My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday 24 February 2013

It's RaiNnY... N i See rAiNbOW !!

Today is rainny..
Hmm.. lebat plak tu..
Tapi hujan-hujan ni aku jadi happy..
Sejuk lah..
Paling best selepas hujan ada pelangi..
Hahaha.. pelangi lah sangat..
Dan masuk kat dalam office ni dah tak nampaknya pelangi..


Haa.. cantik tak pelangi??
Tenang jer bila tengok pelangi....
Ada tujuh warna..
Merah, jingga, kuning, hijau,biru, indigo dan ungu...
Errr...warna indigo tu macam mana ek??
Oren ekk??
Hihihi...(macam bengap plak)
Macam mana pelangi yang cantik ni terjadi yer??
Hmm...pikir..pikir.. jangan tak fikir..
Kejap nak cari info..
Haaa... Dah jumpa pun.. 
kot internet ni nak cari info mudah jer..
Segalanya dihujung jari.. Klik..klik dah jumpa..

Tudia aih.. Panjang berjela.. pi baca kalau larat lah..
kikiki.... ^_^
InFo PaSaL PeLaNgI

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sumber : Wikipedia - Pelangi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer