My LuvLy Followers

Status Terkini :

Banyak entri-entri bermanfaat telah Erin tulis dan simpan di draf blog ni.. Cuma Erin akan terbitkan satu persatu dari masa ke semasa.. Tak boleh terbitkan sekali gus.. Sebab risau you all tak sempat baca jika Erin terbitkan terlalu banyak entri dalam satu masa.. Apa pun thanks sangat kepada you all yang sudi baca dan komen di blog puteriairyn ni.. Tanpa you all, blog ini akan suram dan sepi ibarat Erin berbicara sendirian.. Betul tak you all yang dikasihi sekelian?? ^_^
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

Lunas Hutang Dengan Bersedekah?

Assalammualaikum..

Hai you all yang Erin sayang sekelian..Sebelum tu Erin nak tanya.. Siapa yang tak pernah berhutang? Cuba angkat tangan sekejap.. Eh, macam Erin dapat lihat je jika you all angkat tangan kan? 

Jawapan kepada pertanyaan Erin tu.. Mesti tak adakan... Sedangkan nyawa kita pun kita pinjam dari Allah SWT.. Sampai masa ianya akan dipulangkan semula.. Kena ingat tu yer.. Jangan mendabit dada bahawa kita punya segala.. Tak ada satu pun di dunia ini kita yang punya.. Semuanya Allah Yang Maha Esa yang punya..

MELUNASKAN HUTANG DENGAN BERSEDEKAH?

Siapa pernah baca buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang ditulis oleh Encik Fathuri Salehuddin? Kalau you all ada memiliki buku ini pastinya you all sudah tahu akan apa yang bakal Erin tulis ni kan..


Mukhadimmah kepada tajuk ini :

Melalui surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud "Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (Sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."


Erin pernah terbaca tentang roh yang tergantung dan tak dapat masuk syurga selagi hutangnya belum dilansaikan.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua berusaha untuk melunaskan hutang piutang kita selagi termampu.. Seperti yang pernah belajar dengan menggunakan perkhidmatan PTPTN.. Silalah lunaskan hutang kita.. Cewah.. Erin sendiri pun kadang-kadang skip juga dari membayar hutang PTPTN ni.. Sekrang ni dalam proses untuk buat potongan hutang tersebut melalui gaji. Lagi senangkan..

Sedekah itu suatu yang ajaib bukan? Seringgit yang you all sedekahkan tu, akan digantikan dengan RM10.. Percaya atau tidak? Harus percaya kerana rezeki itu milik Allah.. Allah lagi suka apabila kita berbuat kebajikan. Apabila wang yang diperolehi itu (Hasil sedekah) kita gunakan pula untuk melunaskan hutang.. Tapi manusia selalu lupa apabila diperolehi rezeki yang banyak.. Kita jadi lupa dan pentingkan diri sendiri. Dahlah penting diri lepas itu jadi sombong pula tu. Memang nak bagi Allah murka.. 

Antara kisah yang Erin nak kongsi di sini ialah pengalaman yang Erin sendiri ... Memang Allah itu Maha Berkuasa Maha Mengetahui dan Maha Pemurah..

Suatu hari Erin dapat panggilan dari seorang kawan Erin. Dia mintak pinjam duit dalam RM50 macam tu. Tapi masa tu, Erin pun ada masalah kewangan juga. Tapi Erin bagi juga duit RM20 kepada dia dan Erin cakap tak payah bayarlah sebab Erin tahu dia amat memerlukan duit ketika itu. Dan tak sampai sehari Erin dapat panggilan daripada pelanggan Erin yang dia nak beli Minyak Kelapa Dara yang Erin jual tu dalam kuantiti yang banyak.. Alhamdulillah rezeki datang selepas kita bersedekah.. Waktu tu Erin sampai tak terkata apa.. Sebab sebelum ni tak pernah ada orang yang nak beli produk tu dengan kuantiti yang banyak.. Syukur..!!

Sesungguhnya sedekah itu pembuka pintu rezeki.. Oleh itu janganlah kita kedekut dan jadi macam Haji Bakhir yer.. Ingat rezeki itu Allah yang punya.. Kita tiada hak.. Sebolehnya kita perlu berbuat kebaikan dengan rezeki yang Allah salurkan kepada kita.. Dan yang penting lunaskan hutang dahulu...InsyaAllah ada keberkatan hidup di situ... Allahuakbar..!!

Jangan lupa baca entri Erin sebelum ni.. Say No To Salt

Saturday, 5 April 2014

Zikir Nabi Yunus

Assalammualaikum..

Apa kabar you all?? Diharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah lindungan Yang Maha Esa...Jom Zikir Nabi Yunus...Tenang je tu.. Tak nak serabut-serabut.. Ingat Allah SWT.. Jiwa terasa suatu kelainan.. SubhanaAllah Maha Suci Allah.. Tuhan Sekelian Alam.. Ya Rahman Ya Rahim.. Pemilik Kecintaan Yang Abadi... Love Allah.. !! Alhamdulillah..


