My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 9 June 2013

Segelas Kasih (1)

There’s a hero
If you look inside your heart
You don’t have to be afraid
Of what you are
There’s an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you’ll finally see the truth
That a hero lies in you

(Melalui laptopnya)

Menghayati bait-bait lirik lagu My Hero nyanyian Maria carey membuatkan hati Fatin Sofihana menjadi sayu..Hatinya sentiasa untuk Farhan Haikal.. Dia rindukan saat-saat bahagia mereka..terutamanya disaat awal pernikahan mereka.. 

"Sofi..barang yang lama jangan dikenang.." Tegur Mak Kiyah.

"Ibu tak faham perasaan Atin.." Dia lebih selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Atin, meskipun ibu kesayangannya itu memanggil namanya Sofi..

Dia melentukkan kepalanya ke bahu Mak Kiyah..

"Ibu faham.. Sofi tu terlalu sangat teringatkan Farhan..Kalau dia betul-betul milik Sofi.. InsyaAllah..Ibu percaya dia akan kembali.." Sambil tangan ibu itu menyentuh ubun-ubun anaknya..Terasa belaian kasih seorang ibu..

"Ibu..Kenapa semua ni terjadi kepada Atin? Atin tak mampu nak tanggung..Bertahun Atin berkawan dengan Abang Han..Akhirnya bila kami berkahwin..Hanya mampu bertahan sebulan sahaja.."

"Inilah dugaan yang perlu Sofi hadapi.." Dia cuba memujuk hati anaknya yang kesedihan itu.

"Sofi ada mesej Farhan tak hari ni?" Dia bertanya lagi kepada Sofihana. Manalah tahu anaknya itu ada menghantar mesej melalui telefon kepada Farhan.

"Ada.." Jawab Sofihana ringkas. Tetapi jelas membawa maksud yang mendalam dan sukar untuk diungkapkan..

"Habis tu Farhan balas tak?"

Sofihana hanya membalas pertanyaan Mak Kiyah dengan gelengan kepala sahaja. Kasihan Sofihana. Rindunya terhadap suami tersayang amat mendalam. Dia pun tidak sangka yang hati Farhan cepat betul berubah. Benarlah kata pepatah. Sekali ombak menghempas pantai sekali pasir berubah..Inikan pula hati manusia..

"Ibu..Kenapa perempuan hatinya setia?"

"Tak semua Sofi..Ada juga perempuan yang curang..Dan tidak semua lelaki itu tidak baik..Sofi kena ingat tu.. Apa yang terjadi ini mungkin ada hikmahnya..Bersabarlah sayang.."

Kini hati Sofihana terubat sikit dengan kata-kata ibunya itu..Tersenyum Mak Kiyah melihat anaknya yang sedikit lega.

"Okay..sekarang ibu tak nak anak ibu ni sedih lagi ye..Sofi kena tabah..Disamping itu..perbanyakkan berdoa.. Senjata orang mukmin adalah doa.. Semoga ada sinar untuk anak ibu ini..Ibu juga akan sentiasa berdoa untuk Sofi.."

"Terima kasih Ibu..Atin mengantuklah..Nak tidur dulu.." Sofihana mula mengatur langkahnya menuju ke bilik tidur.

"Anak Ibu terlupa sesuatu ye?" Langkah Sofihana terhenti. Pandangannya menghala ke arah Mak Kiyah.

"Atin terlupa nak tutup laptop." Dia menghampiri laptop yang berhampiran Mak Kiyah. Lalu laptop itu di shout down kan. Kemudian dimasukkan ke dalam beg yang berwarna hitam dan berjenama Acer.

"Selamat malam ibu..Atin tidur dulu ye." Dahi ibu dikucupnya. Manja betul Fatin Sofihana dengan Mak Kiyah.

"Selamat malam sayang, Sweet dreams." Sambil membalas ciuman dipipi gadis tersebut.

Dia mengatur semula langkahnya untuk ke bilik tidur. Di dalam fikirannya masih terbayangkan Farhan. Ya Allah dasyatnya mencintai seseorang yang tidak mencintai diri kita lagi.

***
From PuteriAiryn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers