dulu kalau wanita kena meroyan mesti sanggup bunuh anak..

ANIM said...

perkataan tu memang fobia untuk didengar..

Ida Syuhada said...

Kat pesbuk memang terkenal perkataan meroyan tu..nak nak klu bab politik hehe

AmyZana said...

Tapi zaman sekarang istilah meroyan nih dah banyak digunakan dan bukan sahaja untuk orang yg lepas bersalin. Pelik tapi benar

Tetamu Istimewa said...

Kena berhati-hati. Perlu kawal emosi.

Sam Banjamin said...

risaunya kalau si buah hati kena penyakit ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers