My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 3 August 2013

aLoR SeTaR JeeeMmmmm..!!!

Assalammulaikum..

Ish Erin ni macam tak biasa je bila tengok bandar sendiri telah jem dengan semut-semut kenderaan gituuu..Ye lah menjelang je perayaan..Beginilah sesaknya tempatku..Jalan yang sejengkal nak sampainya berjam-jam..

Kereta pun bergerak nyet nyet nyet.. Alahai lambat sih..Kalau naik motor..Pakai cilok je kan.. Tapi berkereta..Nasiblah kena nyet nyet nyet..

Pusat membeli belah..Huhu..Tak payah nak bagitau lah punyalah dibanjiri manusia..Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa soal membeli belah time last minutes..

Kami sekeluarga juga keluar time pick hour macam ni sebab adik baru saja sampai dari Matrikulasinya..Jadi samalah dengan ibu bapa yang lain sibuk pula keluar membeli apa yang patut untuk anak-anak yang baru pulang dari pusat pengajian tinggi..

Sambil kereta bergerak yang serupa siput tu..sempat lagi Erin dan adik tidur satu round ketika dalam perjalanan pulang ke rumah..Hehehe

Apa yang kami beli time shopping tadi..Tak ada beli sangat pun..tapi terbang jugak lah RM..

First tadi pergi kedai cermin mata..Adik cadang nak buat cermin mata baru.. Mulanya nak cari yang murah je.. sekali terbekenan yang design agak urban skit lah.. RM550 harganya..Mahal..Tapi nampak trendy..Budak zaman sekarangkan citarasa yang urban je..

Akhirnya si bingkai oren juga idaman hati Adik..Cantik tak?? Hee :-P

Aftre that pusing-pusing naik ke tingkat atas Pacific..Apa yang dicari?? Mula-mula just nak cari kasut untuk Adik.. Tapi si kakak dan si mama pulak terjumpa idaman hati.. hehehe..


Yang putih coklat tu mama punya dan yang putih pink tu Erin punya.. Harganya..Hehe.. Nati U all cakap Erin berlagak pulak kan.. Kemain pakai beg mahal..Mama punya beg RM239 dan Erin punya beg RM259.. Tapi sebenarnya dapat discount..Tu yang best tu..

After dapat beg.. Then jumpa kasut idaman hati Adik..Tu haa yang merah menyala tu..Fesyen kasut apa ntah yang Adik minat..Tak tau nak cakap apa.. Tapi harga no bad jugak mahal..Adoi lah.. Pitam sekejap..Yang warna coklat pekat tu sapa punya kasut?? Hehehe.. I punyalah..Macam kasut orang veteran tak?? Ye lah Erin pun veteran dah ni..Nak capai 30 tahun dah next year

Ni t-shirt Erin dan Adik.. Kami kena cari baju warna kuning sebab malam raya kedua kat kampung Erin akan buat BBQ dinner.. Itu adalah acara wajib family kami pada setiap tahun atau ada event lain..Tapi pada malam tu akan diadakah tahlil jugak untuk arwah tok wan, tok tiah, pak tam dan ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah..Pakai t-shirt je sebab senang nak buat kerja kan..Siap ada tema kuning lagi.. Next year Erin nak pilih warna PINK pulak.. hehe..

Friday, 2 August 2013

HaRuSKah WaNiTa BeRsoLeK?

Assalammualaikum..

Bila terbaca majalah SOLUSI..Terus tergigit jari..Tajuknya membuatkan Erin terfikir..

"Adakah aku telah melakukan kesilapan..Ada tak aku berhias melampaui batas..Untuk siapakah aku berhias??"

Oh My God...!!

Menurut majalah ini..

Wanita diharuskan bersolek diwajahnya setelah memenuhi beberapa kriteria berikut :

Bersolek dan merias wajahnya untuk suami sahaja bukan dikhalayak ramai walaupun dengan izin suaminya.

Menggunakan alat-alat solek yang halal dan diperbuat daripada bahan yang suci dan bersih

Solekan yang terlalu tebal dan melampau tidak dibenarkan sama sekali..

