... Hey guys..
Hari ni Erin nak tulis pasal sikap..Hmm..Sombong atau riyak.. Mungkin dalam sedar atau tidak kita tergolong dalam orang-rang yang sombong atau riyak..Sesungguhnya sikap ini dibenci oleh Allah S.W.T.. (Beristifar sekejap)..Istifar itu lah yang sebaik-baiknya apabila kita tersedar yang kita berasa riyak.. Sikap sombong dan riyak ini akan membuatkan orang disekeliling berasa kurang selesa.. Kadang-kadang ia boleh membuatkan orang lain berkecil hati kerana mereka tidak berkemampuan seperti apa yang kita ada..
Okay..Jom baca situasi-situasi dibawah ni.. Ia adalah sebagai pedoman kita semua..
Situasi #1
A : Eleh korang semua tahu ke buat kerja ni.. Aku sorang je yang tahu buat..
B dan kawan-kawan lain (Berbisik) : Hmm.. semua benda dia bolah buat..ignoe je lah dengan dia ni.. buat kita semua sakit hati je..
Situasi #2
A : Awak kerja dimana yer?
B : Oh saya bekerja di Sykt XYZ.. sebagai pengurus..kira semua tindakkan office tu saya yang selia..Staff semua bukan boleh memandai selagi saya tak beri kelulusan..Saya memang tak bagi muka dengan semua staff saya.
Situasi # 3
A : Wah..banyaknya duit awak beli barang yang mahal macam tu..
B : Well ..you know.. Duit ni bapak I yang kasi.. Bapak I tauke besar sykt XYZ.. Ada ladang lembu dan kambing ..beratus ekor pulak tu..I memang selalu beli barang yang mahal dan berkualiti.. tak macam you..beli barang murah tapi cepat rosak..Tak da brand..
Situasi # 4
A : Pandainya you uruskan meeting tadi..
B : Well..I kan kelulusan ijazah sarjana muda pengurusan dengan kepujian lagi.. You know..I ni budak dekan tau..setakat meeting yang cikai-cikai macam ni.. tak da hal lah..
Situasi # 5
A : Adik I masuk tingkatan 6 je kat sekolah XYZ..Adik you dapat lanjut pelajaran kat mana yer?
B : Owh ye ke.. Adik I dapat sambung mengaji dekat Ireland.. Ye lah keluarga I mana nak main universiti dalam Malaysia ni.. Kitaorang kan semua pandai-pandai..Masuk tingkatan 6 bukannya bagus sangat..
Kalau U all berhadapan dengan individu-individu yang belagak macam ni.. mesti kita rasa kita ni rendah diri kan.. So, mesti kita nak lari jauh-jauh dari diorang kan..Tak pa lah.. Allah kan ada..
Erin pernah jumpa dengan individu macam ni.. kadang-kadang rasa macam nak tarbiah je dia..kadang-kadang rasa macam nak nangis sebab terasa sangat-sangat bila diorang cakap macam tu...