My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Tuesday, 31 March 2015

Kenapa Orang Tak Suka Kita?

Assalammualaikum..

Image by google

Bak kata orang "Kerana pulut santan binasa..Kerana mulut badan binasa".
Ramai orang tak sedar kenapa orang rasa kurang selesa dengan mereka..

Sifat suka mengkritik orang dan suka menjaja cerita orang salah satu faktor orang berasa tidak selesa bila berkawan dengan anda.. Pada mata anda.. Semua orang tidak kena atau tidak betul.. Ada saja yang hendak dikritik.. Selepas itu menasihati dengan cara yang tidak betul..

Jika mahu menegur seseorang.. Ada caranya.. Tetapi sampai orang rasa tidak selesa dengan anda..Mungkin SOMETHING WRONG dengan anda dan anda patut berubah...Jika pertuturan anda mengundang kecelakaan kepada anda.. Lebih baik anda pendamkan sahaja hasrat anda untuk terus mengkritik seseorang itu..

Anda mengkritik orang lain..Di sebaliknya anda nak kata anda adalah yang terbaik.. Anda jarang sekali nak mengkritik diri anda sendiri.. 

Ayat begini.. "Tengoklah macam saya.." Itu menunjukkan anda sedang memuji diri sendiri.. Anda mengatakan anda bagus.. Tetapi majoriti yang melihat anda.. Akan berkata tidak.. atau tidak berkata apa-apa..

Dalam hal agama pula anda berkata andalah yang terbaik kerana sering mengikuti kelas atau kuliah agama.. Sikap anda untuk mengajak seseorang ke kelas agama itu adalah baik.. Tetapi terpulang kepada seseorang individu itu untuk ke kelas tersebut. Jangan kerana dia tidak ke kelas agama, anda chop dia sebagai seorang yang jahil.. 

Sesungguhnya ilmu agama itu terlalu banyak dan boleh diperolehi dari pelbagai dimensi.. Melalui bahan bacaan.. Melalui media sosial.. Televisyen..Radio dan sebagainya.. Oleh itu tak perlulah anda mengkritik seseorang itu dengan mengatakan anda yang terbaik.. Lebih baik anda menjaga bicara dan mulut anda.. Cuma risau sikap anda membuatkan orang kurang selesa dan akhirnya orang akan menjauhi diri meraka daripada anda.

Oleh itu, menjaga tutur kata itu lebih penting dari segalanya. Diam lebih baik jika ia mengundang kemarahan orang lain..Jika ia memang bertujuan kerana niat anda untuk membalas dendam kerana anda disakiti terlebih dahulu atau anda ingin memberitahu yang si polan telah menyakiti hati anda.. Terpulanglah.. Tetapi jika selama ini seseorang itu sentiasa menjaga tutur katanya terhadap anda ..Tetapi kerana mulut anda itu.. Wajarlah anda terima pengajaran.. 

Sekian.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer