My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Sunday, 30 August 2015

Apa yang BLOGGER ni perlukan??

Assalammualaikum..
Apabila menyebut tentang seorang BLOGGER..
Apa yang anda fikirkan?
For sure you all akan fikir dia (blogger)
 adalah seorang yang suka mengarang..
Begitulah sifat seorang blogger..

Apa yang penting untuk menjadi seorang blogger?
First sekali mestilah dia mempunyai blog sendiri..
Mempunyai idea untuk menulis entri..
Mempunyai komputer peribadi, labtop atau tablet..
Tetapi tak semestinya ada komputer sendiri..kalau dia rajin ke cycber cafe pun itu sudah memadai..yang penting ada kerajinan untuk update entri di blog..

Bagi pendapat Erin..yang penting ialah mempunyai tablet dan internet..
Sebab idea boleh diperolehi dimana sahaja dan pada waktu bila-bila..

Jadi tablet adalah point penting untuk update entri apabila ada je idea..tablet tanpa internet ibarat jasad tanpa nyawa..ada tablet ada internet tetapi tiada idea..ibarat makan dan minum tanpa rasa..

Hehe..sekian..

Monday, 6 July 2015

Suara HatiKu

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan You All's


Hari ni Erin rasa segar sedikit.. Mungkin ketenangan ini datang dari baca al-Quran.. So nak tenang bacalah ia selalu.. In Sha Allah segalanya akan ok.. Hati yang gundah gulana akan segera gembira kembali..Kadang-kadang Erin berbicara sendiri.. "Erin apa yang Erin fikirkan?? Apa yang Erin takutkan?? Adakah Erin tak percaya akan diri Erin sendiri.." Hati memujuk.. Yang pasti hati Erin terlalu lembut untuk menerima segalanya.. 

Erin lebih menggunakan prinsip redha.. Apa yang tersedia untuk Erin.. itulah yang Erin punya.. Nak mintak lebih-lebih bukanlah diri Erin.. Dari kecil lagi Erin telah didik begitu.. Bukan siapa-siapa yang didik Erin.. Tapi hati Erin sendiri.. Dari kecil lagi bila bersendirian.. Erin sentiasa mengadu kepada Allah SWT.. Minta diri selalu disayangi dan dipandang oleh semua orang.. Ketika Erin bersedih.. ada yang datang memujuk..Tapi hidup ini tak selalunya indah...Bak kata pepatah.. sampai bila kita nak berharapkan orang lain..Hidup kena berdikari tanpa ada sedikitpun rungutan..

Sekarang Erin banyak muhasabah diri agar supaya jadi yang lebih baik.. Terima kasih.. Erin sering dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa mengingatkan Erin tentang solat dan erti bersyukur.. Alhamdulillah..

Memang tak dinafikan melihat kebahagiaan orang lain.. punya keluarga sendiri..Dalam pujuk hati.. Erin berkata.. Suatu hari nanti aku juga akan alami perkara yang sama.. Itupun jika Allah beri Erin merasa nikmat mempunyai keluarga sendiri.. InshaAllah.. Aamin..

Oklah.. Ini saja coretan Erin dalam Entri kali ini.. InshaAllah ..Erin akan kembali aktif menulis blog ni..Sekian.. Dari Hati Yang Ikhlas...


Tuesday, 31 March 2015

Kenapa Orang Tak Suka Kita?

Assalammualaikum..

Image by google

Bak kata orang "Kerana pulut santan binasa..Kerana mulut badan binasa".
Ramai orang tak sedar kenapa orang rasa kurang selesa dengan mereka..

Sifat suka mengkritik orang dan suka menjaja cerita orang salah satu faktor orang berasa tidak selesa bila berkawan dengan anda.. Pada mata anda.. Semua orang tidak kena atau tidak betul.. Ada saja yang hendak dikritik.. Selepas itu menasihati dengan cara yang tidak betul..

Jika mahu menegur seseorang.. Ada caranya.. Tetapi sampai orang rasa tidak selesa dengan anda..Mungkin SOMETHING WRONG dengan anda dan anda patut berubah...Jika pertuturan anda mengundang kecelakaan kepada anda.. Lebih baik anda pendamkan sahaja hasrat anda untuk terus mengkritik seseorang itu..

Anda mengkritik orang lain..Di sebaliknya anda nak kata anda adalah yang terbaik.. Anda jarang sekali nak mengkritik diri anda sendiri.. 

Ayat begini.. "Tengoklah macam saya.." Itu menunjukkan anda sedang memuji diri sendiri.. Anda mengatakan anda bagus.. Tetapi majoriti yang melihat anda.. Akan berkata tidak.. atau tidak berkata apa-apa..

Dalam hal agama pula anda berkata andalah yang terbaik kerana sering mengikuti kelas atau kuliah agama.. Sikap anda untuk mengajak seseorang ke kelas agama itu adalah baik.. Tetapi terpulang kepada seseorang individu itu untuk ke kelas tersebut. Jangan kerana dia tidak ke kelas agama, anda chop dia sebagai seorang yang jahil.. 

Sesungguhnya ilmu agama itu terlalu banyak dan boleh diperolehi dari pelbagai dimensi.. Melalui bahan bacaan.. Melalui media sosial.. Televisyen..Radio dan sebagainya.. Oleh itu tak perlulah anda mengkritik seseorang itu dengan mengatakan anda yang terbaik.. Lebih baik anda menjaga bicara dan mulut anda.. Cuma risau sikap anda membuatkan orang kurang selesa dan akhirnya orang akan menjauhi diri meraka daripada anda.

Oleh itu, menjaga tutur kata itu lebih penting dari segalanya. Diam lebih baik jika ia mengundang kemarahan orang lain..Jika ia memang bertujuan kerana niat anda untuk membalas dendam kerana anda disakiti terlebih dahulu atau anda ingin memberitahu yang si polan telah menyakiti hati anda.. Terpulanglah.. Tetapi jika selama ini seseorang itu sentiasa menjaga tutur katanya terhadap anda ..Tetapi kerana mulut anda itu.. Wajarlah anda terima pengajaran.. 

Sekian.. 

Thursday, 19 March 2015

Apa Si Katak Ni Buat Yer?

Assalammualaikum

Hai you alls..Dah nak tidur ke? Eh.. janganlah lagi..Erin dan Si katak hijau ni belum mengantuk lagilah..

Comel tak patung katak ni.. Ni lah hadiah yang adik Erin kasi waktu ulang tahun kelahiran Erin.. Ada ke bagi patung katak ni kan..Hehe.. Apapun hargailah apa yang orang beri untuk kita.. Sayang patung katak ni.. Hehe



 Wow.. Si katak tengah cari idea untuk update blog puteri airyn ni..


Sekian for tonight.. Erin ingat nak blogwalking sekejap..Before sleep..

Jom terjah blog-blog you alls.. Apa cerita yer?? @_^

Tuesday, 10 March 2015

Ooh... Apa? Soal Jodoh?

Assalammualaikum..

Hai semua.. Selamat petang.. 

Soal jodoh? Siapa cakap Erin tak fikir.. Always lah fikir.. Lagi-lagi dah capai umur 30-an ni kan.. Tapi apa kan daya.. Soal jodoh ni kita bukan boleh paksa.. Hanya mampu berdoa saja.. Yang datang temani sekejap saja dan pergi.. Tak tahu dimanakah salah Erin..? Apa dan kenapa..? Soalan yang famous Amous mengelilingi mindaku.. Cewah.. 

Apa pun Erin tak nak la nampak sangat kecewanya.. Sebab Erin tahu.. Kawan-kawan yang dah berumah tangga.. Tak semestinya bahagia.. Ada yang buat-buat bahagia.. Tapi ombak dan badai sentiasa mengelilingi mereka juga.. Yerlah alam perkahwinan dugaannya lagi dasyat.. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal.. Senang dapat pahala dan senang dapat dosa.. Dugaan dan ujian ada dimana-mana..

So kesimpulannya.. Erin pun tak tahu diri ini sudah bersedia ke tak untuk terima jodoh.. Kalau dah sampai masanya.. Erin terima dengan redha siapa pun jodoh Erin tu.. Erin akan cuba jaga rumah yang bertangga tu dengan baik.. InsyaAllah.. Akhir kata.. Apa pun yang terjadi LIFE MUST BE GO ON.. Erin tak setuju lah kepada yang putus cinta tu sampai membunuh diri dan membunuh orang lain.. Sebab dalam hidup ni.. Kita perlu mencintai orang yang menyayangi kita sahaja.. Orang yang tak sayang kita.. kita ignore je lah.. Harus ingat.. CINTA ITU TIDAK BOLEH DIPAKSA...Sekian Wasalam.. ^_@

Tuesday, 7 October 2014

Stokin Jari kaki

Assalammualaikum..
Hai you all..


Comel tak stokin macam ni.. Hehe.. Hari tu Erin and the geng gi jalan-jalan Alor Setar Mall..
Tengah belek-belek kasut ternampak stokin ni.. Terus grap.. Niatnya nak pakai time tidur malam..
Konon mau jaga kaki lah..Takut kesejukan di malam hari.. Hehehe



Friday, 22 November 2013

Monolog : Cerita Dari Mulut Ke Mulut

Assalammualaikum..


Menjadi bahan cerita bukan lagi omongan kosong..
Cerita yang dicanang penuh simbolik..
Kadang kala ada pula terselit unsur dusta..
Yang mana satu betul susah pula untuk ditentukan..

Kerana fakta kadang kala berubah jadi auta..
Kerana ramai sangat yang memperkatakannya..
Dari cerita terus jadi sandiwara..
Dari sandiwara terbit pula drama..

Situasi semakin tegang dek kerana cerita..
Bagai mesej berangkai akhirnya terurai..
Jika terurai elok tak apa..
Tapi lain yang awal..Lain pula yang akhirnya..

P/s : Usah kita menokok tambah cerita yang asal.. Kerana ramai sangat penyampainya.. Akhirnya yang sekecil kuman terus menjadi selebar lautan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer