My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 27 August 2013

Apa Cer Bila Lewat?

Assalammualaikum..

Apa cer bila lewat ni.. (I talk about lewat yer.. jangan nak tukar jadi liwat plak.. huh bahaya sih) Lewat tu tak kiralah time nak pergi kerja ke, nak kemana sahaja.. Temu janji atau segala bagai..Jika you all betul-betul tidak menghargai masa you all..Ia mungkin akan mendatangkan banyak keburukan kepada diri..

Lewat ke Pejabat
Tulisan Punch Card jangan haraplah nak hitam lagi kan.. Yang pastinya merah..Macam trafic light tuu.. merah je..Lepas tu kena marah dengan bos.. Dah la..time datang tu nak jumpa tempat parking kereta yang kosong punyalah payah.. dah sampai punch card merah then kena marah..Damage you know..Kritikal!!

Lewat ke Meeting
Jangan risau bila Tuan Pengerusi atau ahli-ahli lain pandang semacam je kat you all.. Dah lewat buat-buat senyum kambing je lah yer.. Hehe.. Kalau rasa malu.. pakai je topeng..

Lewat ke Majlis
Lebih baik jangan masuk ke Dewan tu.. Nanti you all jadi tumpuan yang amat dasyat.. hehe.. kalah selebriti oooii..

Lewat ke Masjid untuk tunaikan Solat Jumaat
Yang ni memang ramai yang buat.. cepat mengaku ye kaum adam.. You all ni time dah Khatib tu dah nak habis bagi khutubah baru you all nak sampai.. MasyaAllah..Macam mana nak jadi imam kepada keluarga ni.. Kalau kena rejek dengan bakal Pak Mertua.. Memang layak pun.. Hehe

Lewat Pergi Makan
Gastrik sedia tunggu you all.. Don't worry yer.. Kalau sakit perut..Jangan risau.. Hospital kan Adoooo...Hehe (Tiru iklan PTPTN)

Lewat ke Toilet
Tak payah ceritalah.. Mengarut je Erin ni..

Segala kelewatan yang kita semua lakukan adalah disebabkan tiada perancangan awal tentang sesuatu perkara yang kita lakukan.. Sebenarnya kita perlu mendisplinkan diri untuk pandang ke hadapan dan dapat menjangkakan kesan tindakan yang bakal kita hadapi..Jika sekali tersilap..Mungkin ia tidak disengajakan.. Jika banyak kali buat perkara yang sama..Itu bodoh namanya.. (Kejam betul ayat Erin tu kan..Hahaha)

Pagi ni pun dah lewat datang kerja..Merah tu my punch card.. Soryy bos.. I tertidur after sahur tadi..Bila terjaga..Ahh..Ini semua salah jamku sebab tak berbunyi..(Defend diri lah konon) Sampai office 8.04 pagi.. Huhuhu

TQ for reading my entry..  @_^

9 comments:

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Lana tak suka org yg tak tepati masa, janji jumpa jam 10, dia lewat dtg..even 5minit skalipun,hehe

Time is crucial ^^ Org berjaya ialah org yg jaga masanya.

Cik Mun said...

hohoho..sblum ni pernah jgak lewat punch card..tp ntah macam mana nasib baik kot..mesin tu rosak..so gi jumpa bos minx sain je..

akmaL said...

lewat ke masjid tu bnyk je org kita buat..smpai ada org termasbuk solat jumaat kot..aptb =.="

Norhasniza Khalid said...

mama pantang orang lewat!!,, janji pukul 2 datang pukul 3.. pukul 2 tu barulah terhegeh-hegeh nak siap... ohh! pantang betul mama...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

setiap hari sentiasa cuba memperbaiki diri agar menjadi lebih berdisiplin.. hehe..

ANIM said...

kalau cikgu Tahun 1 cam kak ni masuk kelas lewat, alamat macam2 tragedi dalam kelas tu. tak berani...

Tetamu Istimewa said...

kalau ke sesuatu tempat saya lebih suka bergerak awal.

puteri airyn said...

Kita kena jaga masa.. Masa terlalu pantas mendahului kita.. antara kereta, motor dan bagai.. yang mana lagi laju.. mestilah masa..sebab masa sentiasa bergerak tanpa henti..Boleh bayang tak..jika masa terhenti..Di manakah kita waktu itu?? SubhanaAllah..

ammelia yusoff said...

kadang2 lewat tu tak sengaja ^^

http://amelyusoff.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers