My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday 22 June 2013

HiLaNgKaN HiTaM PaDa LuTuT

Assalammualaikum..Hey Guys

Malam-malam ni tak da apa nak cerita kan.. So, Erin bagi petua nak tak??
Alah petua kecantikan..Haa..mesti U all suka kan.. Expecially yang girl-girl ni..

Okay sekarang ni cuba selak kain or seluar U all.. (aish bukan Erin nak cakap lucah..cuma nak suruh tengok lutut masing-masing je)


Hitam dan kasar tak?? Ha.. tu ada yang dok angguk-angguk kepala tu..Okay U all jangan cedih-cedih k..Di sini Erin akan bagi petua macam mana nak hilangkan kekasaran atau kehitaman pada lutut U all tu..



Cara-caranya ialah :

Sediakan beberapa helai daun sirih

Letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada sirih tu..

Kemudian gosokkan pada lutut atau siku selama beberapa minit

Amalkan selalu sehingga bahagian yang gelap itu mula pudar dancerah..

Ha..mudah je kan petuannya.. @_@

KuLiT CaNTiK DaRi DaLaM

Assalammualaikum.. Hey Guys..Tak tidur lagi ek??

Kalau tak ngantuk lagi meh kita baca apa yang Erin nak tulis ni..

(Jom scroll ke bawah)

Tajuk entri malam ni tentang bagaimana nak jaga kecantikan dalaman..Okay..yang wanita-wanita sekelian..Pasti U all idamkan kecantikan diri, right? Samalah macam Erin.. Hari-hari asyik fikir nak cantik dan cantik..Amalkan pelbagai petua..(Tapi nak pi Gym malas jugak..Ish,ish..)


Petuanya adalah :

U all sediakan 2 inci kunyit hidup, 1 sudu madu lebah asli, 1 biji telur ayam kampung, 1/2 air panas. Then cara-caranya ialah U all parutkan kunyit dan masukkan ke dalam air panas. Tambahkan telur ayam kampung dengan madu lebah tadi. Gaul sebati kesemuanya. U all kena amalkan minum 3 hari sekali. (Selang 3 hari)..

Khasiatnya ialah :

Ia dapat menghaluskan kulit, membantu menghindarkan masalah jerawat dan mengekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan...

Friday 21 June 2013

Bahaya Buahan Import

Assalammualaikum...Hey Guys..

Okay nak story kat U all apa yang Erin baca ni..

I know..ramai diantara kita memang suka makan buah-buahan kan..
Tambah-tambah U all ni yang boleh dikategorikan sebagai high taste gituu..
Setakat buah-buahan tempat ni U all tak pandang lah kan..(Hehehe..aku pun sama jer)

Tadi semasa dok baring-baring atas katil..Golek sana ..Golek sini..Sambil baca buku tentang makanan dan kesihtan..Tetiba terbaca satu info ni.. Mak ai.. Takut eden..Tajuknya BAHAN KIMIA TOKSIK DALAM BUAHAN IMPORT..Tu lah U all bangga sangatlah dengan Epal, Oren, Pear, Strawberry, Avocado, Lemon dan so on..Then U all tak tau..Buah-buahan itu telah disembur dengan pelbagai racun before dieksport ke sini..(Eksport tu maksud negara lain lah yang hantar buah-buah tu.. kang salah faham lak.. Bila sampai sini dinamakan buahan import lah..)
 Epal

 Manggo

 Orange

Strawberry

Okay-okay I taip sikit apa yang I baca ni yer..

Tahukah anda ceri disembur dengan racun makhluk perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport? Lemon pula disembur, antara dengan 2,4-D (Komponen utama toksin yang digunakan untuk membersihkan hutan dalam Perang Vietnam) Haaa?? Betul ke ni...

Hakikatnya, apabila anda menjamah epal, oren , pisang, mangga dan buah-buahan lain yang kelihatan tiada cacat celanya, anda turut memakan sejumlah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser..(Waaa...takutnya kena kanser)

Bahan-bahan kimia khusus, yang digelar pati penambah warna, juga mungkin digunakan untuk mewarnakan buah-buahan dan ia disembur atau direndam dalam pelbagai pencuci kimia untuk menghilangkan kotoran dan kulat.

Okay..Any way..if U all nak makan buah-buahan import ni.. make sure basuh sesucinya kulit buah tersebut then kupas kulit..Kulit jangan dimakan pulak yer..

Sekian

MimPi

Assalammualaikum..Hey Guys..

Okay, Today tak mo emo-emo or sad-sad..
Setelah bangun dari tidur dah rasa FRESH...Apa yang bestnya hari ni??
Tak ada apa sangat nak cerita pun..Cuma Tentang Mimpi Puteri Airyn..
Haaa..Lawak..Pasal mimpi pun nak cerita kat blog ni kan..Aish...poyos tak??
(Nanti U all cakap macam ni.."No komen")


So, hari ni terlebih pulak rajin terus cerita kan pasal mimpi tu kat My Diary..
Haa U all nak tahu ke, Erin mimpi apa? Mestilah bukan mimpi I kahwin dengan anak raja kan..Semalam..Erin mimpi pergi LONDON.. Hehehe..

Pergi London kenapa?? Erin mimpi adik Erin yang dok study di KMNS tu dapat tawaran sambung belajar di London.. Best kan.. Hmm.. itu sekadar mimpi.. Tapi bila mimpi pergi melancong..Erin rasa hilang stress Erin ni.. Tambahan pi sana time musim bunga.. Lagi lah cantik pemandangannya kan..

Okay sekian cerita pasal mimpi yang dapat hilangkan stress dan luka lara..

Perancangan

Assalammualaikum...

Benar kata-kata di atas..Sebanyak mana perancangan kita.. Yang Menetukan Adalah Allah Yang Maha Esa..Jika ada jodoh..tentu tak kemana akhirnya.. Jika tiada jodoh..seusaha mana pun kita untuk mendapatkannya.. pasti tiada jua..

Apa yang membolehkan kita rasa dia adalah jodoh kita..?

Solat Istikharah..

Ye dalam segala hal..Kita memohon petunjuk dari Allah S.W.T.. Begitu juga dengan jodoh..Jika hati masih ragu-ragu..Buatlah solat ini..InsyaAllah..Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan kita..Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..

Selalu Berdoa

Berdoalah agar kita ditemukan dengan jodoh yang baik dan dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Sesungguhnya Doa Itu Adalah Senjata Orang Mukmin.. Allah S.W.T sangat suka kepada hamb-hamba NYA yang suka berdoa.

Restu Keluarga

Yang ini adalah penting..Jika keluarga atau kedua-dua ibu bapa tidak merestui perkahwinan kita atau tidak suka akan bakal suami atau isteri kita..Mampukah kita mempertahankan perkahwinan?? Contohnya memperkenalkan bakal isteri atau suami kepada ibu bapa sebelum berbuat keputusan untuk berkahwin.

Berterus Terang

Kita boleh tahu sama ada dia itu jodoh kita atau pun tidak..Seseorang yang ikhlas menyayangi kita dan berkeinginan untuk berkahwin dengan kita..Pasti dia akan berterus terang dan tidak sesekali menyembunyikan apa-apa rahsia yang membolehkan kita jauh hati daripadanya.

Mengambil Berat

Hmm.. Orang putih cakap Take Care.. Jika benar dia ikhlas dengan kita, pasti dia selalu take care tentang kita. Ambil berat tentang family kita dan sebagainya..Dia mahu mengetahui semuanya tentang kita dan dia dapat terima kita seadanya.

p/s : Rasanya itu je kot yang Erin tahu pasal jodoh ni.. Yang selebihnya Usaha, Doa, Tawakal,dan Redha..Jika benar sudah tertulis namamu untuk ku di lauh Mahfus..Buat apa diri ini perlu risau lagi.. Sesungguhnya segala perancangan Allah adalah yang terbaik buatku..Jika ditakdirkan dirimu menjadi milikku akan ku cuba menjadi yang terbaik buatmu dan ku cuba membahagiakanmu.. - Khas buat bakal Zauj ku..

Thursday 20 June 2013

Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana

Assalammualaikum..Hai Semua.. :-(


Malam ni rasa sedih sangat..Sebenarnya memang hari-hari lain pun Erin rasa sedih.. Tempat yang paling Erin suka luahkan pada blog ni lah..Setiap masa rasa nak dengan blog ni je.. So, dunia Erin hanya dengan internet..Memang Erin tahu.. bila kita asyik dengan melayari internet.. kita macam terpisah dengan alam realiti..Bagi Erin alam realiti kehidupan sebenar tak lah best sangat..

Ye lah kadang-kadang sikap orang lain membuatkan kita terasa hati..So, bila malas dah nak bercakap..Erin banyak lah view apa-apa yang patut kat laman maya ni..(Search perkara yang baik saja..Jangan salah faham yer)

Kalau Erin  cakap Erin sayang sangat dekat Blog Puteri Airyn ni.. Ada tak orang nak cakap Erin ni mental?? Entah lah..Nak suruh orang lain sayang kita?? Memang kecewa lah jawabnya..Nak cari orang tempat meluahkan perasaan?? Ada ke orang yang nak dengar..??

Contohnya kita mengharapkan sesuatu..Selalunya dalam hirarki kehidupan kita..Yang paling tinggi dan teratas ialah PENGHARGAAN dan KASIH SAYANG..Semua orang perlukan 2 perkara ini..Tanpa kedua-dua perkara ini..Mungkin kita akan rasa hidup kita tiada erti langsung..(Tu yang Erin selalu rasa)


(kita senyum..padahal kita menangis)

Tapi apa yang boleh Erin buat..Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Erin..Kalau cerita pada sesiapa pun rasa susah sebab tiada yang memahami..Pada waktu dan saat Erin rasa sedih, dan kecewa yang teramat sangat..Pasti Erin akan sebut nama Allah..Banyak-banyak kali..Istifar Banyak-banyak kali..Sampai rasa tenang..

Kadang-kadang orang cakap be mature lah Erin.. Ya.. I know my age..30 years old tak sepatutnya Erin berfikiran macam ni.. Macam yang Erin sebut dua perkaran di atas tu lah..Erin rasa Erin tak dapat 2 perkara tu dalam hidup ni..

p/s : So, happy dengan berblogging walaupun ia telah memisahkan Erin dengan dunia realiti...

Tips Jaga Suami

Assalammualaikum..Hey Guys..

Serius.. Erin nak nangis and nak nangis.. Laa.. kenapa ni nak nangis pulak..??
Entahlah..Nanti cerita U all gelak pulak.. gelak macam ni.. "kah,kah,kah"
Cukup-cukuplah.. jangan lah gelak.. Ni malas nak cerita ni..


Perkara yang paling tak best :

"Erin..Bila nak kahwin?Kenapa lambat dan lewat sangat ni..."

Seriously akan buat Erin menangis..Huhuhu.. U all kan jangan la tanya macam tu..Jawapannya hanya Allah Yang Maha Esa je yang tahu.. Dah tak sampai jodoh lagi.. 

What can I say.. What can I do..Dah lah Erin ni seorang perempuan.. Kalau lah Erin ni lelaki.. For sure dah ask mana-mana girl and cakap macam ni.. "Will you married me?" Hehe..macam cerita kat TV gituuu....Tapi bila jadi perempuan atau wanita ni.. Hal itu amat terbatas..(Risau nanti over orang akan cakap kita gidiks or perigi cari baldi) No need mcm tu lah.. Huhuhu.. (Nangis lagi...)

Nak kata Erin ni tak da BoyFriend tu.. Huhu.. Tak tau nak cakap 
(Yang rasa dia tu Mr. BF saya sila take note k.. Eh Erin ada BF ke??Kompius sekejap)

Lagi-lagi Erin dok view page-page bloger lain.. Best yang amat tengok picture-picture wedding diorang tu.. Romantik gilers..Bestlah bila dah bergelar Isteri kan.. Perkara yang memang dituntut dalam Islam.. Setakat nak jadi boyafren n gelyfren tu tak payah le sebenarnya.. Islam pun tak bagi..Huhuhu..(Insaf..insaf)

So, jom lah baca sikit-sikit tentang tugas seorang isteri ni.. Bukan apa.. just nak prepare walaupun rupa dan bayang nak kahwin bila tu tak tahu lagi...sama ada umur 30, 40 atau paling lewat 50 tahun.. Eh umur 50 tahun pun ada orang bertemu jodoh lagi ke?? Hmm.. ada kot.. umur 60 pun ada.. Kira diakhir usia lahkan.. sempat gak kahwin sebelum ajal menjemput..

Jom scroll bawah ni..----->

1. Menjadi Seorang Isteri yang baik.

So, kalau ada perangai-perangai yang suka berang tak tentu pasal tu..sila buang jauh-jauh tau..Lepas tu dengar cakap suami.. Kalau suami bagi keizinan baru boleh keluar pergi mana-mana pun.. Kira macam kena selalu bagi laporan lah..Ye ke?? Entahlah..(Orang cakap so, Erin tulis je lah)

2. Kena pandai memasak

Selalu yang kita tahu..Lelaki ni kaum yang kuat makan.. Kadang-kadang tu cerewek pulak tu.. Ada yang tak suka pedas..Ada yang suka pedas sangat.. Ada yang nak masak kena letak banyak minyak..(Hoho..suami ekau orang minyak ke?? Hehehe..)..dan ada yang suka makan kari setiap hari (Mak ai jenuh si bini tu kan..) So, wahai bini-bini sekelian masak lah ikut kehendak suami korang ye.. Kalau tak sodap, itu pasal suami cari makan kat kedai.. Lama-lama dia pun rasa macam nak kahwin sorang lagi dengan tukang masak kedai.. Sapa yang susah.. Ekau jugak kan..

3. Kena selalu jadi pendengar

Yelah..yang ni memang payah skit lah if U all dapat suami yang skit-skit nak mengadu itu ini.. Hal pejabat pun balik nak cerita kat bini..So, U all kena lah dengar luahan hati diorang ni.. kalau  bini-bini tak nak dengar..Itu mungkin menjadi masalah besar.. sebab jangan sampai suami U all tu pi luah perasaan kat orang lain.. Nanti jadi lain pulak.. Korang jugak gigit jari..jenuh jugak tu..

4. Layan suami

Yang ni Erin tak boleh cerita.. Sebab tak kahwin lagi.. Fullstop..Hehehe

5. Bijak menguruskan kewangan.

Ini adalah penting.. sebab kajian menunjukkan banyak kes perceraian adalah berpunca daripada masalah kewangan..Ye lah duit tak cukup nak bayar itu ini.. So, decide nak cerai.. Oh My God.. U all ingat kes kahwin cerai ni perkara mudah je ke?? Adoilah..Fikir baik-baik yer..Tambah-tambah yang dah beranak pinak.. Huhu..kesian yang jadi mangsa keadaan anak-anak U all.. 

6. Menjaga keluarga mertua

Haa.. U all dah kahwin dengan anak orang.. so, U all kenalah jaga hati mak bapak dia jugak.. Kira Keluarga mertua tu macam keluarga U all jugak lah..Satu lagi pesanan..Walaupun seorang lelaki itu sudah berkahwin..Ibu dia tetap No. 1..So, U all tak boleh dengki-dengki bila suami U all tu lebihkan Ibu dia.. Sebab syurga suami U all tu masih dibawah telapak kaki ibunya.. Huhuhu...(Kira bersedia untuk kongsi kasih sayang dengan mak mertua..)

Okay lah..Itu je nak bagi petua.. (Macam ada pengalaman kan.. Heheh..Tak lah just view buku and blogwalking page orang lain..grap input-input berguna untuk diterjemahkan dalam versi Erin di blog ni..Sekian)


Wednesday 19 June 2013

My Lovely Shawl

Assalammualaikum..!!


Okay hari ni tak der cerita yang special sangat pun nak bagi tahu kat U all..
Just nak tunjuk shawl yang baru dibeli semalam..Cantik tak?? Hehehe..Meroon and pink..Nice combination colour, right?? Jalur melintang..abstrak kan..

Nak lagi sweet.. 

Erin just letak note..Then tulis I GOT MY NEW SHAWL....U all tahu tak cam ne nak lilit shawl ni? Alah..Dekat Youtube pun banyak tutorialnya kan..Tapi nak pakai shawl ni kena tengok bentuk muka juga.. Ada sesetengah orang yang tak sesuai pakai shawl ni..

Yang paling best.. Time Erin pakai shawl ni..Mesti ada yang tanya..

Antara dialog my friends = "Eh..pandainya lilit" ..."Kalau I, genuh lah nak pakai macam ni ambik masa berejam-jam..".. "Wah pakai shawl ni kena pakai banyak pin ke?"(Dia maksudkan jarum).."Bestnya tengok Erin pakai shawl." And macam-macam dialog lagi..

So, I just smile and give them more monolog.. Hehehe
"Shawl ni banyak pilihan..lagi pun harga murah dan sangat-sangat berpatutan..Orang yang kreatif saja yang boleh pakai shawl ni..sebab banyak sangat lilitan..tersalah lilit..jadi terus terbelit.. Ahak..Ahak..."

Okay..cerita hari ni just about shawl..Tunggu malam pulak lah ye Erin tulis tentang lain..
Thanks for reading... @_^

Tuesday 18 June 2013

KeRJa Oh KeRJa

Assalammualaikum..


Haaa.. suka sangat lah tu nak tunjuk meja kerja yang berselerak ni..Tu tandanya sedang bekerja yer... Kononnya.. Ahak ahak..Semuanya in progress.. What ever nak kena settle..Urgent.. Kononnya lah..(Eh.. Berapa banyak konon daaa...Ops!!..Hehehe)

So, What ever I'm doing..mesti ada komitment okay..Eh blogging tu kena bagi kommit jugak ke?? (Garu kepala kejap..Buat-buat bengap..hahaha)

Ni semua buat bahagian pencen ye..Tetiba Erin rasa macam nak pencen lah jugak..Pulak dah...Okay..asyik bebel je.. jom buat kerja semula..Walaupun jam menunjukkan pukul 5.15 petang..
^_@

Stress Kerja

Assalammualaikum..

O.M.G...O.M.G...!! nak jerit..nak jerit...!!! nak muntah..!!! Uweekkk....(Muntah terus)
My work make me stress..!! Gilesz super dupper banyak...Oh No...Who I'm to say No..
Okay im doing my works slow n slowly..(Hahaha..broken BI..Jem jem jem..)

Nasib ada My Xperia with Digi Broadband.. Oh Love It So Much..A Lot N A Lot..
So, Youbtube jadi sasaran utama.. Just tembak je video mana yang interesting untuk di view kan..At lease baget boleh hilang stress lah kan.. What ever..!!

Minit Mesyuarat..Surat Menyurat..Kira sana sini.. macam buat matematik kat sekolah dulu tu...
Aish.. merepek meraben kot Erin ni...

So nak ceritalah sangat ke stress an nya kan..
By The Way..Thanks ye untuk U all yang selalu view my page ni..
Page ni dah jadi macam caca merba.. dah tak boleh nak identify sebagai kategori apa dah..
Semuanya campuq-campuq.. Sebab tu Erin letak trademark CERITA SANG PUTERI..So, Puteri yang suka membebel tu Erin lah yer.. Okay Fine..!!

Buh Label Hari ni.. : Aku Yang Stress..!! That's enough...Wekssss....

CiNTa FaiRy TaLes

Assalammualaikum.. Hey guys..!!
Okay before sleep..Erin nak kongsi dengan U all apa yang ada dalam minda Erin ni..
Otak ku sangat kreatif (Tetiba je kan.. Ahak..)

U all still remember about all characters above??
Sure lah masih ingat, right??
Masa kecil-kecil dulu, parent kita or pengasuh kita selalu menghidangkan kita dengan cerita-cerita Fairy Tales ni kan.. Kat TV pun berlambak cerita ni..Hehe..

Erin cuba relate kan dengan kisah cinta realiti.. Memang ada pun cerita macam ni..Tapi kita semua ni bukan princess macam kartun tu lah..

Okay.. kita pergi satu persatu yer..

CINDERELLA

 Lebih kurang macam ni lah kisahnya..Seorang gadis yang yatim dan belum piatu tinggal bersama seorang ibu tiri dan dua kakak tirinya yang sangat busuk hati..Cinderellah selalu dibuli dan didera..Putera Raja yang kacak telah jatuh hati kepada Cinderella kerana sebelah kasut..Okay what,lepas ni.. nampak je mana-mana lelaki kaya.. U all cepat-cepatlah tanggal kasut U all tu ye.. Tapi tak tahu lah dia nak pandang ke tak?? Hehehe.. (Suggestion yang bengap)

SNOW WHITE AND THE SEVEN DWARFS

 Ni kisah Snow White...Atau dalam bahasa melayunya Puteri Salji.. Sebab dia putih kot tu bapak dia letak nama Puteri Salji.. Kalau dia kurang putih sikit atau kulit sawa matang.. Letak je nama Puteri Airyn kan senang.. Hehehe.. perasan sudah..Ceritanya lebih kurang macam Cinderella jugak lah.. Dia tinggal bersama ibu tiri yang kejam..Ahli sihir lah katakan..Segala bagai ibu tiri nya tu lakukan kepada dia..Contohnya cubaan membunuh..Kalau cerita moden.. Selalunya start kereta then langgar lari..senang je nak bunuh orang kan.. Tapi zaman Snow White ni lain sikit.. Ibu tiri dia bagi dia makan epal beracun.. U all lepas ni kalau ada orang bagi epal..cuba selidik sikit..mana tahu ada orang yang nak racun U all macam cerita Snow White ni kan.. Hehehe..Berwas pada sebelum terkena..

BEAUTY AND THE BEAST

Ni kisah Beauty And The Beast.. Dalam bahasa melayunya Si Cantik Dan Si Jelik..
Seorang perempuan cantik yang jatuh hati kepada Si ganas dan kejam..
Tak pa lah ganas dan kejam pun.. Asalkan dia kaya.. Adakah Beauty tu mata duitan?? I don't know..Tapi paling best bila habis je sumpahan Beast tu jadi putera yang sangat kacak..So, jangan lah U all buat-buat hairan if ada perempuan cantik berkahwin dengan lelaki yang tak handsome.. (Dah jodoh)

ALADDIN

Ni kisah Aladdin dengan puteri raja.. Wah.. jangan sangka budak lelaki miskin dapat kahwin dengan anak raja lagi tu..Walaupun Aladdin ni miskin..tetapi dia ni cerdik.. Sebab tu dapat tawan hati Si Jasmin tu..Untunglah dia.. Dapat bini kaya.. dapat naik tikar terbang..Kalau kahwin dengan Puteri Airyn..Naik Viva je lah kau Aladdin.. Hehehe...

ARIEL THE LETTLE MERMAID

And the last one.. ialah Ariel The Little Mermaid..
Ni kisah cinta seorang wanita yang tidak berbalas.. Ye lah kau tu mermaid.. Ada ekor...yang kau berangan nak dekat manusia yang berkaki tu kenapa..?? Tapi kerana cinta punya pasal..Si Ariel ni sanggup buang ekornya untuk digantikkan dengan sepasang kaki.. Nasib baik dapat kahwin dengan putera raja tu.. Kau tidak.. Kemupunanlah ekau.. Huhuhu..(Ariel ni Erin paling minat..Sebab suka sangat dengan duyung..tapi bukan dugong okay..)

-SEKIAN-

Monday 17 June 2013

TiPs FoR TRaVeL

Assalammualaikum..
Wah.. malam-malam buta ni buat entari tajuk TiPs FoR TRaVeL lah pulak...
Kepingin sangat dah Cik Erin ni nak berjalan lah tu..

Okay..sedikit sebanyak nak bagi petua travel dekat U all sekelian..

Mula-mula..U all kenalah rancang atau plan tempat mana yang U all nak pergi..Make sure tengok pada baget U all lah.. Jangan lah ada RM100.. U all berangan nak pi Paris.. Memang jadi Fairy Tales lah kan..Kalau setakat seratus.. Erin suggest U all pergi Tesco je.. Hehehe..
(Okay gurau jer)

Tudia aih..Gambaq ni sengaja diperbesarkan agar U all boleh tengok dengan jelas..
So, bergantung kepada baget..U all boleh choose place yang mana yang U all nak pi melancong..
Yang kedua..Packing pakaian U all tu secukupnya.. Bimbang nanti pakaian yang dibawa tak cukup atau terlebih cukup pulak kan..Kalau bawa sikit pakaian..Masalah jugak.. Asyik pakai pakaian yang sama sampai busuk.. Bukan setakat orang sekeliling je pening.. Lalat pun boleh pitam tau..Kalau terlebih bawa pakaian pulak..Badan U all jugak akan lenguh..Nak pi tiga hari dua malam je.. Tapi bawa pakaian macam nak pi sepuluh hari.. Memang tak patutlah kan..

