My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 25 August 2013

Dari 11 malam ke 11 pagi Dan dari 11 pagi ke 9 malam

Assalammualaikum..

Kemana yer Erin menghilang tanpa entri 2,3 hari ni??
Nak tahu ke alkisahnya? 
Alkisah kecemasan dari 11 malam, ke 11 pagi kemudian dari 11 pagi ke 9 malam..

Perbualan melalui telefon pada jam 8 malam.

Erra : Abah, cikgu Erra cakap tak boleh lagi masuk kelas tu.. Masih tak ada kata putus..Erra rasa tak boleh dah nak teruskan berada di kelas tu.. Macam mana ni..Kalau Mama, Abah dan Kak Erin berada dekat dengan Erra kan best..Kita jauh ni 630 kilometer..(Dalam nada sebak)

Abah : Erra jangan sedih.. Abah dah call dan faks surat kepada Penolong Pengarah kolej Erra..Dan depa akan ambil action ..Mungkin next week baru Erra boleh tukar kelas..Erra jangan risau.. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa tindakan..Kami akan pergi ke sana..

Erra : Tak apalah Abah jangan risau, nanti Erra try jumpa Penolong Pengarah tu tanya tentang pertukaran Erra.. Apa-apa Erra akan call bagi tau kat Abah, Mama dan Kak Erin..

Abah : Okay..(Talian telefon dimatikan)

Perbualan antara Mama, Abah dan Erin pada jam 9 malam :

Abah : Abah ingat nak pi kat Kuala Pilah tengok Erra lah.. Kita plan pi hari Ahad petang okay tak? Then kita balik sini hari Selasa..

Erin : Cuti tahunan Erin dah tinggal sikit..Kalau nak cadangkan sesuatu boleh tak, Abah..

Abah : Apa dia?

Erin : Kita pi malam ni lah.. Itu pun kalau Mama dan Abah setujulah..??

Abah dan Mama berfikir sejenak..Kemudian..

Abah : Abah rasa tak dak hal kalau kita bertolak malam ni.

Mama : Mama ikut saja keputusan..

Nasib ada Mr GPS..Dia lah yang guide perjalanan kami agar tak sesat.. Hehe
Tahu je lah bila sampai di KL, lebuhraya tu macam terputus sikit..risau termasuk jalan lain,
 jadi lewat sampai pula nanti

Dan kami sekeluarga pun berkemas beg pakaian dan bertolak dari Alor Setar ke Kuala Pilah pada jam 11 malam..Itu yang membuatkan Erin tak sempat untuk update apa-apa entri di blog ni..Di sana pula line internet tak berapa nak power.. So, terpaksalah hope dulu, segala bagai blogwalking atau sebagainya..

 Sessi perjumpaan dengan Erra di KMNS
Amboi Mama cekak pinggang, jangan marah dia.. cian kat Erra.. Huhu..

 Adik Erra yang comey dan manja.. Love you adik..Miss You Adik..

 Kami ambil adik dari KMNS.. dan menginap di Melang Inn..

 Abah, Mama dan Adik Erra..

Cantik hotel ni.. Kadar bayaran pun murah..

Dan jam 11 pagi Sabtu kami bertolak pulang dari Kuala Pilah ke Alor Setar.. Tiba di Alor Setar jam 9 malam..Agak letih.. Tetapi hari ni terpaksa hadiri meeting dan presentation..Nasib dapat siapkan presentation tu semalam..Hari ni dapat present dan dapat handle meeting tu.. Susah jugak yer jadi Setiausaha ni..Sabo je lah ekau.,. hehe

Sekian ceritanya..TQ for reading my entry and support my page..

16 comments:

norhasnizakhalid said...

seronoknyaaaaaaa....

Unknown said...

Buat keputusan last minutes tu nak bertolak ke sana.. kira sambil menylam minum ayaq..

Elie Lily said...

haa, elie tak suka last minute punya planning. huuu. tapi selalunya yg last min tu yg akan berjaya. hihi

Selamat hari raya! :)

Unknown said...

setuju dengan Elie Lily:-)

krole said...

alhamudlillah berjalan dengan lancar walaupun plan on the spot camtu~

Tinta Lana said...

Salam.

Lana rasa lana tertinggal story..hehe.

Kenapa adik erin tak bleh lgi masuk kelas? tak boleh teruskn berada dlm kelas? tak faham..

Unknown said...

Wsalam..Lana..sebenarnya adik erin ni dia rasa tak selesa dgn kelas dia sekarang ni..dia mintak tukar kelas..sebab dia rasa macam tertekan dgn kelas dia sekarang ni..dia nak mintak kelas sama dgn sepupu dia..

Unknown said...

kesian kat adik kamu tu.. tapi tindakan kamu ke pilah tu sy puji lah seikhlas hati... bukan apa.. setidak-tidaknya bagi moral support kat adik yg tengah down tu.. tak pela penat sikit.. ade hikmah..

Fais-SKA said...

owhh..kenapa adik tertekan dgn kelas skrg?? cos lain2 ke??

Unknown said...

Dia tak boleh nak sesuai dengan kawan-kawan kat dalam kelas tu.. lagipun, kelas yang dia nak mintak ni ada sepupu dia.. jadi lebih mudah dia nak discuss bab pelajaran nanti..

Mizz Aiza said...

patut la erin senyap je 2 hari ni.. rindu nak baca entri baru erin.. adik erin dapat tukar ke alor setar la ya? kasihan dia..

Chekgu Azrine said...

selamat belajar untuk adik erin ye

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Aiza dan blogger-blogger lain yang komen entri Erin.. Thank you tau.. Adik Erin still belajar di Matrik Negeri Sembilan.. cuma kelas je lain.. kat matrik tu macam kat sekolah.. ada banyak kelas.. Kelas pula disebut sebagai praktikum..Kerja sekolah pula disebut Tutorial..

Nisa said...

Saya pon pernah mengalami masalah yang sama macam adik kamu. Tapi hopefully, waktu di universiti nanti, jangan nak pilih kelas juga. Go meet people and make some new friends! c:

Unknown said...

Tu lah dah pesan kat adik.. sebenarnya kat mana kita belajar.. kita kena sesuaikan diri.. Macam Erin dulu pun pernah belajar di Matrikulasi Penang.. Kawan-kawan bermacam ragam.. sabo je lah.. Yang outspoken pun ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer