Assalammualaikum..
Hai you all.. Apa khabar?? Sihat-sihat hendaknya kan.. Okay tajuk entri kali ini agak menarik juga pada pandangan Erin.. Mungkin you all juga merasakan begitu.. Inilah lumrah kehidupan..
Baru-baru ni Erin terserempak dengan kawan Erin.. Dia dah kahwin hampir 2 tahun.. Pada pandangan Erin, orang dah berkahwin ni mestilah gembira dan bahagia. Jom ikuti perbualan Erin dengan dia :
Erin : Eh Nadira (Bukan nama sebenar) Kau apa khabar? (Kami bersalaman)
Nadira : Aku alhamdulillah sihat. Kau buat apa kat sini? (Sambil tersenyum)
Erin : Aku saja window shopping kat sini.. Kau dah kahwin dah kan.. Suami mana?
Nadira : Eeemm.. Ada, dia kerja..(Jawabnya acuh tak acuh saja) Kau dah kahwin ke Erin?
Erin : Owh ye ke.. Aku macam nilah single mingle..Hehehe..Lama kita tak jumpakan.. Kalau dapat bersembang best jugak..
Nadira : Kalau macam tu jom aku belanja kau makan ke minum ke kat restoran sebelah tu..
Erin : Eh, tak pa ke?? Kau tak sibuk ke??
Nadira : Tak lah aku okay je.. Lagi pun after office hour macam ni lah aku.. membawa diri.
Erin : Haa?? (Dah mula pelik dengan kenyataan yang dilontarkan kepada Erin)
Di Restoran kami mengambil tempat yang agak privasi..Pelayan restoran itu menghulurkan menu dan meninggalkan kami seketika untuk memilih menu makanan dan minuman sebelum membuat pesanan. Erin pilih menu nasi goreng Thai dan air belimbing asam boi.. Manakala Nadira pula memilih menu Chicken Chop Sos Blackpapper dan air greentea panas. Wah macam jaga kesihatan saja si Nadira ni. hehe... Patutlah cantik bagaikan model..
Sementara menunggu menu kami sampai.. Kami pun berborak..
Erin : Nadira.. Kenapa aku tengok kau macam tak ceria saja..
Nadira : Hmm.. Aku ada masalah.. Nak cerita pun tak tau..
Erin : Masalah juga ye sampai nak cerita pun tak tau ni.. (Erin cuba berjenaka pula.. sedangkan wajah Nadira nampak macam serius saja)
Nadira : (Air mata mulai bergenang..Dia kuis dengan jarinya air mata yang hampir menitis ke pipinya yang putih, mulus dan gebu itu)
Erin : Alah Dira.. Kau janganlah nangis..Cuba ceritakan perlahan lahan.. Erin sedia mendengar ni.. (Cewah.. Ada tokoh kaunselor tak?)
Nadira : Aku dan suami nak bercerai.. Kami dah tak sehaluan.. Aku menyesal..(Air matanya tidak dapat dibendung lagi lalu gugur dengan derasnya)
Erin : (Terus ambil tisu dari dalam handbeg dan beri kepada Nadira..Sambil tu usap-usap bahunya tanda bersabar)
Nadira : Aku dah tak tahan dengan perangai Mak Mertua aku tu.. Dia bagi anak dia kahwin dengan aku, dalam masa yang sama dia kontrol kehidupan kami.. Aku tak pernah bahagia..Setiap malam, aku tidur sorang-sorang..Selepas tu aku macam dingin sikit dengan mak mertua aku, Then aku ajak suami aku pindah rumah..
Erin : So bila dah pindah rumah settle lah masalah kau kan..
Nadira : Settle apanya, kami pindah hanya selang beberapa buat rumah dari rumah mak mertua aku je.. Alasan suami aku bagi, dia cakap dia sorang je anak lelaki tunggal harapan mak dia.. Mak dia pulak tak berapa nak sihat.. Kenapalah masa bercinta dulu aku tak kaji semua ni..
Erin : Kesian kau.. berapa lama kau kenal dengan suami kau sebelum hampa kahwin?
Nadira : Tak lama sangatlah dalam setahun macam tu.. Aku memang tahu suami aku tu adik beradik dia 4 orang.. yang lain tu perempuan, dia anak lelaki tunggal.. Aku ingat okaylah kan.. rupanya jadi lain pulak..
Erin : Sabarlah yer Dira.. Simpatiu jugak aku dengan kau ni..Nak bagi nasihat pun aku tak reti.. Sebab aku pun tak kahwin lagi.. Hehe..
Nadira : Tak pa lah Erin.. Dah jodoh dan nasib aku macam ni.. Sekarang ni aku balik dok ngan parent aku sebab aku rasa tak tahan sangat dah.. Ikut sayang kat suami aku tu..Memang sayang.. Tapi bila ingat kat mertua aku tu.. Aku patah hati.. Huhuhu..
Erin : Eh, dah nak dekat pukul 7 malam ni.. Aku kena balik dulu lah Dira..(Erin minta diri)
Nadira : Okay lah macam tu.. Kau ada nombor phone aku kan.. Nanti kita contact contact yer..
Erin : InsyaAllah Nadira..
(Kami pun bersalaman dan masing masing beredar)
9 comments:
Kesiannya dengan kawan kak erin tu. Hmm, nak buat macam mana lagi lah kan. Kadang2 diluah mati mak, ditelan mati bapak. Hmmhhh...
Kisah yang sering dijumpai pula sejak akhir-akhir ni. Banyakkan bersabar dan mohon pertunjuk dari Allah SWT.
semoga dijauhkan dari situasi begini, amin...
ya ALLAH kesiannya.. janganlah sampai begitu.. sampai bercerai berai
p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik
Insyaallah achik..nnt kak erin vote..
Banyak dan berlaku situasi begini. Orang muda, darah muda, kena banyak bersabarkan.?
Salam. .Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, sbg anak menantu yg baik perkara terasa hati atau makan hati perlulah ditangani dgn baik. Perlu ada perbincangan kearah yg baik dgn suami. Kena lbh terbuka berfikir. Antara tanggungjawab dan juga kepentingan diri..
Berat Mata memandang berat lg bahu memikul.....untuk kaum perempuan kalo nak kawen selidik dulu bakal tu anak omak ke tidak
Dpt anak omak mmg meranalah....syurga anak lelaki tetap bwh tapak kaki ibunya...syurga isteri bwh tpk kaki suaminya...heheheh...
Alahaii anak omakkkk...seteresss....
This wass lovely to read
Post a Comment