My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday, 21 October 2013

Untunglah Kalau Bos Sayang

Assalammualaikum..

Err..Untung ke kalau boss sayang kita? Mestilah untung.. Tapi jangan salah faham.. Bukan kaki bodek yer.. Kaki bodek tu buat kerja tak ikhlas..Buat apa..Perkara yang tak ikhlas ni tak akan bertahan lama..Oleh yang demikian, Erin nak coret beberapa tips bagaimana cara untuk disayangi oleh boss atau majikan kita..



1. Jangan takut-takut untuk meluahkan idea-idea

Jika ada idea-idea yang kreatif dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti dalam organisasi you all bekerja tu..Utarakanlah kepada bos you all tu.. Janganlah dok peram idea tu yer.. Maka you all kena berani bersuara.. Ini akan menunjukkan yang you all sentiasa prihatin terhadap pekerjaan you all tu..

2. Tepati Waktu

You all haruslah mempunyai tahap kepekaan terhadap waktu. Pengurusan masa adalah faktor paling penting yang menunjukkan you all ni seorang yang berdisplin tinggi. Biar you all mendahului masa bukan masa yang mendahului you all.. Bila boss tengok you all datang awal ke pejabat. Dia pun tak teragak-agak nak bagi prestasi terbaik untuk you all.. Sapa yang untung? You all jugak kan kan..

3. Ya..Boleh

Ya boleh.. Sama je konsepnya dengan "Yes Boss.." Peringatan juga, sebelum you all terima sesuatu tugasan yang baru dari boss, you all seharusnya mengetahui keupayaan diri you all sebelum menerimanya. Jangan you you all jadi macam Mr. or Miss Arrogant, kerja yang tak mampu, you all sanggup..Last-last tak sanggup.. Kang nanti kena pelece dek kekawan je..Jika Boss you all tu bagi kerja yang mencabar dan you all rasa you all mampu..Maka terimalah kerja itu dengan fikiran yang terbuka dan laksanakan dengan jayanya.. Cewah...

4. Bersikap Mesra

Bersikap mesralah dengan semua staff di tempat kerja you all termasuklah bersikap mesra dengan boss.. Oops..!! Jangan bermesra berlebih-lebihan cukuplah yer.. Risau nanti staff lain cakap you all ni kaki ampu pula..No,no,no..!!

5. Serba Boleh

Yang ni Erin rasa boss paling suka kot..Sebab boss mana yang tak suka jika staff dia berkebolehan dalam banyak bidang..Suruh itu ini semua you all boleh buat.. Nanti boss you all tu kasi you all tumb up.. hehe.. Untung you all bila ada banyak kebolehan ni..Boss jadi makin sayang.. Bila boss sayang , gaji pun lumayanlah sikit kan kan.. Kalau staff government macam Erin  ni kalau berkebolehan, nanti boss rekemen naik pangkat atau pun anugerah cemerlang.. Bukan anugerah saja tau.. Dapatlah RM1K..

Eerrr.. Itu sajalah penyampaian Erin dalam entri ni.. Maka..Yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan.. Thanks kepada yang sudi komen..Tanpa you all, tak cerialah entri Erin ni...Sharing is caring..

p/s : picture by google

9 comments:

Norhasniza Khalid said...

memang untung sangat..hihi

Lieya Von Jay said...

bukan sng nak jadi staff kesayangan boss.. bodek saja xmenjadi. saya just buat apa yg bos suruh dgn jaya nya.. tu ja lah yg boleh buat utk tarik hati bos ^_^

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sangat bersetuju dengan semua tips erin.. yang penting kita kerja dengan penuh bertanggungjawab dan ikhlas, insya-Allah bos akan sayang..

Fais-SKA said...

nice sharing kak..stuju sgt tu..kena pada caranya pasti disenangi boss..tp boss ni paling pntang kalau ada pkerja yg menipu dia..tu yg sy pnh tgok la =) bila dah ditipu..terus kita dibenci

ANIM said...

yang penting, kena ikhlas. niat kerana ibadah kita pada Allah. depan bos ke, belakang bos ke, kerja kita sama.. heee:-))

mirza syazwina said...

boleh buat macam ni bila keje nanti,hehee

pha is said...

jgn mesra berlebih-lebihan.. ehehe

Tetamu Istimewa said...

Cantik mug tu.

Oh, biarlah menjadi kesayangan bos atas dasar yang positif, kerja yang berkualiti.

Sam Banjamin said...

i buat keje ikhlas.. tak harap bos sayang pon.. pasal bos i bukan jenis penyayang... bahahahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers