Assalammualaikum..
Wah dah ada kerja dengan government pun mahu berbusiness lagi.. Hehehe.. Erin memang minat berniaga.. Rasanya memang ada skill sejak dari universiti lagi kot..Kadang-kadang bukan kita cari customer.. Tapi customer yang cari kita.. Bagi business kat kita..
Jika berniaga tak ada pelanggan.. Tak guna jugak..Bukan??
Sebenarnya Erin amat-amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniakan diri ini dengan pelbagai kebolehan.. Alhamdulillah yang tidak terhingga..
Ini al-kisah Kuih Samosa ku.. Sebenarnya Erin buat tujuan untuk makan-makan saja.. Tapi tak sangka dan disangka.. Ramai yang tempah samosa yang Erin buat.. Siap mereka minta Erin buatkan samosa frozen..
Erin pun cubalah business ni.. Sepeket kuih samosa yang belum digoreng..Erin jual RM3.20.. Dalam sepeket mengandungi 8 biji samosa..Ini bermakna sebiji yang Erin jual berharga 40 sen..
Ini kuih samosa yang Erin buat lain dari yang lain.. Sebab Erin menggunakan perencah sup..Bahan-bahannya pula adalah lobak merah, ubi kentang, batang salari, bawang besar, daging lembu yang dipotong dadu, lada sulah, cili merah atau capsicum dan sedikit perasa sup.. Ditumis pula sengan bawang putih..
Nak buat kuih samosa ni tak susah pun.. semudah A,B,C sahaja.. hehe.. yang penting kita tahu bagaimana nak membalut dan melipat kulit samosa tersebut..
Selain menjual samosa secara tak langsung.. Erin juga ada menjual produk kesihatan Miera Bellah dan Virgin Coconut Oil.. Produk kesihatan ni.. Erin jadikan diri Erin sebagai Testimonial.. Apabila berkesan.. barulah berani nak jual pada orang lain..
Haa.. Apa lagi bakat yang Erin ada??
Erin juga boleh menjahit manik pada baju kurung.. Pernah ambil tempahan.. Alhamdulillah dapat untungnya.. Memang suka sangat berniaga.. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa 99% punca rezeki adalah datang daripada perniagaan.. Memang betul sangat-sangat..Apabila kita berniaga.. duit semakin bertambah dan jarang nak susut..