Friday, 4 April 2014

Mengapa Rasulullah Menikahi Aisyah r.a?

Assalammualaikum.. Erin dok belek-belek buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.. Sekali terbaca berkaitan Mengapa Rasulullah berkahwin dengan isterinya Aisyah r.a..

Nak tahu kenapa? Silalah baca... ^_^

Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah atas perintah dari Allah S.W.T . Jibril a.s sendirilah yang datang menemui baginda untuk membawa perintah dari langit dengan suatu bentuk pelambang sehelai kain sutera yang amat indah. Oleh itu tidak hairanlah kalau Baginda amat mengasihi Aisyah r.a.

Saturday, 26 October 2013

Berkaitan Sedekah

Assalammualaikum..


Apabila sebut berkaitan sedekah bukanlah seseorang itu ingin menunjuk keriyakan atau sifat bangga. Tetapi ia bergantung kepada suatu niat. Niat untuk menjadi contoh kepada orang lain agar mengamalkan sikap bersedekah ini. Jangan lokek untuk memberi kerana pepatah ada mengatakan TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN DI BAWAH. Lagipun bersedekah ini tergolong dalam situasi bantu membantu sesama insan. Jika kita perolehi sesuatu itu dengan banyak, apa kiranya kita memberi sebahagian kepada orang lain yang memerlukan.

Hadis –hadis yang berkaitan sedekah

Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata, “Seseorang datang menemui Rasulullah(s.a.w) dan bertanya, Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar pahalanya? ‘Baginda menjawab ,’Engkau bersedekah ketika waktu sihat, amat amat memerlukan harta itu, diselimuti perasaan khuatir miskin, dan berangan-angan menjadi orang kaya. Jangan kamu menangguhkan (sedekah) sehingga apabila ajal telah sampai di tengorokan, maka engkau berkata,’ Untuk si fulan sekian, untuk si fulan sekian.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Bersedekah

Sebaik-baik sedekah adalah menyedekahkan sesuatu yang paling dicintai. Ini dapat dilihat dalam sabda Rasulullah(s.a.w) tentang sedekah yang paling afdal disisi Allah s.w.t adalah “ Sesuatu yang paling berharga disisi pemiliknya.”

Sedekah memiliki kesan luar biasa di dalam jiwa, disamping menjadi bukti sejauhmana kebenaran iman seseorang kepada Allah s.w.t . Keutamaan sedekah terletak pada kerelaan hati dan kecintaannya kepada kebaikan, bukan diukur dengan berapa banyak harta itu dikeluarkan. Kadang kala dengan sedekah yang sedikit, seseorang dapat meraih pahala yang setara dengan sedekah orang lain dalam jumlah yang banyak.

p/s : Sharing is caring.. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.. Saling memperingati ke arah kebaikan.. :-) Info ni Erin ambil dari sebuah buku yang Erin baca di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. 

KISAH-KISAH KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Penulis : Khalid Bin Sulaiman Al-Rab’i

Keluaran : Al-Hidayah


Wednesday, 23 October 2013

Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat

Assalammualaikum

Ungkapan 'Rumahku Syurgaku' merupakan idaman setiap insan..Tetapi kalau rumah pun Malaikat tak mau masuk.. Masih adakah keberkatan di rumah itu.. Oleh yang demikian, marilah kita baca info di bawah ni tentang ciri-ciri rumah yang tidak dimasuki oleh Malaikat..

1. Rumah orang yang memutuskan siratulrahin

2. Rumah orang yang derhaka kepada ibu bapa

3. Rumah yang ada anjing

4. Rumah atau majlis yang di dalamnya tidak disebutkan nama Allah dan selawat ke atas Nabi dan lebih mementingkan nafsu

5. Rumah yang di dalamnya banyak maki hamun

6. Rumah yang di dalamnya ada gambar bergantungan dan patung hiasan

7. Rumah yang di dalamnya ada loceng

8. Rumah yang ada minuman keras atau arak

9. Rumah yang di dalamnya ada ratap tangis

10. Rumah yang penghuninya hidup boros

11. Rumah yang digunakan untuk perkara kekejian

12. Rumah orang yang terlaknat

13. Rumah yang berbau busuk dan tidak bersih

14. Rumah yang penghuninya tidak membaca Al-Quran dan berzikir

15. Rumah yang digunakan untuk berjudi

16. Rumah yang penghuninya memakai sesuatu yang haram seperti lelaki yang memakai baju sutera dan emas

17. Rumah yang penghuninya setiasa mengamalkan bacaan mentera

18. Rumah orang yang makan riba

19. Rumah orang yang makan harta anak-anak yatim

20. Rumah oran-orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti berzina

Tuesday, 22 October 2013

Tudung vs Topi Keledar?

Assalammualaikum..

Errr..Erin ada nak share sesuatu dengan you all ni.. Sebenarnya info yang bakal you all baca di bawah ni telah Erin salin dari sebuah majalah yang Erin baca di Perpustakaan.. Rajinkan Erin pergi ke Perpustakaan..Itulah tempat syurga ilmu.. Macam-macam buku ilmiah boleh didapati di situ..Melalui info ni, sama-samalah kita ambil pedoman yer.. Tak salah kita kongsi sesuatu tu ke arah kebaikan..Erin juga tak sempurna.. Kita semua tak sempurna.. Tapi sebagai hamba Allah..Kita perlu perbaiki diri ke arah yang lebih baik kan.. 

Tudung vs Topi keledar

Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar. Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah. Kedua-duanya ialah soal daruriyyat (perkarayang sangat penting dalam Islam) kerana ia melibatkan nyawa, agama dan maruah. Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima, cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?

Misalnya, pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa. Sebenarnya, masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk keselamatan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.

Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya. Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, ia pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.

Begitu juga halnya dengan tudung. Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan hanya bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting. Umpamanya, menjaga tingkah laku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan. Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititik beratkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya, ada empat (4) perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”.

1.    “Tudung” pada wajah. Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias bertujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2.    “Tudung” pada mata. Jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah.” (Riwayat al-Dailami)

3.    “Tudung” pada suara. Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (Surah al-Ahzab 33 : 32)

4.    “Tudung” pada hati. Hatinya terpaut pada mengingati Allah. Insya-Allah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.

pp/s : Sharing is caring..

Sunday, 29 September 2013

Kerja Itu Ibadah Dan Usah Kedekut

Assalammualaikum

Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu ibadah.. Tapi harus diingatkan bahawa kerja yang mendorong ke arah kebaikan dan halal sahaja.. Bukan seperti kerja mencuri, melacur, merosakkan harta benda dan memudaratkan persekitaran dan juga orang lain..


Buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas kerana Allah SWT.. Janganlah kita buat kerja kerana wang semata-mata.. Wang hasil dari pekerjaan itu diingatkan bukan untuk kegunaan kita seorang.. Tetapi gunalah wang itu sebaik mungkin untuk menolong orang lain yang tidak mampu.. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini saling bergantungan.. Hari ini kita menolong orang lain.. Mungkin di suatu masa nanti ada orang lain pula datang menolong kita.. 

Tidak usah mendongak ke langit sambil berkata.. 

"Aku punya wang dan aku tidak perlukan bantuan orang lain..Duit aku berkepul-kepul dan aku boleh beli apa saja..Aku bekerja penat-penat untuk kumpul duit sebanyak ini.. Dan tidak semudah itu untuk aku berikan kepada orang lain.. Kalau kamu mahu wang, kamu usahalah sendiri..." 


Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)

 Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)

Mencari rezeki yang halal daripada pekerjaan sangat digalakkan dalam Islam yang mendatangkan keberkatan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A’raf: 96).
 

Thursday, 26 September 2013

Hikmah Bersabar

Assalammualaikum


Setiap kita harus punyai sikap sabar
Sabar itu pahit tapi akhirnya manis
Sabar itu pengubat jiwa
Pahit-pahit ubat, akhirnya menyembuhkan

Jalan paling mudah untuk pupukkan sifat sabar ini ialah dengan beristifar
Beristifar mengingati Allah
InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah senang dan tenang..
Bersabarlah duhai sayang..

Monday, 23 September 2013

Cara Pemakanan Rasulullah SAW

Assalammualaikum..



Hey..Erin ada jumpa fakta ni..Berkaitan cara pemakanan Rasulullah SAW..Jom baca..!!

Cara pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW ialah tidak meminum susu ketika makan daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak minum susu dengan ikan atau ayam, tidak makan ikan bersama telur dan daun salad selain melarang meminum susu bersama cuka.

Rasulullah SAW menasihati umatnya tidak memakan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.

Dari sudut saintifiknya, buah adalah sejenis makanan mudah cerna dan membantu penghadaman makanan berat lain. Jika kita terus makan buah selepas makan nasi ataupun memakannya bersama makanan lain, buah akan terperangkap dalam perut. 

Hal ini akan mengakibatkan proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Apabila penghasilan tenaga tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan menghasilkan asid laktik dan menyebabkan perut sakit serta mengakibatkan otot perut menjadi lemah.

Di samping itu, Islam turut memberi cadangan pemakanan yang baik untuk kesihatan seperti kurma dan madu. Madu mempunyai khasiat setanding kurma. Kita juga disarankan supaya meminumnya pada setiap hari seperti yang diamalkan Rasulullah SAW. 

Sumber : BH 23 Sept 2013
Gambar : Google search


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Hello Kitty Winking Pointer