"Sofi..sudahlah, bukakan hatimu untuk insan yang menyayangimu..tinggalkan segala derita. Adam bukan milikmu dan Sofi bukan jodoh Adam." Pujuk Che Halimah kepada anak sulungnya itu. "Mak..apa salah Sofi pada Adam? Selama ni, tak penah muncul pun Datin Amirah kat sini..Kenapa dan mengapa Adam dibawa pergi.." Suaranya antara jelas dan tidak, tersedu sambil tangisan masih lagi berbaki. Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kesayangan berlinang air mata. " Mak..Adam cinta Sofi..dari kecil-kecil lagi kami sudah berjanji tidak akan berpisah walau apapun yang terjadi..Adam tak punya ibu..Datin Amirah tu penipu..dia tak pernah wujud. Selama ni dia tak pernah pun datang melawat Adam jika dia tahu Adam tu zuriat dia.." Sofia merasakan tindakkan Datin Amirah memang sengaja memutuskan hubungannya dengan Adam. Che Halimah masih terkenang lagi bagaimana tangisan seorang bayi kecil yang menangis dihadapan rumahnya. Bayi yang tidak diketahui latar belakang sebenarnya diberi nama Adam Haikal Bin Abdullah. Setahun kemudian, Che Halimah disahkan hamil. maka lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Ain Sofia Binti Mohd Ariff. Sofia memang rapat dengan Adam dan mereka tahu bahawa mereka bukan darah daging sendiri. Adam sanggup berkorban apa sahaj demi Sofia. Jasa Che Halimah dan suami tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Setelah umurnya meningkat remaja dan dia berjanji pada bonda angkatnya bahawa dia akan mengambil Ain Sofia sebagai isterinya dan akan menjaga Sofia seperti dia menjaga dirinya sendiri. Sofia pula, hidupnya perlukan perlindungan dari Adam. Tetapi semuanya musnah apabila hadirnya seorang perempuan kaya yang datang ke kampung itu untuk mencari zuriat yang ditinggalkannya 15 tahun yang dulu. Masih kukuh ingatannya rumah berwarna kunig itulah menyaksikan deritanya seorang ibu yang terpaksa meninggalkan bayi yang masih merah kerana desakan hidup.
Adam mengalihkan pandangan keluar tingkap, menyedut udara segar di Tanah Rata itu. Pekan kecil di atas bukit yang kurang dimajukan. "Ah..Ain Sofia..." Sekali lagi dia meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. "Mana mungkin abang tinggalkan Sofi, sedikit pun abang tak pernah buang Sofi dalam hidup abang..Sofi, maafkan abang, bukan niat abang untuk tinggalkan Sofi, mak dan abah..tetapi, abang nak cari siapa sebenarnya abang dan memberi peluang pada mummy untuk merasa tinggal bersama zuriatnya sendiri." Naluri lelakinya begitu tersentuh dan kerinduannya kepada Ain Sofia tidak dapat dibendung lagi. Adam tahu tindakkan dia mengikut Datin Amira akan melukakan hati keluarga yang telah menatang dia bagai minyak yang penuh. Jasa Che Halimah dan Pak Ariff terlalu banyak kepada Adam dan dia sememangnya tidak dapat berpisah dengan Ain Sofia. Dari jauh Datin Amirah memerhatikan anak tunggalnya itu. " Apa yang Adam fikirkan? Adam kan nak ikut mummy ke Australia next week. Masih bersedih lagi ke? Atau Adam tak sayang mummy dan tak suka apa yang mummy bagi pada Adam? ". Datin Amirah ingin merungkai apa yang tersirat dihati anaknya itu. "Hmm.. tak ada apalah mummy, cuma Adam sayang nak tinggalkan Malaysia ni..Kenapa kita perlu berhijrah sampai ke Australia?". Sambil merenung Adam. " Mummy kan business woman, terhad lah kalau mummy hanya terpekup di bumi sendiri sahaja. Sedangkan peluang kita mencari duit ada dimana-mana sahaja. Lagipun Adam dah tamat sekolah, mummy nak Adam sambung study di sana." Tangannya lembut membelai kepala anaknya itu. Keputusan untuk berpindah ke Australia merupakan keputusan yang terbaik dirasakan supaya Adam Haikal dapat melupakan keluarga Che Halimah. Datin Amirah sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat kembali satu-satunya zuriat itu. Dia sebolehnya tidak mahu berpisah lagi dengan Adam Haikal.
EPISOD 2
Siti terhendap-hendap ke dalam rumah Che Halimah sambil tangannya memegang sampul surat berwarna putih bersaiz A4. "Ha..apa yang kau terhendap-hendap tu Siti..?" Kelihatan Che Halimah keluar mendapatkan anak jirannya itu. " Ni ha..untuk Sofi." Sambil tangannya menghulurkan bungkusan itu kepada Che Halimah. Disambutnya sampul berwana putih itu dengan seribu pertanyaan yang terbuku dihati. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Siti, dia masuk ke dalam rumah untuk menyerahkan sampul tersebut kepada Sofia. Sofia yang berbaring di atas katil sambil membaca novel, terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Sambil tersenyum, Che Halimah menghulurkan sampul itu kepada Sofia. "Sampul apa ni, mak? Eh.. ni untuk Sofi. " Che Halimah hanya menggangguk kepalanya dan tersenyum melihat anaknya ceria kembali. Mungkin kerinduan Sofi terhadap Adam semakin pulih. Sebenarnya selagi tubuh Ain Sofia masih bernyawa, selagi itulah cinta dan kasihnya kepada Adam Haikal tak pernah padam. Lakaran cinta adam dan hawa ni memang sukar untuk dipisahkan. Begitulah sucinya cinta Ain Sofia terhadap Adam Haikal.
No comments:
Post a Comment