My LuvLy Followers
Status Terkini :
Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Saturday, 27 April 2013
Thursday, 25 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
RaHSiA KeJAyAaN WaNiTa
Assalammualaikum.. Kaifa Halukum??Muza tufakkir??
Haish..aku kecek Arab pulok doh..
Behi tok behi..
Aku memey behi benar nok kecek Arab nie..
Wait,wait...
Itu bukan lah tajuk yang bakal aku nak ceritakan..
Cer komer tengok gambo kat ateih itu..
Gambo ape kah?
Gini lah kawe nok woyaknyo..
Kawe ni behi doh dok baco naskah ni..
Baguih nie..Kalo tak cayo, acu mu gi baco
Kito go through ke naskah ni..
Paling aku suka baca BAB 3 : Rahsia Kejayaan Kerana Faktor Diri
Rahsia 1 : Kenali Diri
FIRSTLY adalah nama kita. Melalui nama boleh menjadikan seseorang itu dikenali.
U all guna lah nama yang mudah orang lain sebut.
Kalau nama u all tu panjang macam nama Wan Ezzrin E. Rani Binti Wan Ramli
U all ringkaskan lah jadi ERIN saja. Kan mudah orang nak sebut.
Ini tak..Nak sebut pun tergeliat lidah kan..??
SECONDLY adalah penampilan u all.
Of couse la kecantikan tu mampu memberi u all keyakinan yang bagus.
Kemudian, u all kena belajar simpan rahsia peribadi u all.
Putus cinta ke, putus tunang ke, atau apa-apa aje kena belajar simpan ler.
Ni semua nak cerita kat orang nanti orang akan pandang negatif pulak kat u all.
Kalau u all ada kelemahan atau kekurangan jangan takut nak memperbaikinya.
Berubah itu bagus kan kan..??
The LASTLY u all kenalah tanam azam yang mendalam dalam diri walaupun tugasan yang diberikan adalah dil luar bidang.
Rahsia 2 : Mencipta Matlamat Diri
Kita perlu mempunyai matlamat hidup bagi tempoh jangka masa panjang atau jangka masa pendek.
Ia merupakan kompas kehidupan. Ada ke orang yang tak der matlamat hidup?
Rasanya tak der kot..
Kenapa matlamat hidup tu penting?
Sebab untuk memenuhi kehendak asas, Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea, mewujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri, membuat kehidupan menarik dan menyeronokkan dan ia merupakan tulang belakang kepada sikap POSITIF.
Tip-tip bagi memastikan matlamat kita tu tercapai :
1. Korang tulis apa matlamat korang tu kat kertas or buku nota.
2. Korang rancang matlamat korang tu sama ada ia jangka pendek or jangka panjang.
3. Korang perlu lah yakin dengan kebolehan diri korang. Kalau tak yakin diri, macam mana nak maju kan?
4. Berfikiran positif lah, apa pun cakap kat diri "Aku Boleh"
5. Cuba lah korang tu halau sikit perasaan takut tu. Biar rumah dilambung ombak tsunami.
Tapi korang tetap maintain..kui,kui..yo lah tu kan?
6. Pastu laksanakan matlamat korang tu ikut keutamaan. jangan pakai redah je..
Rahsia 3 : Berani Melakukan Perubahan
Dalam naskah ni bagitahu bahawa anak kunci kepada kejayaan adalah berani melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri u all sendiri.
Contohnya, u all ni seorang graduan yang terpaksa mencari pekerjaan yang bukan daripada bidang yang dipelajari di Universiti.. Lebih kurang macam aku lah..Belajar bidang kewangan..Tapi aku keluar kerja bahagian pentadbiran..Tak de kena mengena langsung dengan kewangan.. Hmm.. aku redha je lah..
So, u all kena belajar apa yang telah ditakdirkan untuk u all..
Dengan meredhai segalanya mungkin akan buat u all rasa happy dengan kerja tu walaupun tak sama macam u all study kat Universiti dulu kan kan..
Janji dapat rezeki yang halal.. Tak payah pilih sangat..kang menganggur pulak..
Nak bagi u all minat dengan kerja tu, u all kena lah belajar mengetahui keseluruhan bidang kerja tu, melalui bacaan, pengalaman rakan sekerja yang senior. Then nak tanamkan minat lagi u all kena lah buat sesuatu kerja tu kerana Lillahi Taala..
In sya Allah berkat kerja u all tu..
P/S : Dalam buku ni byk sangat petua.. klau nak tahu detail..u all pi beli sendiri lah.. aku nak cerita skit-skit je dah jadi panjang berjela.. hehehe.. @_^
MaLDiveS
Wow.. Cantiknya pulau ni..
U all tau ke pulau apa ni??
Dah ada tajuk entri ni mesti lah tahu kan kan...
Ni la Pulau Maldive
Aku memang suka view tempat-tempat menarik ni
Jap,jap eh nak search info bab Island ni..
Tudia aih cross section at Maldive Island..
So klau nk snorkeling ke nak swimming ke..
Kena kot sebelah kiri je..
Kot sebelah kanan tu macam dalam sangat je..
Ish.. Pulau ni memang cantik tertarik kau memang de bom je.. kihkih..
Wah.. tengok lah marine biology pulau ni..
cantik sangat-sangat..
Berangan je lebih aku ni..
Pulau Payar kat Langkawi pun aku tak pi lagi..
Tak per..
Pi Pulau Payar dulu..
Then the next trip may be boleh pi Maldives pulak kot
In Sya Allah..
@_^
InFo SiHaT..JoM BaCa
Selalu je aku view Facebook
Tadi aku terjumpa ni kat Facebook milik Datuk Maznah Hamid (Iron Lady)
So sekarang ni aku nak share dengan korang yang baca blog aku ni
Meh meh kita baca sesama info yang berguna ni yer..
1. GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN SEPERTI ROKOK.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… makanan manis boleh membahayakan diri kita, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.
2. SENAMAN TIDAK AKAN MEMBUAT KITA JADI KURUS.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.
3. GULA-GULA GETAH MERANSANG KUASA OTAK.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah boleh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%.
4. KOPI BOLEH MENANGKIS KEMURUNGAN.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri.
5. BERSIKAP OPTIMISTIK BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.
6. MESIN WANG SAMA KOTOR DENGAN TANDAS.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas ambil duit kat ATM kan? Ujian kebersihan yang dilakukan di Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit. (Hampir hujung bulan ni..awas pengguna mesin ATM!)
Haha..Aku copy n paste je.. malas nak taip
(Mood : Pemalas yang amat)
@_^
Tuesday, 23 April 2013
Wahai Lelaki...
Tadi saja ler aku view Facebook.
So jumpa ler ayat-ayat ni..
Aish..Hmm..Nothing tak tau nak cakap apa pulak..
Apa pun ia menjadi peringatan buat golongan wanita..
Susah eh bila bermain dengan perasaan ni..
Jatuh cinta sebelum berkahwin..
Bagaikan menempah kecewa saja..
Harapan dihujung tanduk..
Perkara yang belum pasti..
Bercinta selepas Nikah..
Yang tu yang terbaik..
Bab hantaran bukan persoalan yang agak teruk..
Sebab hantaran yang murah tu lagi berkat kan..
Lagi pun perkara yang baik buat apa dilambatkan..
^_^
-sekian-
JoM CaNtiK BeRsaMa TrEeNeA
Meh kita promote skit supplement ni..
Aku dah cuba tau..
Memang berkesan..
Virgin coconut oil ni memang terbaik..
Dulu banyak sangat jerawat yang tumbuh meliar di wajah..
Bila amalkan VCO ni..
Kulik muka dah bertambah cantik..
So, semakin berseri-seri..
@_@
TerCaPai JuGaK HasRaT
Mesti u all terfikir kan..
Apalah tajuk entry aku ni..
Tercapai jugak hasrat..
Hasrat aku bulan lepas, bulan ni dan bulan-bulan seterusnya..
Sungguh ni nak tau hasrat aku tu..
Jeng jeng jeng..
Cer view picture kat bawah ni..
Tu dia aih..
Duit kot..
Dan sememangnya duit..
Ha.. mana aku dapat duit..
Laa..kan aku dah keja..mesti la dapat gaji..
Walaupun gaji ciput saja..Tapi bulan ni aku dapat saving..
Nak tau ke aku saving berapa ringgit sebulan..
tak banyak.. RM500 je..
Ye lah untuk luar jangka kan..
U all pun kena lah menabung untuk masa depan..
Benda yang tak perlu tu u all tak payah ler beli..
Nanti membazir..
Aku sekarang just beli barang keperluan saja
yang tak penting tu next time pun boleh beli..
Yang penting..tengok je duit dalam akaun bank..Wow..!!
Jika sebulan aku saving RM500 x 12 bulan = RM6000
Haa RM6K?? tu baru setahun..
RM6K tu tolak pulak RM1K untuk servise dan insurans kereta..
Balance RM5K..
RM5K x 5 tahun = RM25K
Wah.. banyak jugak yer..
Tapi gaji aku yearly dok naik..
Saving pun mesti meningkat jugakkan..
Kesimpulannya.. Kurangkan perbelanjaan anda
dan
Tingkatkan simpanan anda
Duit KWSP pun tak terusik..Aset gak tu..
Life Insurans pun aku ambik..
Kiranya aku mesti merancang betul kehidupanku..
Kesimpulannya kurangkan hutang tingkatkan aset..
Lepas ni mau beli rumah yer...RUMAH..!!!!
Aset terpenting dalam hidupku..
Tanah ladang kelapa sawit my parent tok sah ganggu sbb tu bukan milik aku..
Aku nak ada harta sendiri..Menggunakan titik peluh sendiri..
Bukan menumpang hak parent k..
-Sekian-
ProToN PrEvE..!! Nak Nak..
Nah amik kaw.. Proton Preve kot..
Ni lah idaman ku..
Nak idam BMW mcm uncle aku pakai tu..
Mahal sangat kot..
Takut tak tercapai dengan taraf ku ni..
Idam proton preve je lah dulu..
Nanti dah ada rezeki lebih baru pikiaq BMW ke..
hehehe.. angan-angan tinggi lah si puteri ni..
Mama cakap.. erin tukar je lah Viva tu..
Kecik dan sempit je mama tengok..
Cewah..tu ayat mama lah yer..
Memang nak tukaq pun..
Tunggu sat saja bagi erin bernafas sat..
Bayaq viva ni pun dah mahai..
Kereta auto lah katakan..
Nak tahu aku bayaq viva tu berapa??
Korang mesti tak tahu kan..
Sat naaa.. nak bagi tau.. RM455..
Ada percaya ke??
Kawan aku cakap awat mahai sangat viva hang??
Entahlah.. sebab aku guna loan Bank Islam kot..
lagi pun tu kereta auto..Lain ler pakai manual..
Apa barang pakai manual..
hahaha...
Viva tu pun ada 4 tahun je lagi nak abis bayaq..
Pas tu aku tukaq pakai kereta lain..
Viva tu aku ingat nak sedekah kat adik kot..
Tapi buat masa la ni aku nak beli rumah dulu..
Penting kot rumah tu..
Dah ada plan dengan mak cik aku..
Kami pakat nak beli rumah dekat rumah tok aku..
Area Merbau Pulas Ler..
Tau ke kat mana?? (Kalau tak tau pi search kat google naa..)
Monday, 22 April 2013
WoW..LonDoN CiTy..!!!
London city?? Wow..
Tempat idaman beta..
Cewah..Bila lah mau sampai di kota ini ya??
Tapi tak musytahir suatu hari nanti akan ku jejaki jua kota ini..
Seperti mana impian ku mahu melancong ke negara seberang..
Dulu still ingat lagi.. nak naik flight pun susah..
bila nampak flight rasa sedih je sebab teringin sangat nak naik..
Tapi Alhamdulillah dengan kuasa Allah..
Tiada apa yang musytahir..
Seingat aku.. Tahun 2010 lah banyak kali aku fly..
Hehe.. best sangat bila naik belon..
Oops!! belon plak..
Ye lah orang sabah panggil belon bah..
Firstly aku fly ke Labuan..5 hari oo dok kat sana..
Lepas tu aku balik ke kedah..
Then aku fly lagi ke sabah.. 7 hari oo dok sana..best oo...
Paling jauh aku terbang ke Bandung dan Jakarta..5 hari kok di sana..
ni aku teringin nak pi London plak..
Musytahir tak??
Jika kita fikir positif..
Impian pasti jadi kenyataan..
Dah..dah.. aku dah terlebih berangan plak nanti..
Whatever.. London City ni memang tempat yang menarik..
Kalau nak pergi situ jangan lupa spare duit manyak-manyak k..
Sebab nak Shopping kan..
Haha..aku ni gila shopping ker?
Tak lah.. aku gila kamera je..
Nak pukul gambar manyak-manyak (pukul tu loghat klate = ambilk gambar laaa...)
-sekian-
Sunday, 21 April 2013
Aku Si Ulat Buku
Hari ni memang aku terlalulah boring..
Dan terlalulah badmood..
Sory ye kekawan sekerjaku..
Memang tak da mood nak bercakap..
Melangkah kaki ke LIBRARY..pun mcm mahu tak mahu aje..
Buku apa ntah aku pinjam tadi..
Yang first tu tajuk : MISTERI SOLAT TAHAJJUD
Wah baiknya aku pinjam buku macam ni..
Hahaha.. macam tak biasa plak pinjam buku macam ni..
Bukan selalu ke aku pinjam buku agama kat library tu..
Lupa dah lah tu..
Yang second aku pinjam buku tajuk..
68 DOA PALING INDAH DARI AL-QURAN..
perth.. biar betul..lah betul lah tu..
knapa tak percaya eh..
percaya la..percaya la...
Aku ni budak baik tau.. ^_^
Yang last pun buku bercorak agama jugak..
Tapi berbentuk novel lah..
Tajuknya CINTA MULTAZAM..
Haaa..cun cun tak buku-buku yang aku pilih kat library tadi..
Setiap kali pergi library..
Aku rasa macam nak baca aje semua buku kat situ..
Yelah memang aku tak boleh buang tabiat ULAT BUKU sejak aku kecil lagi..
Kalau tak ke library..
Pasti ke kedai buku POPULAR aku serbu..
Sampai jemu dah kawan aku NISA menemani aku..
Nak buat macam mana..
ULAT BUKU LAH KATAKAN.. :-p
-SEKIAN-
Rasa Nak P DuBai??
Hari ni hari badmood sedunia lah agaknya..
No more eating.. no more working..
Kerja kat office berlambak-lambak..
Aku malas nak buat...
Sorry Mr. Boss..
Aku memang tak ada mood hari ni..
Fikiran melayang ntah mana-mana saja..
Dalam keboringan ku hari ni..
Aku jelajah macam-macam blog..
So, tetiba tervisit plak blog travel ejen..
Huhu.. nice lor tempat-tempat menarik ni..
Tapi kosnya.. Al maklum je lah..
Lepas tu aku search google image..
view Dubai..
Wah cantik menarik..
Bila view kos travel ejen..
Mak ai.. RM6000 kot..
Why pilih Dubai plak ni..
Kenapa tak pilih Abu Dhabi ke..??
Hahaha.. bukan Abu Dhabi tu dekat dengan Dubai ke??
Whatever!!!
Cantiknya Dubai.. Kang aku dah jatuh cinta dah..
Kalau nak travel..
Ada duit baru best..
Dapat lihat dunia lain..
Asyik terperuk dalam rumah tak best jugak kan..
At lease nak jadi seorang penulis..
Mesti banyak pengalaman..
Mesti banyak cerita..
Aku sedar bakat yang aku ada..
Cuma aku masih mencari apa yg perlu aku tulis..
Idea dah ada.. cuma pengalaman belum penuh di dada..
Bukan senang utk menjadi seorang penulis..
- sekian -
Dah lama dah tak tulis
Entry ntah apa-apa aje yang aku tulis ni..
Lama dah tak menulis di blog ni..
Sebenarnya bukan tak ada masa..
Tapi malas saja nak tulis entry kat blog ni..
Entahla ada orang baca ke tak..
Tak sure..
Sekarang ni aku cuma nak melaksanakan misi aku je..
Tak de nak pikiaq apa dah..(Bahasa utara nampak..)
nak kumpul duit..
Firstly nak beli rumah.. hmmm..penting tu..
yang kedua sambung study master..
Dok pikiaq ni nak study kat mana..
USM or UUM..
Yang ketiga nak tunaikan UMRAH atau HAJI..
Yang lain-lain tu nak melancong..
Aku bukan lah anak orang kaya..
Tapi bercita-cita tinggi utk terus mengharungi hidup di muka bumi ini..
Walaupun kadang-kadang kehidupan ni beri tekanan sedikit..
Aku mesti harunginya juga..
Semua orang idami hidup yang sempurna..
Begitu jua dgn ku..
Jika ditakdirkan Allah..
Hadirkan seseorang yang boleh terimaku seadanya..
Dan boleh bimbing aku till JANNAH..
Jika ditakdirkan aku hidup sendiri..
Biarlah aku merasa nikmat kehidupan ini dgn baik..
Dan apa yang Allah diaturkan utk ku..
Adalah yang terbaik untuk ku..
Aku tetap bersyukur..
Walaupun aku tak kaya raya..
Tapi kehidupanku lengkap..
Aku ada pakaian utk dipakai..
Aku ada kerja utk mencari rezeki..
Aku ada kereta utk bergerak sana sini..
Aku ada...apa-apa je lah..
Yang penting kehidupanku tak DAIF..
Aku tak idam hidup yang kaya raya..
Cukup lah aku hidup biasa-biasa..
Dan sentiasa ingat Allah..
Ada masa utk beribadat..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Assalammualaikum.. Hihi..sapa suka tengok kartun ni?? Cepat angkat tangan..jangan tipuuu.. Bestkan tengok upin dan ipin ni..tapi tu lah......
-
Assalammualaikum.. Hai you all.. Apa khabar?? Sihat-sihat hendaknya kan.. Okay tajuk entri kali ini agak menarik juga pada pandangan...
-
Assalammualaikum... Ni bukan kisah Hantu Kak Limah yer.. Ni Erin nak cerita pasal Hantu Karipap yang selalu diuar-uarkan oleh student m...
-
Assalammualaikum.. Haa.. sebut je CPR.. Otak blue terus kau.. Eh, tak tahu ke yang CPR tu bukan bahan mainan atau sekadar gurauan yang ma...
-
Assalammualaikum... Alahai malam ni banyak pulak entri yang erin terbitkan.. Ni last Entri for tonight.. Tadi baru je selesai ten...
-
Ni lah al kisah Samosa.. Tahu ke apa itu SAMOSA?? Ingat Kota A Famosa ke?? Tu Kota Belanda di Melaka..So, tak da kaitan pun..Hehehe.....
-
Assalammualaikum Siapa suka makan cendawan..?? Sila angkat tangan.. Sedap tak cendawan?? Mestilah sedapkan..Tambahan pula cendawan goren...
-
Assalammualaikum.. Jom belajar loghat kedah nak tak..?? Negeriku Jelapang Padi.. Awat / Pasaipa - Kenapa Ayatnya : Awat muka dia ...
-
Assalammualaikum you all Anak arnab berlari-lari Jatuh longkang kaki patah Bulan Ramadhan datang lagi Semoga tahun ni lebih ba...