Bedak diharuskan selagi tidak membataskan syariat..

SpaGHeTTi SoSej BeeF BuRgeR SpeCiaL

Assalammualaikum..

Tajuk resepi Erin ni buat U all confius plak kan..Saja je letak nama resepi tu bagi vouge skit..Kalau letak nama Spaghetti Daging Cucuk Sosej..Nampak macam standard je kan..So, kreatif skit lah..

 Spaghetti ni Erin cucuk pada sosej daging tu..comel tak??

 Ni lah bahan-bahan yang bakal digunakan..
Dari kiri : Sos Kimball Perisa Cencawan, Cheese Anchor, Daging Burger Ramlee, Brasilla Spaghetti, Capsicum, Dan Cendawan Putih yang fresh..

 Spaghetti tu Erin rebus guna kuali..Lagi afdal kan..Ketika merebus spaghetti tu, masukan lah sedikit garam dan minyak masak..Tujuan untuk memberi rasa dan minyak supaya apabila ditoskan nanti spaghetti tu tak melekat antara satu sama lain..

 Okay..Ini segala bahan yang telah dipotong dadu..Kalau nak pedas..jangan lupa letak cili melaka..

 Daging burger tu Erin goreng dulu dengan sedikit minyak supaya ia tak hancur bersama sos spaghetti tu nanti..jadi bila makan nanti rasa daging tu seketul-seketul..Sedap gituuu..

 Kemudian masukan sos Kimball dan masukan kesemua bahan-bahan yang telah didadukan tadi ke dalam kuali...Jangan lupa tambahkan secawan air agar sos tu tak terlalu pekat dan likat..Masukkan juga dua sudu sos cili Life untuk rasa yang lebih enak..


 Akhirnya siaplah Spaghetti dan sos daging burger yang Erin masak..

 
 Taraaa...Sudah siap loh Spaghetti Sosej Beef Burger Special ni.. Ini lah juadah untuk iftar jap lagi..Jemput-jemput mai makan.. hehe (Ajak-ajak ayam je ni..)


SpEciaL MeNu UnTuK AdiK

Assalammualaikum..

Sapa suka makan spaghetti meetballs.. Ni favourite Erin nih.. Westen gituu..Well U know meeee...

Sebenarnya menu ni special skit bagi menyambut kepulangan adik ku yang tersayang.. Yang belajar jauh nun di sana.. Tahu ke kat mana dia study.. Yang semestinya dalam Malaysia jugak lah..

Kuala Pilah Negeri Sembilan je pun..Hehe



Inilah spaghetti nyer..Terliur gitu kan..Picture ni ambik dari google image je pun.. hehehe..
Tapi memang dah plan nak masak yang best-best untuk adik tersayang..

Oh ada lagi..Tadi round Giand Hypermarket..Erin beli susu Idea and fruity cocktail..Beli Jenama Dole..Sebab jenama ni sedap skit..Terasa juicy nyer...
Tahu Erin nak buat desert apa untuk adik..For sure lah milky fruity Jelly yang sweet sour..Aum,aum..sedap gituuu..


Then ada lagi menu untuk adik..

Taraaa..murtabak meggi yang sedap..

Yang pasti menu kegemaran adik..Sayur keladi..

Pagi tadi Erin dan Mama round pasar cari something.. U know.. Adik tu mintak apa??

Haa.. Ni lah yang adikku mintak mama belikan untuknya.. Daging lembu Rimau Menangis..Kenapa beli daging Lembu ada Harimau pulak ni?? Hehe.. itu nama bahagian lemak lembu yang sangat sedap..Kalau buat masak apa pun sedap.. Lemak tepu.. kalau dah sejuk pun still nampak berminyak dan lazat..

KaLaU NaK SaKiT JaNTuNg

Assalammualaikum..

Kalau nak sakit jantung...Jom minum air bergas..

Hey kenapa Erin cakap macam tuuuu??

Ye lah.. Nak tahu kenapa..

Okay sila baca info yang Erin nak sampaikan kat bawah ni yer..


Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan , minuman paling tinggi kandungan gula itu dapat meningkatkan risiko serangan jantungsehingga 20% dan boleh membawa maut!!

Ini adalah kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard tentang amalan mengambil satu gelas minuman berkarbonat pada setiap hari..So, be carefull yer U all.. Jangan kerana sedap...Boleh membawa kemudaratan kepada diri kita.. Sayangi diri anda selalu.. ^_@

Thursday, 1 August 2013

SaMPuL Vs DuiT RaYa

Assalammulaikum..

Beberapa hari je lagi Ramadan bakal meninggalkan kita.. Huhuhu...The Beautifull of Ramadhan will leave us..Then The Colourfull of Eid Fitri will be coming soon..

So, mesti dalam hati U all ada dua perasaan..Right?? No,no,no..jangan tipuuu...Antara perasaan dukacita dan sukacita..Betul tak??

Bila dah dekat nak raya ni.. Apa yang U all fikirkan..Apa?? Solat Hari Raya.. hehe.. Yang tu of couse lah..ye tak.. Tapi Erin tahu..U all mesti fikir tentang duit dan perbelanjaan kan?? Nak bergaya tu U all boleh skip je kalau tak da duit.. Tapi pasal nak bagi duit raya ni?? Dah la gaji bulan ni tak da bonus.. Lainlah U all tu government staff..Dapat jugak RM500 ye tak?

Ni U all kerja lain dari sektor government...Gajinya standard je..Melainkan boss tu terlalu baik dan bagi jugaklah duit raya kat staff dia..

 Sekarang ni dah jadi macam tren pulak kan.. buat pembayaran kat mana-mana agensi pasti akan dapat angpau raya ni.. Angpau je kan.. Hehe.. Kalau ada duitnya okay jugak..Haha..Mengada

 Nah ni lah sampul raya yang telah Erin dapat.. Jimat dah duit daripada nak kena beli pulak kan..

 From PRUDENTIAL..So, U know..Diri Erin ni pun diinsuranskan..ye lah..Diriku begitu berharga..Hehe..

 From AVON.. U know..I'm also agen of AVON.. Yehaaa..

 From TESCO.. Erin ni customer tegar TESCO.. Dalam seminggu tu berapa kali dok ulang pi TESCO pun tak tau lah..

From MAXIS.. Ni bukan Erin yang dapat... Tapi my Abah.. Dia pakai postpaid..Erin ni pakai prepaid je.. Melainkan Broadband DIGI..pakai postpaid..

U all pun mesti ada dapat angpau jugak kan..Bestkan.. lepas ni angpau yang lebih tu boleh buat koleksi..Guna pulak time pi rumah kenduri.. ^_@

OuTSpOKeN PeOpLe

Assalammualaikum..

"Tu dia lah aku kata dah.. Hang ni mangkuk lah.."

Haa.. ni lah contoh ayat pedas orang yang memiliki cara percakapan yang tidak betul dan tidak menjaga perasaan orang lain..

Sebab itu sebelum berbicara berfikirlah dahulu akan kesan dan akibat jika kata-kata sebegitu dilontarkan kepada orang lain.. Dan cuba letakkan diri anda ditempat orang yang telah kita semburkan dengan kata-kata pedas kita tu..Adakah kita akan terasa dan berasa??

Tidak dinafikan dalam dunia ni kita akan jumpa dengan pelbagai manusia yang mepunyai pelbagai perangai, sikap dan ragam.. Kadang kala kita sudah bercakap elok dan berusaha melontarkan kata-kata yang baik kepada individu tersebut.. Tetapi kita dibalas dengan kata-kata yang tidak sama sekali dijangkakan.. So, apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan 'outspoken people' nih..

Berdiam dan jangan hiraukan orang seperti itu.. Sebolehnya elakkan dari bergurau dengan dia..Biar dia tahu kita tidak gemar akan sikapnya.

Tegur dia jika kita rasa kita mampu berhujah dengan orang yang outspoken ni..Atau berikan kata-kata bidasan agar dia pulak terasa.. Ingat dia saja yang boleh kata kepada orang lain sesuka hati..(Tapi cara ini macam nak balas dendam pulakkan)

Sebolehnya elak dari berkawan dengan orang yang outspoken jika U all rasa dia tidak boleh berubah jadi baik.. Biar dia dipulaukan lagi bagus sehingga dia berubah menjadi baik dengan sendirinya (Kira bila dia dah insaf baru kita kawan balik dengan dia)

Sebenarnya kesian kepada outspoken people ni.. Mereka tidak tahu cara menghormati orang lain dan mereka juga tidak tahu menghormati diri sendiri.. Kerana akibat tak tapis percakapan..Diri dibenci orang.. Itu juga penganiyaan kepada diri sendiri kan.. So, fikir-fikirkan lah.. Yang mana baik itu ramai yang suka.. yang tak baik memang orang tak suka..Setiap manusia diberi akal untuk berfikir dan boleh membezakan antara yang baik dan yang tak baik..

LoGhaT KeDaH

Assalammualaikum..

Jom belajar loghat kedah nak tak..?? Negeriku Jelapang Padi..

Awat / Pasaipa - Kenapa
Ayatnya : Awat muka dia macam tu

Jeqemen - comot
Ayatnya : Tipah..Hang tengok sat awat muka adik hang ni berjeqemen tequk sangat..
Kalut - Tergopoh gapah / Kelam kabur
Ayatnya : Awat hang kalut sangat ni..

Menyorok -  Sarapan pagi / Breakfast
Ayatnya : Sat gi kita menyorok naaa....

Punggai - Pukul dengan benda keras
Ayatnya : Hang dok elok-elok skit..Sat gi aku punggai dengan kayu ni baru tau..

Ligan - Kejar
Ayatnya : Tu dia..Depa dok ligan penyamun tu zup zap zup zap..

Cengey - Garang
Ayatnya : Hang tok sah dok kacau awek tu.. Dah la cengey nak mampuih..

Tok Sah - Tak payah
Ayatnya : Hang tok sah dok kawan dengan dia

Tang - di
Ayatnya : Ceq..Bulih dak mak cik nak tanya qumah hang tang mana?

Cemuih - Bosan
Ayatnya : Cemuih dah asyik dok pakai baju sama ja setiap kali qaya..

Hangpa - Kamu 
Ayatnya : Hangpa pi dah ka beli baju qaya?

Kami - Saya
Ayatnya : Kami tau laa Hangpa tak mau kawan dengan kami..

Tampan - Tahan
Ayatnya : Hang tolong aku tampan sat paip ayaq ni..

Haa..tudia keluaq semua ayat kedah aih.. Meh kita belajaq sesama noooo..


Wednesday, 31 July 2013

KeNaLi DiRi Ku

Assalammualaikum..

Hehehe.. nak tulis je sikap Erin ni yang sebenar kat luar dari kotak maya ni kan..uhahaha..

Firstly..Suka gelak dan senyum
Memang fanatik sikit bab gelak-gelak ni.. Pantang ada cerita lawak sikit...Gelaknya lebih.. Biaq pi lah.. janji I know who i am..

Suka Happy-Happy
Paling tak suka perkara yang menyedihkan.. Hari-hari tengok cerita kartun pun bagus..Mama Erin pun selalu bising.. Cakap Erin sudah-sudah ler tengok cerita kartun tu...

Suka Window Shopping
Amalan yang sihat.. Tapi kalau shooping tu tidak sihat.. Sebab Erin ni jenis kedekut.. Ingat tu kedekut.. Setiap hari akan ku kira wang-wang ku.. Hari-hari mesti selak dompet tengok duit tinggal banyak mana lagi pastu mula budget..

Suka Layan Internet / Baca blog / Tulis blog
Hari-hari wajib online..Tak kira dimana sahaja.. Kalau abah larang mesti rasa sedih sebab kebahagiaanku terletak kat internet ni.. Ish-ish.. pelik kan kan..

Suka Layan Lagu
Lagu apa pun layan je.. Kecuali tak boleh dengar sangat dah.. Terus pi katup..

Suka Driff..
Hahaha.. Selalu bawak kereta macam siput a.k.a ulat gonggok..pi kerja bertolak pukul 7.30 pagi.. sampai offiice 7.50 pagi.. padahal dekat je rumah dengan office.. Tapi tu lah trafic light banyak sangat merentasi perjalananku.. (Trafic light jugak yang salah)

 Suka Buat Suara Comel
Hahaha.. yang ni hanya mama, abah dan adik ku saja yang tau.. Suka panggil mama . abah. dan adik banyak-banyak kali dengan suara yang sukar digambarkan.. hahaha.. malu tapi suka...

Suka ganggu orang time tidur
Pantang nampak orang sedang tidur nyenyak.. pasti akan ku ganggu sampai depa tu jaga.. Last Erin yang kena lesing.. Uwaaaa..padan muka..

Suka Makan Nasi Banyak-banyak..
Sekali makan paling kurang dua pinggan tambah.. paling banyak lima pinggang tambah..Soal berat badan sila ketepikan..

Suka Mandi Kambing
Mandi paling sekejap tu paling mujarab.. Bagi Erin lah kan..Sebab mandi lama-lama tu buang masa..

Suka Baca Buku
Dah bawak kereta serupa ulat gonggok..Baca buku serupa ulat buku lah.. Kaki library okay.. Tempat paling syurga bagi ku adalah library.. Bila tengok buku macam tengok kekasih beb..

Suka Main  Kalkulator
Orang lain suka main games..Erin suka main kalkulator.. sebab suka kira duit.. hari-hari rutin kira duit yer..Sebab tu lah ambik jurusan kewangan.. sesuai sangat dah tuuuuu..

Suka Benda Comey
Suka Teddy Bear.. Walaupun dah tua bangka.. Suka benda-benda macam kanak-kanak..Suka hati orang nak cakap apa.. Janji I like it so much...

Tak Suka Orang Yang Berfikiran Negatif..
Orang yang suka buat masalah.. I hated him/her so much.. Orang yang suka cakap banyak-banyak tanpa henti pun i dislike okay...Sila bagi jalan untuk orang lain berbicara sama okay.. Jangan dok berebut siaran...

Dah lah.. itu je serba sikit tentang diriku yang tak seindah rupa ni..
Pat, pat siku simen.. Lepas baca harap komen.. hahaha...

BuSy LiKe A BeeS

Assalammualaikum..

First sekali nak nangis..sob..sob..sob.. Sabar je lah jemah..Hey why ur sadless??

Kerja banyak lah.. Macam-macam nak kena settle..Dah uruskan bahagian pencen ini seorang diri.. Dari A to Z.. Tak ada pembantu.. Bukan tak ada.. Tapi staff bawahan yang Erin rasa kurang boleh diharapkan..Bila suruh fotostat ada je muka surat yang tertinggal.. Last-last.. Erin kena follow balik kerja tu..Ponat eden laguh nih..

Sudahlah diri ini memikul tugas yang berat seperti mendukung seketul batu pantai yang besar tu.. (U know batu yang besat gedabak kat tepi pantai tu..) Then diberi kepercayaan lagi memegang jawatan sebagai setiausaha untuk dua event or meeting..Yakni Kumpulan Kreatif dan Inovatif Jabatan dan setiausaha Majlis Bersama Jabatan..Uih..taff jugak ni.. selalu saja berhempas pulas untuk menyiapkan minit mesyuarat.. U know minit yang sukar tu.. Depa suruh Erin buat.. OMG...

Terima sahajalah kerana mungkin depa tau ceq ni mampu lakukan.. Sob..sob..sob.. Ceq nak nangis.. Tapi ceq suka sebab depa bagi kepercayaan..Kalau ada niat nak buli tu tak tau lah kan.. So, ceq pikiaq positif saja..

Masa di Jabatan lama pun sama..ceq diberi tugas sebagai webmaster..Uish.. suatu penghargaan tu..Boleh design web untuk Jabatan lagi..Hehe.. Lepas tu ceq diberi tugas untuk kendalikan Aduan.. tu pun ceq handle dengan bos ceq.. Mencabaq jugak lah baq hang..Tapi semua itu menjadi pengalaman yang berharga buat ceq..Ceq suka tugas mencabar nih..Walaupun I'm busy like a bees..Kalau bees tengok ceq pun soheh dia gelak.. Pastu nyanyi lagu ni.. "Kita serupa..Kita serupa.."

Apa nih dok guna bahasa diri ceq-ceq plak ni Erin..Okay lah nak buat kerja like a bees sat naaaa...i'll be comeback with more entries soon.. hehehe..

TQ sudi baca luahan hati beta.. Cewah..Hehehehehe..

ToLoNgLaH BeRFiKiR

Assalammualikum..

Ayat yang selalu kita dengar (Informal) " Tolonglah gunakan fikiran sebelum bercakap"

Ayat yang jarang kita dengar (Formal)" Tolong beri saya definisi berfikir"

Okay now.. Tajuk entri Erin kali ini base kepada fakta..You know buku mana yang I rujuk..Ya.. semestinya buku masa Erin study di UUM dulu..(Bangga siot jadi student UUM..Sebab UUM adalah Universiti yang tidak ada jurusan diploma..Semuanya peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta PHD sahaja..)

Let's to discuss about definision of thinking
(Oho..I'm speaking London lah.. Hehe..Whaaattt eveeeerrr..!!)

Okay guys..We go through one by one

"Thinking is any mental activity that helps formulate or solve your problem, make a decision or fulfill a desire to understand, It is a searching for answer, a reaching for meaning."
 (Vincent Ryan Ruggiero - 1984)

"I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgement, and reflection on the process."
(John Borell - 1991)

Itu pendapat yang dikemukan oleh beberapa individu. Maka di sini dapatlah dirumuskan bahawa :-

Pemikiran itu merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi melaksanakan keputusan serta menyelesaikan masalah dan seterusnya mengadakan refleksi atau metakognitif terhadap proses yang dialami.

Mengapa teknik berfikir seorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza??
(Persoalannya)

Ia adalah bergantung kepada keupayaan seseorang dalam berfikir bergantung kepada beberapa faktor..Yakni fizikal, emosi, rohani dan intelektual termasuk juga dengan persekitaran mereka.

Hanya gaya berfikir yang effisyen dan efektif akan membantu seseorang dalam mengendalikan masalah yang wujud di persekitarannya.

Mengikut buku yang Erin baca ni..Terdapat 20 jenis gaya berfikir..

Pemikiran Analitikal * Pemikiran Emotif * Pemikiran Hipotetikal * Pemikiran Historis * Pemikiran Intuitif * Pemikiran Kostruktif * Pemikiran Kreatif * Pemikiran Logikal * Pemikiran Nilai * Pemikiran objektif * Pemikiran Paralel * Pemikiran Positif dan Negatif * Pemikran Prakmatik * Pemikiran Proaktif dan Reaktif * Pemikiran Projektif * Pemikiran Saintifik * Pemikiran Teknikal * Pemikiran Vertikal * Pemikiran Kritis *

Kita boleh berkongsi dengan lebih detail berkaitan gaya pemikiran ni.. Tapi Erin tak nak ulas semualah.. Just select yang mana majoriti diamalkan oleh manusia yang pernah Erin jumpa..

Pemikiran Kritis 
Seseorang itu lebih terbuka menerima sesutu pendapat atau idea disamping itu dia sedaya upaya menganalisis semula idea itu dari pelbagai aspek. Ia merupakan kemahiran pemikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat.

Pemikiran Kritikal
Individu yang mengamalkan gaya pemikiran ini akan melakukan proses melihat dan memisahkan menerusi analisis

 Pemikiran Analitikal
Ia berasakan pemikiran logikal kerana lebih mengutamakan kepada maklumat dan fakta.

Pemikiran Positif
 Melihat sesuatu itu adalah kebaikan dan memberi faedah kepada apa-apa sahaja. Pemikiran jenis ini akan membuatkan seseorang itu bertambah maju.

Pemikiran Negatif
Sentiasa berfikiran tentang keburukan dan membawa kepada masalah, bahaya dan risiko. Jika selalu berfikiran negatif diri akan mundur dan tidak maju.

Pemikiran Proaktif
Sentiasa berfikiran jauh dan boleh menjangkakan kemungkinan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Pemikiran Konstruktif
Berusaha memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada sesuatu idea.

Pemikiran Sistematik
Berasaskan sistem untuk berfikir dan mempunyai aturan atau rangkaian yang dipatuhi semasa berfikir.

Pemikiran Historis
Lebih mengutamakan "sebab" dan "kerana". Pemikiran ini membawa kita berpandang ke belakang.

Pemikiran Intuitif
Melibatkan penggunaan "suara hati" sebagai petunjuk dalam membuat keputusan atau mengambil sebarang tindakan.

Pemikiran Reaktif
Pemikiran ini bermaksud jikalau tidak ada apa-apa berlaku, maka tidak ada alasan untuk kita berfikir. Kita hanya menunggu sehingga ada peristiwa, kejadian ,idea atau perkara berkaitan sebelum berfikir.

Oleh itu..Pemikiran yang manakah yang ada dalam diri kita??

Tuesday, 30 July 2013

aDaKaH SaYa OvEr

Assalammualaikum..

Hehe.. ni sessi muhasabah diri kot..Bukan apa saja buat tajuk entri ni bila tetiba terdetik di hati.. ADAKAH SAYA SUDAH TEROVER??

Memang betul lagi nyata apabila diriwayatkan bahawa manusia ini serba kekurangan..Pasal HATES?? Kita pun tak boleh nak ubah sesuatu perkara itu.. Apabila tindakkan kita menyebabkan mata orang lain sakit.. Sememangnya kita tak cuit langsung tubuh mereka.. Tetapi tidak tahu dimana silapnya..

Begitu juga luahan kawan Erin ni.. dia punyai pekerjaan yang bagus..Datang dari keluaga yang kaya dan bagus.. Mempunyai rupa paras yang cantik, personaliti yang menarik..Tetapi disebalik segalanya.. Hati kecilnya terluka apabila ada individu-individu yang tidak berpuas hati dengannya.. Sedangkan dia tak mengenali individu-individu itu secara rapat.. Bila diselidik.. Barulah sedar..Mengapa dan kenapa ini berlaku..

Kekayaan dan kecantikkan dia dicemburui oleh mereka-mereka itu..Antara dialog mereka yang telah dapat dihidu..Hehehe (dah macam spy plak Erin ni kan..)

"Dia boleh lah pakai kereta mewah tu.. Tengoklah bapaknya siapa.."

"Cemuih lah aku tengok..Hari-hari pakai baju blink-blink..Tengok lah tu handbeg dia tu guess..Baru beli lah tu.. Setakat jenama yang kita pakai ni..Dia tak heran lah kan.."

"Kami ni bukan layak jadi kawan dengan awak yang vouge gitu..Kami ni kampung girl; je.."

"Awak pegawai.. Saya ni kerani cabuk jer.."

"Awak ni cantik.. memanglah ramai yang berkenan..Saya ni apa je lah yang ada.."

Padahal..Sikit pun kawan Erin tu tak pernah sakiti hati orang lain.. sebab apa yang dia ada.. Orang jadi tak suka pada dia..Lagi pun dia nak pakai apa pun suka hati dia lah.. Tak ganggu duit atau menyusahkan sesiapapun.. Dia cantik pun sebab Allah yang bagi..Tetapi persepsi manusia yang suka menghukum tanpa mereka cuba memuhasabah diri sendiri.. Dan ramai yang punyai PHD tanpa ambik MASTER or DEGREE...

Biar kita tak kaya, biar kita tak cantik, biar kita serba kekurangan.. Tetapi HATI KITA BAIK..(Dan Erin pun tak tahu kedudukan Erin dimana sekarang ni...Sesungguhnya AKU INSAN BIASA YANG SERBA KEKURANGAN DAN TIDAK SEMPURNA)

PrOmOTe bLoG

Assalammualaikum..

Happy Erin dapat tolong seorang lagi kawan Erin untuk wujudkan sebuah blog untuknya..Maka diri ini pun decorate lah blog tu..

Jeng-jeng..Rakan-rakan blogger sekalian..

Jemput lah singgah ke blog kawan Erin ni.. Ada produk-produk kesihatan yang bagus..Kalau bekernan boleh order..Jom terjah blog kat link bawah ni..


Sekian Terima Kasih..

Sunday, 28 July 2013

PeTuA MaSaKaN : TekNiK MenGGoreNg CuCuR

Assalammualaikum..

Aceceh..dah macam chef pulak Erin ni..Nak habaq pasai Petua Masakan lah kononnyer..

Okay..Erin suka baca then kongsi dengan U all..Orang cakap apa..Sharing is caring?? Hehe..Whatever lah kan..

Di sini Erin nak share 2 petua nak goreng cucur ni.. Sebenarnya ada beberapa lagi petua.. Tapi Erin just publish 2 je lah.. Sebab kemalasan.. Hehehe..

Cara Melembutkan Cucur
Selalunya cucur enak dimakan masa panas-panas kan.. Bila dah sejuk..eeuuu..udah tak sedap..So, untuk memberikan kesedapan  terhadap cucur yang dah sejuk tu.. U all boleh ikut petua ni.. Bancuh adunan tepung dengan air suam dan goreng seperti biasa.. InsyaAllah cucur U all tu akan lembut selamanya..

Cara Rangupkan Cucur
Kalau buat cucur udang yang lemau mesti dak berapa enak kan.. Kalau yang rangup mesti lah makan tak ingat orang belakang.. Untuk meranggupkan cucur udang, cucur ikan bilis dan cucur jagung masukan sedikit minyak ke dalam bancuhan tepung..So, after goreng pasti rangup..Yumyumyummmy..


TaO KaE Noi

Assalammualaikum..
Siapa suka makan makanan ni?? Cepat angkat tangan..Yang tak biasa makan tu tetiba buat muka hairan.. Hehe..Ni lah Tao Kai Noi.. Sejenis snack orang Jepun dan Korea.. Cewah.. K-Pop Uuuuu...

Mesti U all tertanya-tanya..apakah ingredient nya kan..Ni lah Rooster Seaweed...Sedap beb.. Erin first time cuba.. Terus jadikan ia sebagai snack kegemaran.. Dan bila dah dijadikan makanan kegemaran.. Habis Erin hasud orang lain suruh try snack ni..Yang best tu ada yang tanya Erin macam mana nak makan benda alah ni?? Laaahh..semua orang ada gigi kan.. makan macam makan keropok biasa je lah..

Seperti mana yang U all sedia tahu..Rumpai laut ni memang kaya dengan antioksidan kan... Sebab tu lah orang Korea comey-comey gituuu.. Awet muda lagi..Mai-mai makan seaweed ni.. Sedap baq hang.. Hehe

Okay sekian.. Cuba tau jangan tak cuba.. lepas cuba mai hantaq report kat Erin naaaaa......

SoS TiMuN AyaM

Assalammualaikum..

Tu dia tajuk masakan.. Haha.. Tak bleh blaa...dan blaaaa blaaa blaaa....

Sos Timun Ayam..Hang bagi nama apa ni cik Erin oi...Dengar nama pun hangpa mesti tak bleh nak imagine lagi kan.. Erin dah habaq.. Erin suka masak makanan yang simple, sedap lagi berkhasiat dan lagi tak membazir (Bahasa yang rosak telah ku gunakan..uwaaa...)

Mai cini nak upload picture nyer..

Ooooo...Inilah Sos Timun Ayam Nyer...Nampak sedap tak ?? (Angkat kening)
Sebab apa Erin  kata tak membazir..So, Sila rujuk picture di bawah ni..(Sos peket yang kita selalu dapat dari KFC atau Mc Donal's)
Maka.. Erin mempersembahkan cara-cara memasaknya.. Sila rujuk semua gambar di atas.. Hehe.. Malas nak explain..^_@

TQ for reading.. Dan selamat mencuba..Cuba jangan tak cuba.. Sapa tak cuba.. rugi tau..Sebab ia simple, sedap dan selera.. kiranya pakej 3 S.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer