Cinta mekar di lapangan sawah nan hijau..
Cinta juga pergi di lapangan sawah ini..
Tempat aku menyemai cinta..
Tempat aku kehilangan cinta..
Cinta yang indah itu tercipta
Bukan mekar selamanya
Aku yang ketandusan cinta yang lama
Kerana pergi ia tanpa berita
Aku menggenggam tanah sawah yang peroi
Air mata terus menitis
Hancur lebur hati diruntun pilu..
Kerana aku kehilangan cinta
Mampukah cinta itu kembali?
Benarkah cinta itu masih ada lagi?
Aku bermonolog sendiri..
Dalam mencari cinta abadi..
Akhirnya aku melakarkan puisi
Demi aku mencari cinta yang hakiki..
Biarpun telah lama ia hilang dalam diri..
Aku masih mencari dan akan terus mencari
1 comment:
nice............. lama jugak mama tak berpuisi ni..
Post a Comment