My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 14 July 2013

SaJaK : SaHaBaT IbaRat KuPu-KuPu iTu


Sahabat..Cuba kau lihat
Adakah kita diibaratkan seperti kupu-kupu itu?
Terbang bersama, Merasa madu bersama
Segalanya kita kongsi bersama-sama..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Kupu-kupu itu gembira terbang di sini sana..
Jika ada duka pasti kongsi bersama jua..
Yang pasti cerita suka dan duka hanya kita yang rasa..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Salah seekor kupu-kupu itu sayapnya telah carik..
Ia tidak mampu terbang lagi..
Mungkin tak lama lagi ia akan mati..

Sahabat..Cuba kau lihat..
Jika itu terjadi kepada hubungan kita..
Mampukah kita berdiri sendiri?
Jika salah seorang daripada kita tiada lagi di dunia ini?

Sahabat..Jangan kau tangisi jika perpisahan itu terjadi..
Jangan kita cuba  menolak qada dan qadar illahi..
Bukan di sini destinasi kita yang akhir..
Semoga kita akan tetap bersama suatu masa nanti..

Idea : Puteri Airyn July 2013
(Khas buat sahabat-sahabatku)

3 comments:

Mizz Aiza said...

Sahabat sejati susah dicari..

~batrish♥~ said...

berbakat akak buat sajak..betul sahabat sejati susah dicari..

Nira Karmila said...

Kupu-kupu hanya boleh hidup selama dua minggu paling lama. Sob sob...

Suka sajak kak erin~ hee
(>.<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers