My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Wednesday, 12 June 2013

Trio Cinta Kita



"What I mean trio cinta kita??
Sebenarnya..Trio tu maksudnya tiga..
Ya..Tiga..."

(Kepalanya mengangguk sambil tiga jari berdiri manakala ibu jari dan jari manis bersentuhan sesama sendiri..Erat pulak tu....Hehehe..)

"Kok ya pun nak bermonolog bukan begitu caranya.." Miera mencelah tiba-tiba. Sedari itu dia berpaling ke arah belakang. Kini dia sudah membelakangi cermin itu.

"Kau cakap sorang-sorang depan cermin..gila apa?" Miera labuhkan punggungnya di atas katil bujang yang bercadar biru laut. Ditepuk-tepuknya bantal tidur beberapa kali sebelum berbaring. Dia pulak tersenyum-senyum kerana tidak perasan gelagatnya diperhatikan oleh Miera..Maluuu beb...Kononnya berangan sesorang lah tuu...

"Trio tu tiga kan.. Hmm..cinta tiga segi..Aku rasakan..Aku berada dalam situasi tu lah.." Beritahu dia kepada Miera.

"Haa?? Sejak bila pulak mu ni bercinta nye?" Soal Miera kehairanan.

"Bukan bercinta..Tapi baru nak cintan-cintun.." Pembuka cerita yang terbaik ni. Mata Miera kian membulat. Tidak sabar-sabar untuk mendengar cerita roomatenya itu.

"Al-kisahnya begini.." Kepalanya melangut ke atas..Diiringi jari telunjuk kanan yang berdiri sendiri menunjuk ke atas jua.. Seolah-olah ada satu kepulan awan khayalan.. Berimaginasi sungguhkan dia tu. Miera pun turut serta memandang ka atas. Wah macam kisah Fairy Tales gituuuu....

Dia mula bercerita....

"Kisahnya bermula di suatu tempat..cantiknya tempat tu.. Aku ternampak seseorang yang sangat kacak..berlesung pipit..Rambutnya terbelah kat tengah..Lengannya berotot..Ahli gym mungkin..Dia galas beg sandang warna hitam..Sesekali dia pandang aku..Aku pun tunduk malu..gatai lah kononyer..Bila dia pandang kot lain..Aku pulak yang pandang dia.. Kami berlawan pandang sampai lah bas datang.. Aku tengok dia tak naik pun bas tu.. Aku pun terbatal jugak lah niat nak naik bas.. Aku tunggu lagi kat tempat tu.. Haha.. baget macam crita hindustanlah..Tiba-tiba datang satu kereta ni viva putih menghampiri tempat kami menunggu tu.. Dia mendekati kereta itu.. Sekali aku pandang pemandunya.. Huhuhu.. jem semua impian aku.. Hampeh..hampeh...girlfriend dia datang jemput dia lah..Itu je pun aku nak cerita kat kau..." Maka awan-awan khayalan tu pun terus lenyap. Mereka berdua saling berpandangan.

"Woi..ni cerita betul ke? Kat mana mu jumpo mamat tu?" Miera membuka loghat kelantannya.

"Aku mimpi je tadi tu...Hehehe..jangan marah lah ye cik Miera.." Wah..rupanya dia ni minah yang kuat berangan..

"Aku tey budak ni kot.." Miera sudah sedia untuk menyekeh kepala Damia..

(Adat lah kan hidup di kolej..Macam-macam ragam bila hidup sebilik ni..Teringat zaman study-study dulu...Rindu kot)


Cerita asal diolah dari DAIRY PUTERI AIRYN... Sekian.. ^_^ (Belajar mengarang sebenarnya ni...kalau rajin komen lah yer..Hehehe...)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers