Cinta tidak bersalah
Kerana cinta punya indah
Kerana cinta lahirnya kita
Tetapi salahnya kita
Menggunakan cinta
Pada jalan yang salah
Kita dustai cinta
Kita khianati cinta
Kita hancurkan cinta
Menjadikan orang merana
Menyebabkan orang terluka
Menyebabkan orang sengsara
Kenapa cinta tidak ditatang
Kenapa cinta tidak dijunjung
Kenapa cinta tidak diangkat martabatnya
Bukan cinta hanya di dasar kaki
Bukan cinta hanya di gigi segi
Bukan cinta hanya pada ucapan saja..
Pengertiannya sangat mendalam
Sehingga sukar untuk diungkapkan
Amat sukar ditafsirkan dengan bahasa yang mudah
Hargai cinta sebelum ia pergi
Sebelum ia hilang untuk selama-lamanya..
My LuvLy Followers
Status Terkini :
Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts
Sunday, 5 July 2015
Tuesday, 17 February 2015
Sajak : Biarkan Aku Sendiri
Aku termagu di buian rindu
Mengharap kasih yang tidak kesampaian
Sehingga aku terlena diulik mimpi
Membawa aku ke destinasi fantasi
Fantasi itu di suatu sudut kanopi
Hampir aku terlupa dimanakah tempatnya
Di situ aku sendiri membawa diri
Masih tercari-cari siapa gerangan diri ini
Lantas seseorang datang meraih tangan ku
Aku terpaku melihat wajahnya
Kemudian aku meleraikan pegangan
Bersama jiwa ini, aku terus melarikan diri
Dia cuba mengejarku
Di sebalik dahan itu aku menghilangkan diri
Tidak mahu diganggu lagi
Kerana.. Biarkan aku sendiri dan terus sendiri
Hasil Nukilan : Puteri Airyn 17 Februari 2015
Thursday, 12 February 2015
Sajak : Salah apakah aku
Salah apakah aku...
Yang datang sentiasa pergi,
Salah apakah aku..
Yang ditinggalkan sepi sendiri
Salah apakah aku untuk berkasih..
Salah apakah aku, selalu disalah ertikan..
Salahkah aku ingin dicintai..
Tetapi yang sering datang bukan cinta sejati..Aku sering diketepikan..
Bukan salah aku..
kerana aku sudah berusaha untuk mendapatkan cinta itu..
Aku harap cinta itu milik aku suatu hari nanti..
Tuesday, 25 March 2014
Sajak : Misterinya Dirimu MH370
Assalammulaikum..Semalam kita telah dimaklumkan bahawa lokasi terakhir MH370 dari KLIA ke Beijing adalah di Lautan Hindi.. Dimana lokasi terpencil yang jauh dari daratan..Erin sangat sedih mendengar berita ini..Memang amat sukar untuk terima kenyataan ini.. Apapun berita selepas ni diharap kita menjadi lebih tabah lagi..Kita tak boleh melawan kuasa dan kehendak Allah SWT.. Tabah dan Redha serta terus berdoa..
Habis satu dunia heboh akan kehilanganmu..
Misterinya engkau sukar dibongkarkan..
Deritanya kami menanti jawapan..
Satu dunia kami geledah
Mencari jawapan kemana kau menghilang
Yang tersayang sedia menanti penuh debaran
Terasa seksa suatu penantian
Kami tak rela dengar berita duka
Sebab kami dah rasa cukup sengsara
Kepada Tuhan kami berdoa
Supaya Tuhan tunjukan kebenaran
Jika Kapal Titanic masih kami tahu jasadnya
Namun jasadmu kami tak jumpa
Kau hilang tanpa kabar berita
Meninggalkan sejuta tanda tanya..Nukilan : Puteri Airyn 25 Mac 2014
Takziah untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat.. Semoga tabah.. Sesungguhnya apa yang berlaku punya hikmahnya.. Hanya Allah SWT yang tahu akan kisahnya..Kehilangannya misteri sehingga tidak tercapai dengan pemikiran akal yang biasa.. Kita sedar.. Ilmu kita tidak dapat membatasi Ilmu Allah SWT.. Ya Allah sesungguhnya ampunilah dosa-dosa kami.. Sesungguhnya kami hamba-hamba Mu yang sering melakukan kemungkaran...
Saturday, 15 March 2014
Sajak : Puisi Dari Hati Ke Hati
Dalam gelita..Kita mencari jalan pulang
Dalam terluka..Kita cuba ubatinya jua..
Dalam gelisah.. Kita cuba tenteramkannya..
Dalam hidup.. Kita tak lupa akan kehilangan nyawa..
Walaupun kita didustai.. Masih kita mampu bertahan
Walaupun kita dihina..Kita masih punya maruah
Walaupun apa saja kita.. Yakinlah dengan qada dan qadar
Walaupun kita tak punya.. Tapi kita tetap gembira
Adakalanya kita berduka..
Adakalanya kita ketawa..
Adakalanya siapa pun tak tahu apa dalam jiwa..
Hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya..
Jangan kita sentiasa berjiwa megah
Seolah kita tak jatuh dimamah tanah
Jangan kita berkata salah
Kerana pasti ada yang kecewa kelaknya..
Nukilan Rasa : Puteri Airyn 15 Mac 2014
Dalam terluka..Kita cuba ubatinya jua..
Dalam gelisah.. Kita cuba tenteramkannya..
Dalam hidup.. Kita tak lupa akan kehilangan nyawa..
Walaupun kita didustai.. Masih kita mampu bertahan
Walaupun kita dihina..Kita masih punya maruah
Walaupun apa saja kita.. Yakinlah dengan qada dan qadar
Walaupun kita tak punya.. Tapi kita tetap gembira
Adakalanya kita berduka..
Adakalanya kita ketawa..
Adakalanya siapa pun tak tahu apa dalam jiwa..
Hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya..
Jangan kita sentiasa berjiwa megah
Seolah kita tak jatuh dimamah tanah
Jangan kita berkata salah
Kerana pasti ada yang kecewa kelaknya..
Nukilan Rasa : Puteri Airyn 15 Mac 2014
Monday, 28 October 2013
Benarkah Aku Bukan Lagi Di Hatimu?
Assalammualaikum..
Bersebal hatiku dek kerana kata-katamu itu,
Lumrahkah engkau bicara begitu?
Kau tidak pedulikan lagi aku siapa
Malah kau cuba usir perasaan sayangku
terhadapmu
Biarpun aku bukan insan yang sempurna,
Sekurang-kurangnya kau beri alasan yang boleh aku terima,
Aku bukan pengemis di jalanan,
Aku juga manusia sepertimu yang punya maruah..
Masa kau tiada sesiapa,
Akulah yang engkau sapa,
Tapi bila kau sudah ada semuanya,
Kau lupa aku siapa..
Bukan pernah untuk aku ungkitkan semuanya,
Tapi dek sikapmu yang alpa, aku terpaksa
bersuara,
Jika kau dah tak suka
Biarlah aku undur dalam duka dan lara..
Terima kasih di atas segalanya..
Sunday, 20 October 2013
Pasrah dan Redha
Assalammualaikum
Perlukah aku berfikir tentang itu,
Ya itu dulu..Tetapi kini aku lebih redha menerima takdir Nya
Biarpun ramai yang bertanya, malah kedua ibu bapa ku juga
Lantas aku membalas semua persoalan itu dengan senyuman tenang
Dalam hatiku berkata,
Perlukah aku untuk gundah gulana?
Sedangkan perancangan Nya sedang bergerak masa ke semasa
Aku tidak akan terkesima jika aku terlewat menerima perutusan itu
Yang selalu aku berdoa, sekiranya masih ada dia untukku di dunia ini
Biarlah dia seorang yang boleh membimbingku
Bukan aku tidak mahu mendukung segala dugaan dan ujian kelak
Ujian penantian ini pun sudah ku redha tanpa titisan air mata lagi
Begitu pasrah dan kental hatiku menerima takdir Yang Maha Kuasa
Aku cuba bekalkan dalam hati dengan kata-kata pujukan
Kata-kata yang memberi semangat untuk ku terus tersenyum di dunia ini
Lantas Ku berbisik ke dalam naluri bahawa tidak semestinya hanya di dunia
p/s : Jodoh pertemuan, ajal perpisahan adalah ketentuan Allah SWT..Jika tidak ketemu di dunia pasti ada ganjarannya di akhirat kelak.. Bersabar duhai hati.. Tidak semestinya memiliki dan dimiliki itu merupakan suatu kebahagiaan.. Kebahagiaan sebenarnya berada dalam diri kita sendiri.. Berbahagialah jika kita mahu.. Dan sengsaralah jika kita mahu.. Sesungguhnya ia bergantung kepada diri sendiri..Sekian.. (Sedang menangis ni.. hehehe..Tak adalah, dah lap pun) :-)
Wednesday, 25 September 2013
Sajak : Bayangan
Jika Engkau bukan Aku
Jika Aku bukan Engkau
Sebenarnya engkau adalah aku
Dan aku sebenarnya engkau
Apa kau lakukan berkaitan diriku
Apa aku lakukan semua melibatkan kau
Jika aku terpesong
Kau juga terpesong
Aku cuba berlari dan menghindari
Tapi kau tetap mengikuti
Kemana aku pergi
Kau tetap mengiringi
Segalanya melibatkan kita berdua
Dulu aku muda dan kau juga muda
Kini aku tua dan kau juga tua
Benarkah kita akan bersama selamanya?
Puteri Airyn Sept 2013
Monday, 23 September 2013
Sajak : Ku Hayati Keindahannya
Assalammualaikum...
Kabus hening sejuk rasanya
Aku terbungkam melihat alam ciptaanNya
Naluriku teruja akan keindahannya
Tanpa aku ragu, di sinilah destinasinya
Burung-burung berkicau riang pecahkan suasana sepi
Terbang ke sana terbang ke mari
Sekejap-sekejap hinggap di dahan tinggi
Kemudian mereka terbang lagi
Pepohon nan hijau cantikkan pandangan
Berseri indah bunga di setiap jambangan
Kupu-kupu pula kulihat beterbangan
Menghisap madu bunga sebagai hidangan
Puteri Airyn Sept 2013
Sunday, 22 September 2013
Sajak : Sepetang Di Muara
Assalammualaikum
Kini aku jejak kembali di Muara ini
Segala kenangan aku imbau kembali
Derasnya engkau bercerita masih terngiang-ngian lagi
Gelak tawa mu yang penuh seri
Sepetang aku meratap Muara
Muara yang penuh dengan cerita kita
Engkau dan aku memang suka bercerita rahsia
Supaya tidak ada orang yang tahu al kisahnya
Suatu hari ku lihat kau begitu gembira
Pergi ke laut dan beri aku suatu berita
Berita itu ialah berita lara
Aku menderita juga sengsara
Bertahun aku menanti kau pulang
Sampai orang bicara aku hilang kewarasan
Menangis aku bukan kepalang
Kerana jasad dan tubuhmu telah hilang
Kisah duka di Muara kukuh dalam ingatan
Dek kerana kau hilang di lautan
Mungkin lautan itu menelanmu tanpa alasan
Yang tinggal hanya rinduku tanpa batasan
Puteri Airyn Sept 2013
Saturday, 21 September 2013
Sajak : Cerita Sang Puteri
Assalammualaikum
Aku tidak pandai bersastera
Aku juga bukan budak sastera
Tapi dalam diri suka bercerita
Ceritaku yang penuh warna
Orang bilang aku penglipur lara
Segala perkara ingin aku cerita
Cerita itu ku harap ada makna
Ceritaku kadang kala mendatangkan tanda tanya.
Kenapa dunia puteri yang aku suka
Kerana Tuan Puteri punya tahtanya
Tuan Puteri hidup dalam dua dunia
Dunia khayalan dan dunia yang nyata
Orang tanya apa buktinya?
Aku bilang kalau tak percaya
Buka saja blognya
Pelbagai cerita yang kau akan jumpa..
Puteri Airyn Sept 2013
Aku tidak pandai bersastera
Aku juga bukan budak sastera
Tapi dalam diri suka bercerita
Ceritaku yang penuh warna
Orang bilang aku penglipur lara
Segala perkara ingin aku cerita
Cerita itu ku harap ada makna
Ceritaku kadang kala mendatangkan tanda tanya.
Kenapa dunia puteri yang aku suka
Kerana Tuan Puteri punya tahtanya
Tuan Puteri hidup dalam dua dunia
Dunia khayalan dan dunia yang nyata
Orang tanya apa buktinya?
Aku bilang kalau tak percaya
Buka saja blognya
Pelbagai cerita yang kau akan jumpa..
Puteri Airyn Sept 2013
Friday, 20 September 2013
Sajak : Di Pondok Ini
Assalammualaikum
Di pondok usang ini tempat aku berteduh
Asal dapat berteduh dari hujan dan panas
Walaupun kadang kala bertepis juga dengan air hujan
Aku masih mampu tersenyum dan bersyukur
Dalam keheningan malam
Aku cuba memikir
Bagaimana dengan mereka yang tiada tempat berteduh
Mereka membiarkan tubuh berpanas dan berhujan
Aku lihat perkakas memasak yang ibu guna
Semuanya buruk dan usang
Tapi kami semua masih mampu merasa hidangan
Aku juga terfikir bagaimana laparnya mereka tanpa makanan
Rumah aku menghala ke bendang
Di waktu petang aku duduk di tangga kayu sambil baca buku
Aku lihat kanak-kanak riang sedang bermain wau
Aku ingin bermain bersama mereka, tapi ibu melarang
Kenapa ibu melarang? Aku bertanya tanpa memahami
Ibu kata, aku kena rajin belajar
Nanti boleh baiki taraf hidup kami sekeluarga
Aku sedih melihat ibu menggunakan kudrat
Setiap hari ibu membanting tulang bersawah padi
Upahnya tak seberapa
Sawah padi bukan kami yang punya
Kasihan aku melihat ibu bekerja
Aku berjanji suatu hari nanti ibu akan berehat
Ibu akan ku layan seperti permaisuri raja
Aku tak mahu lihat ibu memerah keringat
Biar ibu bersenang lenang hingga ke akhir hayat
Monday, 16 September 2013
Sajak : Coretan Rasa Seorang Hawa
Assalammualaikum
Jika kekayaan yang engkau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kecantikan yang engkau damba,
Aku bukan orangnya,
Jika kebijaksanaan yang kau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kesempurnaan yang kau idam
Aku juga bukan orangnya,
Aku hanya seorang gadis yang tidak berpunya,
Aku juga bukan seorang gadis yang begitu sempurna,
Aku hanya punyai sekeping hati yang penuh dengan rasa cinta
Aku hanya seorang gadis yang memerlukan pelindungnya..
Jika dahulu Adam memohon agar diadakan Hawa,
Kenapa Hawa hadapi sendiri dunianya
Jika Adam mahu ada peneman hidup bersama,
Begitu juga Hawa tidak mahu keseorangan walaupun di dunia..
Karya : Puteri Airyn Sept 2013
Jika kekayaan yang engkau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kecantikan yang engkau damba,
Aku bukan orangnya,
Jika kebijaksanaan yang kau pinta,
Aku bukan orangnya,
Jika kesempurnaan yang kau idam
Aku juga bukan orangnya,
Aku hanya seorang gadis yang tidak berpunya,
Aku juga bukan seorang gadis yang begitu sempurna,
Aku hanya punyai sekeping hati yang penuh dengan rasa cinta
Aku hanya seorang gadis yang memerlukan pelindungnya..
Jika dahulu Adam memohon agar diadakan Hawa,
Kenapa Hawa hadapi sendiri dunianya
Jika Adam mahu ada peneman hidup bersama,
Begitu juga Hawa tidak mahu keseorangan walaupun di dunia..
Karya : Puteri Airyn Sept 2013
Sunday, 15 September 2013
Sajak : Fighten !!
Assalammualaikum
Pertembungan ini bisa memisahkan kita
Persengketaan ini mampu menghilangkan ukhwah
Perdebatan ini mampu meleraikan suatu ikatan
Perkelahian ini mampu merosakkan segalanya
Sajak : Hilang Segala
Assalammualaikum
Terkasima aku menghadapi natijahNya
Terlopong aku mendengar bisikanNya
Terkedang aku menerima lamaranNya
Terbutang mataku melihat kelamnya dunia
Bukan aku menidak jika hijab sudah terbuka
Bukan takut aku hadapi kelak hilangnya dunia
Bukan aku ingin berlari dari apa yang telah nyata
Bukan aku dan bukan aku yang tentu segalanya
Ku terima takdir yang aku pergi jua
Pergi mengadap Maha Pencipta
Jika nyawa pinjaman semata-mata
Apa diperuntuk adalah amalan di dunia
Karya : Puteri Airyn Sept 2013
Terkasima aku menghadapi natijahNya
Terlopong aku mendengar bisikanNya
Terkedang aku menerima lamaranNya
Terbutang mataku melihat kelamnya dunia
Bukan aku menidak jika hijab sudah terbuka
Bukan takut aku hadapi kelak hilangnya dunia
Bukan aku ingin berlari dari apa yang telah nyata
Bukan aku dan bukan aku yang tentu segalanya
Ku terima takdir yang aku pergi jua
Pergi mengadap Maha Pencipta
Jika nyawa pinjaman semata-mata
Apa diperuntuk adalah amalan di dunia
p/s : Semoga sajak / puisi ini mampu menyedarkan kita bahawa siapalah kita hanya pengembara dunia yang perlu menanti bila-bila masa dipanggil mengadapNya.. Mampukah kita menjadi seperti yang dikehendaki. Diwujudkan dalam suci dan dikembalikan juga dalam suci meskipun hidup di dunia yang penuh warna-warni.. Sekian..
Karya : Puteri Airyn Sept 2013
Tuesday, 10 September 2013
Sajak : Dia??
Assalammualaikum..
Aku cinta, dia tidak cinta..
Aku rindu, dia tidak rindu..
Aku sayang, dia tidak sayang..
Aku cemburu, dia tidak cemburu..
Apa benar perasaanku? Tidak benar perasaannya..
Terkongkong aku dalam dilema.. Terbebas dia dari sengsara..
Aku lakarkan askara cinta.. Dia pula tidak peduli apa..
Aku renjiskan kembali segala kenangan..Dia pula nafikan segala
Aku resah..Dia pula bersuka ria..
Hatiku luluh dan sugul..Hatinya pula tenang tanpa masalah
Lama-lama aku diam..Lama-lama aku cuba melupa..
Makin untuk dilupa, makin pula teringatkan dia..
p/s : Sekadar sajak.. tiada mengena dengan gambar di atas tu yer.. Hehehe...
Aku cinta, dia tidak cinta..
Aku rindu, dia tidak rindu..
Aku sayang, dia tidak sayang..
Aku cemburu, dia tidak cemburu..
Apa benar perasaanku? Tidak benar perasaannya..
Terkongkong aku dalam dilema.. Terbebas dia dari sengsara..
Aku lakarkan askara cinta.. Dia pula tidak peduli apa..
Aku renjiskan kembali segala kenangan..Dia pula nafikan segala
Aku resah..Dia pula bersuka ria..
Hatiku luluh dan sugul..Hatinya pula tenang tanpa masalah
Lama-lama aku diam..Lama-lama aku cuba melupa..
Makin untuk dilupa, makin pula teringatkan dia..
p/s : Sekadar sajak.. tiada mengena dengan gambar di atas tu yer.. Hehehe...
Thursday, 18 July 2013
SaJaK : AnTaRa CiNTa DaN SeTiA
(Pemandangan di Marina Kuala Kedah pada 2012)
Cinta dan setia bukan maksud yang sama
Cinta itu perasaan
Dan setia itu tindakan
Yang manakah kau rasa lebih kesan?
Jika cinta yang kau maksudkan
Pasti ia hanya kasihan
Jika setia yang kau maksudkan
Mungkin ia suatu pengakhiran..
Jika kau gabungkan cinta dan setia..
Ia akan menjadi suatu ikatan istimewa..
Jika kau ceraikan cinta dan setia
Kau akan temui kecewa
Sungguhnya jika kau bercinta
Pasti kau akan setia..
Tak mungkin terpisah
Antara rasa cinta dan setia..
Jika benar kau kata ia mampu dipisah..
Aku tidak percaya..
Kau hanya omong kosong sahaja..
Kata cinta tapi tak setia..
Maka lupakan saja kita pernah berjumpa
Kerana kau suka berkata dusta..
Terima kasih atas segalanya..
Kerana yang nyata cinta kembarnya setia..
Idea : Puteri Airyn July 2013
Wednesday, 17 July 2013
SaJaK : NiLai KaSiH
Kau beri aku gelang suasa itu..
Biarpun bukan tulin emas 94 karet..
Ia masih punyai nilai..
Lalu utas gelang itu aku simpan..
Kau beri aku sekuntum bunga kemboja..
Kenapa tidak diberi mawar sahaja..
Engkau tersenyum..
Ternyata ada maksud tersirat..
Kini kau tidak beri apa-apa lagi..
Aku tidak mengerti..
Kau sepi dan terus menyepi..
Aku cuba merungkaikan misteri ini..
Akhirnya ku terima jawapan berduri
Sebab kau menghilangkan diri
Aku sering termimpi..
Baru ku sedar yang engkau pergi takkan kembali..
Pusara kudus dilitupi kabus pagi..
Kukuh dua nisan berdiri..
Bukan aku tidak redha kau pergi..
Tetapi mengapakah kau pergi waktu ini
Idea : Puteri Airyn July 2013
Idea : Puteri Airyn July 2013
SaJaK : MeNCaRi CiNTa YaNg PerGi
Cinta mekar di lapangan sawah nan hijau..
Cinta juga pergi di lapangan sawah ini..
Tempat aku menyemai cinta..
Tempat aku kehilangan cinta..
Cinta yang indah itu tercipta
Bukan mekar selamanya
Aku yang ketandusan cinta yang lama
Kerana pergi ia tanpa berita
Aku menggenggam tanah sawah yang peroi
Air mata terus menitis
Hancur lebur hati diruntun pilu..
Kerana aku kehilangan cinta
Mampukah cinta itu kembali?
Benarkah cinta itu masih ada lagi?
Aku bermonolog sendiri..
Dalam mencari cinta abadi..
Akhirnya aku melakarkan puisi
Demi aku mencari cinta yang hakiki..
Biarpun telah lama ia hilang dalam diri..
Aku masih mencari dan akan terus mencari
Sunday, 14 July 2013
SaJaK : SaHaBaT IbaRat KuPu-KuPu iTu
Sahabat..Cuba kau lihat
Adakah kita diibaratkan seperti kupu-kupu itu?
Terbang bersama, Merasa madu bersama
Segalanya kita kongsi bersama-sama..
Sahabat..Cuba kau lihat..
Kupu-kupu itu gembira terbang di sini sana..
Jika ada duka pasti kongsi bersama jua..
Yang pasti cerita suka dan duka hanya kita yang rasa..
Sahabat..Cuba kau lihat..
Salah seekor kupu-kupu itu sayapnya telah carik..
Ia tidak mampu terbang lagi..
Mungkin tak lama lagi ia akan mati..
Sahabat..Cuba kau lihat..
Jika itu terjadi kepada hubungan kita..
Mampukah kita berdiri sendiri?
Jika salah seorang daripada kita tiada lagi di dunia ini?
Sahabat..Jangan kau tangisi jika perpisahan itu terjadi..
Jangan kita cuba menolak qada dan qadar illahi..
Bukan di sini destinasi kita yang akhir..
Semoga kita akan tetap bersama suatu masa nanti..
Idea : Puteri Airyn July 2013
(Khas buat sahabat-sahabatku)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Assalammualaikum..sebelum lena diulik mimpi..kita tulis entri ni dulu.. Kalau tahun-tahun sebelum ni, harga buah durian sangatlah tinggi bag...
-
Assalammualaikum. . Aish.. asal tak puas hati dengan wanita je mesti nak cakap wanita tu meroyan kan.. Jangan hanya tahu berbicara sa...
-
Assalammualaikum Ungkapan 'Rumahku Syurgaku' merupakan idaman setiap insan..Tetapi kalau rumah pun Malaikat tak mau masuk.. Masi...
-
Assalammualaikum "Awak tolonglah bagi tahu saya, apakah semua ini?" Soal Marlisa kepada Isyam. Matanya mula berkaca dan a...
-
Assalammualaikum.. 8 Oktober 2013 - Tadikan Erin teman Nisa pergi rumah mak dia di Jitra Kedah.. Yeah.. waktu nak balik tu mak Nisa bek...
-
Assalammualaikum.. Hai semua.. Baru-baru ni Erin and my family jalan-jalan kat Penang.. Best sangat-sangat.. Bertolak dari kampung Me...
-
Assalammualaikum.. Errr..Erin ada nak share sesuatu dengan you all ni.. Sebenarnya info yang bakal you all baca di bawah ni telah Erin ...
-
Asssalammualaikum.. Hai you all.. ^_^ Eeerrr.. Erin nak cerita ni.. Pagi semalam kan...Erin dan dua orang kawan office pergi breakf...
-
Assalammualaikum Hari ni Erin puasa tau.. tu pun nak heboh kat blog ..Bila puasa ni..time rehat di office, aktiviti makan-makan terhent...
-
Assalammualaikum.. Selain kaki novel.. Erin ni kaki radio juga tau.. Kaki makan? Errr...Makan tu lainlah kan.. Hehe Sekarang ni ada lag...














