My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 18 June 2013

CiNTa FaiRy TaLes

Assalammualaikum.. Hey guys..!!
Okay before sleep..Erin nak kongsi dengan U all apa yang ada dalam minda Erin ni..
Otak ku sangat kreatif (Tetiba je kan.. Ahak..)

U all still remember about all characters above??
Sure lah masih ingat, right??
Masa kecil-kecil dulu, parent kita or pengasuh kita selalu menghidangkan kita dengan cerita-cerita Fairy Tales ni kan.. Kat TV pun berlambak cerita ni..Hehe..

Erin cuba relate kan dengan kisah cinta realiti.. Memang ada pun cerita macam ni..Tapi kita semua ni bukan princess macam kartun tu lah..

Okay.. kita pergi satu persatu yer..

CINDERELLA

 Lebih kurang macam ni lah kisahnya..Seorang gadis yang yatim dan belum piatu tinggal bersama seorang ibu tiri dan dua kakak tirinya yang sangat busuk hati..Cinderellah selalu dibuli dan didera..Putera Raja yang kacak telah jatuh hati kepada Cinderella kerana sebelah kasut..Okay what,lepas ni.. nampak je mana-mana lelaki kaya.. U all cepat-cepatlah tanggal kasut U all tu ye.. Tapi tak tahu lah dia nak pandang ke tak?? Hehehe.. (Suggestion yang bengap)

SNOW WHITE AND THE SEVEN DWARFS

 Ni kisah Snow White...Atau dalam bahasa melayunya Puteri Salji.. Sebab dia putih kot tu bapak dia letak nama Puteri Salji.. Kalau dia kurang putih sikit atau kulit sawa matang.. Letak je nama Puteri Airyn kan senang.. Hehehe.. perasan sudah..Ceritanya lebih kurang macam Cinderella jugak lah.. Dia tinggal bersama ibu tiri yang kejam..Ahli sihir lah katakan..Segala bagai ibu tiri nya tu lakukan kepada dia..Contohnya cubaan membunuh..Kalau cerita moden.. Selalunya start kereta then langgar lari..senang je nak bunuh orang kan.. Tapi zaman Snow White ni lain sikit.. Ibu tiri dia bagi dia makan epal beracun.. U all lepas ni kalau ada orang bagi epal..cuba selidik sikit..mana tahu ada orang yang nak racun U all macam cerita Snow White ni kan.. Hehehe..Berwas pada sebelum terkena..

BEAUTY AND THE BEAST

Ni kisah Beauty And The Beast.. Dalam bahasa melayunya Si Cantik Dan Si Jelik..
Seorang perempuan cantik yang jatuh hati kepada Si ganas dan kejam..
Tak pa lah ganas dan kejam pun.. Asalkan dia kaya.. Adakah Beauty tu mata duitan?? I don't know..Tapi paling best bila habis je sumpahan Beast tu jadi putera yang sangat kacak..So, jangan lah U all buat-buat hairan if ada perempuan cantik berkahwin dengan lelaki yang tak handsome.. (Dah jodoh)

ALADDIN

Ni kisah Aladdin dengan puteri raja.. Wah.. jangan sangka budak lelaki miskin dapat kahwin dengan anak raja lagi tu..Walaupun Aladdin ni miskin..tetapi dia ni cerdik.. Sebab tu dapat tawan hati Si Jasmin tu..Untunglah dia.. Dapat bini kaya.. dapat naik tikar terbang..Kalau kahwin dengan Puteri Airyn..Naik Viva je lah kau Aladdin.. Hehehe...

ARIEL THE LETTLE MERMAID

And the last one.. ialah Ariel The Little Mermaid..
Ni kisah cinta seorang wanita yang tidak berbalas.. Ye lah kau tu mermaid.. Ada ekor...yang kau berangan nak dekat manusia yang berkaki tu kenapa..?? Tapi kerana cinta punya pasal..Si Ariel ni sanggup buang ekornya untuk digantikkan dengan sepasang kaki.. Nasib baik dapat kahwin dengan putera raja tu.. Kau tidak.. Kemupunanlah ekau.. Huhuhu..(Ariel ni Erin paling minat..Sebab suka sangat dengan duyung..tapi bukan dugong okay..)

-SEKIAN-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers