My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Tips Ketenangan Hati

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin harap you all berada dalam keadaan sihat walafiat..



Dalam kehidupan ini..Kita tak lepas dari masalah yang bertimpa-timpa..Kadang kala kita dalam dilema..Dalam kesedihan... Apa pun yang terjadi sentiasalah berkata "LA TAHZAN INNAALLAH MAA ANA" Maksudnya "JANGAN BERSEDIH KERANA ALLAH SENTIASA BERADA DENGAN SAYA"

Janganlah kita menyalahkan sesiapa dan jugak takdir.. Memang begitu perjalanan kita di dunia ini.. Mana tau dengan cekalnya hati kita.. Allah SWT beri kita pahala yang banyak.. Nanti dapat masuk syurga jika timbangan neraca tu lebih di bahagian pahala..Apa pun InnaAllah Maa Ana.Kesatlah air matamu.. Tersenyumlah walaupun kadang kala kesediahan itu datang kepadamu..Bak kata orang setelah hujan ada pelangi yang cantik..Yang penting sentiasa ingat Allah..

1. Jangan tinggal solat 5 waktu
Solatlah..kerana ia memang wajib pun kepada kita sebagai hamba Allah SWT. Solat itu memberi ketenangan.. Dengan solat mendekatkan kita dengan Allah SWT.. Pohonlah doa kepada Allah SWT..kerana hanya Allah SWT sahaja yang dapat membantu kita dalam segala perkara.

2. Selalu baca Al-Quran dan terjemahan
Sesungguhnya al-Quran itu penyuluh kita di dunia dan di akhirat.. Al-Quran itu peneman setia..Bacalah selalu untuk ketenangan hati.. Selalu baca al-Quran..Syaitan dan Iblis pun takut nak mendekati kita.

3. Selalulah menghadiri majlis ilmu
Bak kata pepatah.. Harta itu akan habis tanpa ilmu.. Ilmu yang baik dapat membantu kita ke jalan yang lurus dan dengan ilmu juga kita mudah perolehi rezeki..

4. Senaman, hobi dan jaga diet pemakanan
Walaupun kita rasa sedih.. Cubalah keluar cari udara yang segar..Lakukan aktiviti seperti joging, aktiviti memanah atau memancing ikan.. Pemakanan juga perlu dijaga supaya badan kita sihat.. Apabila kita sihat secara automatik kita boleh menyelesaikan masalah itu dengan baik dan mendapat ketenangan.

Sebenarnya banyak lagi tips dalam mencari ketenangan..Ini adalah sebahagian daripada pandangan Erin.. Terima kasih ye kerana sudi membaca.. Saya tulis..Anda baca.. Saya suka.. Semoga kita mendapat keberkatan daripada pendapat ini..Love you readers..

Saturday, 19 April 2014

Kenapa Susah Sangat Nak Dapat Pekerjaan?


Assalammualaikum..


Zaman sekarang nak dapat pekerjaan dengan setaraf kelayakan sijil yang kita ada memang susah.. Persaingan bukan main sengit lagi..

Tidak hairanlah kenapa ada lepasan ijazah masih menganggur atau sekadar kerja biasa-biasa saja..

Dari pandangan Erin, hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor

Pointer rendah tak capai 3.0 ke atas
Ada sesetengah syarikat atau agensi yang lebih memandang kepada CGPA di atas sijil sebelum mengetahui kemampuan you all untuk bekerja.

Cara berpakaian dan penampilan
CGPA dah okay.. Penampilan pula out.. Tak guna juga.. Interviewer tu tengok you all selekeh, dia pun tak yakin yang you all mampu buat kerja. Pakai tie pun senget.. Pakai tudung pun tak terururs.. Penampilan korporat tu penting yer dear...

 Cara percakapan
Sebolehnya, masa temuduga tu cuba elak dari bercakap macam orang yang berlagak.. Merendah diri sikit tak apa.. Janji you all tu dapat kerja.. Kalau penemuduga tu bercakap dalam bahasa inggeris.. You all pun balas la dalam bahasa inggeris juga.. Kalau penemuduga tu guna bahasa melayu, jangan you all cakap bahasa inggeris.. Sebab tu orang cakap masuk kandang kambing mengebek.. Masuk kandang lembu mengeboh.. Hehe

Terlalu memilih kerja
Apa jawatan pun you all terima lah dulu. Kadang kala pihak majikan nak tengok komitmen kita. Kalau bagi kerja orang bawahan pun kita tak mampu nak buat. Macam mana majikan nak naikan taraf kita sebagai pegawai. Kesimpulannya buat je apa yang majikan suruh tanpa banyak membantah. Orang yang suka bantah, memang tak lambatlah kena buang kerja..Ada pepatah yang mengatakan BOSS ALWAYS RIGHT...Tak suka macam mana pun mesti ada kesabaran...

Saturday, 1 March 2014

Tips Jaga Kesihatan Waktu Cuaca Panas

Assalammualaikum..

Hai semua.. Apa khabar?? Erin harap you all berada di dalam keadaan walaafiat ye.. Sekrang ni cuaca panas sangat kan.. you all perasan tak? Hujan pun sesekali saja.. Bahang kepanasan ni lah yang membuatkan ramai yang tak sihat.. Ada yang kena denggi lagi kasihan tu.. Bahaya.. Kalau rasa macam tak sihat tu, cepat-cepatlah dapatkan rawatan di klinik atau hospital.. Jangan dah teruk baru nak pergi buat rawatan..Nanti tak pasal-pasal masuk ICU pulak..

Okaylah memandangkan cuaca panas ni.. Erin nak bagi beberapa nasihat.. Ye lah sharing is caring kan.. betul tak you all..

1. Minum banyak air masak atau air putih kosong.. Minum 3 liter sehari pun tak pa bagi mengelakkan penghidratan air dalam badan kita.. Bila tak cukup air dalam badan lah kuman atau virus cepat attact.

2. Amalkan vitamin C atau multivitamin setiap hari agar imunisasi kita tetap maintain.. Jika imun kita rendah, kuman dan virus pun cepat nak attact kita.. Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.. ye tak?


3. Kurang keluar rumah kerana cuaca terlalu panas.. Dah la panas, debu pulak tu.. Ini dapat menyebabkan suhu badan menjadi tinggi dan habuk serta debu tu boleh beri kita jangkitan selsema yang berpanjangan.. Sinaran matahari juga dapat merosakkan sel-sel kulit. Yang ada penyakit ekzema tu jangan keluar sangatlah waktu panas macam ni.. nanti alahan you all tu makin menjadi bila you all berpeluh..


4. Kerap mandi.. Jangan malas untukl mandi.. Dalam sehari mandi 5 kali pun tak pa.. bukan mandi koboi tau.. Mandi tu bagi basah kepala supaya suhu panas dalam badan dapat diturunkan.. Pastu sabun badan untuk hindari kuman.

Rasanya 4 tips dan nasihat je kot yang mampu Erin tulis setakat ni.. Semoga you all sentiasa sihat walau dalam apa jua keadaan.. Tak tahulah kenapa sekarang ni cuaca panas sangat..  Hanya Allah SWT saja yang tahu.. Semoga Allah menurunkan rahmat kepada kita dan kurangkan mala petaka.. Aamin...

Sunday, 27 October 2013

PERKARA YANG DIBENCI OLEH KAUM HAWA


Assalammualaikum..

Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita. Ada juga segelintir lelaki yang menyalahkan wanita apabila wanita itu kerap merajuk dan marah tanpa sebab.


Jom semak perkara yang dibenci oleh kaum hawa terhadap lelaki

1. Panas Baran
Pantang je silap sikit nak melenting, nak bersilat dan sebagainya. Hal ini membuatkan wanita itu berasa fobia dan meluat.

2. Mengongkong
Segalanya nak kena kawal selia. Perkara ini amat merimaskan wanita.

3. Ego
Perkara ni kebanyakan lelaki buat. Bila bergaduh saja, semuanya cakap salah wanita.

4, Main Kayu Tiga
Ni paling dibenci oleh wanita. Pantang digoda sikit oleh wanita lain terus hanyut.

5. Tidak Sensertif Terhadap Perasaan Wanita
Kiranya tidak memahami. Kadang kala buat macam tak tahu saja dan tak beri perhatian langsung.

6. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup batalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki.

7. Tidak Tahu Menghargai
Tidak tahu menghargai pengorbanan wanita. Apa salahnya sesekali belikan wanita itu hadiah, walaupun ia sekecil Cuma.

8. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu dan kerap memberi alasan yang tidak munasabah. Ada juga lelaki yang sanggup mungkir janji dan membuatkan wanita itu tidak lagi mempercayai dirinya. Sikap ini boleh menjadikan wanita itu cuba menjauhi lelaki tersebut.

p/s : Sumber majalah.. Erin pun dah lupa nama majalah tu...Huhu

Monday, 21 October 2013

Untunglah Kalau Bos Sayang

Assalammualaikum..

Err..Untung ke kalau boss sayang kita? Mestilah untung.. Tapi jangan salah faham.. Bukan kaki bodek yer.. Kaki bodek tu buat kerja tak ikhlas..Buat apa..Perkara yang tak ikhlas ni tak akan bertahan lama..Oleh yang demikian, Erin nak coret beberapa tips bagaimana cara untuk disayangi oleh boss atau majikan kita..



1. Jangan takut-takut untuk meluahkan idea-idea

Jika ada idea-idea yang kreatif dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti dalam organisasi you all bekerja tu..Utarakanlah kepada bos you all tu.. Janganlah dok peram idea tu yer.. Maka you all kena berani bersuara.. Ini akan menunjukkan yang you all sentiasa prihatin terhadap pekerjaan you all tu..

2. Tepati Waktu

You all haruslah mempunyai tahap kepekaan terhadap waktu. Pengurusan masa adalah faktor paling penting yang menunjukkan you all ni seorang yang berdisplin tinggi. Biar you all mendahului masa bukan masa yang mendahului you all.. Bila boss tengok you all datang awal ke pejabat. Dia pun tak teragak-agak nak bagi prestasi terbaik untuk you all.. Sapa yang untung? You all jugak kan kan..

3. Ya..Boleh

Ya boleh.. Sama je konsepnya dengan "Yes Boss.." Peringatan juga, sebelum you all terima sesuatu tugasan yang baru dari boss, you all seharusnya mengetahui keupayaan diri you all sebelum menerimanya. Jangan you you all jadi macam Mr. or Miss Arrogant, kerja yang tak mampu, you all sanggup..Last-last tak sanggup.. Kang nanti kena pelece dek kekawan je..Jika Boss you all tu bagi kerja yang mencabar dan you all rasa you all mampu..Maka terimalah kerja itu dengan fikiran yang terbuka dan laksanakan dengan jayanya.. Cewah...

4. Bersikap Mesra

Bersikap mesralah dengan semua staff di tempat kerja you all termasuklah bersikap mesra dengan boss.. Oops..!! Jangan bermesra berlebih-lebihan cukuplah yer.. Risau nanti staff lain cakap you all ni kaki ampu pula..No,no,no..!!

5. Serba Boleh

Yang ni Erin rasa boss paling suka kot..Sebab boss mana yang tak suka jika staff dia berkebolehan dalam banyak bidang..Suruh itu ini semua you all boleh buat.. Nanti boss you all tu kasi you all tumb up.. hehe.. Untung you all bila ada banyak kebolehan ni..Boss jadi makin sayang.. Bila boss sayang , gaji pun lumayanlah sikit kan kan.. Kalau staff government macam Erin  ni kalau berkebolehan, nanti boss rekemen naik pangkat atau pun anugerah cemerlang.. Bukan anugerah saja tau.. Dapatlah RM1K..

Eerrr.. Itu sajalah penyampaian Erin dalam entri ni.. Maka..Yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan.. Thanks kepada yang sudi komen..Tanpa you all, tak cerialah entri Erin ni...Sharing is caring..

p/s : picture by google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer