My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^

Saturday, 25 December 2010

Kepentingan Air

Air oh air..Pernah anda bayangkan dunia tanpa air..
Tanpa air pasti hidupan akan mati.
Manusia memerlukan air untuk hidup.
Hal ini kerana 70 peratus tubuh badan manusia terdiri daripada air.
Oleh yang demikian kita disarankan untuk minum air,
sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas sehari.

Cuba kita berfikir, tanpa air darah tidak akan mengalir.
Maka oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat tersebar ke seluruh tubuh.
Sisa-sisaperkumuhan tidak dapat disingkirkan.
Tanpa air juga organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.
Amalan minum air yang cukup dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar.

Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut turut terjaga.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita.
Air mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utam badan.
Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien
dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa.

Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu.
Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu,
tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.



Friday, 24 December 2010

My StrawBerrY




Strawberry..!!! Warna yang merah dan sangat menarik bukan..Hurm bila dirasa, masam-masam manis..Paling sedap cicah buah ni bersama madu, pasti satu kotak kecil strawberry dapat dihabiskan..Urm..Delicious Plus!!!

Let's go to know about strawberry..With bright red colour dan mempunyai 200 bijian bertaburan di permukaannya, berbentuk persis hati dan dikenali sebagai buah cinta..Apa?? Buah cinta??hahaha..oklah tu..

Strawberry merupakan buah yang boleh dikategorikan sebagai elit kerana harganya yang agak mahal.Selain itu, buah ini hanya mampu bertahan selama 4 hari setelah dipetik. Andai kata kena cara penyimpanannya, buah ini mampu bertahan selama 1 bulan. Cara penyimpanan buah berbentuk cinta ini ialah dengan mengasingkannya satu per satu dan disimpan dalam tempat berbeku. Strawberry sememangnya diketahui mempunyai pelbagai khasiat selain mempunyai kadar vitamin C yang tinggi serta antioksida (melambatkan proses penuaan)...So, baguslah jika kita mengambil buah ini untuk dijadikan sebagai desert harian. Pasti kebaikan strawberry dapat dirasa disamping rasanya yang masam-masam manis itu.. (^_^)


Thursday, 23 December 2010

Katak Oh Katak..



Kalau sebut katak sahaja, pasti ada yang buat aksi seperti geli geleman. Aisye..geli sangat ke dengan haiwan yang menggelarkan dirinya katak ini. Lucu bila ada kawan-kawan i yang terlompat sana sini bila terjumpa atau terserempak dengan katak. Selalunya di dalam bilik air lah. Anda tidak rasa ke seperti haiwan ini sangat unik. Jika i kata haiwan ni unik dan sangat comel, mungkin ada yang akan kata i ni demam kot. Hahaha..sebenarnya dari dulu lagi i suka haiwan ni..Entahlah i pun tak tahu kenapa dan mengapa i teruja dengan haiwan ni. Hijau, berkerutu, kulit berlendir sejuk..suaranya pula tidak semerdu burung kenari. Yang kedengaran adalah bunyi seperti ini 'Ong,ong,ong..' ..Bagi i bunyi katak di hutan adalah suatu kedamaian. I selalu dengar suara katak di tepi air terjun.

Hurm...Katak ini merupakan spesis amphibia yang boleh hidup dua alam..alah macam penyu dan kura-kura..dan mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai badan yang pendek, berwarna hijau atau kecoklatan..hehe..selain itu, ia mempunyai kaki dan tangan yang agak melekit, matanya pula terbonjol ke depan..Katak memang suka melompat (lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi).. (@_@) Katak juga mempunyai ciri-ciri anatomi yang lain seperti boleh meleperkan badannya.. sebab tu katak boleh masuk di celah-celah pintu, walaupun pintu itu tertutup..Hurm..unikan katak ni??

Tomato Frog

Ini Namanya Katak Tomato
(Sukanya katak ni..!!!)

Sebanyak 5,000 species katak telah ditemui dan ada dikalangan mereka tergolong dalam kumpulan vetebrata. Species di rajah merupakan katak tomato..Cute kan, tapi warna kulitnya coklat kemerahan..Jom semak info tentang katak ni..!! Jika warna katak adalah terang ia seolah-olah memberi mekanisma amaran...ye lah ia pun nak melindungi diri jugak kan..Dan apabila diganggu badan katak juga akan mengembung..Hanya terdapat dua (2) species katak tomato di Magadasca iaitu D.guneti dan D.insularis..ni kemungkinan sempena nama saintis yang menjumpainya..Katak ini boleh hidup antara 5 hingga 10 tahun..Uish..lamakan..Kadar suhu yang sesuai bagi katak pula, ialah 18 - 32 c..Makanan kegemaran katak ialah lalat, serangga, cacing dan anak ikan.. Habitatnya pula ialah di tepi paya, kawasan air terjun, tepi sungai dan kawan hutan yang lembab..Kalau kat bandar, katak suka masuk dalam bilik air..hehe..gatal kan katak ni..Mungkin tu katak jantan kot, nak mengendap orang tengah mandi..hati-hati yer..heheh..

oklah..itulah sedikit sebanyak tentang katak kesukaan i..hurm... (^_^)


Wednesday, 22 December 2010

Ish..Ish...


Ish..ish.. asyik-asyik cakap pasal ini..Tahu ke apa erti gambar di atas tu?? Kadang-kadang bosan dengar, macam dalam dunia ni dah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi selain soal hati, cinta adam dan hawa, perkahwinan dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya..Kalau selalu dengan cintan-cintun ni kadang-kadang boleh meleleh tahi telinga ni tahu tak..Adoi hai..Kalau terjah mana-mana blog pun ramai yang menceritakan perihal diri sendiri atau pasangan masing-masing..Love, Love...Ai..yang mereka sibuk sangat tentang love ni, mereka tahu sangat ke tentang maksud perkataan tu..Well bukan nak kata apalah, dunia sekarang memang dunia populariti, tambahan sudah ada laman web sosial..wah..!! Pakat-pakat mengeksposekan diri masing-masing..I menulis ni bukan apa cuma menyampaikan apa yang i lihat...Dulu i selalu jugak tulis pasal perasaan i yang agak nampak kesunyian..gitu..hahaha..But now, i bagaikan dapat semangat baru dan banyak berfikir tentang hal-hal lain..soal jodoh tu..Tunggu dulu sebab i nak cari yang betul-betul berkesan sebab i dah tak suka memainkan perasaan orang yang salah.. Biar pengalaman mengajar i erti segalanya.. Dalam kehidupan bukan cinta sahaja yang i perlu..Walaupun ada segelintir manusia yang menganggapkan i sebagai seorang perempuan yang ego..Ya...ingat lelaki sahaja yang ada ego dan boleh memperkotak katik kan kaum wanita..Mintak tolong sikit k..Hehehe..


Tuesday, 14 December 2010

Kesukaran Melayari Kehidupan

Ah..kehidupan yang penuh dengan pancaroba serta liku-liku dan cabaran-cabaran yang sememangnya menggugat keimanan sesiapa sahaja yang bergelar manusia dan bergelar hamba Allah SWT..Kesedihan, kelukaan bisa saja meruntuhkan keceriaan yang ada, menyebabkan hati menjadi luruh dan lusuh..Mengapakah kita perlu berduka, dan perlukah merasa diri serba kekurangan di atas apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.. Cuba kita buka minda terjah ke dalam lubuk hati masing-masing, kaji dan terokai apa yang istimewanya kita di mata orang lain..Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai keupayaan tersendiri yang tidak ada pada orang lain..Cuba perhatikan disekeliling anda, mungkin anda, punya kereta..biarpun bukan kereta mewah,mungkin anda ada rumah..biarpun bukan sebuah istana, mungkin anda mempunyai Netbook yang berjenama biasa..dan bukannya berjenama Apple yang mahanya beribu-ribu ringgit..Tentang kebolehan pula..mungkin anda boleh menulis disamping menyampaikan info-info terkini atau luahan rasa di dalam blog anda yang tidak seberapa..Kenapa anda perlu bersedih lagi..dalam suatu kajian menyatakan kemurungan dan kesedihan akan membuatkan wajah kita tidak berseri..so, untuk menjimatkan bahan make up atau ubat cologen yang mahalnya beratus-ratus ringgit..Lebih baik anda mengamalkan kehidupan yang ceria disamping bersyukur di atas nimat yang telah Allah SWT berikan.. Insya Allah hidup anda kembali ceria bagaikan mentari yang bersinar di waktu pagi mahupun bagaikan pelangi selepas hujan renyai-renyai..ok..itu saja catatan bagaiman mengubati hati yang lara.. (@_^)

Sunday, 14 November 2010

Mawar




Kau mawarku juwita kalbu..
Gadis yang ku rindu...

Haa.. mesti anda masih ingat dengan lagu kau mawarku kumpulan 2 by 2..wanita selalu dikaitkan dengan bunga mawar atau rose..kenapa yer?? jika soalan tu diajukan kepada saya, sure saya akan jawab memang saya suka akan bunga tersebut..bukan setakat cantik mata memandang, bauan bunga tersebut juga harum dan segar..

Sajak : Cinta & Kasih

Wednesday, 10 November 2010

Tips Untuk Menjadi Individu Menarik

Setiap manusia menginginkan diri yang nampak menarik. Pelbagai cara dilakukan agar diri kelihatan cantik dan menarik..Sesiapa sahaja akan teruja apabila berbicara tentang perkara itu..Kali ini buku Tip Menjadi Individu Menarik, ingin saya kongsikan bersama pengikut blog saya ini.. Jika ditanya 100 orang apakah definisi 110 jawapan yang berbeza...Ia seperti suatu soalan subjektif bukan..bergantung kepada pendapat dan pandangan masing-masing. Tip yang pertama ialah FAKTOR FIZIKAL..Ia memainkan peranan yang penting, bak kata pepatah Inggeris " First Impression"..Apa dari mata turun ke hati..??? hehe..Faktor fizikal dapat dilihat iaitu melalui pandangan pertama, kita melihat seseorang itu menarik. Iaitu, kurus, tinggi, gempal, berkulit putih atau sawa matang dan sebagainya..Apabila kita melihat ada individu yang memiliki kelebihan fizikal maka kita percaya mereka adalah tergolong dalam individu menarik..Fakto fizikal membina estim diri..Orang yang memiliki keelebihan fizikal membina konsep diri yang positif mengenai dirinya..Selain itu, kita jugak cenderung meminati sesuatu pada seseorag yang kita lihat menarik pada pandangan kita. Setiap orang ada minatnya yang tersendiri. Contohnya, pada bahagian anggota tertentu seperti mata yang bulat dan bersinar, lenggok jalan, cara ketawa dan sebagainya. Walaupun ia bukan sesuatu yang segala-galanya tetapi cukupmenjadi pembuka kepada perhubungan yang lebih mendalam...

Dalam erti kata yang lain pula..tidak perlu tunggu untuk menjadi cantik seperti model supaya menarik..Kadang-kadang soalan seperti ini bermain difikiran iaitu bilakah kita akan jadi seperti Angelina Jolie atau Brad Pitt?? Jawapannya adalah lebih baik kita lupakan saja soalan itu, dan lihatlah apa yang ada pada diri sendiri dan berkatalah bahawa kita mempunyai kelebihan tetapi kita tidak perasan akan kelebihan itu...Oleh itu, tidak perlu lah wajah secantik selebriti atau dramatis untuk kita menjadi menarik..dan beringat lah jangan pula kita mengubah kejadian Tuhan untuk kelihatan cantik dan menarik seperti melakukan pemedahan plastik..Berdosa tau.. Sebab Tuhan lebih mengetahui akan setiap ciptaan NYA...

Ada yang beranggapan faktor material memainkan peranan penting untuk seseorang itu jadi menarik..benarkah pernyataan ini..???Jadi Kaya raya mesti jadi menarik?? Mungkin juga..jika seseorang itu berpakaian berjenama seperti jeans levis, baju original john Master, atau berkereta besar seperti BMW..kita akan kelihatan menarik..?? Mungkin ya mungkin tidak..terserah kepada anda..Yang penting Ukur baju di badan sendiri..hehe...

Jangan kena tipu dengan harta benda, Apabila orang itu dilihat menarik kerana faktor material, sifat menariknya terlekat kepada harta tersebut, bukan kepada diri mereka sendiri. Berfikirlah mengapa seseorang itu menjadi kaya harta..mungkin dia berpendidikan tinggi dan berjawatan bagus..

Hurm..FAKTOR PANDAI BERCAKAP..ayatnya berbunyi seperti ini " Dia Pandai, yakin dan petah dalam berbicara. Melalui jenaka yang bersahaja dia bisa membuat orang lain terhibur dan menjadikan daya penarik pada dirinya...Petah menyusun kata-kata merupakan satu bakat yang boleh dimilik oleh sesetengah individu. Kepetahan bercakap tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan tinggi atau luas pengetahuannya, cukuplah dia pandai bercakap di kedai kopi ataupun bersembang kosong di tepi jalan. Namun ia tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu nampak menarik. Apa yang penting, kepetahannya bercakap mesti menyebakan orang lain tertarik kepadanya. Apabila berbicara tentang komunikasi pula..ia merupakan suatu perkara yang agak sukar daripada bercakap. Haal ini kerana seseorang yang boleh bercakap, belum tentu boleh berkomunikasi dengan baik. Unsur komunikasi yang baik adalah bagaimana seseorang itu mengatur langkah pecakapannya agar sesuatu yang diucapkan menjadi menarik dan menjaga hati orang lain. Daripada komunikasi yang baik, melambangkan keperibadian yang tinggi serta ketinggian ilmu seseorang..

To be continue....banyak lagi yang perlu kita ketahui...

Monday, 25 October 2010

Cerita Saya Untuk Hari Ini

Hari ini saya lihat ramai kawan-kawan yang berpacaran seperti melebihi had. Mama ada pesan kepada saya " Erin, buat apa bercinta tanpa ikatan yang sah, keluar berdua-duaan dan bercanda bersama lelaki yang bukan mahram kita, berdosa tau..mama tak mau turut sama tanggung dosa jika anak mama buat macam tu.."Saya terdiam..sambil tu saya terfikir juga..adakah lelaki yang sanggup terus berkahwin dengan saya tanpa berkenalan terlebih dahulu???

Ramai yang saya kenal, semuanya belum bersedia untuk berumah tangga, ialah sebab saya selalu jumpa lelaki yang lebih muda dari saya, dan bagi saya mereka hanya mahu berkawan bukannya berkahwin. Pernah juga mama dan abah cuba mencarikan jodoh untuk saya, semuanya saya tak berkenan. Bagi saya, biarlah masa yang menetukannya, sebolehnya saya mahu sekampung dengan saya..susah juga ye dalam mencari jodoh ni.. Kawan-kawan kebanyakkannya sudah mendirikan rumah tangga, dan mereka selalu bertanya saya, erin bila lagi..Saya tersenyum tanpa sebarang jawapan, saya tak kecewa sebab selama ni pun saya belum temui cinta sejati saya..Saya lihat kebanyakkan lelaki tak setia (Boleh berkawan dengan ramai perempuan dalam suatu masa)..hehehe..klakar bukan??

Opp!! Saya dah terlupa nak menceritakan perihal buku yang saya baca ini..Tajuknya hindarilah pergaulan bebas yang membawa kehancuran:

Diriwayatkan dari Jabir r.a, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:

"Ingatlah, janganlaj kalian menginapkan seorang lelaki pada seorang perempuan janda kecuali dia menikah atau ada mahram."

Saudaraku wanita muslimah..!!

Pergaulan bebas dinilai sebagai akhlak yang buruk, ia bukanlah termasuk akhlak anak-anak wanita muslimah sedikit pun. Wanita muslimah yang berakal harus mengetahuiasal mulanya pergaulan bebas, matlamat yang diharapkannya dan akses-akses negatifnya.

Sesungguhnya yang paling dirugikan akibat pergaulan bebas ini adalah seorang perempuan. Iaitu hilangnya malu, harga diri dan kesucian. Dengarlah pernyataan seorang penulis wanita berbangsa Inggeris, Lady Koko, dia berkata:
Sesungguhnya pergaulan bebas itu dimulakan oleh kaum lelaki. Kerananya, seorang wanita cenderung melakukan sesuatu yang bertolak belakang fitrahnya. Semakin banyak pergaulan bebas, menjadikan banyak anak-anak zina. Ini merupakan bencana besar bagi perempuan.

Monday, 13 September 2010

Lakaran Cinta Sofia

Disaat ini Sofia hanya mampu menatap potrek Adam. Cinta Sofia terhadap Adam sangat mendalam sehinggakan tiada lelaki yang mampu memiliki hati Sofia setelah pemergian Adam. Setianya hati wanita yang cintanya tidak pernah merubah walaupun setelah setahun masa berlalu. Wajah dan senyuman Adam ligat bermain difikiran Sofia. Lantas hatinya meruntun rindu akan jasad sang teruna yang telah memiliki naluri kewanitaannya. Air mata tidak pernah kering setiap kali nama Adam muncul di fikirannya. Lakaran cinta Sofia, hanya untuk Adam.
"Sofi..sudahlah, bukakan hatimu untuk insan yang menyayangimu..tinggalkan segala derita. Adam bukan milikmu dan Sofi bukan jodoh Adam." Pujuk Che Halimah kepada anak sulungnya itu. "Mak..apa salah Sofi pada Adam? Selama ni, tak penah muncul pun Datin Amirah kat sini..Kenapa dan mengapa Adam dibawa pergi.." Suaranya antara jelas dan tidak, tersedu sambil tangisan masih lagi berbaki. Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kesayangan berlinang air mata. " Mak..Adam cinta Sofi..dari kecil-kecil lagi kami sudah berjanji tidak akan berpisah walau apapun yang terjadi..Adam tak punya ibu..Datin Amirah tu penipu..dia tak pernah wujud. Selama ni dia tak pernah pun datang melawat Adam jika dia tahu Adam tu zuriat dia.." Sofia merasakan tindakkan Datin Amirah memang sengaja memutuskan hubungannya dengan Adam. Che Halimah masih terkenang lagi bagaimana tangisan seorang bayi kecil yang menangis dihadapan rumahnya. Bayi yang tidak diketahui latar belakang sebenarnya diberi nama Adam Haikal Bin Abdullah. Setahun kemudian, Che Halimah disahkan hamil. maka lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Ain Sofia Binti Mohd Ariff. Sofia memang rapat dengan Adam dan mereka tahu bahawa mereka bukan darah daging sendiri. Adam sanggup berkorban apa sahaj demi Sofia. Jasa Che Halimah dan suami tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Setelah umurnya meningkat remaja dan dia berjanji pada bonda angkatnya bahawa dia akan mengambil Ain Sofia sebagai isterinya dan akan menjaga Sofia seperti dia menjaga dirinya sendiri. Sofia pula, hidupnya perlukan perlindungan dari Adam. Tetapi semuanya musnah apabila hadirnya seorang perempuan kaya yang datang ke kampung itu untuk mencari zuriat yang ditinggalkannya 15 tahun yang dulu. Masih kukuh ingatannya rumah berwarna kunig itulah menyaksikan deritanya seorang ibu yang terpaksa meninggalkan bayi yang masih merah kerana desakan hidup.

Adam mengalihkan pandangan keluar tingkap, menyedut udara segar di Tanah Rata itu. Pekan kecil di atas bukit yang kurang dimajukan. "Ah..Ain Sofia..." Sekali lagi dia meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. "Mana mungkin abang tinggalkan Sofi, sedikit pun abang tak pernah buang Sofi dalam hidup abang..Sofi, maafkan abang, bukan niat abang untuk tinggalkan Sofi, mak dan abah..tetapi, abang nak cari siapa sebenarnya abang dan memberi peluang pada mummy untuk merasa tinggal bersama zuriatnya sendiri." Naluri lelakinya begitu tersentuh dan kerinduannya kepada Ain Sofia tidak dapat dibendung lagi. Adam tahu tindakkan dia mengikut Datin Amira akan melukakan hati keluarga yang telah menatang dia bagai minyak yang penuh. Jasa Che Halimah dan Pak Ariff terlalu banyak kepada Adam dan dia sememangnya tidak dapat berpisah dengan Ain Sofia. Dari jauh Datin Amirah memerhatikan anak tunggalnya itu. " Apa yang Adam fikirkan? Adam kan nak ikut mummy ke Australia next week. Masih bersedih lagi ke? Atau Adam tak sayang mummy dan tak suka apa yang mummy bagi pada Adam? ". Datin Amirah ingin merungkai apa yang tersirat dihati anaknya itu. "Hmm.. tak ada apalah mummy, cuma Adam sayang nak tinggalkan Malaysia ni..Kenapa kita perlu berhijrah sampai ke Australia?". Sambil merenung Adam. " Mummy kan business woman, terhad lah kalau mummy hanya terpekup di bumi sendiri sahaja. Sedangkan peluang kita mencari duit ada dimana-mana sahaja. Lagipun Adam dah tamat sekolah, mummy nak Adam sambung study di sana." Tangannya lembut membelai kepala anaknya itu. Keputusan untuk berpindah ke Australia merupakan keputusan yang terbaik dirasakan supaya Adam Haikal dapat melupakan keluarga Che Halimah. Datin Amirah sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat kembali satu-satunya zuriat itu. Dia sebolehnya tidak mahu berpisah lagi dengan Adam Haikal.

EPISOD 2

Siti terhendap-hendap ke dalam rumah Che Halimah sambil tangannya memegang sampul surat berwarna putih bersaiz A4. "Ha..apa yang kau terhendap-hendap tu Siti..?" Kelihatan Che Halimah keluar mendapatkan anak jirannya itu. " Ni ha..untuk Sofi." Sambil tangannya menghulurkan bungkusan itu kepada Che Halimah. Disambutnya sampul berwana putih itu dengan seribu pertanyaan yang terbuku dihati. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Siti, dia masuk ke dalam rumah untuk menyerahkan sampul tersebut kepada Sofia. Sofia yang berbaring di atas katil sambil membaca novel, terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Sambil tersenyum, Che Halimah menghulurkan sampul itu kepada Sofia. "Sampul apa ni, mak? Eh.. ni untuk Sofi. " Che Halimah hanya menggangguk kepalanya dan tersenyum melihat anaknya ceria kembali. Mungkin kerinduan Sofi terhadap Adam semakin pulih. Sebenarnya selagi tubuh Ain Sofia masih bernyawa, selagi itulah cinta dan kasihnya kepada Adam Haikal tak pernah padam. Lakaran cinta adam dan hawa ni memang sukar untuk dipisahkan. Begitulah sucinya cinta Ain Sofia terhadap Adam Haikal.

Saturday, 10 July 2010

Demi sebuah Karya

Ku halusi setiap jalan cerita novel yang ku baca..Ahh..!! semuanya tentang cinta, benarkah cinta ini indah, benarkah semua cinta itu indah?? setiap pertanyaan itu berlegar-legar di ruang fikiran ku, sekali lagi fikiran ku berkecamuk dengan persoalan itu..kenapa aku sendiri tidak dapat mentafsirkan perkataan cinta itu.. Aku cuba untuk memahami cinta insan, disaat ku rasa indahnya cinta, gelora renggang yang ku rasa, puas ku pertahankan cinta, namun hampa yang ku terima, aku cuba untuk bersabar dan memahami apa itu cinta, disaat aku memendam rasa, ku rasa air jernih mengalir derat dari kelopak mata ku..Di saat itu..Aku terus beristifar... "Ya Allah, apakah jalan terbaik untuk hidupku ini, dimanakah kebahagiaan sebenar?" Kemudian aku melangkah lemah menuju ke arah sungai yang sememangnya menjadi tempat untuk mencari sinar kedamaian..ku melemparkan pandangan jauh ke arah sungai yang terbentang luas dengan udara yang agak sepoi-sepoi bahasa menyinap ke kulitku.. terasa damai seketika..Aku terus membuangkan perasaan ini agar tidak berkecamuk lagi..Semahunya aku meraung, menjerik seperti tiada sesiapa disekelilingku..Tapi aku punya maruah untuk berbuat begitu.. Dalam hatiku masih berdoa agar aku dapat merasainya seperti insan lain sebelum nafasku terhenti.."Baik-baik cinta ku lakarkan sebagai sebuah karya..kerana tanpa cinta tiada pena bisa bergerak pantas mengukir pelbagai kisah manusia.."

Saturday, 26 June 2010

Tawakal Kepada Allah S.W.T

Tawakal yang benar adalah menyerahkan suatu urusan kepada Allah s.w.t dan berpegang teguh kepada perintah.Bagi seorang insan yang berakal seharusnya pasrah kepada zat yang telah menjamin rezeki. Tawakal adalah sebahagian daripada iman. Konsep tawakal ini juga akan menghindari seseorang itu dari bergantung kepada manusia.

Jika kamu bertawakal kepada Allah s.w.t, beerti kamu telah menyimpan sejumlah kebaikan untuk dirimu di hari kiamat. Bahkan, jika kamu semakinkuat bertawakal kepada Allah s.w.t ,maka akan semakin teguh pula kamu dalam menghadapi godaan syaitan...

Allah s.w.t. berfirman :-

  1. "Barangsiapa beriman kepada Allah s.w.t , Dia tunjukkan hatinya." (al-Taaghabun : 11)
  2. "dan barangsiapa bertawakal kepada Allah s.w.t maka Dia akan mencukupinya," (ath-Thalaq : 3)
  3. "Jika kamu meminjamkan kepada Allah s.w.t pinjaman yang baik, nescaya Allah s.w.t melipatgandakan (balasannya) kepadamu.." (at-Taghabun : 17)
  4. "Barangsiapa yang ber[egang teguh kepada (agama) Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia telah diberipetunjuk kepada jalan yang lurus." (Ali Imran : 10)
  5. "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku..." (al-Baqarah : 186)

Suatu Pengembaraan



Suatu pengembaraan diri mencari ilham ku hiasi halaman nurani ini
memberi suatu inspirasi untuk ku menujah ke suatu demensi
dan mengehayati seluruh alam ciptaan Nya yang Maha Agung....


Bersama Francis Light


Fery at Penang


The Lovely Lace
"Enter with a happy heart"

Wednesday, 23 June 2010

JaDi LaH wAniTa YaNg PaLiNg BaHaGiA..

Ini saya petik bab Kalung Kesepuluh dari buku "Jangan Bersedih Lagi, Jadilah Wanita
Paling Bahagia"...First sekali ada kata hikmat yang berbunyi seperti ini :-


JANGAN KAMU MERASA HINA DAN JANGAN PULA BERSEDIH HATI, PADA
perkara KAMULAH orang YANG BEROLEH KEMENANGAN....


Menerusi kalung kesepuluh iaitu
ANDA AKAN MENJADI WANITA YANG PALING ANGGUN DI DUNIA.

Semua kejadian, betapa pun parahnya
Pasti perhubungan langsung dengan kelapangan
dalam waktu yang terdekat


Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada
matahari. Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi
dengan sikap' tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama.


Dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh itu,
peliharakah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan
dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.


Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat
menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panaskerana puasa, derma
yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud
panjang di atas hamparan sejadahdan malu kepada Allah ketika terdorong
bisikan nista dan ajakan syaitan..


Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita
yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda tertampal. Jadikan rasa
malu itu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita paling
anggun di dunia ini meskipun anda tidak berkasut.



Di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan
anda.Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu
atau lilin untuk menerangi
anda sendiri...
Berusahalah untuk jadi yang terbaik...



Thursday, 3 June 2010

Dugong the best animal



Introduction to the Sirenia
Dugongs and Manatees
Manatee. Photo by Susan Middleton, © 2003 California Academy of Sciences.
Sirenians are slow and passive mammals of tropical and sub-tropical waters. Their large thick bodies betray their heritage as relatives of elephants. There are only five living species of sirenians, known collectively as "sea-cows," including the dugong and the manatees. Until about 1770, an additional species known as the Stellar Sea-cow (Hydrodamalis) existed along the Eastern Pacific coast, but the last of these were hunted to extinction for their meat and fat in by American explorers. The West Indian Manatees are currently in danger of also becoming extinct.
The first Sirenians appeared in the early Eocene in Europe, but by the close of this epoch, they had spread to tropical Asia and North America. Dugongs were the prevalent group in the Caribbean and Mediterranean until the Late Miocene, when all but the Indo-Pacific species went extinct. Subsequently, the manatees of South America entered these areas in the Pliocene.
Sea-cows are herbivores that graze on sea-grasses and related plants, though some will eat algae and floating monocots, such as Pistia and Eichhornia, and they will occasionally eat shellfish and dead fish. Adults may eat as much as 30 pounds of food a day, and may reach more than 500 kg.
Sirenians are solitary creatures, who come together only to mate, or when favorable local conditions attract individuals for a short time. They may live more than 70 years.
For more information about Sirenians, try Animal Diversity Web. You may also want to read about conservation of the endangered West Indian Manatee in Florida.
Oceanic Research Group has information on their site. You can also read about a study of the manatee brain.
Sources:
Carroll, R.L. 1988. Vertebrate Paleontology and Evolution. W.H. Freeman and Co., NY.

Saturday, 15 May 2010

Wanita ibarat emas



1.
Emas Pertama (Wanita yang melawan penindasan)

Apa yang berlalu biarlah berlau,
Cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani...

2. Emas Kedua (Anda mempunyai segedang nikmat)

Kelembutan Allah betapa pun lama masanya,
Terasa bagaikan kerdipan mata,
Bila mata termejam...

3. Emas Ketiga (Cukupilah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah)

Janganlah kau putus asa,
Kerana tidak melihat jalan keluar,
Kalau begitu, dimanakah Allah dan takdirNya...

4. Emas Keempat (Tidak samalah wanita yang mukmin dan wanita yang kafir)

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu,
Dan tiada suatu kesedihan pun,
Dapat mengembalikan kepadamu,
Sesuatu yang telah hilang...

5. Emas Kelima (Malas adalah teman kegagalan)

Tempat yang paling dibanggakan di dunia,
adalah yang mempunyai penerangan,
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa,
adalah buku....

6. Emas Keenam (Anda dengan apa yang anda miliki lebih bahagia drpd jutaan wanita lain)

Cukuplah bagi anda sepotong roti yg berisi,
drpd harus meminta kepada orang,
yang menutup pintunya,
dan yang dicap oleh banyak orang,
sebagai orang yang kikir...

Wednesday, 12 May 2010

Kerdipan Bintang....

Perbualan 2 orang insan bernama lelaki dalam sebuah bilik hostel di sebuah Universiti...

Betong : Perrrhhh...
Kodek : Nape dgn kau ni Betong? Kau demam ker??
Betong : Bukan...Aku sekarang ni di awan-awangan...
Kodek : Nak panadol?? Nak jenis apa, suma aku ada...
Betong : Aku tak demam lah..cuma...
Kodek : Cuma apa??
Betong : Kau penah bercinta??
Kodek :Aku..klau nk cerita kisah cinta aku..4 hari 4 bulan pun belum tentu tamat beb..
Betong : Aku benor nye malu eh, nk tanya ko...
Kodek : Eleh..cipan ko, nk malu-malu ngan aku..
Betong : Ai.. Perasaan pe ntah dah ganggu jiwa aku nih..
Kodek : Hahaha.. Biar bono ko nih....kono sampuk ko??
Betong : Jiwa kacau kot...Adehhh...(Sambil mengurut dadanya )
Kodek : Hahaha..aku rasa sebab tadi lah kot, tu pun klau bukan silap aku lah..
Betong : Oit!! ko perasan ker tadi?? Alamak.. (Sambil menggit jari hantu)
Kodek : Ko ingat aku ni buta..hehe..jiwa ko kaco sbb terrr..ngan budak tu kan??
Betong : Aku memang tak sengaja beb..ko rasa aku akan jumpa lagi tak dia tu??
Kodek : Dia???? who?? (Senyum sinis)
Betong : Ko ni..ni wat aku patah semangat nih..
Kodek : Kawan...kita datang kat sini untuk belajar.. bukan bercinta..
Betong : Bagus rrr ustaz ni..ko, boleh.. aku ko suh blajar..aku kick kang!!
Kodek : relek-relek beb..ko ni.. patut rr pompuan takut, keja nk kick ja..
Betong : Ahak,ahak..Aku try search kat tenet td, aku view profile budak pompuan..skali...
Kodek : Skali per daaa..ko crita g abes leh tak?
Betong : Skali..aku tgk muka budak ni sebijik daaa...cam budak tu..errrr...nama dia...
Kodek : Apa nama nyerrr...??
Betong : Ehh.. secret rr..jap g..aku melepas r cam ni...
Kodek : Blah r ko..nak secret2 lak ngan aku..tak der nyer aku nk wat rampas-rampasan nih, wlaupun aku taw, aku lg ensem..hehe..
Betong : Janji...
Kodek : He eleh..mamat ni...
Betong : Siti Noor Tiara Asmidar Binti Ahmad Hilmie..
Kodek : Perrhhh...sedap nyer nama....secantik tuannyer...
Betong : ko taw tak per...
Kodek : Tp kan...aku rasa.. nama tu penah ku dengar, tp dimana ya...(sambil berfikir)
Betong : Ko memang r cam tu..suma budak pompuan ko knal..lecturer pompuan pun ko knal..tp yg belum kawen lah..
Kodek : yang dah kawen nk buat apa..kang tak pepasal, lobam bijik mato ni ha...

Di sebuah kafe di sebuah universiti....

Kodek : Woi, amacam ko arini??
Betong : Boleh lah...
Kodek : Per yang boleh..Betong??
Betong : Oit!!..ko jangan r panggil aku nama tu..kang..
Kodek : K..Tuan Haikal...boleh, cam tu..??per hal ek, ko marah aku panggil ko Betong??
(Tup..kodek ternampak sekumpulan pelajar perempuan memasuki kafe berkenaan)
Kodek : Ehem,ehem....ehem..ulat pinang dah nak naik ke dauuunn...
(Matanya kemudian terus melirik ke arah Betong yang pura-pura sibuk dengan hidangannya seolah-olah tidak menyedari kehadiran kumpulan pelajar-pelajar perempuan tersebut)
Betong : Uis..sedapnya nasik ni....
Kodek : Makan biar sopan..aku taw, ko tak lalu senornya tu..hehe...ke nak aku tapaw je nasik tu...
Betong : Perr pulak, buta ker aku ngah melahap ni...
Kodek : Cuba ko dongak skit pala ko tu...tengok nun di situ...(menjoih kan mulutnya ke arah kumpulan budak perempuan tadi)
Betong : Aku taw dah...
Kodek : Ooo..patut aku tengok , ko makan pun cam nk bercium ja dengan pinggan tu..blakang cam brani..depan pijak gajah pun tak mati ekkk...(Sambil nasik disuap ke mulutnya)
( Betong hanya tersenyum menahan debar di dada...gini lah perasaa pa bila dia bertemu dengan gadis yang pertama kali menyentuh pandangan mata dan hatinya..bak kata pepatah, dari mata turun ke hati...)

To be continue...hehe..de lagi..sabar ekkk...de keje skit ni yg kena buat..

Saturday, 8 May 2010

SAYANG


Sayang beerti kita mengambil berat tentang sesuatu atau seseorang..perasaan ingin menjaganya, dan memelihara supaya sesuatu itu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik atau elok...

Sayang itu seangkatan dengan perasaan cinta dan kasih...Perasaan sayang itu adalah kekuatan dalaman di mana ia adalah suntikan semangat kita untuk meneruskan kehidupan ini..tanpa perasaan sayang, jiwa kita mati atau lumpuh seperti tidak bermakna lagi..

Perasaan ini sebenarnya amat unik sekali dan ia hadir tanpa diundang..Menyelami perasaan ini sehinggakan seseorang yang pernah saya temui memberi tahu sayang yang ikhlas amat sukar untuk dinilai atau diterjemahkan dengan kata-kata...

Friday, 7 May 2010

Wali Band ~ Ya Allah FULL SONG WITH LYRICS 2

BAIK BAIK SAYANG --- BY WALI BAND

Candit skit..Chewah...



DISAAT....AKU PERLUKAN.....



KU LONTARKAN PERASAAN INI JAUH KE DASAR SUNGAI...BIAR IA TERUS DI BAWA KE MUARA DAN BERTEBARAN DI LAUTAN YANG LUAS...AKU YANG HANYUT DI DALAM PELAYARAN KU SENDIRI...HARUSKAH AKU???

Thursday, 6 May 2010

Taraa....hehe..Aper itu???

That's nothing to say...

hmmm..sebenarnya, dalam hidup kita ada bahagia dan ada duka..Kisah cinta pulak ada sedih dan ada gembira..Nak tahu apa itu cinta???hehe..ramai yang berminat ni...ok first sekali kita terus kepada definisinya, mengikut ulasan kamus dewan bahasa..CINTA ialah perasaaan atau berperasaan sangat sayang...hehe..anda pernah mengalaminya??? Hmmm.. of couse lah kan..tak kan nak nafi pulak..hehe..

Hmm..Cinta yang first sekali ialah kepada Tuhan dan Rasul Nya..Second one, Cinta kepada ibu bapa..Cinta kan diri sendiri..Opp!!! jgn terperangkap dengan cinta diri sendiri, sbb nanti boleh mendatangkan perasaan riak pulak..Then yang paling kita suka ialah cinta terhadap pasangan..ADAM dan HAWA lah katakan..Tp bukan cerita drama ADAMAYA tau.. itu lain, tp merungkai kisah cinta lah jugak drama tu..

Di sini..Mengapa Adam perlukan Hawa dan Hawa perlukan Adam??? Sebab, Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam.. Kaum lelaki, cuba kamu lihat ada tak tulang kamu yang hilang?? Hmm.. jangan tuduh Hawa yang curi pulak tau..Hawa rajin dan tak suka curi tulang..hehe..Ehh!! ke situ pulak saya ni...ok,ok...sebenarnya bukan bukan saya nk cerita kisah Nabi Adam atau pun isterinya Hawa..Tetapi nak cerita tentang buku yang saya baca ni..Tajuknya, Hmmm...Secret..haha..bukan lah...

Jap,jap...ok, buku ini bertajuk...50 Pesanan Rasullah kepada kaum wanita..yang ditulis oleh Syeikh Majdi Fathi Ibrahim..Chewah.. cam promote buku ni pulak..

Intipatinya berbunyi begini.....Wahai saudaraku wanita muslimah!! wah...gerun pulak saya...huhu...




Bismillahirahmanirahim... Dengan nama Mu yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Menghadaplah kepada Rabbmu dengan hati yang mantap. Dengarkanlah wasiat-wasiat Nabi SAW dengan hati yang jernih kerana kalian hanya mendengar sepintas lalu sahaja...

Perlulah kalian ketahui, bahawa kebaikan akan menghantarkanmu kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat iaitu dengan cara sentiasa taat kepada Allah SWT dan mengikuti sunnah RasulNya SAW..

Hmm.. ini adalah intro daripada buku tu...ada banyak lagi...yang lain akan menyusul kemudian..selamat membaca dan mengaplikasikannya yer.. Insyaallah, sama-sama lah kita...

Monday, 3 May 2010

Apakah Cinta Itu Milik Kita?

Bab 1

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat hampir tamat. Kelihatan seorang remaja lelaki berlari-lari anak ke arah sebuah kelas. “Amerah..” Tersentap jantung Amerah ketika namanya dilaung dari jarak 5 meter. “Saya ada benda nak kasi kat awak, hope Merah sudi” . Terukir sebuah senyuman kepada gadis comel itu dan tangan kanan terunanya masih dibelakang pinggang sambil sebungkus hadiah dipegang erat. “Akak nak masuk kelas dulu ni Afif”. Jawab Amerah bersahaja.

“Merah, hmmm..sudi kiranya terima hadiah ini sebagai tanda perkenalan kita dan saya tahu hari ini hari jadi Merah, kan?”. Gadis berwajah bujur sirih dengan kulitnya yang agak sawa matang kelihatan seperti terkeliru dengan kenyataan yang baru diterjemahkan oleh Afif.

“Errr…ini untuk akak ke? Terima kasih Afif..” Hadiah tersebut disambut dan terukir sekuntum senyuman yang memberi kekuatan kepada Afif. Tanpa berkata lagi gadis itu terus memasuki kelas untuk menyambung sesi pembelajaran yang tertangguh. Afif pula dengan riang pulang ke kelasnya.

“Apa yang kau senyum tu Fif? Kau teringat cerita kartun yang kita tonton semalam kat rumah aku tu ker?” Ibrahim cuba menyelami apa yang membuatkan remaja lelaki itu tersenyum keseorangan tanpa sebab. “Err..bukan pasal tu..” jawab afif sambil memandang ke arah Ibrahim yang sejak tadi kelihatan seperti seorang dalam kebingungan.

“Habis tu? Oh..kau mimpi puteri ye semalam. Kalau macam tu ada tandalah..” Ibrahim cuba meneka lagi. “Im..ini lebih dari puteri tau..cantik, lemah lembut, comel, cute, tak tahu aku nak gambarkan..kalau dia bersuarakan, lagi dasyat dari Dato’ Siti.” Berkerut-kerut dahi Ibrahim dengan kenyataan Afif itu.

“Cuba kau explain kat aku kejap, confuse dah ni..kau jumpa siapa sebenarnya ni?” Tanya Ibrahim untuk mendapat kepastian. Tiba-tiba Cikgu Kamala berdehem. Afif dan Ibrahim terus terkaku dan mendiamkan diri. Cikgu Kamala sebenarnya telah lama memerhatikan tingkah laku mereka berdua sejak di awal sesi pembelajaran sejarah tadi. Dia memang tidak menyukai apabila waktu mengajarnya diganggu dengan perbincangan peribadi oleh murid-muridnya. Orang kata ‘Pantang datuk nenek’. Selama 45 minit bertahan mata dan telinga akibat matapelajaran sejarah yang secara umumnya agak mengundang perasaan mengantuk. “Ok..setakat ini sahaja untuk hari ini, kita tangguh pelajaran ni pada hari Ahad minggu hadapan, dan jangan lupa saya nak nota yang lengkap oleh setiap pelajar pada esok hari. Afif..saya amanatkan kepada kamu untuk mengutip buku nota kawan-kawan kamu ye.” Setelah menyusun buku teks, Cikgu Mala terus beredar dari kelas 1 Cemerlang menuju ke Bilik Guru.

Bersambung....

Sunday, 2 May 2010

Mentarbiah mimpi di alam fantasi

Fantasi bermaksud berimaginasi atau berangan-angan. Bukan sekadar itu definisinya, boleh dikatakan fantasi itu seperti bercita-cita..manusia yang kuat berimaginasi adalah ketika zaman kanak-kanak..orang dewasa yang mendorong insan seperti kanak-kanak untuk berimaginasi atau berfantasi..berfantasi ke arah realiti adalah sangat baik untuk membentuk diri supaya menjadi lebih berjaya, ia bergantung kepada potensi diri masing-masing.

Bercerita berkaitan fantasi, kita tidak akan terlepas untuk mengimbau bagaimana hikayat-hikayat fantasi seperti Cinderella, Beauty and The Beast, The Mermaid dan lain-lain cerita fantasi yang penah kita baca, tonton di kaca television atau sebagainya. Acap kali saya lihat ramai insan yang berfantasi untuk menjadi seorang puteri atau putera. Sebenarnya perkara ini adalah normal bagi seseorang, kita sentiasa ingin meletakkan diri kita di tangga teratas sebagai suatu impost supaya diri lebih yakin untuk berhadapan dengan sesuatu situasi. Berfantasi menjadi seorang puteri seolah-olah ingin menjadikan diri setanding sebutir belian yang berkilauan. Jika saya mahu meletakkan diri saya sebagai ini " Diamond of the finest cut with many facets" dan saya yakin anda di luar sana juga punyai cogan kata untuk diri sendiri...

Saturday, 1 May 2010

Gambar-Gambar


Surah Al-Fatihah

1. Dengan nama Allah, yang Maha pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

3. Yang Maha pemurah, lagi Maha mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan.

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan..

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan hikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Friday, 30 April 2010

Diamond

Diamond kelihatan kukuh dan berkilauan, sering kita umpamakan seseoarng sebagai belian..jika dikaji dari sifat belian itu, ia kukuh, dengan potong yang bagus dan sentiasa berkilau..belian digunakan untuk memotong kaca..ini bermakna atom-atom belian itu lebih padat berbanding kaca...Oleh itu, sentiasa letakkan diri anda sebagai belian dan bukannya kaca yang mudah hancur dan berkecai..kilauan kaca juga tidak setanding kilauan belian.. Belian itu lambang keanggunan wanita...dan lambang kukuhnya cinta nan sejati..Pernahkah anda lihat seorang jejaka memberi cincin bertahtakan kaca kepada seorang wanita yang bergelar kekasih hatinya?? Tidak pernah bukan?? Oleh itu, terbuktilah betapa berharganya belian dan kukuhnya cinta sang teruna kepada si dara pujaan..Chewah.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer