Hari ini saya lihat ramai kawan-kawan yang berpacaran seperti melebihi had. Mama ada pesan kepada saya " Erin, buat apa bercinta tanpa ikatan yang sah, keluar berdua-duaan dan bercanda bersama lelaki yang bukan mahram kita, berdosa tau..mama tak mau turut sama tanggung dosa jika anak mama buat macam tu.."Saya terdiam..sambil tu saya terfikir juga..adakah lelaki yang sanggup terus berkahwin dengan saya tanpa berkenalan terlebih dahulu???
Ramai yang saya kenal, semuanya belum bersedia untuk berumah tangga, ialah sebab saya selalu jumpa lelaki yang lebih muda dari saya, dan bagi saya mereka hanya mahu berkawan bukannya berkahwin. Pernah juga mama dan abah cuba mencarikan jodoh untuk saya, semuanya saya tak berkenan. Bagi saya, biarlah masa yang menetukannya, sebolehnya saya mahu sekampung dengan saya..susah juga ye dalam mencari jodoh ni.. Kawan-kawan kebanyakkannya sudah mendirikan rumah tangga, dan mereka selalu bertanya saya, erin bila lagi..Saya tersenyum tanpa sebarang jawapan, saya tak kecewa sebab selama ni pun saya belum temui cinta sejati saya..Saya lihat kebanyakkan lelaki tak setia (Boleh berkawan dengan ramai perempuan dalam suatu masa)..hehehe..klakar bukan??
Opp!! Saya dah terlupa nak menceritakan perihal buku yang saya baca ini..Tajuknya hindarilah pergaulan bebas yang membawa kehancuran:
Diriwayatkan dari Jabir r.a, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:
"Ingatlah, janganlaj kalian menginapkan seorang lelaki pada seorang perempuan janda kecuali dia menikah atau ada mahram."
Saudaraku wanita muslimah..!!
Pergaulan bebas dinilai sebagai akhlak yang buruk, ia bukanlah termasuk akhlak anak-anak wanita muslimah sedikit pun. Wanita muslimah yang berakal harus mengetahuiasal mulanya pergaulan bebas, matlamat yang diharapkannya dan akses-akses negatifnya.
Sesungguhnya yang paling dirugikan akibat pergaulan bebas ini adalah seorang perempuan. Iaitu hilangnya malu, harga diri dan kesucian. Dengarlah pernyataan seorang penulis wanita berbangsa Inggeris, Lady Koko, dia berkata:
Sesungguhnya pergaulan bebas itu dimulakan oleh kaum lelaki. Kerananya, seorang wanita cenderung melakukan sesuatu yang bertolak belakang fitrahnya. Semakin banyak pergaulan bebas, menjadikan banyak anak-anak zina. Ini merupakan bencana besar bagi perempuan.
My LuvLy Followers
Status Terkini :
Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Monday, 25 October 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Assalammualaikum.. Siapa biasa makan Big Bang.. Sedap ni.. Sebenarnya ini adalah snack rumpai laut.. You all tak gaduhlah nak rendam ke a...
-
Assalammualaikum Hai you all.. Saja je Erin nak share lagu yang rasa macam boleh kita rasa terhibur sikit..Gabungan manusia dengan kart...
-
Assalammualaikum.. Petang-petang ni buat apa you all?? Jom lihat gambar kat bawah ni.. Tadi ligat je kemas bilik, pastu terjumpalah serpi...
-
Assalammualaikum Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goren...
-
Asssalammualaikum.. Hai you all.. ^_^ Eeerrr.. Erin nak cerita ni.. Pagi semalam kan...Erin dan dua orang kawan office pergi breakf...
-
Assalammualaikum.. Hai you alls.. buat apa pagi-pagi ni..?? Hujung minggu ni buat apa lagi kalau tak uruskan keluarga kan.. Al ma...
-
Assalammualaikum.. Iftar Ramadan bermaksud makan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan..Kita just panggil berbuka puasa je kan.. Time ...
-
Assalammualaikum.. Hai you all.. Semoga kita memperolehi barakah dari Allah SWT.. Bila kecewa.. Kita rasa sedih sangat.. Kita cu...
-
Assalammualaikum. . Wow.. masih ingat dengan serangga ni?? Siapa biasa nampak atau terjumpa dengan serangga ni, cepat angkat tangan.....
-
Assalammualaikum Okay kita sambung lagi cerita tentang pengalaman yang berharga buat semua peserta Kem Gunung Angsi 2013 ni.. Pada awal...