 Kalau U all ni nak travel ke Luar Negara..Make sure buku merah ni di bawa bersama okay.. Kalau tak bawak..U all akan terkandaslah di Lapangan Terbang atau di Terminal Kapal Laut.. Eh, ada lagi ek orang travel ke Luar Negara guna jalan laut? Whatever.. hehe


Kalau place yang U all nak pi tu kena melangkaui lautan.. Transport yang famous ialah kapal terbang lah kan..Wow mesti best dapat naik kapal terbang kan.. Erin pun dah lama tak fly.. cewah..Bagi yang mabuk dan gayat..jangan lupa bawa ubat muntah atau sebagainya.


Jika U all first time pi melancong ke tempat tu..Jangan lupa cari Peta..Penting jugak tu..


Hmm.. Okay lah setakat itu saja tips yang boleh Erin bagi kat U all tentang travel ni.. @_^
Thank you eh coz sudi baca.. Hehehe..

BLoG SuMBeR ReZeKi??

Assalammualaikum..
Hey guys..U know?? I mean about my entry title above..
BLoG SuMbeR  ReZeKi??
Depa joint Nuffnang ek? Erin joint tak??
Jawapannya mestilah tak....Why tak?? Sebab risau my page ni selerak pulak dengan iklan wedsite..Tapi got jelous pulak tengok orang lain dapat duit bila trafic depa ni dapat ranking tertinggi kan..Erin dah cuba sign up dengan nuffnang ni.. tapi buat sekerat jalan je.. Macam tak sure pulak..
Ber blog pun boleh dapat duit kan..
Dunia-dunia.. semuanya dapat duit..keluar duit.. Hehehe..
Wah.. tengok-tengok depa dapat cek dari nuffnang lah..Betul-betul sumber rezeki ni..Tapi kalau Erin joint pun.. Tak tau lah boleh dapat ke tak..Nanti lah pikio lain..

- SEKIAN-

My Idol (Heliza Helmi)

Assalammualaikum..
Hey guys..Tajuk entri ni ialah My Idol.. U all pun mesti ada idola jugak kan..
Samalah macam Erin.. Paling Erin suka tengok Heliza Helmi..
Cantiknya dia, sopannya dia, muslimahnya dia..Dan dia sangat comel..
Macam baby doll..Heee....

 Haa.. ni lah my Idol tu.. comel tak??
Yang lelaki jangan tenung picture ni lama-lama ye..
Entah-entah U all (leleki) mesti nak calon isteri yang macam ni kan??
Sejuk je mata memandang..


Jom semak biodata My Idol ni.. @_^
Dah nama pun my Idol..mesti lah kena ambik tahu tentang dia kan..
(Scroll bawah ni)

Nama : Nur Heliza Binti Helmi
Nama Komesial : Heliza Helmi
Tarikh Lahir : 3 Februari 1986
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Karier : Ahli Perniagaan, Penyanyi, Pelakon, Pengacara dan Model.
Pendidikan : Ijazah Sains Pendidikan (Biologi dan Kimia) - Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Merupakan pelajar Akedemi Fantasia Musim Ke-5. Anak kepada seorang anggota polis.
Walaupun berpewatakan pendiam tetapi beliau petah bercakap. Oleh itu beliau telah terpilih untuk menyertai pertandingan berpidato di peringkat kebangsaan dan negeri walaupun sekadar pidator simpanan.

Beliau amat mesra dengan rakan-rakannya. Dan menjadikan rakan-rakannya sebagai medium berkongsi ilmu. Malah beliau juga menjadikan pengalaman hidupnya sebagai sumber ilmu yang dapat dikongsikan dengan kenalannya.

Hmm.. untung kan...Dah la comel orangnya..Pandai pulak tu..
(Berangan sekejap nak jadi macam Heliza ni..Boleh Tak??)

(Heliza - Duta Cool Blog)

Cool Blog ni kesukaan Erin.. Obvious sangat dengan ice blended ni..
(Tambahan pula dutanya Heliza.. Lagi lah super dupper suka..Hehehe)

p/s : Sumber google search @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer