My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 25 December 2010

Kepentingan Air

Air oh air..Pernah anda bayangkan dunia tanpa air..
Tanpa air pasti hidupan akan mati.
Manusia memerlukan air untuk hidup.
Hal ini kerana 70 peratus tubuh badan manusia terdiri daripada air.
Oleh yang demikian kita disarankan untuk minum air,
sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas sehari.

Cuba kita berfikir, tanpa air darah tidak akan mengalir.
Maka oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat tersebar ke seluruh tubuh.
Sisa-sisaperkumuhan tidak dapat disingkirkan.
Tanpa air juga organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.
Amalan minum air yang cukup dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar.

Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut turut terjaga.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita.
Air mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utam badan.
Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien
dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa.

Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu.
Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu,
tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers