My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Monday 25 February 2013

Warkah Nur Ayu Untuk Afif



 
Nak kata menangis pun bukan nak kata merintih pun bukan malah merayu. Ayu sendiri pun tak tahu apa yang sedang ayu fikirkan pada waktu ni. Fikiran Ayu kadang kala teringatkan Afif. Ayu tahu Afif mungkin tak ingatkan ayu lagi.Tapi hati Ayu selalu terdetik untuk ‘call’ Afif. Namun Afif tidak lagi menjawab panggilan Ayu.Ayu buntu.. Benarkah Afif sudah melupai diri Ayu? Ayu cuba pula hantar sms kepada Afif, Namun tiada balasan. Ayu nak minta maaf dengan Afif. Ayu tahu Ayu ada salah dengan Afif. Bukan tujuan Ayu untuk menyalahkan Afif dalam perkara ni. Ayu sedar akan segala kekurangan Ayu. Ayu dah cuba yang terbaik untuk Afif. Segala yang Afif suka semua Ayu lakukan. Ayu tak terniat nak marah Afif atau cakap Afif ni dusta atau sebaliknya. Ayu nak bagi tahu pada Afif yang Ayu sangat sayangkan Afif. Walaupun sayang itu tiada nilainya pada Afif. Ayu bukan mahu memaksa Afif untuk terima Ayu jika hati afif bukan milik Ayu. Sekurang-kurangnya Afif layan Ayu sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam diri Afif. Dalam hati Ayu selalu berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dibukakan pintu hati Afif untuk Ayu. Bukan mudah untuk Ayu terima orang lain dalam hidup Ayu. Kalau benar Afif dah benci pada Ayu tak apalah.. Ayu terima segalanya sebagai takdir. Semoga Afif sentiasa bahagia. InsyaAllah Ayu doakan. Sekiranya Afif mahu kembali kepada Ayu. Ayu akan terima Afif seadanya. Itu janji Ayu. Setakat ini sahaja WARKAH AYU BUAT AFIF.

p/s : Nama adalah rekaan semata-mata.. Tapi dipetik dari diari puteriairyn (12 Disember 2012)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer