My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 29 October 2013

Merahnya Apel India



Assalammualaikum.. Hai you all..Wow merahnya Apel India ni..Apa?? You all tak pernah lihat buah ni.. Erin dulu pun jakun jugak tau berkaitan buah Apel India ni.. Pada mulanya My Abah dan My Mama bawa pulang pokok Apel India ni ke rumah untuk ditanam di halaman.. Apa ke pelik namanya.. Bila berbuah pula kecil-kecil saja. Seakan buah cermai pun ada.. Eh lucu pula mendengar namanya.. Dari mana datang nama Apel India ni? Jauh tu..India Mali...Hehe..

Then Erin pun dengan semangatnya search google.. Alahai yang Erin jumpa infonya dalam bahasa Indon sih.. Mungkin Aku bisa translatornya..Waduh,waduh... (Ops, tercakap dalam bahasa Indon pulak kan..) hehehe..

Okay, nama saintifik buah ini ialah  Ziziphus ziziphus..Haha.. comel je nama sainsnya..Di Thailand pula buah ni dipanggil sebagai Pusta..Dan ada juga yang sebut buah ni sebagai Chinese Date. Eerr..betul ke macam kurma.. Tapi rasa dia lainlah.. Masam sungguh aih..Lebih kurang rasa masam macam buah cermai.. Kalau you all suka menyicah garam belacan.. Okay kot masam-masam macam ni..

Erin ni agak nakal sikit tau.. Erin akan petik buah ni dan bagi kawan-kawan rasa.. Nampak je merah macam manis kan.. sekali makan.. Mak ai...berkerut segala dahi meraka semua.. Hehe.. Tulah Erin suruh rasa dan gigit sikit je.. Tapi ada yang letak sebiji terus dalam mulut.. Habis tu apa lagi..Dah masuk mulut tak kan nak luah balik.. Telan je lah buah yang masam berdengung tu..

After rasa buah tu..Majoriti yang cakap bahawa buah tu masam tapi tak boleh nak buat perbandingan buah Apel India ni masam sama macam buah lain... Erin memang setuju dengan pendapat mereka tu..

Selain dipanggil Apel India, Chinese date dan Pusta, ia juga dikenali sebagai buah Widara.. Amboi bukan main lagi ye engkau wahai buah yang comel.. Banyak betul nama kau.. Kalau buat kad pengenalan ni..Page depan je penuh nama kau..

Buah Apel India ni sekali berbuah merimbun buahnya.. Dari jauh nampak macam buah ceri.. Cantik sangat bila buah tu masak dan berwarna merah menyala..

Kalau you all pernah makan atau rasa buah ni.. Apalah kiranya kita berkongsi pengalaman bercerita tentang buah yang unik ni kan.. :-)

8 comments:

adrianna syaz said...

Mcm buh plum eh puteri..ada tanam kat mlaysia ke ni?atau ekslusif kat india je ni..hehe

puteri airyn said...

Rasanya susah nak samakan dengan buah masam yang lain.. Entahlah, rasanya banyak tumbuh di India..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

agaknya apa rasa buah tu erin? nampak macam buah cermai (di tempat aiza panggil nama tu, negeri lain tak pasti pula).. tapi buah cermai saiznya lebih kecil dengan warna hijau ketika muda atau kuning apabila telah masak..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

agaknya apa rasa buah tu erin? nampak macam buah cermai (di tempat aiza panggil nama tu, negeri lain tak pasti pula).. tapi buah cermai saiznya lebih kecil dengan warna hijau ketika muda atau kuning apabila telah masak..

puteri airyn said...

Rasa buah ni masam sangat.. Tapi kalau menyicah dengan garam belacan sedap lah.. :-)

wanariahamiza said...

Comelnya epal kecil tu. Macam ceri pun ada juga.

pha is said...

kecik dan comel je.. heheh

mirza syazwina said...

mengancam nya warna epal tu ..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers