My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 23 October 2013

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat

Assalammualaikum

Ungkapan 'Rumahku Syurgaku' merupakan idaman setiap insan..Tetapi kalau rumah pun Malaikat tak mau masuk.. Masih adakah keberkatan di rumah itu.. Oleh yang demikian, marilah kita baca info di bawah ni tentang ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki oleh Malaikat..

1. Rumah orang yang memutuskan siratulrahin

2. Rumah orang yang derhaka kepada ibu bapa

3. Rumah yang ada anjing

4. Rumah atau majlis yang di dalamnya tidak disebutkan nama Allah dan selawat ke atas Nabi dan lebih mementingkan nafsu

5. Rumah yang di dalamnya banyak maki hamun

6. Rumah yang di dalamnya ada gambar bergantungan dan patung hiasan

7. Rumah yang di dalamnya ada loceng

8. Rumah yang ada minuman keras atau arak

9. Rumah yang di dalamnya ada ratap tangis

10. Rumah yang penghuninya hidup boros

11. Rumah yang digunakan untuk perkara kekejian

12. Rumah orang yang terlaknat

13. Rumah yang berbau busuk dan tidak bersih

14. Rumah yang penghuninya tidak membaca Al-Quran dan berzikir

15. Rumah yang digunakan untuk berjudi

16. Rumah yang penghuninya memakai sesuatu yang haram seperti lelaki yang memakai baju sutera dan emas

17. Rumah yang penghuninya setiasa mengamalkan bacaan mentera

18. Rumah orang yang makan riba

19. Rumah orang yang makan harta anak-anak yatim

20. Rumah oran-orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti berzina

10 comments:

ikhwan yusuff said...

perkongsian yg bermanfaat..tq..^0^

wanariahamiza said...

Semoga rumah-rumah kita sentiasa disinggahi malaikat dan dicurahi barakah daripada Allah. Amin.

PeRdU cINta said...

setiap hari kita berdoa agar malaikat sentiasa ingin berada dalam kediaman kita..kerana di situlah letaknya keberkatan :)

Fais-SKA said...

nice sharing kak..tp yg no6 tu sy xfham..rumah yang ada gmbar?? mksudnya gambar mcm mn 2???

puteri airyn said...

Gambar orang yang bergantungan atau gambar-gambar binatang..kiranya macam kita dok mengagungkan gambar tu lah.. contohnya poster gambar Monalisa macam tu kot..yang gantung kat dinding..

pha is said...

pernah dengar jugak pasal rumah yg ada gambar dan patung tu,,

nice share..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sangat bermanfaat perkongsian ini erin.. yang no. 7 tu baru aiza tahu..

Ida Syuhada said...

Pokoknya elakkan lah semua perkara di atas, InshaAllah akan mendapat berkat dunia dan akhirat dari Allah swt.

Tetamu Istimewa said...

Nauzubillah, moga rumah kita semua didampingi malaikat untuk mendapat keberkatan Allah SWT.

Sam Banjamin said...

checklist yg bagus... muhasabah diri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers