My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 18 September 2013

Makanan Orang Dulu-dulu Vs Orang La ni

Assalammualaikum


Cer teka apakah makanan pada gambar di atas?? Apa tak tahu?? Ni lah dikatakan orang la ni.. atau orang zaman sekarang, makanan zaman dulu-dulu pun tak tahu.. Memang susah nak jumpa jual di kedai.. Tapi hangpa jangan tak tau.. Still ada lagi yang menjual makanan favourite orang dulu-dulu.. Ni lah ubi kayu rebus atau kukus yang dimakan bersama nyior parut yang digaulkan dengan garam dan gula.. Sedap baq hang..

Ginilah al-kisahnya.. Setiap pagi jumaat, Erin dan Mama Erin akan pergi ke pasar untuk membeli lauk pauk yang mentah.. Di tepi-tepi pasar tu ada Pasarina..Alah macam Pasar Tani tu.. Ada jual macam-macam segala bagai.. Sambil cuci mata.. Nah hai..ternampak pulak ada sepasang suami isteri ni dok jual jagung kukus bercawan.. Rupanya depa ni ada juga jual ubi kayu kukus bersama nyior parut.. Harga pun tak mahal, sebekas penuh ubi kayu tu berharga RM2 sahaja.. Mama cakap kat Erin bahawa makanan ni makan orang dulu-dulu.. Kalau makan ni kena minum air kopi panas.. Memang best lah..So, Erin pun beli sebekas untuk dibawa pulang.. Bila makan...Mmmmm.. Sedapnya.. Rasa macam nak beli banyak bekas.. Hehe..

Tetapi zaman la ni.. Orang lagi suka makan ni.. Cer tengok gambar kat bawah ni..


Ha orang zaman la ni suka sangat makan makanan yang manis-manis macam Donut ni.. Tengok pun dah naik gerun.. Segala bagai pewarna ada.. Gula apa yang digunakan pun tak tahu.. Kalau orang zaman dulu-dulu tengok mesti tekak depa tak dapat nak terima..Apa pun bila ada yang baru, yang lama jangan dilupakan.. Makanan orang dulu-dulu pun enak.. kenapa tidak difrancaiskan yer??

Thanks for reading N leave your comment :-)

7 comments:

TelingaBulat said...

sedapnyee ubi rebus cicah sambal ikan bilis...mkanan skg penuh ngn gula semata2.

S.K.A said...

makanan skrg ni byk lemak dan tak sihat..byk sgt mkanan ringan..mkanan dulu2 walaupn dh berkurang..ttp sedap..hrap thun2 akan dtg xdilupaknlah mkanan orang dlu2..sedap bg sy..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

kalau makanan zaman dulu semua asli dan takde pengawet.. zaman sekarang ni semua makanan diletak pewarna dan perasa tiruan.. sebab tu orang zaman dulu panjang umur dan badan kekal cergas walaupun dah tua.. zaman sekarang ni umur 30 dah kena macam-macam jenis penyakit kronik.. panjang pula aiza komen.. hehe..

Lydia Miza said...

Lebih suka ubi kayu, cicah smbl bilis sedap .. Nyum2

puteri airyn said...

Tak pernah rasa lagi ubi kayu cicah sambal ikan bilis.. sedap ek?? Nak kena rasa jugak lah.. :-)

krole said...

huhu ubi kayu my frevret...tngok pon da tau~

Tetamu Istimewa said...

Di kampung saya ada tanam pokok ubi kayu. Tak perlu lagi beli. Selain makan rebus, mak saya selalu buat bengkang.

Big Apple tu sedapnya. Minggu lepas dah makan, huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers