My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Semakin kata TAK, Semakin Rasa SAYANG

Assalammualaikum..

Hai you all.. Semoga kita memperolehi barakah dari Allah SWT..


Bila kecewa.. Kita rasa sedih sangat.. Kita cuba untuk kuat..Bila kita menyayangi seseorang macam ni lah jadinya.. Cinta itu unik bukan.. Walaupun kita cuba menafikan.. Tetapi kita tak boleh.. Oleh itu janganlah cuba menipu diri kita apabila kita terlalu sayangkan seseorang..

P/S : Jangan lupa baca entri ini juga yer TIPS KETENANGAN HATI

Wednesday, 9 July 2014

Perasaan

Assalammualaikum you all..

Hari ni Erin rasa macam tak berapa best.. Rasa sedih tetiba..Rasa sayu dan macam-macam perasaan bercampur-baur..Nak identify perasaan yang Erin rasai sekarang pun tak tahu.. Apa pun sabar..Mungkin Erin banyak fikir soal jodoh..yer lah..kan umur dah meningkat.. Lepas tu orang pakat tanya.. Erin jadi sedih.. Dok cakap kat diri La Tahzan.. Tapi last air mata juga yang mengalir.. Erin tahu ini dugaan dan ujian Allah SWT.. Maka Erin kena tabah dan sabar.. Cuma Erin selalu ingat bahawa tiada manusia di dunia ini yang terlepas dari diuji oleh Allah SWT.. Ujian  itu tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-gamba Nya..

Wednesday, 9 October 2013

Orang Yang Suka Bermuka-muka

Assalammualaikum



Sejak kebelakangan ni Erin amat tertekan dengan seorang dua rakan sekerja.. Sebenarnya dah lama tertekan dengan perilaku mereka.. Cuma Erin tak adalah nak ambil port sangat. Tapi apabila hal yang tak sepatutnya dibincangkan di pejabat, menjadi topik hangat mereka...Menunjuk kehebatan mereka kerana mereka cakap mereka staff lama dan tahu serba serbi dunia pekerjaan ni.. Menyebabkan Erin dan beberapa staff baru berasa kurang selesa. 

Selain itu mereka juga mengatakan staff baru ni tak reti hormat senior.. Betul kah?? Pada pendapat Erin, mereka yang tak reti hormat junior.. Kadang-kala mereka sesuka hati meninggikan suara apabila memberi arahan..Sedangkan mereka itu bukan berpangkat boss.. Boss pun mereka boleh lawan cakap.. Macam mana nak jadi contoh kepada kami yang baru setahun jagung dalam bidang ni.. 

Erin bukan maksudkan semua yang berperwatakan macam tu.. ada ramai senior yang baik dan berbudi bahasa.. Tapi ye lah kerana nila setitik boleh merosakkan susu sebelanga kan..Erin ada adu juga kepada pihak induk.. Dan mereka cakap mereka kenal dan faham sangat dengan sikap individu-individu yang Erin maksudkan.. Staff pentadbiran induk pun tak berapa berkenan dengan sikap individu yang Erin maksudkan.. Cuma apa yang mampu Erin lakukan ialah bersabar.. Tapi sabar itu ada hadnya.. 

Satu lagi yang Erin tak berkenan adalah sikap mereka yang suka berpura-pura baik dengan kita.. Padahal di belakang, macam-macam mereka cerita pasal kita.. Bukan perihal kita digebangkan di dalam pentadbiran ini saja, malah mereka menceritakan kepada orang luar atau staff dari jabatan lain.. Dan perkara itu Erin rasakan tak relevan sebab tak ada kaitan dengan hal kerja. Dan mereka itu siapa untuk menilai sesiapa pun.. Padahal mereka juga punya kelemahan yang dasyat.. Kenapa perlu jadi MAMI JARUM.. Cucuk sana sini untuk dapatkan perhatian..

Bila mereka baik berlebih-lebihan tu, pasti mereka sedang menutupi apa yang telah mereka perkatakan tentang kita di belakang.. Maka kita pun tidak syak apa-apa.. Tapi kami staff baru tidak sebodoh itu untuk termakan segala pujian mereka yang tidak ikhlas itu.. Kerana hati kami bersihlah kami dapat menilai setiap gerak geri mereka yang suka bermuka-muka di hadapan dan menikam kami (staff baru) di belakang..

Sepatutnya mereka yang senior ini tunjuk contoh yang terpuji kepada kami bukan mengkritik kami yang baru ni.. Teguran dan sindiran juga mengguris hati.. Persekitaran kerja yang tidak seronok dek keranan  kelakuan mereka. Apabila mereka tak datang kerja atau cuti.. Suasana pejabat terus jadi aman dan kami pun bersemangat nak buat kerja.. 

Di pejabat ni, kalau dengar saja suara mereka yang lantang macam halilintar tu pun boleh gugup jantung Erin.. Terus Erin rasa tertekan nak buat kerja.. Mereka pun kadang-kala suka berkumpul dalam pantry.. Bukan makan sangat tapi bergebang je lebih.. Bukan pasal kerja, tapi pasal nak jadi juri dok kritik pasal hal orang lain..

Sepatutnya enviroment kerja adalah seperti golongan profesional.. Tetapi pada pandangan Erin, suasana di sini seperti agak kekampungan dengan minda mereka yang tertutup dan suka ambil tahu tentang hal orang lain berlebih-lebih sehingga mengabaikan hal sendiri.. 

Mereka boleh mengutuk sampai mengaibkan orang lain.. Kemudian bersikap baik di hadapan orang itu..Seperti mana tiada apa-apa yang berlaku.. Erin betul-betul tak faham dengan sikap mereka ini.. Bukan mereka ni muda lagi.. Dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.. 

Itu saja luahan hati Erin tentang rakan sekerjaku yang tersangat tak best..

Sunday, 23 June 2013

Hati Perempuan


Tabahlah Duhai Hati

Assalammualaikum..


Okay sekarang ni dah boleh redha dengan apa yang terjadi..
Dah boleh terima apabila kita terpaksa melepaskan orang yang kita suka..
Kerana dia sebenarnya tak menyukai kita..
Dari kita bertepuk sebelah tangan ..Sememangnya patut kita terus cuba melupakan dia..

Orang cakap cinta itu tidak boleh di paksa, right..??
Dah tak nak fikir mengapa dan kenapa..dia tak suka kita..
(Tulis kat FB dia.. Pastu dia padam/ delete..sedihnya)
Hanya fikir..Apa yang berlaku adalah sudah ketentuan Nya..
Kalau boleh cuba lupakan dia 100%.. InsyaAllah..
Sekarang ni tumpuan kepada kerja 100%
Tumpukan pada study 100%
Mencari peluang harta 100%
Tumpuan kepada family 100%

Mencari ketenangan dengan banyak istifar dan mengingati Allah Yang Maha Esa..
Anggap ini sebagai dugaan dan ujian..
Cuba mengembirakan hati dengan cara sendiri..

Bersyukurlah dengan apa yang terjadi kerana seseorang itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita..Tetapi dia adalah terbaik untuk orang lain...Don't be sad.. Kena tabah k..

Sekian dari hati yang patah..
(Tuju khas buat Mohd Akasyah)

Thursday, 20 June 2013

Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana

Assalammualaikum..Hai Semua.. :-(


Malam ni rasa sedih sangat..Sebenarnya memang hari-hari lain pun Erin rasa sedih.. Tempat yang paling Erin suka luahkan pada blog ni lah..Setiap masa rasa nak dengan blog ni je.. So, dunia Erin hanya dengan internet..Memang Erin tahu.. bila kita asyik dengan melayari internet.. kita macam terpisah dengan alam realiti..Bagi Erin alam realiti kehidupan sebenar tak lah best sangat..

Ye lah kadang-kadang sikap orang lain membuatkan kita terasa hati..So, bila malas dah nak bercakap..Erin banyak lah view apa-apa yang patut kat laman maya ni..(Search perkara yang baik saja..Jangan salah faham yer)

Kalau Erin  cakap Erin sayang sangat dekat Blog Puteri Airyn ni.. Ada tak orang nak cakap Erin ni mental?? Entah lah..Nak suruh orang lain sayang kita?? Memang kecewa lah jawabnya..Nak cari orang tempat meluahkan perasaan?? Ada ke orang yang nak dengar..??

Contohnya kita mengharapkan sesuatu..Selalunya dalam hirarki kehidupan kita..Yang paling tinggi dan teratas ialah PENGHARGAAN dan KASIH SAYANG..Semua orang perlukan 2 perkara ini..Tanpa kedua-dua perkara ini..Mungkin kita akan rasa hidup kita tiada erti langsung..(Tu yang Erin selalu rasa)


(kita senyum..padahal kita menangis)

Tapi apa yang boleh Erin buat..Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Erin..Kalau cerita pada sesiapa pun rasa susah sebab tiada yang memahami..Pada waktu dan saat Erin rasa sedih, dan kecewa yang teramat sangat..Pasti Erin akan sebut nama Allah..Banyak-banyak kali..Istifar Banyak-banyak kali..Sampai rasa tenang..

Kadang-kadang orang cakap be mature lah Erin.. Ya.. I know my age..30 years old tak sepatutnya Erin berfikiran macam ni.. Macam yang Erin sebut dua perkaran di atas tu lah..Erin rasa Erin tak dapat 2 perkara tu dalam hidup ni..

p/s : So, happy dengan berblogging walaupun ia telah memisahkan Erin dengan dunia realiti...

Tips Jaga Suami

Assalammualaikum..Hey Guys..

Serius.. Erin nak nangis and nak nangis.. Laa.. kenapa ni nak nangis pulak..??
Entahlah..Nanti cerita U all gelak pulak.. gelak macam ni.. "kah,kah,kah"
Cukup-cukuplah.. jangan lah gelak.. Ni malas nak cerita ni..


Perkara yang paling tak best :

"Erin..Bila nak kahwin?Kenapa lambat dan lewat sangat ni..."

Seriously akan buat Erin menangis..Huhuhu.. U all kan jangan la tanya macam tu..Jawapannya hanya Allah Yang Maha Esa je yang tahu.. Dah tak sampai jodoh lagi.. 

What can I say.. What can I do..Dah lah Erin ni seorang perempuan.. Kalau lah Erin ni lelaki.. For sure dah ask mana-mana girl and cakap macam ni.. "Will you married me?" Hehe..macam cerita kat TV gituuu....Tapi bila jadi perempuan atau wanita ni.. Hal itu amat terbatas..(Risau nanti over orang akan cakap kita gidiks or perigi cari baldi) No need mcm tu lah.. Huhuhu.. (Nangis lagi...)

Nak kata Erin ni tak da BoyFriend tu.. Huhu.. Tak tau nak cakap 
(Yang rasa dia tu Mr. BF saya sila take note k.. Eh Erin ada BF ke??Kompius sekejap)

Lagi-lagi Erin dok view page-page bloger lain.. Best yang amat tengok picture-picture wedding diorang tu.. Romantik gilers..Bestlah bila dah bergelar Isteri kan.. Perkara yang memang dituntut dalam Islam.. Setakat nak jadi boyafren n gelyfren tu tak payah le sebenarnya.. Islam pun tak bagi..Huhuhu..(Insaf..insaf)

So, jom lah baca sikit-sikit tentang tugas seorang isteri ni.. Bukan apa.. just nak prepare walaupun rupa dan bayang nak kahwin bila tu tak tahu lagi...sama ada umur 30, 40 atau paling lewat 50 tahun.. Eh umur 50 tahun pun ada orang bertemu jodoh lagi ke?? Hmm.. ada kot.. umur 60 pun ada.. Kira diakhir usia lahkan.. sempat gak kahwin sebelum ajal menjemput..

Jom scroll bawah ni..----->

1. Menjadi Seorang Isteri yang baik.

So, kalau ada perangai-perangai yang suka berang tak tentu pasal tu..sila buang jauh-jauh tau..Lepas tu dengar cakap suami.. Kalau suami bagi keizinan baru boleh keluar pergi mana-mana pun.. Kira macam kena selalu bagi laporan lah..Ye ke?? Entahlah..(Orang cakap so, Erin tulis je lah)

2. Kena pandai memasak

Selalu yang kita tahu..Lelaki ni kaum yang kuat makan.. Kadang-kadang tu cerewek pulak tu.. Ada yang tak suka pedas..Ada yang suka pedas sangat.. Ada yang nak masak kena letak banyak minyak..(Hoho..suami ekau orang minyak ke?? Hehehe..)..dan ada yang suka makan kari setiap hari (Mak ai jenuh si bini tu kan..) So, wahai bini-bini sekelian masak lah ikut kehendak suami korang ye.. Kalau tak sodap, itu pasal suami cari makan kat kedai.. Lama-lama dia pun rasa macam nak kahwin sorang lagi dengan tukang masak kedai.. Sapa yang susah.. Ekau jugak kan..

3. Kena selalu jadi pendengar

Yelah..yang ni memang payah skit lah if U all dapat suami yang skit-skit nak mengadu itu ini.. Hal pejabat pun balik nak cerita kat bini..So, U all kena lah dengar luahan hati diorang ni.. kalau  bini-bini tak nak dengar..Itu mungkin menjadi masalah besar.. sebab jangan sampai suami U all tu pi luah perasaan kat orang lain.. Nanti jadi lain pulak.. Korang jugak gigit jari..jenuh jugak tu..

4. Layan suami

Yang ni Erin tak boleh cerita.. Sebab tak kahwin lagi.. Fullstop..Hehehe

5. Bijak menguruskan kewangan.

Ini adalah penting.. sebab kajian menunjukkan banyak kes perceraian adalah berpunca daripada masalah kewangan..Ye lah duit tak cukup nak bayar itu ini.. So, decide nak cerai.. Oh My God.. U all ingat kes kahwin cerai ni perkara mudah je ke?? Adoilah..Fikir baik-baik yer..Tambah-tambah yang dah beranak pinak.. Huhu..kesian yang jadi mangsa keadaan anak-anak U all.. 

6. Menjaga keluarga mertua

Haa.. U all dah kahwin dengan anak orang.. so, U all kenalah jaga hati mak bapak dia jugak.. Kira Keluarga mertua tu macam keluarga U all jugak lah..Satu lagi pesanan..Walaupun seorang lelaki itu sudah berkahwin..Ibu dia tetap No. 1..So, U all tak boleh dengki-dengki bila suami U all tu lebihkan Ibu dia.. Sebab syurga suami U all tu masih dibawah telapak kaki ibunya.. Huhuhu...(Kira bersedia untuk kongsi kasih sayang dengan mak mertua..)

Okay lah..Itu je nak bagi petua.. (Macam ada pengalaman kan.. Heheh..Tak lah just view buku and blogwalking page orang lain..grap input-input berguna untuk diterjemahkan dalam versi Erin di blog ni..Sekian)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer