Setiap orang idamkan 'awet muda'..So, bagaimanakah caranya dan apakah yang perlu dilakukan?? Ia tak lah susah..Tetapi memerlukan sedikit pengorbanan..Bermula daripada paksaan, kemudian menjadi kebiasaan..Bila sudah menjadi kebiasaan, ia akan menjadi amalan..Amalan bukan sekadar menjaga pemakanan, senaman..Tetapi ia merangkumi banyak aspek..Oleh yang demikian, jom kita lihat tip-tip yang harus dilakukan..
1. Persediaan dari usia muda.
Bah kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya...atau kalau tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya..Jika tidak bermula dari usia muda, maka pengorbanan adalah perkara utama. Menurut majalah i-sihat keluaran April 2011, penjagaan diet yang seimbang harus dilakukan seawal usia muda atau paling lewat sebelum mencapai usia 40 tahun. Antaranya, jangan amalkan makanan yang terlalu tinggi kalori dan menghadkan pengambilan daging merah. Ini kerana ia merupakan penyumbang kepada toksin dalam badan.
2. Hindari stress atau tekanan dan kesihatan mental
Bagi mencapai kesihatan mental yang sihat di usia tua, seseorang haruslah mencapai kepuasan dalam hidup mereka iaitu dari aspek perkahwinan, pendapatan, dan penerimaan masyarakat terhadap mereka. Selain itu, amalan membaca Al-Quran juga baik untuk menghilangkan stress serta sekaligus dapat memberi kesihatan mental yang baik.
3. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran harus diambil sekurang-kurangnya empat sajian setiap hari. Amalan memakan ulam-ulaman juga adalah suatu saranan yang sangat bagus. Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan.
4. Pengambila makanan tambahan
Selain itu, makanan tambahan seperti vitamin juga harus diambil, contohnya vitamin C, E,B .
5. Tidur yang nyenyak
Tidur yang nyenyak membantu anda untuk berehat dengan secukupnya. Pastikan anda tidur awal dan bangun awal pagi pada setiap hari.
6. Minum air secukupnya
Pengambilan air yang cukup mampu menjaga keseimbangan fungsi badan sehingga menguatkan sistem antibodi dan menjaga mental agar tetap sihat.
7. Bersenam
Anda disarankan agar melalukan senaman ringan selama 30 minit setiap hari. Senaman membantu melancarkan aliran darah serta menjaga kordinasi tubuh agar tidak mudah jatuh.
8. Gunakan pelembap
Lindungi kulit anda dengan pelembap cahaya matahari.
9. Minum susu
Amalkan minum susu segelas sehari bagi menguatkan tulang.
10. Berpuasa
Kajian yang dilakukan saintis menyatakan amalan berpuasa mampu meningkatkan imuniti dan menyihatkan badan.
11. Pengambilan madu
Madu asli sangat baik untuk kesihatan. Selain itu, makanan berkhasiat seperti badam, tomato, coklat, prun, minyak zaitun, brokoli, buah delima ada baik untuk menjaga imuniti anda agar kekal cantik dan muda..
Selamat mencuba..Jagalah kesihatan anda ke arah kehidupan yang cemerlang..!!!
Sumber : Majalah i-sihat (April 2011)