Assalammualaikum..
Salam jumaat untuk you all.. Aish..Erin sekarang ni jarang je update entri..Bukan apa..cuma ada penyakit M.A.LA.S.. nak online guna laptop.. Erin lagi suka online pakai smarphone..Bila pakai smarphone ni sukar sikit untuk update entri di blog sebab application macam tak lengkap.. Lebih kepuasan jika update entri menggunakan laptop atau komputer kan..Okay lah , melalut sampai ke laut dah Erin ni.. Hehe.. jangan bosan baca blog Erin tau.. Kalau blog Erin ni tak berapa best.. Erin sedia je terima kritikan..InsyaAllah akan diperbaiki pada masa hadapan..Kepada yang rajin komen blog Erin.. Terima kasih Erin ucapkan.. Tanpa you all maka sepi lah blog ini.. Huhuhu.. Alamak terlebih touching pulak kan..
Now i wanna share something with you all...Let's view this picture..(Semoga menjadi ikhtibar untuk kita semua)
Haa.. see..Bukan di sini Erin bermaksud kita tak boleh mencari jodoh menggunakan alam maya.. Tetapi jumpa face to face pun kadang kala orang boleh tipu.. Tambahan di alam maya.. Sebelum jatuh hati.. Elok lah selidik dulu siapakah gelangan yang bakal dibuat imam tu..
Erin pun ada pengalaman ditipu jugak.. Tapi tak eloklah kita aibkan orang tu.. Dah berkahwin tetapi mengaku bujang sebab nak tackle perempuan-perempuan melalui internet..Tak baiklah macam tu kan.. Kalau niat nak berkawan.. Lebih baik berterus terang tentang status anda..Yang perempuan pula cepat je jatuh hati..Macam mana tak jatuh hati.. Sebab ramai yang mengaku susah nak dapat jodoh.. Bila ada yang melamar.. Tanpa diselidik terus saja terima.. Tak tahu lamaran itu benar atau palsu.. Akhirnya diri sendiri yang merana bila sudah jatuh cinta kepada orang yang salah.. Ada juga yang cakap, kalau tak cuba tak tahu.. Masalahnya situasi macam ni bukan boleh main try and error..
Kes jenayah pun banyak berlaku kesan dari kes macam ni.. Dunia sekarang ni semakin maju.. Orang yang nak tipu orang pun semakin maju jugak.. Macam-macam taktik digunakan.. Tersalah langkah je, kita termasuk dalam perangkap.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga Allah sentiasa melindungi kita..
p/s : Semoga apa yang Erin celoteh ni memberi manfaat kepada you all yang sudi membaca blog puteriairyn ni.. picture ni Erin jumpa di FB.. Hehehe..