My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Friday, 16 August 2013

Al-KiSaH OraNg YanG TaK JaGa MuLuT

Assalammualaikum..

U all nak tahu tak mood raya Erin telah di down kan oleh seorang kakak ni yang jugak officemate Erin.. Tapi kami cuma berlainan unit..

Alkisahnya.. Erin pun tak tahu dimana ketidakpuasan hati dia terhadap Erin. Kumpulan KIK baru ditubuhkan di jabatan Erin dan diwakili oleh 10 orang ahli..Termasuklah dengan kakak yang seorang ni.. Erin telah dilantik sebagai Setiausaha Kumpulan..Dan semua ahli bersetuju..

Sebagai seorang setiausaha..Kerja memang banyak tak terkiralah.. Mana nak taip minit mesyuarat lagi, taip surat panggilan lagi..berbincang dengan ketua tentang agenda lagi..

Erin faham..Erin buat minit mesyuarat pun bukannya perfect sangat..Dah orang lain tak mahu jadi setiausaha. So, secara fardu kifayahnya, Erin pun terimalah tugas tu..Bukan nak ucapkan terima kasih.. Siap boleh komplen-komplen Erin pulak..Dikatanya Erin ni tak layak jadi setiausaha.. Dah lah buat minit mesyuarat macam apa lagi.. Uish..Berdesing teliga ni dok dengar syarahan dia.. Tak jaga mulut dia dan sanggup mengguris perasaan Erin ni..

Yang paling Erin tak tahan sangat dia boleh cakap Erin ni nak sangat jadi setiausaha..Ya Allah Ya Rahman..Geramnya hati Erin ni.. Kalau tak puas hati.. Okay fine Erin boleh saja buat surat tarik diri dari menjadi ahli kumpulan tu.. Dari berpenat lelah tetapi tak ada yang menghargai..Apalah dia dengki sangat dengan Erin yang tak ada apa-apa ni..

Lepas tu dia cakap lagi yang tugas Erin buat unit pencen tu tak teruk..May be ada seorang saja yang akan pencen pada setiap tahun.. MasyaAllah..She is not in my shoe and she can talk anything else..Dia ingat kerja dia saja yang teruk..Lagipun dia ingat Erin ni budak baru kat office tu dia boleh cakap ikut suka mulut dia saja..Kalau ikutkan hati mau saja Erin ganyang mulut dia tu dengan cili melaka..Baru tahu langit tu..Tinggi atau rendah.. Baru dia boleh beza antara kaca dan permata..

Jika senior tak beradab.. Bolehkah jadi contoh yang baik kepada junior..Kalau senior tu samseng..So, tak payah respect pun tak apa.. Berbudi bahasa tu budaya kita.. So, kepada kakak tu..You tak perlu risau kerana I dah buat keputusan muktamat akan tarik diri dari joint group KIK ni.. Sekian.. Kalau still dalam kumpulan pun hati I dah hambar.. Masih boleh teruskan ke?? Silap-silap, meeting kemana.. Minit mesyuarat terus ke laut.. Ada Faham??

Sekian dari hati yang panas mendidih nih...

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Memang susah hendak puaskan hati seseorang. Tapi, kalau yang suka lebih ramai dari yang tidak suka, abaikan saja yang tidak suka itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer