My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Susu Kenangan!!


Assalammualaikum..
Hoho..ni lah kenangannya..
Masa zaman sekolah dulu..kalau dapat susu paling best..
Tapi dapat seorang satu kotak je..
Bila ada lebih baru dapat seorang dua atau tiga kotak..

SEKIAN ^_^

Monday, 3 March 2014

Roti Celaru

Assalammualaikum..

"Eh Mahirah.. Pagi ni kita nak makan apa yer?" Soal aku kepada rakan sekerja ku itu.

"Entahlah tak tahu.. Seperti biasa makan di kantin pejabat je lah.." Jawab Mahirah

"Pernah makan tak roti celaru?" Tiba-tiba aku teringat akan roti yang unik tu.. Aku rasa pasti rakan ku itu akan kehairanan selepas mendengar nama makanan tersebut.

"Apa? Roti Celaru Kak Erin?" Dia tercengang.

"Bukan Roti Celaru Kak Erin lah.. Roti tu yang celaru..Hehehe.."

Kemuadian kami berdua pun pergi ke gerai makanan yang menjual roti tersebut..

Jeng jeng jeng.. Inilah ROTI CELARU tu..


Bahan-bahannya ialah, Roti Canai Banjir + Telur Mata + Ikan Sardin
"Sedap Baq Hang..."

Sekian Kisah Tentang Roti Celaru.. Lepas makan terus keliru... Hehehe..

Monday, 3 February 2014

Cerita : Suami Aku Anak Emak

Assalammualaikum..



Hai you all.. Apa khabar?? Sihat-sihat hendaknya kan.. Okay tajuk entri kali ini agak menarik juga pada pandangan Erin.. Mungkin you all juga merasakan begitu.. Inilah lumrah kehidupan.. 

Baru-baru ni Erin terserempak dengan kawan Erin.. Dia dah kahwin hampir 2 tahun.. Pada pandangan Erin, orang dah berkahwin ni mestilah gembira dan bahagia. Jom ikuti perbualan Erin dengan dia :

Erin      : Eh Nadira (Bukan nama sebenar) Kau apa khabar? (Kami bersalaman)
Nadira : Aku alhamdulillah sihat. Kau buat apa kat sini? (Sambil tersenyum)
Erin     : Aku saja window shopping kat sini.. Kau dah kahwin dah kan.. Suami mana?
Nadira : Eeemm.. Ada, dia kerja..(Jawabnya acuh tak acuh saja) Kau dah kahwin ke Erin?
Erin      : Owh ye ke.. Aku macam nilah single mingle..Hehehe..Lama kita tak jumpakan.. Kalau dapat bersembang best jugak..
Nadira : Kalau macam tu jom aku belanja kau makan ke minum ke kat restoran sebelah tu..
Erin      : Eh, tak pa ke?? Kau tak sibuk ke??
Nadira : Tak lah aku okay je.. Lagi pun after office hour macam ni lah aku.. membawa diri.
Erin      : Haa?? (Dah mula pelik dengan kenyataan yang dilontarkan kepada Erin)

Di Restoran kami mengambil tempat yang agak privasi..Pelayan restoran itu menghulurkan menu dan meninggalkan kami seketika untuk memilih menu makanan dan minuman sebelum membuat pesanan. Erin pilih menu nasi goreng Thai dan air belimbing asam boi.. Manakala Nadira pula memilih menu Chicken Chop Sos Blackpapper dan air greentea panas. Wah macam jaga kesihatan saja si Nadira ni. hehe... Patutlah cantik bagaikan model..

Sementara menunggu menu kami sampai.. Kami pun berborak..

Erin      : Nadira.. Kenapa aku tengok kau macam tak ceria saja..
Nadira : Hmm.. Aku ada masalah.. Nak cerita pun tak tau..
Erin      : Masalah juga ye sampai nak cerita pun tak tau ni.. (Erin cuba berjenaka pula.. sedangkan wajah    Nadira nampak macam serius saja)
Nadira : (Air mata mulai bergenang..Dia kuis dengan jarinya air mata yang hampir menitis ke pipinya yang putih, mulus dan gebu itu)
Erin     : Alah Dira.. Kau janganlah nangis..Cuba ceritakan perlahan lahan.. Erin sedia mendengar ni.. (Cewah.. Ada tokoh kaunselor tak?)
Nadira : Aku dan suami nak bercerai.. Kami dah tak sehaluan.. Aku menyesal..(Air matanya tidak dapat dibendung lagi lalu gugur dengan derasnya)
Erin : (Terus ambil tisu dari dalam handbeg dan beri kepada Nadira..Sambil tu usap-usap bahunya tanda bersabar)
Nadira : Aku dah tak tahan dengan perangai Mak Mertua aku tu.. Dia bagi anak dia kahwin dengan aku, dalam masa yang sama dia kontrol kehidupan kami.. Aku tak pernah bahagia..Setiap malam, aku tidur sorang-sorang..Selepas tu aku macam dingin sikit dengan mak mertua aku, Then aku ajak suami aku pindah rumah.. 
Erin     : So bila dah pindah rumah settle lah masalah kau kan..
Nadira : Settle apanya, kami pindah hanya selang beberapa buat rumah dari rumah mak mertua aku je.. Alasan suami aku bagi, dia cakap dia sorang je anak lelaki tunggal harapan mak dia.. Mak dia pulak tak berapa nak sihat.. Kenapalah masa bercinta dulu aku tak kaji semua ni.. 
Erin    : Kesian kau.. berapa lama kau kenal dengan suami kau sebelum hampa kahwin?
Nadira  : Tak lama sangatlah dalam setahun macam tu.. Aku memang tahu suami aku tu adik beradik dia 4 orang.. yang lain tu perempuan, dia anak lelaki tunggal.. Aku ingat okaylah kan.. rupanya jadi lain pulak..
Erin   : Sabarlah yer Dira.. Simpatiu jugak aku dengan kau ni..Nak bagi nasihat pun aku tak reti.. Sebab aku pun tak kahwin lagi.. Hehe..
Nadira : Tak pa lah Erin.. Dah jodoh dan nasib aku macam ni.. Sekarang ni aku balik dok ngan parent aku sebab aku rasa tak tahan sangat dah.. Ikut sayang kat suami aku tu..Memang sayang.. Tapi bila ingat kat mertua aku tu.. Aku patah hati.. Huhuhu..
Erin    : Eh, dah nak dekat pukul 7 malam ni.. Aku kena balik dulu lah Dira..(Erin minta diri)
Nadira : Okay lah macam tu.. Kau ada nombor phone aku kan.. Nanti kita contact contact yer..
Erin      : InsyaAllah Nadira..

(Kami pun bersalaman dan masing masing beredar)

Sunday, 27 October 2013

CERITA : MANUSIA PALING MALAS


Assalammualaikum


Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.

Katanya : Saya adalah paling malas.

Raja pun bertanya : Apa tahap malas awak?

Lalu jawab lelaki tersebut : Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : Saya lebih malas lagi daripada dia,Tuanku.

Tuanku pun bertanya kepada dia : Sampai tahap mana pula malas awak tu?

Maka jawabnya : Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.

Maka raja pun terdiam...

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata : Sayalah yang paling malas, Tuanku.

Raja pun bertanya : Bagaimana pula tahap kemalasan awak?

Budak itu pun menjawab : NAK CERITA PUN MALAS!

Memang dasyat betul budak lelaki itu kan..Kalau dah nak cerita pun malas.. Memang dia seorang yang pemalaslah.. Hehehe.. Cerita dongeng yang dikutip daripada Diari Muslimah 1433H – 1434H (2012)

Thursday, 17 October 2013

Ceritera Kisah Aku (Part 3)




“Man..Aku hairanlah dengan kau ni..Awek ramai, apa pasal kau tak nak kahwin lagi ek? Dah lah kau ni handsome mengalahkan Tom Kurus..Taklah macam aku ni..” Bebel Hairy sambil dia membelek-belek kulit tangan kanannya.

“Alah Black..Kau tengoklah awek-awek yang nak dekat aku, semuanya serupa obor-obor..Pakaian pula mak ai, kalah minah saleh..Kalau bawa jumpa mak dan ayah aku..Confirm kena reject..” Azman hanya memanggil Hairy dengan panggilan ‘Black’ kerana kulit Hairy agak kelam sedikit. Lagipun memang dari zaman sekolah Hairy telah mendapat gelaran seperti itu.

“Haa..siang tadi bukan main giat lagi kau bermesej siap senyum sorang-sorang..Dengan siapa kau mesej? Macam best je aku tengok..”

“Oh..dengan kawan sekolah aku..Jejak kasih aku bila terjumpa nombor telefon dia..” Jelas Azman.

“Boy or girl?” Soal Hairy bagi mendapatkan kepastian.

“Agak-agak kau?” Kedua-dua kening Azman diangkat serentak sebanyak dua kali. Aksi begitu sering dilakukannya jika sesuatu itu bersifat suspend

“Eh, aku tanya kau..Kau soal aku pula” Hairy sudah bosan dengan soalan suspend yang memang acap kali diutarakan oleh Azman.

“Pondan” Jawab Azman selamba sambil dia ketawa kecil.

Membutang mata Hairy mendengar jawapan Azman. Biar betul housemate dia ni. Dah desparate sangat ke? Dengan pondan pun jadi cerita.

“Suka hati kau lah Man..Jangan terkena AIDS sudah yer..” Hairy seperti ambil serius pula apa yang dinyatakan oleh Azman. Padahal, kenyataan itu hanyalah auta semata-mata. Tak mungkin Azman berkawan dengan pondan kerana perempuan yang macam obor-obor itu pun bukan taste dia.

“Eleh..Ambil port pula kau ni..Aku gurau jelah bro..Nantilah aku cerita pada kau..Sebab kalau nak cerita sekarang ni, makan masa bro..Empat hari empat malam belum tentu cerita ni habis.

“Uish..Dasyat juga ye kisah kau ni..Tak sabar aku..” Hairi yang semakin excited

“Dah azan maghrib ni, apa kata after solat, kita pekena teh tarik kat kedai Pak Wan.” Ajak Azman. Lagi pun sudah waktu maghrib tidak elok pula jika mereka masih bersembang dan bergebang. Azan perlu dihormati dan solat mesti ditepati waktunya. Lebih elok dan lebih afdal.

Bersambung yer.. Hehe.. Erin ni sambung cerita pun sikit-sikit.. Yerlah nak kasi suspend kan kan.. Cerita part sebelum ni boleh klik SINI

Wednesday, 16 October 2013

Dugaan Malam Ni

Assalammualaikum..


Malam raya terpaksa pulang ke tempat study, bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan.. Di kala sanak saudara berkumpul menyambut Hari Raya..Kita pula terpaksa pulang ke asrama..Belum pun panas punggung ni merasa duduk di rumah dan bermesra dengan keluarga. Nak buat macam mana..Inilah dugaan dan pengorbanan yang dituntut ketika bergelar seorang pelajar..

Sebenarnya..Erin cuba mendalami perasaan Adik yang terpaksa pulang ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah pada malam ni..Sekejap saja dia pulang ke Kedah..Sabtu sampai di sini dan malam ni bergegas pulang ke Negeri Sembilan..

Dugaan malam ni lain dari yang lain..Kenapa Erin identifikan ia sebagai dugaan? Jomlah ikuti cerita ni..

Jam menunjukkan pukul 7 malam..Erin dan Adik masih tercegat di depan kaca televisyen menonton I LOVE YOU MR. ARROGANT. Abah pula yang sibuk menggesa kami agar cepat bersiap dan berkemas kerana pada jam 8.30 malam, kami sekeluarga akan menghantar Adik di stesyen bas Shahab Perdana.

Erin dan Adik merunggut kerana episod drama tu tak sempat habis. Kami bertolak dari rumah ke Shahab Perdana dalam pukul 7.30 malam selepas solat maghrib.

Perjalanan kami terpaksa merempuh sebanyak 7 lampu isyarat. Sebab tu terpaksa bertolak awal. Lagipun abah risau kalau sampai lewat, nanti adik dapat tempat duduk di bahagian belakang. 

Kami sampai di Shahab Perdana pada pukul 7.50 malam. Sebuah bas berwarna biru muda kepunyaan Syarikat pelancong telah sedia menunggu. 

Mama tanya kenapa ada satu bas sahaja? Kerana masa kami datang jemput adik di Shahab Perdana pada hari Sabtu ada tiga buah bas yang memuatkan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Kami juga dimaklumkan oleh pemandu bas berkenaan bahawa, hanya satu bas yang ada malam ni untuk membawa pelajar-pelajar berkenaan pulang ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Setelah menyemak senarai nama, Adik pun mengambil tempat duduknya di bahagian tengah. Erin dan Mama  ternampak empat helaian senarai nama dan Erin juga ternampak pada senarai nama tu tercatat jumlah para pelajar yang akan menaiki bas pada malam ni seramai 80 orang atau lebih. Dalam fikiran, memang tak logik jika hanya satu bas saja dapat memuatkan pelajar seramai itu.

Bas tersebut parkir berhadapan dengan Kedai 24 Jam Seven Elevent. Dari detik ke detik masa, kawasan berkenaan dibanjiri oleh ibu bapa dan penjaga yang datang untuk menghantar pelajar-pelajar kolej.

Dahla orang ramai.. Tetiba hujan turun dengan lebatnya.. Masing-masing berpayung demi menguruskan hal pelajar yang ramainya tidak mendapat tempat dalam bas berkenaan.

Rupa-rupanya malam ni masih ada lagi dua buah bas yang belum sampai..Cubalah bayangkan dalam suasana hujan lebat..Bas pula tiada..Terpaksa menunggu dari pukul 7.50 malam sehingga pukul 10.15 malam..Bas kedua dan ketiga belum menjelma. Nasib adik sampai awal dan ada tempat untuknya.. Syukur Alhamdulillah..Tapi Erin bersimpati kepada pelajar-pelajar yang tak dapat naik bas yang pertama tu.. 

Adik menyarankan agar Erin dan keluarga pulang ke rumah kerana hujan pun sudah reda. Lagipun adik sudah ada tempat duduk dalam bas berkenaan.. Cuma bas pertama itu tidak boleh bertolak lagi selagi bas yang kedua dan ketiga belum tiba. Bas-bas tersebut akan bertolak serentak.

Kami pun pulang ke rumah. Erin pula asyik bermesej dengan adik melalui handphone bertanyakan sama ada bas kedua dan ketiga sudah sampai ataupun tidak.. Akhirnya bas kedua sampai pada jam 11.15 malam dan bas ketiga sampai tepat pada jam 12 malam..

Pada pukul 12.45 tengah malam baru bas-bas itu bertolak.. Ah..dugaan betulkan.. Apapun itu pengorbanan, dugaan serta ujian dalam berjihad.. Menuntut ilmu itukan berjihad namanya.. Fisabilillah..!!

Erin doakan semoga Adik selamat sampai ke destinasi.. Dan peperiksaan akhir semester dah tak lama lagi..Semoga Adik berkerja keras untuk dapatkan pointer yang terbaik nanti.. Doakan adik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang.. InsyaAllah.. Gunakan konsep DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.. Kak Erin, Mama dan Abah sentiasa doa untuk kejayaan Adik.. Don't worry..!!


Monday, 30 September 2013

Ceritera Kisah Aku (Part 2)


Lima belas minit kemudian Telefon bimbit aku berbunyi lagi.. Tit,tit,tit.. Oh itu tandanya ada SMS yang masuk ke inbok. Seperti yang dijangka ianya datang daripada orang yang sama. Maka dengan ligatnya jari jemariku menekan butang open.

‘Hai Cik Syika Amira, dah tak ingat I lagi ke? I tanya you rindu kan I ke tak? You tak jawab pun..’

From Man Toyol

Haa..Si toyol ni nak aku cakap aku rindu dia? Memang tak lah.. Tunggu kapal Titanik karam sekali lagi pun aku tak kan cakap yang aku suka pada dia. Gasaklah..!!

Sebenarnya aku malas sudah hendak membalas SMS Si Toyol ni. Tetapi memandangkan tak ada siapa yang sudi berSMS dengan aku pada hari ini, maka aku layan juga SMS dia.

‘You dah tak ada kerja ke? Asyik tanya I soalan yang bukan-bukan?’

Sent to Man Toyol

Tanpa menghiraukan SMS itu berbalas atau tidak. Aku kembali menolong Lola memasak di dapur. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat bab memasak ni. Cuma mampu tolong hiris dan potong apa yang patut. Masa sedang menghiris bawang, tiba-tiba aku teringatkan kata-kata ibu.

“Syika, sampai bila kau nak belajar memasak ni, umur kau tu bukan muda lagi. Dah nak masuk 25 tahun pun. Kalau dah bersuami nanti macam manalah agaknya yer.” Bebel ibu.

“Alah ibu, relaks la dulu, baru 25 tahun. Syika bukan nak kahwin sekarang ni pun. Buat apa kahwin awal-awal. Orang cakap tak habis enjoy lagi.” Oh begitu hebat aku menjawab bebelan ibu.

Gaya ibu waktu itu seperti mahu saja mengetuk kepala aku dengan senduk yang sedang dipegangnya. Haa..cepat-cepat aku elak. Nahas tak elak? Nanti 44 hari aku jadi bodoh tak ingat apa sebab kena ketuk dengan senduk.

“Oit, mak cik..Hiris bawang jangan berangan. Nanti bawang entah ke mana, jari kau entah ke mana. Terpotong jari, maka hilanglah sepuluh ribu duit hantaran. Terus kau jadi OKB..Nak ke?” Bebelan Si Lola telah melenyapkan lamunan aku tadi. Tersenyum sumbing aku.

“Bukan OKB lah nenek..OKU..” Sambil ketawa aku memperbetulkan kesilapan OKB yang sepatutnya disebut OKU. Yakni singkatan kepada Orang Kurang Upaya.

“Aaa lah..OKU. Macam mana aku boleh tersasul yer?”

Maka berderai-derailah ketawa kami berdua yang memecahkan kesunyian di dalam rumah itu. Mungkin ketawa kami boleh dengar sampai ke rumah sebelah. Sebab bila dah gelak sorai, apa pun dah tak ingat dah. Nak kawal volum suara? Memanglah kan..

Tit,tit,tit..

Terbantut sudah gelak tawa kami dek terdengar telefon menjerik-jerik agar ia diberi perhatian. Aku mencapai telefon bimbit dan nampaknya ada orang tak mahu mengalah untuk terus berSMS dengan aku.

‘I know sejak dari sekolah sampai ke Kolej, You tak pernah nak maafkan I kan?’

From Man Toyol

Apa? Memaafkan? Boleh tak aku nak cakap macam ni pada dia ‘Sorry you are wrong number’ . Ah..!! Macam tak logik pula. Atau aku akan kata macam ni ‘Sorry, tiada maaf bagi mu lagi.’ Perhh..Dah macam cerita drama swasta pula. Mati kutu aku jadinya.

“Amboi, nak balas SMS pun sampai berkedut dahi kau..SMS siapa tu? Boyfriend ke?” Lola mula menyoal aku sambil dia serkap jarang.

“Ini bukan boyfriend. Tapi boya friend.” Tukas aku bagi menjawab soalan Lola.

“Eh, boya friend tu macam mana ye?”

“Macam Man Toyol ni ha..” Alamak macam mana tersasul pula mulut aku ni.

“Man Toyol?” Lola menggaru kepalanya yang tidak gatal tu. Seolah-olah hairan.

“Tak lah..Aku gurau saja. Mana kita ada kawan nama macam tu kan. Aku ni kawan lelaki pun tak ada.”Tukas aku lagi.

Aku agak dengan kenyataan yang aku utarakan tu dapat meyakinkan Lola dan aku berharap dia akan berhenti menyoal aku. Aku rasa, Lola ni dah macam polis. Suka tanya aku yang bukan-bukan. Dan yang paling aku tak suka dia amat gemar tegur masa aku sedang berangan. Dah hobi aku suka berangan, apa boleh buat..

Bersambung.. Eh Thanks ye you all sudi komen-komen cerita ni.. Erin saja suka suki mengarang..Hehehe...Sebenarnya ini pun salah satu hobi Erin.. Selain dari suka membaca novel..

Ceritera Kisah Aku (Part 1)

Berpaksikan secebis rindu, aku cuba menganyam puisi syahdu. Fikiranku lagi-lagi menggasak jiwa untuk terjebak dalam cinta sengsara. Ah..! Ketandusan idea untuk memikirkan hal lain. Atau aku sengaja menutupi ruang benak fikiran dari memikirkan hal-hal lain. 

Mengapa perlu ada cinta dan mengapa perlu ada rindu. Dan paling majoritinya mengapa perlu ada sebuah perpisahan setelah wujudnya suatu pertemuan. Laska cintaku tidak termati di situ bersama lamunan yang terhenti. Orang bisa saja mengatakan tak payah berfikir lagi akan perkara yang sudah-sudah. Mengapa mereka tidak memahami akan perasaanku. Perlukah aku bermonolog sebegini rupa? Asingnya aku rasakan hidup di dunia ini. Hidup dengan orang-orang yang tidak memahami perasaan antara satu sama lain.


"Wah,wah.. termenung jauh nampak..." Ah, dari mana pula Si Lola ni muncul. Tak ada angin tak ada ribut. Tiba-tiba saja terjojol di hadapan aku. Aku hanya senyum kelat kepadanya. Isi hatiku? Oh no..!! Tidak ada sesiapa pun akan aku beritahu lagi termasuklah Lola. Takut nanti dibebelnya kepadaku berjam-jam pula.

"Kau dari mana?" Soal aku mematikan idea dia untuk bersakastik.

"Aku dari TESCO..Beli barang sikit dengan Si Eni Si mata bolat tu.." Tukasnya sambil ketawa kecil. Amboi-amboi seronok ye dia menggelarkan orang dengan panggilan yang bukan-bukan.

"Oit, tak baik kau panggil dia Si mata bolat..Kau pun apa kurangnya mata bolat jugak.." Ada ke, dia memanggil Nuraini tu dengan panggilan 'Si mata bolat'..Ye lah aku faham kenapa Nuraini dipanggil sebegitu. Salah Nuraini juga, siapa suruh dia tempah cermin mata yang berbingkal bulat. Kan dah nampak macam orang zaman dulu-dulu.. Kikiki.. Ketawa jahat aku dalam hati.

"Tadikan kitaorang pergi TESCO.. Kitaorangkan nampak Azman. Tapi dia jalan dengan Mak Cik yang dah berumur sikit.. Eh dia dah jadi anak ikan ke? Ke tu Mak dia?" Tanpa diminta Lola giat bercerita. Apahal pula dia buka cerita pasal Azman ni. Aku baru saja nak lupakan apa yang terpendam dalam jiwa aku ni. Jika Lola giat lagi bercerita, kaki aku sudah bersedia untuk berundur masuk ke bilik tidur.

"Kau beli apa kat TESCO tadi?" Soalan kebanyakkan yang aku ajukan kepada dia agar dapat lari dari topik tentang Azman.

Sebenarnya samaada Lola, mahupun Nuraini tidak tahu cerita antara aku dan Azman. Lelaki yang paling aku minat semasa di alam persekolahan dulu. Azman juga lelaki yang pernah memainkan perasaan ku kerana dek terima cabaran dari kawan-kawannya. Jahanam betul..!! Nasib Si Lola dan Nuraini tak tahu cerita sebenar antara aku dan Azman. Kalau tidak malu aku sebakul. Mana mau letak muka aku yang comel ni haa..!!!

"Aku beli barang ler..Itu pun mau tanya ke?" Laung Lola sambil kakinya sudah melangkah ke dapur. Fikirku mesti dia akan memasukan segala keperluan dapur yang baru dibeli ke dalam peti ais dan menyimpan barangan kering ke dalam almari makanan. Yang aku pelik, kenapa aku tidak nampak bayang Nuraini pulang bersama-sama dengan Lola. Tak mungkin mereka pergi bersama dan Lola telah mencicirkan Nuraini. Pelik bin ajaib ni?

"Ha..Apa yang kau menungkan lagi tu hoi.. Kau hairan eh aku balik sorang-sorang? Si Eni tu pergi rumah mak saudara dia kejap. Malam nanti sepupu dia hantarkan..Syika, mailah tolong aku masukan beras dalam tong ni.. Kejap lagi nak masak, nak makan.." Haa.. dengar tu bebelan Si Lola.. Memang elok sangat aku panggil dia Si Lola Si Mulut Becok. Bila dah mula bebel.. Pot pet pot pet serupa mak nenek. Bebelannya susah nak berhenti. Macam manalah kalau Si Lola ni kahwin nanti. Mesti hari-hari suaminya akan sumbat telinga dengan kapas sebab tak tahan dengan bebelan isteri yang bernama Lola.. hehe.. Jahat tak aku..??

Tit,tit,tit..

Belum sempat aku melangkah menjengok dapur, telefon bimbitku berbunyi. Itu tandanya ada SMS masuk ke dalam inbok. Langkah ku berpatah semula ke meja berhampiran sofa. Lalu aku mencapai telefon bimbit itu.

Hai sayang..Buat apa tu? You tak rindu I?
From Man Toyol

Membaca SMS itu sudah cukup membuatkan aku terkesima sebentar. Bukan seperti iklan rehat sebentar bersama biskut bersalut coklat KIT KAT tu yer. Ini maknanya aku tergaman. Eh, fikir ku mungkin dia tersilap hantar mesej. Ah..!! Lebih baik aku jangan balas. Aku meletakkan semula telefon itu di atas meja. Kemudian aku menapak ke dapur. Dilihat Lola tertunduk-tunduk menuang beras ke dalam bekas. Kesian... Hehehe..

Haa.. Nampak tak aku save nombor telefon dia dengan meletakkan nickname Man Toyol. Haha..Sebab aku rasa dia memang sesuai dengan gelaran itu. Tambah-tambah di Universiti dulu aku pernah nampak dia bawa toyol masuk dalam dewan peperiksaan. Nasib dia tak kena tangkap dengan pengawas peperriksaan. Kalau tidak pasti kantoi habis.. Baru syok aku tengok dia kena tangkap.. Ah padan muka.. Kikiki..Ish..Tak baikkan sikap aku ni..Sepatutnya doa aje yang baik-baik walaupun aku pernah dikhianati..Okay Damm!!

Bersambung........Puteri Airyn Punya Cerita.. Hanya Dongeng Semata-mata..Tiada Kaitan Dengan Sesiapa..Hehehe..

Saturday, 28 September 2013

Cerita : Kisah Erin Dulu-dulu (Part 1)

Assalammualaikum..

Erin nak cerita tentang bezanya kisah hidup Erin dulu-dulu dan kisah hidup Erin yang sekarang..

Masa Erin kecil-kecil dulu hidup kami sekeluarga susah sangat. Tak ada kenderaan. Nak pergi mana-mana pun jalan kaki saja. Kalau dapat pergi Hankyu Jaya tu. Kira best yang teramat dah sebab tak selalu masuk pasaraya. Itu pun Erin jalan-jalan saja tak mintak apa. Mama dari awal lagi dah pesan kat Erin jangan mintak apa-apa.. So, tengok-tengok saja. Nak tahu waktu tu umur Erin berapa, baru usia 3 atau 4 tahun. Masa tu dah boleh fikir Mama dan Abah bukan orang kaya. Apa yang ada Erin pakai saja. Baju bersalin pun bila time raya. Masa tu baru merasa pakai baju baru. Percaya tak you all, masa Erin kecil-kecil, tak pernah merasa pakai 'pampers'.. Mama bagi Erin pakai lampin kain tu jer. Bab makan pula, kami suka makan singgan ikan. Kalau tak hari-hari makan nasi dengan telur dadar saja. Satu lauk pun dah cukup untuk kenyang.

Rumah Erin pula tak ada kusyen.. Kami duduk atas lantai je.. Sejuk tau.. Tapi tak apa sebab dah biasa. sejak Erin lahir, Erin dah diajar tidur dalam bilik seorang diri. Memang rasa takut masa tu. Tapi bilik Erin sebelah bilik Mama dan Abah. Bila menangis pada waktu malam, Mama akan datang jenguk Erin. Tapi Erin ni budak baik.. Jarang nak nangis.. Kalau nangis pun senyap-senyap saja sebab malu tak orang dengar.

Paling best masa Erin kecil-kecil dulu.. Erin ada kawan..Kawan tu nama dia bear.. Hehe.. Tu patung kesayangan Erin.. Semua suka duka Erin cerita pada bear..Dulu Erin ni suka nakal-nakal sikit.. Kalau Mama marah mesti nangis dan cari bear.. Erin suka sembunyi dalam celahan kain baju yang Mama gantung kat dalam bilik. Sembunyi untuk sedih bila kena marah.. Normalkan..

Nilah bear tu.. Sampai sekarang Erin still simpan lagi tau

Minum botol susu? Seriusly Erin tak pernah.. Erin minum susu dalam cawan sejak kecil lagi.. Mama dan Abah nak ajar Erin berdikari. Kiranya senang nak tinggalkan Erin untuk dijaga oleh siapa pun sebab tak gaduh nak bawa botol susu.

Selalu bila tiba time nak raya.. Erin dengan Mama akan balik dengan bas. Seronok masa tu dapat naik bas.. Abah pula jarang ikut kami balik kampung..

Itu je kot cerita Kisah Erin dulu-dulu untuk kali ni.. Nanti ada masa cerita lagi yer..

Friday, 20 September 2013

Cerita : Di Kejauhan Ini

Assalammualaikum..

Bila berjauhan dari keluarga tercinta, segalanya rasa serba kekurangan. Manakala kepayahan hidup di perantauan semakin terasa. Semuanya kena pandai aturkan sendiri. Pokok pangkalnya ibarat tiang sebatang di tanah lapang yang gersang dan kering kontang. 


Jiwa terasa kosong, hati pula sentiasa gentar. Jauhnya dari keluarga bukan sekadar 60 kilometer. Tetapi 630 kilometer jarak pemisah. Belum lagi memikirkan suatu hari nanti terpaksa merentasi lautan bagi menuntut ilmu. 

Ilmu perlu dicari sehingga ke negeri Cina? Hanya diibaratkan sahaja. Ini lebih bermaksud, pergilah sejauh yang mungkin untuk menuntut ilmu kerana ilmu di dunia ini terlalu banyak dan tidak mampu untuk kita miliki kesemuanya. Begitu agungnya kuasa Yang Maha Esa lagi Maha Pencipta. Segala ilmu kepunyaan diri NYA.

Bermadah sudah Erin ni kan.. Apa yang terurai di atas merupakan mukhadimah bagi entri Erin pada kali ni..

Semalam adik Erin iaitu Erra call dari Kuala Pilah..Memang sudah menjadi rutin setiap malam dia akan call kami sekeluarga. Katanya rindu..Dia juga selalu mengadu domba tentang perihal dia di sana. Kadang-kala sedih juga kami mendengarnya. Iye lah jauhnya bukan sekadar puluhan kilometer. Tetapi ratusan kilometer. Dia yang sememangnya jarang berpisah dari kami, memang terasa janggal hidup di negeri orang. Dimaklumkan segalanya dia kena aturkan sendiri. 

Erin hampir tergelak kecil apabila diadunya tentang cikgu yang garang. Itu sememangnya perkara biasa. Kalau tak garang, mana nak berjayanya semua anak murid. Tanggungjawab cikgu bukan sekadar mengajar, tetapi perlu memastikan semua anak didiknya itu memperolehi keputusan yang baik. 

Erin cakap adik tak boleh terlalu 'merap' kerana adik dah besar panjang. Cuba lihat anak-anak penyu, baru sahaja menetas terus terkedek-kedek menuju ke lautan. Walaupun masih kecil anak-anak penyu itu terpaksa melayari kehidupan dengan sendirinya tanpa bergantung kepada ibu penyu. Erin sengaja memberi perumpamaan seperti itu agar adik kuat semangat. 

Inilah dikatakan ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi. Tidak ada seorang pun manusia akan terlepas dari dugaan dan ujian Allah S.W.T. Itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. Oleh yang demikian ketabahan dan jati diri perlulah ada. Berdoalah jika kita berada dalam kesusahan kerana doa itu senjata bagi orang-orang mukmim. 

Erin tahu adik terpaksa berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan sikap. Jika ada yang mengata kita, itu adalah lumrah. Kadang kala tak ada pasal pun orang masih akan mengata tentang perihal kita. Bak kata pepatah melayu 'Mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia tidak sekali.' Biar apapun orang berkata tentang perihal kita, kita jangan sekali membalas kerana mereka sememangnya tidak tahu menghargai lidah yang telah Allah anugerahkan. Walaupun mereka petah berbicara, tapi sekadar tin kosong, apa pun tak ada.. Lebih baik jadi diam-diam ubi di dalam tanah, tetapi isinya penuh..

Sempat juga Erin berpesan kepada adik bahawa dalam hidup ini, kita tak mampu untuk merubah diri orang lain melainkan kita merubah diri kita sendiri. Jangan menunding jari kepada yang lain sedangkan diri kita secara tidak sedar juga ada melakukan kesilapan. Pokok pangkalnya selalulah muhasabah diri.


Kehidupan yang kita lalui ini seakan-akan suatu jalan yang penuh dengan likunya, diselit pula dengan akar dan onak duri. Apa yang penting kita tahu di mana kedudukan kita. Hidup ini juga tak selalunya indah dan tidak selalunya suram. Erin juga berpesan kepada adik, jadilah sebutir mutiara yang bilamana jatuh di darat menjadi sebuah gunung yang indah..Dan apabila jatuh di dasar lautan menjadi sebuah pulau yang sangat cantik.

Sekian coretan Erin untuk tatapan bersama..

Thursday, 19 September 2013

Cerita : Akukah Yang Tersilap??

Assalammualaikum..

Hai you all, Erin ada satu cerita ni nak diceritakan kepada you all..Cerita ni telah diceritakan oleh seorang kawan Erin..Tak sabar nak tahu ceritanya..Jom baca..

Gambar hiasan google

Aku berkenalan dengan Razif (bukan nama sebenar) melalui laman muka buku (facebook). Dari bersembang biasa di ruangan chatroom, sampailah mengambil tahu tentang hal peribadi masing-masing.. Razif cakap dia single..Aku pula lagilah single mingle.. Memang sesuailah kan..Pada pendapat aku, Razif ni seorang yang sangat 'caring'.. Kira contoh lelaki idaman aku ler.. Kadang-kadang aku berangan juga untuk jadi buah hati Razif.. Ish..berangan betullah aku ni..Tak sedar diri.. Hehe..

Setelah sepurnama berkenalan dengan Razif secara maya. Kami buat keputusan untuk berjumpa buat pertama kalinya..Aku ulang sekali lagi yer..Untuk pertama kalinya..!! Wah kemain girang gemilangnya hatiku ini.. Terasa seperti Cinderella mahu berjumpa dengan putera raja idaman hati..Tambahan pula Si Razif ni memang 'handsome' gituu.. Cair hati aku dibuatnya..Aku ni pula tak ada lah cantik mana pun.. Cuma kurang cantik sikit saja dari barbie doll..Haha..

Okay lah.. Pertemuan kami diadakan di sebuah kafe yang terletak di bandar A. Kafe mana tu..Aku tak payah 'mention' lah ek..First time jumpa, hatiku berdebar tak karuan. Di dalam perut pula seolah-olah ada kupu-kupu beterbangan.. Adoyai..

Aku memakai skrit berwarna biru laut dan berbaju blaus satin kuning keemasan dan bercorak bunga-bunga kecil. Aku juga berselendang  hitam. Entahlah fesyen apa yang aku gayakan ni pun aku sendiri tak dapat nak identifikan. Asalkan aku rasa cantik je, aku belasah pakai..Razif pula 'simple' je pakaiannya. Dia mengenakan kemeja berlengan pendek corak petak-petak dan memakai seluar 'slack' kelabu gelap.

Razif memilih meja makan di hujung sudut kiri. Aku tak kisah di mana pun duduknya.. Jangan di atas lantai sudah ler..Kami duduk berhadapan..Wah mata bertentang mata, youuu...Sesekali aku lihat Razif melurutkan rambutnya yang ala-ala Nick Carter kumpulan BSB tu.. Fuh..!! Nasib baik aku tak jatuh kerusi melihatkan gayanya tu.. Pada mulanya aku diam saja..Sebab kelu lidahku terus membisu..Razif pula menguntumkan senyuman buatku..Aku pun membalas senyumannya.. Maka dok lawan senyum jelah kami ni.. Hehehe.. Tak pe senyum itukan sedekah..

Tiba-tiba..

Taaangg!!

"Ops mak hang datang!!" Habislah, aku melatah pulak. Ni semua gara-gara sudu dan garfu yang dibawa oleh waiter tu terjatuh. Ish.. gopoh dan loklaq betul waiter ni. Gertus hatiku. Seraya itu aku nampak Razif hanya tersenyum melihat gelagat aku melatah. Malu weh.. Huhuhu..

Tak lama kemudian waiter tu pun datang kepada kami dan mengambil order. Aku hanya memesan teh 'O' ais limau. Manakala Razif pula memesan milo ais. Lah..minum milo rupanya dia ni..Macam kanak-kanaklah..Kalau milo ais ni selalunya Fifi anak saudara aku je yang suka pesan jika aku bawa dia keluar makan.

"Eh awak ni suka minum milo ek?? Sama macam anak saudara saya yang umur 3 tahun tu..Saya pula tak berapa suka minum milo ni.." Secara sepontan aku mengeluarkan kenyataan macam tu. Razif pula hanya tersenyum saja diam tanpa jawapan.

Sementara menunggu minuman yang dipesan tu sampai, rancak jugalah kami berbual. Macam-macam topik kami ulas.. Dasyat tak??Hehe..15 minit masa berlalu, minuman yang dipesan pun sampai ke meja kami. Dek kerana terlalu haus, aku terus mencapai minuman yang berada di hadapanku dan meminumnya. Aku lihat Razif tidak menjamah langsung minumannya tu. Kenapa ek??

"Kenapa awak tak minum air tu?" Soal aku..
"Maaf, saya tak minum teh 'O' ais limau..Sebab agak masam." Jujur saja jawapannya. Jawapan Razif itu sebenarnya telah membuatkan mata aku membutang secara tiba-tiba. Aku melihat gelas berisi separuh air yang telah aku minum tadi.. MasyaAllah.. Aku telah terminum air milo yang Razif pesan.. Alangkah malunya aku..

"Tak pa..Saya tahu awak tak sengaja.." Razif bersuara seolah-olah nak cover kesilapanku..Aku pula dah malu sebakul..

Selepas kejadian tu aku dah rasa malu nak berhadapan atau nak berchatting lagi dengan Razif.. Huhu.. Malu weh.. sebab dari awal lagi aku dok kondem dia minum milo sama macam anak saudara aku.. Last-last, aku yang bantai minum milo dia sampai separuh gelas.. Mana mau letak muka ni..

p/s : Kesimpulan dari cerita ni.. Janganlah dok kondem orang tak tentu hala.. Dahlah first time berjumpa..Hehehe..

Tuesday, 13 August 2013

Part 2 : MiSTeRi SuRaT DaN BaNgLoW UsAnG

Assalammualaikum..

Hey guys..Cerita part 1 : Misteri Surat Dan Banglow Usang (Klik Sini) tu..U all dah baca eh?? Okay cerita bersambung lagi.. Sebelum tu perbetulkan kedudukan badan anda..Nak baca cerita ni, hati U all jadi berdebar-debar tak? Hehehe.. Saja je Erin nak kasi U all lemah sikit...

PART 2 : MISTERI SURAT DAN BANGLOW USANG

KAMI berempat melangkah beriringan dan ditemani oleh Pak Jabik. Sesekali mata aku melirik ke arah bibir Pak Jabik yang kelihatan berkumat-kumit. Apa mentera yang dibacanya? Hatiku mula berbisik. Mindaku kini berfikir akan perkara yang pelik-pelik. Benarkah tempat ini berhantu? Mungkinkah tempat ini mempunyai kisah mistiknya? Haikal dan Rusdi kelihatan begitu tenang ketika mengatur langkah ke villa usang tersebut. Cuma Fisha kelihatan ketakutan. Jangan disergah sudah, bimbang terkucir pula dia nanti. Rumput lalang setinggi paras paha, kami redahi. Kami semakin mendekati villa itu, tiba-tiba kami terasa seperti ada angin kencang bertiup beberapa saat. Seolah-olah kehadiran kami ke situ tidak disenangi oleh penghuni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Aku dah cakap.Tempat ni..." Fisha mula bersuara. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku segera memekup mulutnya dengan tapak tangan kananku. Terbantut sudah apa yang ingin dilontarkan oleh Fisha.

"Inilah villa yang kamu semua nak tahu sangat tu..Aku hanya boleh teman kamu semua setakat ini sahaja..Aku nak balik!" 

Aku agak terkasima kerana nada pecakapan Pak Jabik yang tegas secara tiba-tiba. Dia juga menggunakan kata ganti nama diri dengan 'Aku'. Seingat aku, semasa berada di rumah Pak Jabik tadi, dia membahasakan dirinya dengan panggilan 'Pak Cik'.

Seraya itu, Pak Jabik terus berlari dan meninggalkan kami dengan seribu tanda tanya. Kami berpandangan antara satu sama lain. Bayangan Pak Jabik hilang di sebalik hutan tebal brsebelahan Villa Anggerik.

"Pak Cik tu orang ke?" Soal Fisha. 

"Aku pun fikir perkara yang sama macam hang pikiaq jugak.." Haikal yang sedari tadi hanya berdiam diri mula berbicara. 

Aku pula cuba membaca ayat-ayat manzil. Bukan mahu tunjuk ego padahal bulu roma di lengan aku juga meremang melihat tindakan orang tua itu. Hatiku berkata, bukan setakat surat dan rumah sahaja yang misteri, tetapi aku sudah temui satu lagi perkara yang misteri. Misteri orang tua yang bernama Pak Jabik. 

"Airyn..Aku fikir, lebih baik kita patahkan saja rancangan kita untuk kaji rumah ni..Seram kot..Lagi pun, tempat-tempat macam ni mesti ada benda tumpang.." Rusdi memberi cadangan. 

Aku memang faham akan keadaan kawasan rumah itu. Aku masih teringat akan kata-kata Ustaz Azman dalam kuliah agamanya di Masjid Al-Hidayah tempoh hari.  "Rumah yang ditinggal melebihi tiga hari, akan dihuni oleh makhluk lain."  Ah, sememangnya syaitan durjana itu musuh manusia yang nyata. Mereka sedia mencari jalan agar manusia dapat disesatkan. Maka dalam segala tindakan kita, pokok pangkalnya sentiasalah melatih diri untuk mengingati Allah Yang Maha Esa. InsyaAllah segalanya dapat di atasi dengan baik.

"Ekal, Eddy, Fisha..Dari jauh kita datang ke sini, kemudian pulang begitu saja. Assignment kita macam mana?" Aku cuba memberi semangat kepada mereka bertiga. Haikal dan Rusdi, nama saja kaum Adam, padahal si penakut juga rupanya.

"Jangan kerana dek terkejarkan gambar momentum berkaitan artifak dan sejarah rumah usang ini. Kita semua bakal terima mala petaka." Aku lihat Haikal begitu nekat untuk terus berdialog agar segala rancangan ini dibatalkan. Aku sama sekali tidak akan berganjak sedikit pun dari keputusan aku.

"Think positif okay." Itu saja yang mampu aku lontarkan. Jika berdialog panjang, nanti aku akan dilabelkan sebagai seorang yang suka berleter pula.

Dum!! 

Kuat betul bunyinya menyebabkan kami bereempat tersentak lalu terdiam dari terus bertengkar. Suasana di kawasan villa itu semakin suram. Cahaya matahari semakin malap. Aku mengeluarkan lampu suluh dari beg sandang. Kemudian aku menyuluh lampu ke arah jam tanganku yang berjenama guess. 

'MasyaAllah..Sudah hampir pukul 7 malam.' Bisik hatiku. Fisha, Haikal dan Rusdi kelihatan begitu gusar.

"Okay..Sekarang ni kita perlu keluar dari villa ini buat sementara waktu. Tapi sebelum tu aku nak kita snap beberapa view di kawasan ni. Esok kita datang lagi.." Aku memberi arahan. Fisha menunjukkan muka tidak puas hati.

"Cepat sikit eh..Aku takut ni.." Fisha merenget agar kami bereempat segera keluar dari kawasan yang sudah seperti sebuah kawasan berpuaka pada sebelah malamnya.

p/s : Ada rasa seram tak?? Hehehe.. Alah belum malam lagi.. banyak lagi ni nak cerita..Cerita ni sebenarnya penuh dengan simbolik dan tanda tanya.. So, dalam minda U all mesti seting telinga kera banyak-banyak ye bila menghayati cerita genre seperti ni..

Monday, 12 August 2013

Part 1 : MisTeRi SuRaT DaN BaNgLoW UsaNg

Assalammualaikum..

Hey guys..Dalam entri kali ini..Erin nak bawa U all ke alam imaginasi Puteri Airyn..U all suka cerita genre seram tak?? Seraaammmm...Wow..takut..fanatik atau fobia?? Hehehe..Kalau sebut je misteri atau seram.. Mulalah fikir yang bukan-bukan yer..Jom layan kisah seram ni 

MISTERI SURAT DAN BANGLOW USANG

BAIK-BAIK cerita yang aku dengar daripada bibir Pak Jabik belum tentu lagi kesahihannya. Beberapa askara yang tidak enak didengar menyebabkan aku cuba menilai semula apa yang telah diutarakan. Ternyata aku masih belum puas walaupun cerita itu disampaikan oleh seseorang yang pernah bekerja di situ suatu masa dahulu. Kadang kala cerita hanya diada-adakan sahaja. Menokok tambah menjadikan ia bukan cerita yang asal. Bijak manusia memanipulasikan jalan ceritanya adalah perkara lumrah.

Dari ruang jendela rumah Pak Jabik, dapat aku lihat dengan jelas akan Villa Anggerik. Biarpun ia kelihatan usang ditelan zaman, namun aku tahu ia tetap menyimpan suatu sejarah atau cerita yang mungkin tidak pernah diterjemahkan. Siapa yang mahu menyingkap segala yang ada pada Villa itu? Siapa,siapa dan siapa? Aku juga tertanya-tanya mengapa dan kenapa aku terpanggil untuk menghuraikan sesuatu yang mungkin akan membahayakan diriku sendiri. Tambahan pula aku adalah seorang wanita biasa dan bukan seorang ahli akeologi. Agak pelik juga aku rasakan.

Setelah menemu ramah Pak Jabik, aku meminta izin untuk menjelajah ke Villa tersebut. Namun pada wajah Pak Jabik seperti tidak merelakan aku untuk pergi ke situ. Perasaanku juga bercampur baur ketika itu. Aku juga berfikir apakah ini suatu tindakan rasional atau hanya sekadar mengikut kehendak hati. Apakah yang mendorong aku sehingga sampai ke sini? Segala illusi-illusi buruk cuba aku lenyapkan dari kotak fikiranku. Aku perlu bersikap positif seperti yang selalu diomongkan oleh Puan Rohaya. Kata-kata pensyarah yang seusia dengan ibuku menjadikan aku sentiasa yakin dengan tindakan yang aku lakukan. Kadang kala apa yang aku lakukan berisiko tinggi. Tetapi setiap cabaran itu merupakan suatu kepuasan buat diriku.

Fisha mencuit pehaku. Dia mengejit kedua-dua matanya memberi isyarat kepada aku supaya tidak bertanya bayank soalan lagi kepada lelaki separa abad itu. Haikal dan Rusdi hanya menuruti tindakan aku dan Fisha. Lantas aku mengangkat beg sandang dan menggalas beg kecil berisi kamera digital SLR kesayanganku dan aku juga memohon jasa baik Pak Jabik untuk sama-sam dengan kami ke Villa tersebut.

p/s : Eeee..Seram pulak dok mengarang cerita ni..Okaylah nanti Erin sambung lagi.. Bukan apa..Dah lewat malam ni.. Dok pulak sorang-sorang dalam bilik ni..K..Babai..U all jangan marah tau sebab Erin selalu je buat cerita bersambung..InsyaAllah memang ada sambunganya.. Esok siang hari tulis lagi.. Jeng-jeng...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer