My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Thursday, 20 February 2014

Apa Aktiviti Yang Ku Suka?


Assalammualaikum...

Hai you all.. Siapa pandai berenang sila angkat tangan.. Aik.. senyap je.. hehe.. yelah, kalau you all angkat tangan pun bukan Erin nampak yer tak?? 

Sejak dua menjak ni, fikiran Erin amat tak menentu.. Sekejap beremosi, sekejap happy..Bak kata orang "fikiran dan perasaanku ibarat cuaca.. Tak selalunya cerah dan tak selalunya mendung..Kadang kala hujan lebat menyirami hati.. " (Ayat macam terpengaruh dengan ayat novel je) Hehehe..

Nak tahu apa aktiviti yang Erin selalu buat sekarang? Tak lain dan tak bukan.. Sekarang Erin giat pula pi gym dan swimming.. Bak kata orang "Badan sihat, minda pun cerdas..Tak gitu?"

Best you all, bila kita pi gym dan fitness.. Badan jadi ringan gitu.. Ye ke ringan?? (Kalau ringan taklah aku histeria bila naik penimbang tu..Hahaha) Dua minggu pi gym dan swimming pun jarum penimbang masih tunjuk pada angka yang sama.. Sebab tu histeria sekejap..Nampak je penimbang terus trauma kau..

Gym dekat UTC..murah baq hiang.. RM3 je.. so, senamanlah sampai lebam sehingga kaki dan tangan jadi longlai..Paling Erin suka buat treatmill lah



Terujanya nampak treatmill ni.. kejap berjalan kejap berlari..Buat sehingga keluar peluh berjerau.. Tahap meleleh lah.. Aish.. apalah Erin ni kan.. dok sebut pasal peluh pulak.. Eeeeuuu...

Bukan treatmill je yang ada.. Peralatan yang lain pun banyak..Kalau nak bagi kecil lengan, Erin suka dumbell


Ada ke pulak dumbell tu dikategorikan peralatan senaman untuk orang malas.. Tak sesuai lah.. Huhuhu

Gambar kat bawah ni pula, ialah gambar tempat yang selalu Erin pergi berenang.. Aip.. Jangan salah sangka ye.. Erin akan ke sini pada setiap hari Rabu sahaja sebabnya, pada hari tersebut hanya dibuka untuk kaum hawa saja dari jam 5.30 Petang hingga 7 malam.. (Man not allow)..So, boleh berenanglah sepuas-puasnya tanpa rasa curiga.. Hehehe..



Di sebelah kolam renang ni ada KFC.. Setiap kali selepas berenang..Nampak je KFC ni..Cepat-cepat Erin mengucap dan istifar.. Ye lah KFC tu kan penyumbang lemak..Kita usaha berenang nak buang lemak..Ish ish..Sabo je lah..

Maka sekian sahaja entri ku ini.. Thanks sebab sudi baca.. ^_^

6 comments:

Ida Scripters said...

Salam kak erin... org yg dilamun cinta memang macam tu...ibarat cuaca tak menentu lah tu hehehehe saja nak usik kak erin

puteri airyn said...

Hehe..mana ada bercinta pun..ni pun sebab nk ubati kecewa..so cari aktiviti yg boleh buat kita lupakan perkara yg sedih dan kecewa tu..huhuhu..

Lieya Von Jay said...

saya pon dok rncg nak pi gim sampai hari ni tak tercapai.. huhu

Pha Is said...

saya joging je.. pastu berlatih silat.. hehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

dah lama aiza tak pergi ke gym.. mungkin berat erin tetap sama sebab lepas bersenam di gym lemak dibakar dan otot yang dibina.. tu berat tetap sama, lama-kelamaan pasti berat akan berkurangan.. cuba erin ukur inci pinggang dan pinggul, mungkin semakin berkurang walaupun berat tak turun..

Tetamu Istimewa said...

Macam pernah nampak je, tapi tak pernah masuk pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers