My LuvLy Followers

Status Terkini :

Hai sahabat blogger sekelian.. Erin nak perkenalkan blog kawan Erin.. jom jadi follower kak ni.. http://daripenaseorangummi.blogspot.com


Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Sunday, 12 October 2014

Tips Ketenangan Hati

Assalammualaikum..

Hai you all.. Erin harap you all berada dalam keadaan sihat walafiat..



Dalam kehidupan ini..Kita tak lepas dari masalah yang bertimpa-timpa..Kadang kala kita dalam dilema..Dalam kesedihan... Apa pun yang terjadi sentiasalah berkata "LA TAHZAN INNAALLAH MAA ANA" Maksudnya "JANGAN BERSEDIH KERANA ALLAH SENTIASA BERADA DENGAN SAYA"

Janganlah kita menyalahkan sesiapa dan jugak takdir.. Memang begitu perjalanan kita di dunia ini.. Mana tau dengan cekalnya hati kita.. Allah SWT beri kita pahala yang banyak.. Nanti dapat masuk syurga jika timbangan neraca tu lebih di bahagian pahala..Apa pun InnaAllah Maa Ana.Kesatlah air matamu.. Tersenyumlah walaupun kadang kala kesediahan itu datang kepadamu..Bak kata orang setelah hujan ada pelangi yang cantik..Yang penting sentiasa ingat Allah..

1. Jangan tinggal solat 5 waktu
Solatlah..kerana ia memang wajib pun kepada kita sebagai hamba Allah SWT. Solat itu memberi ketenangan.. Dengan solat mendekatkan kita dengan Allah SWT.. Pohonlah doa kepada Allah SWT..kerana hanya Allah SWT sahaja yang dapat membantu kita dalam segala perkara.

2. Selalu baca Al-Quran dan terjemahan
Sesungguhnya al-Quran itu penyuluh kita di dunia dan di akhirat.. Al-Quran itu peneman setia..Bacalah selalu untuk ketenangan hati.. Selalu baca al-Quran..Syaitan dan Iblis pun takut nak mendekati kita.

3. Selalulah menghadiri majlis ilmu
Bak kata pepatah.. Harta itu akan habis tanpa ilmu.. Ilmu yang baik dapat membantu kita ke jalan yang lurus dan dengan ilmu juga kita mudah perolehi rezeki..

4. Senaman, hobi dan jaga diet pemakanan
Walaupun kita rasa sedih.. Cubalah keluar cari udara yang segar..Lakukan aktiviti seperti joging, aktiviti memanah atau memancing ikan.. Pemakanan juga perlu dijaga supaya badan kita sihat.. Apabila kita sihat secara automatik kita boleh menyelesaikan masalah itu dengan baik dan mendapat ketenangan.

Sebenarnya banyak lagi tips dalam mencari ketenangan..Ini adalah sebahagian daripada pandangan Erin.. Terima kasih ye kerana sudi membaca.. Saya tulis..Anda baca.. Saya suka.. Semoga kita mendapat keberkatan daripada pendapat ini..Love you readers..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer

Google+ Followers